Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI ABDUL MUQSITH BIN MOHD RASHID Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya akhirnya

dapat juga saya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Jutaan terima kasih saya ucapkan terutama kepada pensyarah iaitu En Zubaidi bin Ahmad di atas tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya, Mohd Azizi bin Sulaiman yang telah sama-sama memberikan kerjsama yang baik dalam tempoh menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang telah membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari terutama sekali dalam pentaksiran Bahasa Melayu ini. Contohnya seperti kepentingan merancang dan melaksanakan jadual spesifikasi ujian. Kepentingan pelaksanaan JSU ini telah banyak membantu guru dalam membuat soalan dan ujian kepada murid-murid. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru dan memudahkan guru untuk menilai dan mencipta soalan yang sesuai dengan tahap dan kemampuan setiap murid di dalam kelas. Sekiranya soalan yang dibina tidak berasaskan pada JSU maka ini akan mengakibatkan pelbagai masalah akan timbul seperti, masa bagi setiap soalan tidak mencukupi, terdapat topik-topik yang terlepas pandang dan sebagainya. Sebelum saya mengundur diri, jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada individu yang telah banyak membimbing dan membantu saya. Akhir sekali saya berharap ilmu-ilmu yang terkandung dalam kerka kursus ini dapatlah dikongsi kepada

yang lain agar semua mendapat manfaat yang berguna untuk masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai