Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan pada zaman Rasulullah memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang mengubah sikap, pandangan hidup, dan perlakuan

manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan Jahiliah Arab yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan semata-mata. Eloklah difahami terlebih dahulu bahawa pemikiran pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasululullah hanya berkisar di sekitar pembentukan individu mukmindalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang. Penurunan ayat-ayat al-Quran kepada Rasulullah di Gua Hira merupakahan titik tolak bermulanya pendidikan Islam. Al-Quran sebagai asas pemikiran, menyusun peraturan kepercayaan untuk mentauhidkan Allah dan menolak lain-lain sembahan selain Allah. Dalam hal ini, pendidikan Islam menekankan aspek yang berhubung dengan Rububiyah dan Uluhiyah Allah sebagai asas akidah tauhid. Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi penafsiran yang dilakukan oleh Rasulullah yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan. Sumber kedua ini dinamakan hadis. Peranan hadis dalam pendidikan Islam adalah untuk memperincikan setiap keterangan yang tidak diberi penjelasannya secara panjang lebar di dalam alQuran. Pendidikan peringkat Makkiyah mengalami dua tahap, iaitu, tahap rahsia. Dalam tahap rahsia, pada peringkat awal Rasulullah mengajar al-Quran kepada kaum keluarganya. Hasil daripada usaha ini, Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah. Rasulullah selanjutnya mengajarkan al-Quran kepada Abu Bakar as-Siddik. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan akidah tauhis oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain lagi.

Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang mula tersusuan. Rasulullah bukan sahaja menggunakan rumahnya sebagai pusat pendidikan , tetapi telah membuka unit usrah di rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam di atas Bukit Safa. Pada peringkat awal, unit usrah ini kecil bilangannya, tetapi semakin hari bilangan tersebut semakin bertambah hingga berjumlah 38 orang terdiri daripafda golongan bangsawan Quraisy, pedagang dan golongan hamba sahaya.
Corak pendidikan pada zaman ini dilakukan dengan mendengar kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah, kemudian umat Islam yang mendengar kuliah tersebut diminta menghafal isi pelajaran. Seterusnya baginda menyuruh umat Islam mengamalkan dan menghayati isi pelajaran.

Secara terperinci, corak pengajaran al-Quran yang dilakukan oleh Rasulullah ialah ayatayat al-Quran yang diturunkan. Rasulullah menyuruh umat Islam menghafal dan menulis ayat tersebut, kemudian menerangkan tertib urutan ayat. Seterusnya Rasulullah menetapkan peraturan, iaitu hanya al-Quran sahaja yang boleh ditulis. Selain al-Quran, hadis atau pelajaranpelajaran lain yang disampaikan oleh Rasulullah dilarang untuk ditulis. Larangan ini bertujuan agar al-Quran terpelihara dan tidak bercampur aduk dengan lain-lain ajaran.

Pendidikan Islam pada tahap terbuka bermula apabila Rasulullah menerima perintah seperti yang tercatat dalam surah al-Hijr ayat 94. Ayat ini memerintahkan Rasulullah menyebarkan Islam secara terang-terangan dan meninggalkan tahap rahsia.

Dengan perintah itu, pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam bukan lagi hanya tertumpu di rumah al-Arqam Bin Abi alArqam sahaja, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, di lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.

Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah lebih menumpu kepada

menolak segala adat istiadat, kepercayaan dan cara beribadat kaum Jahiliah yang mensyirikkan Allah.

Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja daripada kalangan masyarakat Makkah, tetapi juga kepada golongan di luar Makkah yang datang mengerjakan haji. Pengaruh pendidikan Islam ketika itu mulai menggugat institusi pendidikan dan pemikiran Jahiliah Makkah yang berteraskan akidah syirik. Akibatnya, Rasulullah menerima tekanan daripada pemerintah Makkah, di mana seluruh keluarga Rasulullah daripada kalangan Bani Hashim dan Bani Muttalib telah dipulaukan.

Perkembangan pendidikan Islam bagaikan terbantut akibat pemulauan tersebut. Selama tiga tahun pemulauan tersebut, Rasulullah amat sukar melaksanakan pendidikan Islam kepada orang bukan Islam kerana tentangan yang keras daripada pemerintah Makkah.

Pada tahun ke-11, kerasulan Nabi Muhammad, pendidikan Islam mulai berkembang apabila termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini berlangsung antara Rasulullah dengan orang Madinah yang diketuai oleh Ubadah Bin as-Samit. Bagi mengukuhkan pendidikan Islam di Madinah dan memastikan wujudnya suasana pendidikan Islam pada masa akan datang, Rasulullah telah mengutus seorang sahabatnya yang bernama Musab Bin Umair untuk mengajar al-Quran kepada orang Islam di sana dan memberi mereka kefahaman tentang Islam.

Dalam tahap ini juga, perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah. Di Habsyah, Jaafar Bin Abi Talib menerangkan kepada Raja Habsyah, Najjasyi tentang Islam dan membaca al-Quran di hadapan beliau.

Pendidikan Islam semakin berkembang apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Di Madinah, Islam tidak lagi menerima tekanan sebagaimana yang berlaku di Makkah.

Pemikiran pendidikan Islam pada tahap ini bukan lagi sekadar menyediakan pembentukan seseorang mukmin. Jika dilihat daripada kurikulum pendidikan peringkat Madinah, isi pengajaran dan matlamat pendidikan adalah untuk memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa.

Di Madinah, pendidikan Islam berpusat di institusi masjid. Masjid Nabi di Madinah menyediakan sistem halaqah dan usrah untuk melaksanakan pendidikan Islam. Sistem halaqah dilaksanakan oleh Rasulullah. Dalam sistem ini, para sahabat mengelilingi Rasulullah yang berkhutbah dan setelah itu berlangsung soal jawab antara para sahabat dengan Rasulullah tentang isu-isu yang dibangkitkan. Sistem halaqah ini berlangsung sehingga selepas Perang Badar.

Sistem usrah pula berjalan secara berkelompok dikalangan para sahabat. Para sahabat menyampaikan pendidikan Islam antara satu sama lain. Ini disebabkan tidak semua umat Islam berkesempatan untuk mendengar pidato Rasulullah di masjid.

Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah, Nabi telah membina sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut. Surau itu dikenali dengan nama al-Suffah. Ia boleh dikatakan sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajian dan pembelajaran yang dijalankan di situ lebih sistematik dan formal. Kaedah pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan penurunan wahyu, kegiatan pengajaran-pembelajaran lebih meluas dan tersusun. Pelbagai aspek kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka.

Kepesatan perkembangan Islam pada masa itu menyebabkan lebih banyak sekolah didirikan. Dikatakan terdapat sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah. Antara yang terpenting ialah Sekolah Kaabah. Rasulullah sering melawat sekolah itu dan

mengadakan perbincangan dengan pelajar-pelajarnya. Rasulullah juga menghantar ramai guru untuk mengajar di seluruh wilayah Islam di Semenanjung Tanah Arab.

Setelah berlangsung Perang Badar pada tahun ke-6 Hijrah, masyarakat di Semenanjung Tanah Arab memberi perhatian besar kepada pendidikan Islam. Lebih ramai masyarakat Arab sama ada yang berada di Bandar atau Arab Badwi datang ke Madinah untuk berniaga dan mengenali agama Islam. Sebahagian besar pendatang baharu ini memeluk Islam dan berhajat menerima pendidikan Islam terus daripada Rasulullah.

Rasulullah telah menyusun beberapa bentuk struktur pendidikan Islam. Terdapat tiga struktur pendidikan Islam iaitu pendidikan umum, pendidikan khusus dan pendidikan institusi.

Pendidikan umum dijalankan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya yang terpilih seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Ali Bin Abi Talib. Pelaksanaan pendidikan umum ini dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas solat fardhu atau selepas solat Jumaat.

Kurikulum pendidikan pada peringkat ini merangkumi bidang akidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Pendidikan umum ini juga merangkumi bidang-bidang seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. Pendidikan umum ini juga merangkumi peningkatan kerohanian dengan mengadakan qiamullail di masjid. Dalam hal ini, Rasulullah sendiri melaksanakan qiamullail sehingga mengakibatkan kaki baginda bengkak.

Perkembangan pendidikan umum ini begitu menggalakkan dengan adanya permintaan daripada pemerintah negara lain yang mahukan tenaga pengajar dihantar ke tempat mereka. Contohnya, Raja Yaman mahukan tenaga pengajar dihantar ke Yaman. Rasulullah menghantar Muaz Bin Jabal sebagai guru agama ke Yaman.

Selain itu, pendidikan khusus pula ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang yang tertentu tanpa mengira tempat dan masa. Sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Hurairah, Abu Dzar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Ali Bin Abi Talib dan Abu Bakar as-Siddiq adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.

Pendidikan institusi pula merupakan inti pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendekiawan Islam pada masa selanjutnya. Di Madinah, pendidikan institusi ini dapat dibahagikan kepada dua struktur. Struktur yang pertama ialah pendidikan awal untuk mengenal huruf dan struktur yang kedua ialah pendidikan khusus yang dihadiri oleh ahli Suffah.

Peringkat Awal ialah peringkat menulis dan membaca. Peringkat ini diberikan kepada kanak-kanak Islam. Kanak-kanak ini di ajar oleh guru-guru yang berkebolehan yang telah dilantik oleh Rasulullah. Antara guru tersebut ialah Saad Bin al-As yang mengajar membaca dan menulis. Selain itu, guru-guru yang bertugas mengajar membaca dan menulis terdiri daripada ahli tawanan Perang Badar yang tidak mampu menebus diri mereka dengan wang. Oleh itu, Rasulullah mensyaratkan mereka mengajar menulis dan membaca di Madinah kepada 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk proses pembebasan diri mereka.

Peringkat kedua ialah pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan ke atas ahli Suffah ini dilakukan dengan lebih sempurna. Kebanyakan ahli Suffah datang daripada jauh. Mereka tiada tempat tinggal, kecuali di serambi masjid Nabi. Mereka juga tidak mempunyai pekerjaan tetap. Sara hidup mereka ditanggung sepenuhnya oleh Baitul Mal dan para sahabat Rasulullah. Selain belajar, ahli Suffah ini membantu kerja-kerja Rasulullah dan para sahabat seperti mengangkat kayu api, mengangkat air atau barang-barang dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai