Anda di halaman 1dari 8

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Maksud Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Fokus tunjang mata pelajaran: a) Kecergasan Konsep ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu.

b) Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

c) Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahua bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

PECAHAN KONTEN/ SUKATAN PENGAJARAN 1. Kecergasan a) Kecergasan berasaskan kesihatan i. ii. iii. iv. v. Daya tahan kardiovaskular Daya tahan otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

b) Kecergasan berasaskan perlakuan i. ii. iii. iv. v. vi. Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas Kepantasan

c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan 2. Kemahiran a) Pergerakan asas b) Permainan c) Olahraga d) Gimnastik e) Pergerakan kreatif f) Rekreasi

g) Kesenggangan 3. Kesukanan a) Keselamatan b) Pengurusan

c) Kerjaya d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan e) Etika PENDEKATAN MENGAJAR

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedahkaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran . dicadangkan guru agar mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

Kaedah pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu:

a)

Kaedah Tradisi

Guru menentukan dahulu kemahiran

dengan memberi penerangan dan tunjuk cara

kemahiran kepada pelajar. Selain itu, guru uga boleh meminta pelajar yang mahir untuk mendemonstrasikan cara-cara kepada rakan pelajar lain. Setelah itu, semua pelajar akan mengaplikasikan kemahiran samada secara individu, kumpulan atau kelas. Tugas guru seterusnya adalah memantau dan menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Pelajar akan melakukan kemahiran ini berulang-ulang sehingga benar- benar menguasainya. Selain daripada itu, kaedah tradisional ini juga meliputi penglibatan pelajar di dalam kelas seperti tugasan membaca buku teks, kuliah, mengucap dengan kuat, tumpuan kepada perbendaharaan, laporan secara lisan oleh murid, mengkaji semula (review) dan membuat ujian, kuiz serta peperiksaan.

b)

Kaedah Selesai

Kaedah ini kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan berfikir dengan logikdan sistematik. Dalam kaedah ini, guru akan mendedahkan satu situasi atau masalah kepada pelajar. Pelajar akan diberi masa untuk meneliti dan mencari cara-cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Murid akan diberi peluang untuk menujukkan bagaimana mereka mengatasi masalah samada secara individu atau berkumpulan. Untuk memastikan pelajar faham tentang sesuatu topik, pelajar akan diberi latihan dan latih tubi untuk memperbaiki cara mengatasi kesalahan. Biasanya murid akan diberi panduan di samping mengemukakan soalan untuk diatasi sendiri oleh murid. Kaedah penyelesaian masalah ini juga meliputi kerja kumpulan atau kelas yang meliputi tugas dalam bentuk projek, tinjauan, penyelidikkan atau penjelajahan dan lawatan. Di antara kelebihan kaedah ini adalah menggalakkan interaksi antara pelajar, memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi dan menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Kelemahannya pula adalah dari segi masa kerana ia lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru. Di samping itu, kaedah ini juga kadangkala sukar untuk melibatkan pelajar dengan berkesan, terutamanya pelajar yang lembabatau pelajar yang kurang kemahiran. Ini kerana mereka tidak tahu cara menyelesaikan masalah dan akhirnya tidak dapat menikmati pelajaran tersebut.

c)

Kaedah gabungan

Kaedah gabungan merupakan kaedah tradisi dan penyelesaian masalah. Ia merupakan kesinambungan penyatuan kebaikan dari kedua kaedah tersebut. Kaedah ini lebih memberi kelonggaran kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dengan situasi tertentu. Kelebihan kaedah ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bakat dan kebolehan sendiri. Di samping itu, ia juga menggalakkan murid berfikir dan menggunakan proses pemikiran secara logik dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya murid menghadapi masalah untuk membuat tugasan, kaedah terus atau tradisi diteruskan.

TEKNIK PENGAJARAN

Ia merujuk kepada kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah teknik berserita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbangsaran dan lain-lain. Di antara teknik mengajar adalah seperti berikut :

a) Teknik Tunjuk Cara Ia merupakan pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran di mana pelajar akan cuba membuat dan meniru pergerakan yang dilihat walaupun berlaku kesilapan. Setiap proses kemahiran yang ditunjuk, guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar. Guru juga boleh mengambil alternative lain seperti menggantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai ganti untuk mendemonstrasikan kemahiran kepada rakan kelas yang lain. Dalam mempersembahkan kemahiran kepada pelajar, guru boleh menggunakan gambar, slaid, filem dan lain-lain untuk menjelaskan sesuatu topik. b) Teknik Mengesan Terdapat pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran di mana ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti tekanan emosi , masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Pertama sekali, guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai oleh guru sekiranya guru boleh melakukan kemahiran dengan betul kerana pelajar akan meniru apa yang telah ditunjuk oleh guru, mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan dan juga mengetahui tentang cara mengesan kesilapan. c) Teknik Arahan Teknik ini merupakan kemahiran yang boleh dipelbagai. Guru berperanan penting untuk menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk mencuba, Arahan yang diberi haruslah jelas dan mudah difahami. Untuk memastikan proses pembelajaran yang berkesan, guru boleh memberi galakan kepada murid untuk mencuba secara sendiri dan lebih kreatif. Teknik ini juga boleh dilakukan dengan membandingkan sesuatu kemahiran dengan pergerakan kemahiran yang lain seperti permainan atau cara tertentu. d) Teknik Bimbingan Individu

Teknik ini memerlukan penelitian guru terhadap pelajar untuk mengetahui masalah sebenar pembelajaran. Guru boleh menggunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru. Selain itu, guru juga boleh menggunakan banyak gerak kerja dan tidak tertumpu kepada sesuatu gerak kerja sahaja dan kemudian selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang. Pergerakan ini bolehlah dilakukan dan dimulai dengan pergerakan paling mudah kepada susah atau kompleks. Di

samping itu, guru harus mengenalpasti secara tepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS

Tugasan yang diberikan oleh guru boleh dibuat dalam bentuk individu dan berkumpulan. Tugasan berkumpulan dimulakan dengan pembahagian murid kepada kumpulan kecil, sebolehnya maksima tiga orang satu kumpulan. Di antara beberapa perkara yang perlu dititikberatkan adalah seperti pergerakan murid semasa pengajaran perlu diperhatikan, murid hendaklah bergerak secara teratur semasa keliuar dan masuk kelas. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini berlaku semasa di luar kelas, guru hendaklah berdiri di tempat yang boleh dilihat oleh murid dan elakkan pelajar daripada menghadap matahari. Guru juga harus mengawal disiplin pelajar dan pastikan sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

KAWASAN DAN TEMPAT Aspek keselamatan haruslah dititikberatkan semasa memilih tempat untuk pengajaran Pendidikan Jasmani, Kawasan untuk kegiatan Pendidikan Jasmani hendaklah diberi tanda dengan aslatan yang selamat. Secara keseluruhannya, tempat yang dipilih mesti membolehkan guru mengawasi semua kegiatan yang dilakukan oleh guru. KESELAMATAN Guru hendaklah memberhentikan pengajaran apabila ada murid terancam seperti berlaku pergaduhan iaitu tolak-menolak, memukul dan tending-menendang. Aspek keselamatan perlu mengambilkira juga kawasan atau unsur yang membahayakan seperti lantai licin, pokok yang rapuh, serangga berbahaya, padang yang berlubang, berbatu dan lain-lain. Di samping itu, guru perlu pastikan alatan dalam keadaan yang selamat dan tidak membahayakan. Sekiranya berlaku kejadiaan kecemasan dan kemalangan, guru perlulah bertindak sentiasa tenang.

Pengelolaan Alatan Peralatan yang digunakan semasa pembelajaran haruslah dipastikan cukup untuk membolehkan murid menjalankan kegiatan yang sepenuhnya. Jika perlu berkongsi peralatan di dalam satu kumpulan, ia haruslah tidak melebihi 3 orang untuk tujuan keselamatan. Alatan ini seboleh-bolehnya mempunyai bentuk fizikal yang sama bagi semua pelajar dan alatan ini hendaklah diletak di tempat yang mudah diambil oleh pelajar. Setelah tugasan kerja selesai, pastikan murid bertanggungjawab terhadap alatan itu dalam gerak kerja kumpulan. Ia harus di simpan di tempat yang sepatutnya.

STRATEGI PEDAGOGI/ PENGAJARAN

Mata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani, Amalan rutin kecergasan dilakukan dalam suasana riang dan meyakinkan. IMPLIKASI PELAKSANAAN

Kemahiran Berfikir

Murid dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan innovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab, menyusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

Nilai-nilai murni.

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangan kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangan berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepimpinan dan penyertaan.

PENILAIAN

Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolahan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

Anda mungkin juga menyukai