Anda di halaman 1dari 2

22/1/2012

logo_ums

LOGO UMS

Perisai
Perisai melambangkan kekuatan universiti sebagai suatu kesatuan daya tenaga yang berpadu untuk mendokong wawasan universiti.

Buku
Buku yang terbuka di atas sebuah rehal melambangkan ilmu pengetahuan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia dan ia menjadi sumber keintelektualan, keimanan, kebijaksanaan dan buku juga melambangkan semangat penerokaan dari deria yang sentiasa ingin mengetahui melalui minda yang analitis.

Mata Pena
Mata pena merujuk kepada ketepatan dan kejituan penghayatan ilmu. Pena merupakan manifestasi ilmu yang lahir dalam minda dan diterjemahkan kepada bahasa yang tertulis. Mata pena yang menuju ke atas menunjukkan ilmu itu tidak terbatas bidangnya.

Bunga Rafflesia
Bunga Rafflesia adalah lambang keunikan "Negeri di Bawah Bayu".

Lingkaran Sfera
Lingkaran Sfera menggambarkan cakrawala di mana alam ini wujud, melambangkan ilmu pengetahuan yang disampaikan meliputi seluruh ilmu yang berhubung dengan alam ini.

Warna
Warna Kuning Melambangkan suasana warga kampus UMS yang sentiasa ceria, segar, aktif dan dinamik umpama alam sentiasa disinar suria. Warna Merah Melambangkan keutuhan, kegigihan dan kekentalan yang ada di sanubari setiap warga UMS dalam menghadapi segala cabaran demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Warna Biru Melambangkan suasana kehidupan yang harmoni, yang mencerminkan ikatan persaudaraan di kalangan warga kampus dengan persekitarannya.
www.ums.edu.my/canselori/logo.htm 1/2

22/1/2012

logo_ums

www.ums.edu.my/canselori/logo.htm

2/2

Anda mungkin juga menyukai