Anda di halaman 1dari 2

Siri A 108 - Pasangan apitan me---kan/meI

Rumus: me--kan ---Objek Bergerak, me-.-I Objek Tidak Bergerak Huraian: Apitan men--kan dan men--I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men--I diikuti oleh objek yang tidak bergerak. Contoh: Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik bergerak). Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu tidak bergerak) Latihan : Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ] (1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ ] (2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[ ] (3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [ ] (4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ ] (5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ ] (6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ ] (7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ ] (8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [ ] (9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ ] (10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [ ] (Dipetik daripada Buku Esensi Bahasa Malaysia PMR2009 terbitan Pearson-Longman Malaysia Sdn. Bhd)

Siri A 109 - Pasangan apitan me---kan dan awalan me- .

Rumus: Me---kan --> Objek Bernyawa Me- --> Objek Tak Bernyawa Huraian: Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa.

Dalam situasi ini, apitan men--kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa. Contoh: Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa). Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak bernyawa) Latihan: Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ] (1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ ] (2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ ] (3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ ] (4) Ibu memasak sup kambing untuk ayat. [ ] (5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ ] (6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [ ] (7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya. [ ] (8) Reza menulis neneknya sepucuk surat.[ ] (9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [ ] (10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [ ]

Anda mungkin juga menyukai