Anda di halaman 1dari 7

TEACHER BEHAVIOUR

Psikologi Pengajaran & Pembelajaran lanjutan GGGB6213

Prof Madya Dr.Saemah Rahman


Rosanyanti Mokhtar P59160

TAJUK
PERCEPTION OF TEACHER BEHAVIOR: A STUDY OF CLASS GROUPING SYSTEM IN PAKISTAN - Dr. Zeenat Ismail Institut of Bussiness (2011)

RELATIONSHIPS BETWEEN TEACHER CHARACTERISTICS, INTERPERSONAL TEACHER BEHAVIOUR AND TEACHER WELLBEINGKaren Van Petegem1, Bert P.M. Creemers2, Yves Rosseel3, Antonia Aelterman4 .Department of Educational Sciences, Ghent University, Belgium. (2006) TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DAN KEBERKESANAN ORGANISASI, DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI SEMBILAN-Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Noordin Hj. Yahaya, Sharifudin Ismail.UTM PENGARUH AMALAN PENGURUSAN PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP KOMITMEN DAN TINGKAHLAKU INOVATIF GURUDr. Rusmini bt. Ku Ahmad ,Zahari bin Ahamad . Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

PERCEPTION OF TEACHER BEHAVIOR: A STUDY OF CLASS GROUPING SYSTEM IN PAKISTAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan jatidiri pelajar(self esteem) terhadap sistem pengelompokan pelajar yang berdasarkan rekod akademik dan persepsi mereka terhadap sikap guru-guru sebagai menyokong atau mengawal.

TUJUAN TUJUAN KAJIAN

RELATIONSHIPS BETWEEN TEACHER CHARACTERISTICS, INTERPERSONAL TEACHER BEHAVIOUR AND TEACHER WELLBEING

Dalam kajian ini, kita mengkaji hubungan di antara ciri-ciri guru formal, tingkah laku int erpersonal guru dan kesejahteraan guru.(wellbeing) -Jantina guru mempunyai pengaruh ke atas bagaimana pandangan guru samada mengemukakan atau menentang tingkah laku interpersonal di dalam kelas. -Guru lelaki yang punyai anak menpunyai tingkah laku interpersonal,lebih mesra dan bertindak sebagai ketua.Selain guru yang punyai pengalaman bertahun-tahun mengajar. -Matlamat utama projek penyelidikan ini adalah untuk mengesan jika terdapat hubungan antara ciri-ciri guru formal, hubungan interpersonal yang dialami oleh guru dalam bilik darjah, dan cara guru melihat kesejahteraan (wellbeing) sendiri.

TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PENGETUA DAN UBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DAN KEBERKESANAN ORGANISASI, DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI SEMBILAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengetua, tekanan yang di alami oleh guru dan keberkesanan organisasi di beberapa buah sekolah luar bandar di kawasan pentadbiran PPD Seremban-. Port Dickson dan kawasan pentadbiran PPD Rembau-Tampin.

PENGARUH AMALAN PENGURUSAN PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP KOMITMEN DAN TINGKAHLAKU INOVATIF GURU

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara amalan pengurusan pemimpin sekolah terhadap komitmen serta tingkah laku inovatif guru. Amalan pengurusan pemimpin sekolah merujuk kepada semua aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh pengetua semasa mereka menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah.

METOD
PERCEPTION OF TEACHER BEHAVIOR: A STUDY OF CLASS GROUPING SYSTEM IN PAKISTAN

METOD

-Satu sampel sebanyak 58 pelajar telah diambil dari beberapa buah sekolah awam di Karachi, Pakistan.Had umur yang telah ditetapkan di antara 14 - 18 tahun, membabitkan pelajar sekolah menengah . -. Instrumen diukur dengan Skala Harga Diri Rosenberg, yang dibangunkan oleh Morris Rosenberg (1965). Ia adalah 10 item laporan sendiri yang digunakan universal. -Untuk mengukur Persepsi Pelajar Terhadap Kelakuan Guru, 2 skala telah dibangunkan berdasarkan penemuan Good (1981) dan Oaks (1985), yang telah diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia. -Satu skala untuk Persepsi Guru yang berkelakuan yang menyokong dan satu lagi untuk Guru yang berlakuan mengawal.

RELATIONSHIPS BETWEEN TEACHER CHARACTERISTICS, INTERPERSONAL TEACHER BEHAVIOUR AND TEACHER WELLBEING

-Mengambil sampel dari kira-kira 260 guru-guru bekerjasama di mana 41 peratus adalah lelaki dan 59 peratus adalah wanita. Bagi setiap kumpulan pelajar seorang guru matematik, bahasa dan kursus praktikal telah diminta untuk mengisi soal selidik. -Dua soal selidik digunakan. Ini adalah soal selidik ke atas interaksi guru seperti yang direka oleh Wubbels, Crton, Brekelmans dan Hooymayers (1987) dan soal selidik ke atas kesejahteraan guru seperti yang direka oleh Aelterman, Engels, Van Petegem dan Verhaeghe (2003). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan di antara tingkah laku pengetua dengan tekanan yang dihadapi oleh guru dan keberkesanan organisasi sekolah. Bentuk kajian yang dijalankan ialah satu kajian
tinjauan di sekolah. -Kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di lima buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sembilan di dua kawasan iaitu kawasan PPD Seremban-Port Dickson (dua buah sekolah) dan di kawasan PPD RembauTampin (tiga buah sekolah). Seramai 116 orang guru yang terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah.

TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PENGETUA DAN UBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DAN KEBERKESANAN ORGANISASI, DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI SEMBILAN

PENGARUH AMALAN PENGURUSAN PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP KOMITMEN DAN TINGKAHLAKU INOVATIF GURU

-Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Pensampelan, kaedah dan instrumen akan dijelaskan dalam bahagian ini. -Untuk menguji objektif kajian ini, data telah dikumpulkan daripada sampel sepuluh buah sekolah cemerlang di seluruh Malaysia seperti yang telah dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Setiap sekolah dibekalkan soal selidik kepada 30 orang guru. Sebanyak 246 orang guru daripada 300 orang bagi kesemua sekolah telah mengembalikan soal selidik masing-masing. -Soal selidik telah diedarkan ke sepuluh buah sekolah melalui pos. Pengetua sekolah telah dihubungi sebelum soal selidik diedarkan. Semua maklumat yang diberikan oleh guru adalah untuk kegunaan penyelidikan sahaja.

DAPATAN DAPATAN
PERCEPTION OF TEACHER BEHAVIOR: A STUDY OF CLASS GROUPING SYSTEM IN PAKISTAN
-Analisis statistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pelajar berpencapaian

tinggi dan pelajar berpencapaian rendah dari segi jatidiri (t = 7,221, df .= 56, p = 0.05). Ini menunjukkan bahawa prestasi akademik memang salah satu faktor utama yang menyumbang kepada jatidiri dan keyakinan diri individu yang berumur di antara 14 hingga 17 tahun. -Penerimaan sosial untuk pelajar-pelajar HAC mungkin lebih daripada penerimaan sosial LAC yang seterusnya menyumbang kepada tahap yang lebih rendah. -Analisis statistik menunjukkan bahawa terdapat persepsi yang positif terhadap kelakuan guru-guru daripada pelajar HAC di mana mereka percaya guru-guru untuk menjadi lebih menyokong dan kurang mengawal -Sebaliknya, pelajar-pelajar LAC mempunyai skor min yang lebih rendah bagi persepsi Guru menyokong dan skor yang lebih tinggi pada mengawal tingkah laku Guru. -Keputusan analisis menunjukkan bahawa jantina guru mempengaruhi persepsi tingkah laku interpersonal.Guru lelaki mendapat skor yang lebih tinggi terutama guru lelaki itu mempunyai anak. -Guru lelaki yang mempunyai anak menilai diri mereka lebih tinggi (ketokohan) dan tingkah laku yang membantu / interpersonal yang mesra daripada rakan-rakan sekerja,guru lelaki yang tidak mempunyai anak juga mempunyai skor yang lebih kurang sama. -Guru lelaki yang punyai anak juga mencapai komunikasi yang lebih santai dengan pelajar-pelajar mereka daripada rakan-rakan sekerja tidak mempunyai anak (sama ada guru wanita atau guru lelaki yang tidak punyai anak) -Dalam tingkah laku interpersonal mereka, ini membolehkan mereka untuk mendapat skor yang lebih tinggi pada tanggungjawab, kebebasan dan dalam memahami pelajar. -Berbanding dengan keputusan untuk guru wanita yang lebih rendah secara keseluruhan, status ibu bapa seolaholah tidak menjadi satu faktor. Apabila ia datang kepada-hubungan kerjasama dominan dengan pelajar-pelajar mereka, guru-guru wanita menganggap ia tidak relevan sama ada atau tidak mereka mempunyai anak-anak mereka sendiri. --Guru-guru yang mampu untuk berurusan dengan pelajar-pelajar mereka dengan cara yang membantu / mesra akan berpeluang dan merasa lebih baik tentang diri mereka dan profesion mereka -Pengaruh karektor guru dan tingkah laku interpersonal guru dalam kesejahteraan guru (wellbeing) -Terdapat hubungan positif dalam hubungan ini. -Guru yang berkeyakinan,mesra dan rajin mendapat skor yang tinggi segi kesejahteraan dirinya.(wellbeing) -Guru yang punyai pengalaman yang lama dalam mengajar mendapat skor tinggi

RELATIONSHIPS BETWEEN TEACHER CHARACTERISTICS, INTERPERSONAL TEACHER BEHAVIOUR AND TEACHER WELLBEING

TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DAN KEBERKESANAN ORGANISASI, DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI SEMBILAN

-Keputusan kajian mendapati tingkah laku kepimpinan pengetua dari kedua-dua dimensi iaitu struktur tugas dan struktur konsiderasi adalah rendah, sementara tahap tekanan kerja guru di sekolah-sekolah terlibat juga rendah. dan tahap keberkesanan organisasi adalah sederhana. -Keputusan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang rendah negatif di antara tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja guru, tidak wujud hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja guru dengan keberkesanan organisasi sekolah dan wujud hubungan yang rendah positif di antara tingkah laku kepimpinan dengan keberkesanan organisasi sekolah.

PENGARUH AMALAN PENGURUSAN PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP KOMITMEN DAN TINGKAHLAKU INOVATIF GURU

-Hasil kajian mendapati ciri kepimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku inovatif guru. Dengan menggunakan analisis Regreasi Berganda, didapati ciri kepimpinan menyumbang sebanyak 37.8% kepada tingkahlaku inovatif guru. -Kajian juga mengenalpasti 3 amalan pengurusan pemimpin yang mempunyai lebih pengaruh terhadap tingkahlaku inovatif guru iaitu pemberitahuan (informing), motivasi dan jaringan kerjasama (networking). -Manakala pemboleh ubah komitmen organisasi bertindak sebagai penyederhanaan apabila menambahkan sumbangan kepada tingkah laku inovatif daripada 36.1% kepada 37.8% . Ini bermakna komitmen guru terhadap organisasi atau sekolah menjadikan guru lebih berinovasi dan guru yang komited akan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan kepada sekolah.

KESIMPULAN Kajian-kajian yang dibuat berkenaan Teacher behaviour (tingkah laku guru) yang menjadi trend ialah sama ada kajian ini dibuat untuk melihat kesan tingkah laku guru terhadap pelajar atau pun melihat kepada corak kepimpinan yang mempengaruhi tingkah laku guru. Batasan kajian tingkah laku guru meliputi guru dan pihak pentadbir Kajian tingkah laku guru perlu kerana kesan tingkah laku positif atau negatif guru banyak mempengaruhi murid dan kesejahteraan guru itu sendiri .

Anda mungkin juga menyukai