Anda di halaman 1dari 3

Huraikan bagaimana sistem pendidikan tamadun India mempengaruhi perkembangan dan pembangunan tamadunnya? (10M) !

Sistem pendidikan tamadun India adalah berpunca daripada penemuan sistem penulisan piktograf.(1) Matlamat utama pendidikan pada zaman Brahmin adalah sebagai persediaan menghadapi kehiduan selepas mati dan membentuk insan salih atau bermoral yang mempunyai kesempurnaan agama yang tinggi.(1) Manakala matlamat utama pendidikan pada zaman pertengahan adalah lebih kepada menambah ilmu, membasmi buta huruf, pencapaian status atau meningkatkan taraf kehidupan kerana pendidikan membantu seseorang mendapat peluang pekerjaan.(1) Sistem pendidikan India menekankan sistem kasta di mana setiap kasta mempelajari ilmu yang pelbagai. Asasnya mereka mempelajari ilmu mendalami veda, ilmu membaca, menulis, mengira dan sebagainya.(1) Kasta teratas iaitu Brahmin mempelajarai ilmu agama, kasta Ksatriya mempelajari ilmu kepimpinan dan ketenteraan. Kasta Vaisya mempelajari ilmu perdagangan, perniagaan dan pertanian. Manakala kasta Sudra adalah dilarang mendapat pendidikan kerana mereka adalah golongan yang paling rendah dan tidak berkedudukan. Memberi pendidikan kepada sudra adalah satu kesalahan.(1) Pendidikan boleh didapati daripada rumah guru dan istana. Keluarga dan ceritacerita didaktik juga memainkan peranan penting. Pusat pendidikan tertinggi dipanggil Panishad.(1) ! Pendidikan amat penting dalam mempengaruhi pembangunan Tamadun India kerana pendidikan adalah asas kepada kemajuan bangsa. (1) Pendidikan membentuk insan yang bermoral tinggi serta meningkatkan status seseorang. Begitu juga ke arah pembangunan negara.(1) Agama yang dipelajari menjadi asas kepada pembentukan tamadun. Contoh Hindu mengajar disiplin-displin dan nilai murni yang baik seperti......... Rakyat yang baik membentuk negara yang baik.(1) Selain itu pendidikan membentuk pencapaian yang tinggi bagi tamadun India seperti dalam sektor kesenian, matematik, astronomi, perubatan dan ekonomi. Contohnya dalam bidang.................................(1) Kesimpulannya pendidikan menghasilkan banyak kemajuan kepada tamadun India dan sekaligus mempengaruhi pembangunan tamadun di dunia melalui perkongsian ilmu dan penemuan baru.(1) Fakta : 6 Huraian: 4/5

Soalan: Huraikan peranan Islam dan kesan pengaruhnya dalam pembangunan tamadun India? (10M) ! ! Islam memainkan peranan besar dalam pembinaan dan perkembangan Tamadun India sejak abad ke7M lagi. Pengaruhnya meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat India termasuk kerohanian dan kebendaan. (1) Antara sumbangan tersebut adalah menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yang berpusat di Delhi. (1) Dari sudut bahasa, Islam melahirkan satu bahasa baru iaitu Bahasa Urdu.(1) Dari sudut seni bina pula, wujudnya pembinaan berciri Islam seperti, Taj Mahal, Kota Agra dan Qutb Minar. (1) Islam juga mewujudkan pusat-pusat pengajian yang penting dan terkenal sehingga kini.(1) Dari sudut kemasyarakatan dan sosial, Islam telah menghapuskan sistem kasta dan memartabat kedudukan wanita dan menghapuskan amalan sati dan dowri dalam adat perkahwinan tamadun India. (1) ! Penerimaan tamadun India terhadap agama Islam telah mengelakkan berlakunya ketidaksamarataan sosial dan penindasan yang membawa kepada kemiskinan seperti larangan pendidikan ke atas sudra, sistem sati dan dowri serta hak wanita yang terhad. Keadaan yang adil ini menjamin pembangunan yang baik dan melahirkan sebuah tamadun yang maju. (1) Selain itu kesenian yang dibawa oleh Islam telah mempelbagaikan lagi pencapaian tamadun India yang mempunyai keunikan tersendiri. Ini adalah proses asimilasi yang baik dan tanda keterbukaan berlaku dalam tamadun India (1). Penerimaan Islam juga membuka ruang kepada perkahwinan campur yang mengukuhkan lagi hubungan antara etnik mahupun tamadun. Melalui kepelbagaian bahasa komunikasi disalurkan dengan lebih baik dan budaya India dikenali di serata dunia. (1) Begitu juga dalam sistem pentadbiran yang disatukan memudahkan pemerintahan sebagai asas pembentukan tamadun. Melalui pusat-pusat pengajian Islam, pendidikan dipertingkatkan bagi menjamin masa depan tamadun yang gemilang.(1) Kesemua ini membantu India meningkatkan statusnya sebagai antara salah sebuah tamadun yang terbaik di dunia.

FAKTA : 6 HURAIAN: 4/5

Jelaskan perbezaan antara ciri-ciri bandar terancang dan bandar tidak terancang serta peranannya dalam membangunkan kemajuan Tamadun Cina. ! Pusat bagi pertumbuhan Tamadun Cina adalah Sungai Kuning (Huang He) di sebelah utara dan Sungai Chang Jiang (Yang Xe) di sebelah selatannya. Kemunculan bandar-bandar memainkan peranan penting dalam pembangunan Tamadun Cina. Bandar berfungsi sebagai pusat perdagangan, keagamaan, dan penempatan utama. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu bandar terancang dan tidak terancang.(1) ! ! Ciri-ciri Bandar terancang adalah mempunyai corak yang khusus dan kedudukannya sangat strategik.(1) Pengurusannya sangat sistematik dan dibina untuk memenuhi kehendak sesuatu dinasti.(1) Fungsi utamanya adalah sebagai pusat kediaman atau pentadbiran kerajaan yang baru.(1) Oleh kerana bandar terancang di bawah kehendak dinasti maka peranannya tertumpu kepada pemerintahan dan memastikan keadaan negara dalam keadaan yang aman. Keadaan bandar yang kemas dan teratur memudahkan pentadbiran. (1) Rakyat dapat hidup secara berharmoni kerana ada susun atur yang baik. Ini adalah asas kepada pembentukan tamadun yang baik. (1) ! Bandar-bandar tidak terancang pula muncul secara semula jadi kerana kesesuaian keadaan di situ untuk dijadikan kawasan ekonomi mahupun peluang pekerjaan. (1) Bandar ini berkembang pesat dan maju kerana sumbangan dan bantuan pihak swasta. (1) Penduduk dari luar bandar datang untuk bekerja di sektor perindustrian, perdagangan dan berlakunya komunikasi yang berkembang pesat. (1) Ekonomi China kemudiannya berjaya dipertingkatkan sekaligus mambangunkan tamadunnya.(1) Kombinasi kedua-dua jenis bandar ini menyokong kemajuan yang baik bagi Tamadun Cina. (1) FAKTA: 6 HURAIAN: 4/5

Bincangkan bentuk dan kepentingan pendidikan dalam membentuk tamadun Cina yang maju dalam pelbagai sudut? ! Masyarakat Cina sangat menghormati golongan intelektual, lalu menyediakan keperluan-keperluan asas untuk pendidikan. Pada zaman Konfucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecil (hamlet), kampung (village) dan negeri-negeri feudal. (1) Matlamat pendidikan Cina mahukan murid-muridnya lulus peperiksaan mengikut keperluan-keperluan tertentu yang telah ditetapkan beberapa abad sebelumnya. (1) Pendidikan formal yang paling sempuma ini menyediakan sistem pemilihan pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan am. Ia terdiri daripada tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap peperiksaan. (1) Sebelum menduduki peperiksaan ijazah pertama, pelajar perlu mengambil peperiksaan kelayakan di daerahnya sendiri. Selepas lulus peperiksaan ini pelajar akan bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar utama di kountinya. Jika lulus, dia akan menerima ijazah pertama Xiu Cai.(1) Tahap kedua adalah peperiksaan di peringkat ibu kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperolehi ijazah pertama. Calon-calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah Chun Ren. (1) Peperiksaan ketiga dan yang paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran maharaja. Ijazah paling tinggi Jin Shi / Chin Shih dianugerahkan pada yang berjaya.(1) ! Kepentingan pendidikan Cina adalah mewujudkan sistem pemerintahan dan tamadun yang baik di mana golongan intelektual memainkan peranan penting dalam menasihati raja dan rakyat.(1) Oleh kerana itu, penghormatan diberikan kepada tiga ahli akademik. Penghormatan paling tinggi diberi gelaran Zhuang Yuan dan diiktiraf sebagai ahli akademik terkemuka negara. (1) Individu-individu lain yang memperolehi kedudukan yang hampir sama dengan Jin Shi/ Chin Shih dilantik sebagai ahli-ahli akademik Han Lin, sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan. Ianya adalah sebuah badan penasihat dan penyunting.(1) Pendidikan yang baik di Cina turut menghasilkan pencapaian yang maju dalam tamadun Cina seperti dari sudut matematik, seni, binaan dan sebagainya. Contohnya penemuan kertas, kompas, percetakan dan sebagainya. (1) FAKTA: 6 HURAIAN: 4

Soalan: Jelaskan bagaimana pembangunan ekonomi tamadun India menjamin masa depan tamadunnya yang gemilang? ! Dalam pencapaian dan pembangunan ekonomi Tamadun India, persatuan-persatuan perdagangan dan perindustrian ditubuhkan bagi mengawal kegiatan ekonomi. Organisasi perdagangan telah wujud pada Zaman Vedik lagi. (1) Persatuan-persatuan ini meliputi semua jenis perdagangan dan perindustrian seperti persatuan tukang-tukang kayu, tukang-tukang pelbagai jenis logam, tukang bagangan kulit dan tukang cat. (1) Setiap persatuan pedagang mempunyai seorang ketua. Persatuan-persatuan mempunyai mahkamah untuk membicarakan keskes yang membabitkan anggotanya. (1) Mahkamah ini juga mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial di kalangan anggota-anggotanya. (1) Persatuan-persatuan pedagang juga mempunyai dana yang banyak dan memberi derma untuk tujuan keagamaan. (1) Ia juga berperanan sebagai bank, menerima deposit dan memberi pinjaman kepada pedagang dan orang-orang lain. (1) ! Di sudut yang lain, penggunaan mata wang juga berlaku dalam pembangunan ekonomi India. (1) Mata wang yang paling awal diperbuat daripada perak atau gangsa dan mempunyai lambang-lambang diraja dan tanda-tanda kawalan pegawai dan pedagang tempatan. Mata wang yang diperbuat daripada emas dan plumbum digunakan oleh golongan atasan. Kulit kowri digunakan sebagai mata wang golongan miskin.(1) ! Selain itu raja juga berperanan memberi pinjaman kepada para petani dengan tujuan menggalakkan kegiatan pertanian dan pengairan. Begitu juga kuil-kuil yang besar juga turut terlibat dalam memberi pinjaman wang. (1) Terdapat peminjam-peminjam profesional seperti ceti yang terdiri daripada pedagang yang kaya raya. (1) ! Di samping itu sumber ekonomi utama kerajaan pada Zaman Maurya adalah cukai. Terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas rakyat. Cukai yang paling utama adalah levi yang dikenakan kepada para petani. Mereka dikehendaki menyerahkan satu perenam daripada hasil pertanian kepada raja.(1). ! Ini semua membantu Tamadun India membangunkan negaranya melalui peningkatan hasil pendapatan negara dan memperbanyak lagi penemuan-penemuan baru yang mengangkat India sebagai tamadun yang gemilang.