Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS TARIAN KUMPULAN CITRA BAYU SK LIKAS, KOTA KINABALU.

TARIAN ETNIK TRADISI ( KADANDIU )


Tarian ini merupakan tarian Suku Kaum Tidung yang merupakan salah satu etnik yang terdapat di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau seperti Merotai , Kalabakan , Indrasabah , Tawau Lama , Pasir Putih, Apas Balung, Lahad Datu, Labuk dan Beluran. Tarian ini banyak berunsurkan gerak tari istana yang penuh lagenda.

TARIAN ETNIK KREATIF ( SELENDANG )


Tarian ini mengisahkan lagenda bidadari dari langit yang bernama Dayang Dedalit yang kehilangan selendang. Selendang tersebut sebenarnya telah dicuri oleh seorang insan biasa bernama Aki Bentawol sewaktu Dayang Dedalit bermandimanda bersama dayang-dayangnya di bumi. Tarian ini berlatar belakangkan Tarian Kadandiu yang dikreatifkan untuk menceritakan lagenda Aki Bentawol yang dapat merebut hati bidadari Dayang Dedalit kerana Aki Bentawol mengembalikan selendangnya yang hilang. Akhirnya mereka pun berkahwin.

LATAR BELAKANG KUMPULAN CITRA BAYU SK LIKAS, KOTA KINABALU.

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 2011. Kumpulan ini terdiri daripada 20 orang ahli tari yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Adik Ratul Fiad Awang Salleh merupakan ketua kumpulan. Mereka ini adalah salah satu kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Muzik dan Kebudayaan SK Likas. Citra Bayu Sk Likas dibimbing oleh 5 orang guru. Pertandingan Tarian Kreatif Tradisi Folklore 2011 merupakan pentas pertama mereka untuk menguji dan mempamerkan bakat mereka.

Anda mungkin juga menyukai