Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN Penyelidikan merupakan proses atau kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi menjawap

persoalan tertentu mahupun kajian yang bertujuan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan individu, firma, organisasi atau masyarakat. Penyelidikan juga digunakan dalam silibus pembelajaran untuk membangunkan keupayaan para pelajar dalam menggunakan langkah-langkah penyelidikan ke dalam dunia yang sebenar. Penyelidikan secara saintifik adalah penting, di mana ia melibatkan proses yang meluas seperti mengenalpasti masalah bagi sesuatu kajian, menyemak, merancang strategi, menggumpul data,menganalisis data dan menulis laporan. Tujuan tugasan ini juga adalah untuk membantu dalam menyelesaian masalah bagi Pengurusan Tesco dalam menjalankan penyelidikan bagi memperkenalkan produk terbaru iaitu sos cili berjenama supaya produk yang dipasarkan memenuhi permintaan pasaran. Proses yang perlu dilakukan bagi

Pengurus Tesco tersebut adalah merangka proses penyelidikan yang tepat di mana ia menepati ciri-ciri permintaan pasaran semasa. Proses penyelidikan biasanya pada peringkat awal melibatkan minat dan lahirlah perkembangan idea yang kretif di mana digabungkan dengan teori yang berkesan di mana ia dikenali sebagai proses penyelesaian masalah. Pada peringkat kedua pula, prosesnya meliputi konsepsualisasi dan operasi, wujudnya pilihan bagi kaedah penyelidikan dan akhir sekali membentuk populasi dan sampel dalam peringkat perancangan ini. Peringkat ketiga, ia dikenali sebagai peringkat implementasi bagi proses penyelidikan di mana ia meliputi pemerhatian atau penggumpulan data, pemprosesan data dan analisis. Peringkat terakhir dalam proses

penyelidikan ini adalah aplikasi di mana secara keseluruhan proses penyelidikan dilakukan.

Pengenalan masalah penyelidikan Dalam menjalankan penyelidikan bagi Pengurusan Tesco ini, pengenalpastian masalah adalah penting supaya pihak pengurusan Tesco dapat melakukan pemantauan yang spesifik dalam menjalankan penyelidikan produk yang ingin dipasarkan bagi mengelak daripada timbulnya permasalahan pada penerbitan produk kelak. Masalah penyelidikan boleh

dikenalpasti dengan memeriksa konsep atau pelaksanaan yang dipilih. Bagi pihak pengurusan Tesco, konsep yang dipilih mestilah menepati ciri-ciri permintaan pasaran di mana penghasilan produk tersebut mestilah memberi kepulangan hasil yang maksimum. Konsep yang tepat dapat memastikan keberkesanan penghasilan produk dalam pasaran supaya dapat menarik perhatian pengguna di Malaysia. Apabila sudah dapat mengenali konsep pengurusan yang tepat,

penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih baik untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Pemilihan konsep yang bersesuaian dengan matlamat amat memerlukan kerjasama semua pihak pengurusan dengan menyumbangkan idea dan tenaga. Antara ciri-ciri konsep atau pelaksaan yang tepat dan baik mestilah merangkulkan segala maklumat sama ada dari segi pemulaan prnghasilan produk sehinggalah kepada penerbitannya dan diselitkan dengan gaya kretif dan efisyen menepati permintaan pasaran semasa. Gabungan idea dan tenaga daripada semua pihak dapat melancarkan proses penyelidikan dengan mengenalpasti masalah yang melibatkan pemilihan konsep kerana gabungan ini menghasilkan satu rumusan atau pandangan yang meluas tanpa hanya tertumpu pada satu bahagian. Dalam penyelidikan juga permasalah dapat diselesaikan atau diatasi dengan cara memecahkan masalah tersebut kepada persoalan spesifik yang lebih kecil. Dalam konteks

menjalankan penyelidikan untuk pengurusan Tesco memasarkan produknya, pecahan masalah ini sangat membantu supaya pemantauan yang telitj dapat dilakukan. Pecahan masalah tersebut boleh dikategorikan mengikut permasalahan dalam ekonomi iaitu melibatkan penghasilan sesuatu produk yang melibatkan apa, bagaimana, berapa dan siapa. Dalam permasalah apa, pihak pengurusan Tesco sudah mengenalpasti iaitu produk yang melibatkan sos cili. Masalah bagaimana barangan tersebut akan dikeluarkan dapat diatasi dengan meneliti kaedah pengeluaran tersebut sama ada ia melibatkan banyak barangan modal atau tidak di mana ia adalah berpaksikan meminimumkan kos dalam memaksimumkan keuntungan. Bagi pengenalpastian masalah berapa dan siapa barangan akan dipasarkan, ia adalah bergantung kepada permintaan

pasaran yang melibatkan kehendak para pengguna Malaysia. Inilah kepentingan penyelidikan dalam membuat kajian untuk mengenalpasti jawapan kepada persoalan tersebut. Jika banyak permintaan yang dipasaran, maka akan banyak penawaran dibuat dan kepada siapa pula dapat diselesaikan dengan mudah kerana secara majoritinya pengguna di Malaysia memerlukan sos cili dalam penggunaan harian bagi masakan kerana cili merupakan salah satu bahan perasa yang menjadi asas kepada permakanan orang Malaysia. Penyelidikan untuk mengenalpasti kepada siapa produk ini akan dipasarkan atau dikenali sebagai golongan pasaran dijalankan dengan cara pemerhatian, soal-selidik dan juga pemantauan. Maka dengan itu, pecahan masalah ini dapat memudahkan pihak pengurusan Tesco menjalankan penyelidikan dengan mudah dan cekap. Masalah penyelidikan juga dapat dikenalpasti dengan menyatakan hipotesis untuk dikaji dengan jelas. Berdasarkan hipotesis yang dilakukan, maka dengan mudah permasalahan dapat dikenalpasti. Hipotesis dikatakan penting kerana ia adalah satu matlamat dalam meletakkan keuntungan pengeluaran produk dengan mengambil kira kesemua aspek yang melibatkan dari awal pengeluaran sehingga akhir pengeluaran. Contoh hipotesis yang boleh dibuat dalam

penghasilan produk baru ini ialah semakin banyak promosi yang dilakukan, maka lebih ramai pengguna dapat mengetahui atau mengenali produk baru keluaran Tesco ini. Dengan

penggunaan hipotesis ini juga dapat membantu pihak pengurusan Tesco melakukan penyelidikan dengan tepat dalam menepati citarasi pengguna dan juga matlamat syarikat dalam mencapai keuntungan yang maksimum. Pengukuhan hipotesis ini juga perlu diselesaikan dengan meletakkan bukti- bukti yang tepat sebagai kayu ukur dalam melaksanakan penyelidikan yang tepat. Dalam mendapatkan bukti-bukti tersebut, penyelidikan secara serius dan berkesan adalah sangat penting supaya bukti yang dilampirkan tidak menimbulkan ketidakpuasan atau kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin akan mempertikaikan krediabiliti produk yang akan dipasarkan kepada para pengguna nanti. Pengemukaan bukti ini perlulah disertakan dengan kekuatan tanggujawab semua pihak dalam memberi kerjasama dalam bidang pengurusan ini. Penggunaan bukti juga adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana penghasilan produk ini adalah berskala besar yang melibatkan ramai pihak. Berpandukan proses penyelidikan yang tepat, pengumpulan bukti adalah penting bagi semua peringkat pemprosesan. Pengemukaan

bukti ini juga adalah untuk memeriksa persoalan dan hipotesis supaya kedua-duanya adalah selaras dan selari dengan matlamat yang disasarkan oleh pihak pengurusan Tesco tersebut.

Masalah penyelidikan juga melibatkan perkara dalam pengenalpastian skop kajian yang dijalankan oleh pihak Tesco. Dalam melaksanakan penyelidikan secara spesifik maka, penelitian dalam mengenalpasti skop yang tepat dan terancang adalah sangat penting. Dalam menjalankan sesuatu pengeluaran, tanpa kajian dalam skop yang terperinci akan menimbulkan permasalahan yang tidak dijangka pada masa depan kerana kajian tersebut tidak ditapis dan dilakukan pengimbasan sehingga melibatkan perkara yang mungkin tidak penting dalam penyelidikan. Dalam kes ini, adalah penting untuk pihak Tesco menyenarai pendek skop kajiannya supaya ia bersifat mutlak dalam memastikan pencapaian dan matlamat yang kukuh. Artikel dalam bidang penyelidikan Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. Dalam penyelidikan oleh pihak Tesco terhadap produk keluarannya iaitu sos cili, beberapa perkara dikenalpasti iaitu melalui kaedah bermesyuarat. Mensyuarat pada mulanya dapat membincangkan bagaimana produk keluaran mereka akan dihasilkan. Kos penyelidikan juga diketengahkan. Selain itu, turut dipersoalkan adalah apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa pengeluaran sos cili ini dikeluarkan

Gambar 1 Sidang mesyuarat yang berlangsung

Selain itu, turut dijalankan adalah percubaan penyelidikan di makmal dengan mengkaji bahan-bahan yang akan digunakan dalam kandungan sos cili ini.

Pendekatan kajian dan penyelidikan reka bentuk Pendekatan kajian dan penyelidikan reka bentuk ini digunakan untuk mendapatkan maklumat serta penggumpulan data. Penggumpulan data ialah bahagian yang paling mahal bagi proses penyelidikan di mana ia melibatkan perbincangan pada penjelasan yang berbeza bagi reka bentuk penyelidikan adalah berdasarkan kepada pelbagai criteria. Kepentingan pendekatan

kajian dan penyelidikan reka bentuk adalah dalam penentuan kos alternatif yang paling rendah dan penentuan hubungan pembolehubah bagi menggunakan strategi reka bentuk yang tertentu. Reka bentuk penyelidikan ialah pelan untuk implementasi proses penyelidikan. Ia juga bertujuan untuk mengambarkan hubungan di kalangan pembolehubah di dalam kajian. Strategi reka

bentuk akan menjelaskan setiap prosedur daripada hipotesis kepada proses bagi menganalisis data. Apabila pengenalpastian masalah dijalankan dengan mudahnya pihak pengurusan Tesco dapat merangka kerja teoritikal yang telah dibangunkan.

Berdasarkan persoalan yang telah ditimbulkan dalam pengenalpastian masalah di mana ia merumuskan persoalan penyelidikan melibatkan pemilihan konsep yang tepat. Perumusan yang baik adalah melibatkan kajian tinjauan yang dapat menjelaskan pemahaman masalah. Ia

melibatkan kos bernilai yang digunakan sekiranya ia boleh menunjukkan penyelidikan tidak bernilai digunakan. Kajian peninjuan dalam memilih konsep yang tepat boleh dijalankan melalui tiga cara iaitu dengan melakukan pencarian literasi, menemuramah pakar dalam subjek atau bidang dan menjalankan temubual berkumpulan. Melihat persoalan awal yang berkaitan dengan pemilihan konsep yang tepat, pencarian literasi dapat membantu kajian tersebut. Hal ini kerana literasi adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat secara aktif. Literasi juga dikatakan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah yang efektif. Kelebihan yang akan diperoleh oleh pihak pengurusan Tesco ialah

beberapa kemahiran yang penting seperti kemahiran maklumat, belajar, berfikiran kritis dan kreatif, penggunaan ict dan juga komunikasi di mana kesemua kemahiran tersebut dapat memberi keberkesanan idea dan maklumat yang berguna dalam menghasilkan konsep pengeluaran yang baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Seterusnya dalam penyelidikan reka bentuk ini juga ia melibatkan kaedah-kaedah penggumpulan data yang dapat menjawap kepada persoalan dalam pengenalpastian masalah dalam penghasilan produk. Kaedah-kaedah penggumpulan data ini digunakan bagi membezakan penyelidikan sebagai proses pengawasan atau proses komunikasi. Di dalam proses pengawasan ini, penyelidik akan bertindak untuk memeriksa aktiviti bagi subjek atau sifat bagi sesetengah material tanpa mencuba untuk mendapatkan sebarang respon daripada sesiapa. Persoalan subjek penyelidik dan responnya dapat dikumpulkan dengan menggunakan cara peribadi atau bukan peribadi. Contohnya, dalam pengenalpastian masalah bagi pecahan masalah yang melibatkan persoalan bagaimana barangan atau produk akan dikeluarkan dapat diatasi dengan mengunakan kaedah reka bentuk komunikasi di mana ia melibatkan penyelidik menemubual koresponden melalui cara peribadi seperti secara langsung iaitu penemuan dua mata. Melalui kaedah ini, secara amnya dapat membantu pihak pengurusan Tesco menjalankan penyelidikan dengan baik bagi menyelesaikan pecahan masalah yang telah disenarai pendek. Melalui cara bukan peribadi pula, ia merujuk kepada pengisian maklumat sendiri oleh respoden untuk menyatakan

permintaan atau pilihan yang dikehendakinya dalam penghasilan produk yang akan dikeluarkan itu. Melalui kaedah-kaedah penggumpulan data ini juga membolehkan para penyelidik

mengetahui keadaan pasaran yang dianalisis berdasarkan pendapat respoden yang ditemubual sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Bukan itu sahaja, penyelidikan reka bentuk juga melibatkan tahap kawalan pembolehubah penyelidikan. Ketika melakukan penyelidikan, para penyelidik mempunyai

sedikit kawalan atau boleh memanipulasikan pembolehubah kajian. Kawalan tersebut mungkin melibatkan mengubah jumlah atau jenis atau memegang pembolehubah berterusan bersamasama dengan objektif penyelidikan. Penyelidik juga dikatakan boleh menentukan kesan salah satu daripada pembolehubah kepada yang lain di mana ia menyediakan alat yang berguna untuk menguji sebab hipotesis. Keadaan ini membolehkan pihak pengurusan Tesco melakukan reka bentuk penyelidikan sama ada di dalam makmal atau luar makmal. Bagi kajian yang dilakukan di luar makmal, kajian ini adalah untuk menubuhkan hubungan sebab dan kesan menggunakan persekitaran di mana subjek atau bahan kajian biasanya berfungsi. Tetapi, bagi penyelidikan yang dilakukan di di dalam makmal pula adalah untuk menubuhkan sebab dan kesan hubungan serta memerlukan penciptaan artifak dan persekitaran yang dirancang di mana semua faktor adalah dikawal ketat. Dalam penghasilan sos cili yang bermutu, adalah menjadi kewajipan pihak pengurusan Tesco menggunakan pengeksperimental yang terbaik supaya penghasilan sos tersebut tidak mengancam masalah kesihatan pengguna serta menjejaskan krediabiliti penjenamaan oleh produk daripada keluaran Tesco yang lain. Kawalan terhadap

pembolehubahan ini juga melibatkan bentuk pemilihan sampel prosedur dan hasil manipulasi statistical. Keadaan ini menunjukkan bahawa kawalan yang ditetapkan bersifat keadilan hak pengguna dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Penyelidikan reka bentuk dan pendekatan kajian juga melibatkan tujuan kajian atau penyelidikan tersebut dilakukan. Jika dilihat secara amnya, penyelidikan ini adalah untuk

mengetahui siapa, apa, apabila, di mana atau berapa bagi subjek atau kajian yang disasarkan itu. Dalam menentukan tujuan kajian yang boleh dikukuhkan dengan bukti-bukti menjawap persoalan kepada permasalahan dan juga hipotesis adalah melibatkan criteria yang tertentu seperti memahami ciri-ciri kumpulan di dalam situasi yang diberikan, memikir secara sistematik tentang di dalam situasi yang diberikan, menawarkan idea untuk penyelidikan serta memastikan

kesimpulan mudah. Melihat situasi yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pihak pengurusan Tesco yang ingin memasarkan produk sos cilinya yang terbaru di pasaran dan kumpulan yang terlibat adalah pengguna di Malaysia. Keadaan ini membuatkan penyelidikan secara terperinci dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri sebenar pengguna di Malaysia ini dalam menggunakan sos cili. Kemudian, dengan memikirkan secara sistematik tentang aspek yang terlibat adalah melibatkan proses awal pengeluaran seperti bahan mentah, jentera, tenaga buruh dan sebagainya sehinggalah penghasilan produk tersebut berjaya. Pengenalpastian aspek penting yang terlibat adalah sangat penting kerana pengiraan kos nyata atau tidak nyata dapat dikenalpasti dengan lebih mudah dan awal. Dalam menawarkan idea untuk penyelidikan, pengenalpastian tujuan kajian telah merangka konsep awal supaya penghasilan kretiviti dan berfikiran kritis untuk membuat pemilihan yang sesuai. Seterusnya, memastikan kesimpulan yang mudah dimana dengan itu dapat menghasilkan kata putus atau pembuat keputusan yang tepat dalam menjalankan penyelidikan bagi keluaran sos cili tersebut di pasaran nanti. Kaedah Pengumpulan data dan maklumat Data merupakan fakta atau maklumat di mana ia adalah sangat penting bagi penyelidik dalam melakukan penyelidikan berdasarkan persekitaran. Data ini boleh dilihat melalui pelbagai bentuk sama ada angka atau bukan angka bagi maklumat dan bukti yang dikumpul secara terperinci berdasarkan kepada set peraturan dan prosedur yang telah diwujudkan. Dalam

mendapatkan data atau maklumat ini pelbagai cara yang boleh digunakan di mana berorentasikan teknologi moden yang memudahkan tugasan yang berpandukan kaji selidik daripada pelbagai cabang sumber dari seluruh dunia. Data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sekunder dan primer. Sekunder adalah data yang telah dikumpul dan diproses oleh seorang penyelidik dan dianalisis semula untuk tujuan yang berbeza oleh penyelidik yang lain. Manakala bagi primer pula, ia merujuk kepada data yang mempunyai pendekatan yang hampir kepada kebenaran dan mengawal kesilapan yang menjadikan mereka bentuk penggumpulan data menjadi penting. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk menggumpul maklumat atau data mentah adalah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini memerlukan kerjasama kesemua pihak sama ada pihak pengeluar mahupun pihak pengguna. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapat pandangan dan melihat komen yang disuarakan oleh pihak luar terutama pengguna yang berkenaan produk baru yang akan dipasarkan nanti. Daripada soalan yang diajukan,

jawapan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan Tesco untuk menghasilkan produk sos cili yang berkualiti untuk mendapat sambutan di pasaran. Keadaan ini membolehkan pengenalpastian kehendak pengguna dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Kaedah seterusnya yang boleh digunakan bagi menggumpul data adalah dengan menggunakan borang pemerhatian. Borang pemerhatian ini juga antara kaedah terpenting bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan meluas daripada pelbagai pihak terutama para pengguna yang akan menggunakan produk sos cili tersebut. Persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan adalah seperti cili yang akan digunakan sama ada berasal daripada tempatan atau perlu mendapatkan daripada pasaran luaran dalam memastikan kualiti produk yang akan dihasilkan. Penggumpulan maklumat daripada borang pemerhatian ini dapat menjawap segala persoalan permasalah yang timbul dan dapat menepati cabang sasaran yang telah ditetapkan melalui pemilihan konsep utama pengeluaran produk. Persoalan lain yang boleh dibangkitkan dalam borang tersebut juga adalah seperti jenis botol yang akan digunakan, jenis pelabelan produk dan warna yang penting dalam menarik minat dan citarasa pengguna sekarang. Bukan itu sahaja, kaedah lain adalah seperti nota makmal iaitu antara bukti penting dalam menguji kualiti produk yang akan dihasilkan kelak. Penggumpulan data dari nota makmal dapat membantu penghasilan penyelidikan yang mantap dari segi kualiti dalam menentukan kuantiti yang akan menjadi permintaan pasaran nanti. Sumber yang diperolehi daripada nota makmal dapat mengukuhkan keyakinan pengguna untuk menggunakan produk tersebut. Kajian yang dijalankan di makmal akan memberi impak yang sangat penting dalam keluaran tersebut dapat dipasarkan atau tidak kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna di Malaysia nanti yang jika tidak dipandang berat akan memberi impak negative kepada nama besar Tesco kelak. Antara kaedah lain yang boleh dipratikkan dalam menggumpul data adalah seperti penentuan alat log, pernyataan kewangan dan peralatan seragam di mana setiap kaedah yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam memberi maklumat dan data yang tepat dan berkesan untuk membantu penyelidikan dijalankan dengan baik dan lancar. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dilihat di mana penyelidikan adalah merupakan salah satu cara atau kajian yang digunakan bagi mendapatkan maklumat bagi menjawap persoalan yang ditimbulkan dalam suatu situasi semasa yang mungkin melibatkan banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam penyelidikan dapat dilihat di mana berlakunya permasalah penyelidikan di mana ia akan melibatkan persoalan umum dan khusus dalam menjalankan sesuatu kajian tersebut. Pengenalpastian masalah ini dapat diatasi apabila dibuat senarai pendek bagi setiap permasalahan tersebut dalam mengeluarkan produk yang melibatkan hipotesis dan juga pembolehubah yang dilakukan sebagai kayu ukur dalam menghasilkan produk melalui penyelidikan yang terbaik. Penekanan artikel dalam bidang penyelidikan ini juga dilihat sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa penyelidikan yang terperinci adalah sangat penting bagi penghasilan sesuatu produk itu. Bukan itu sahaja, dapat disimpulkan terdapat pelbagai

pendekatan kajian dan penyelidikan reka bentuk yang digunakan bagi menjawap dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam aktiviti penyelidikan tersebut. Dan seterusnya, melalui kaedah penggumpulan maklumat yang teratur dapat merealisasikan matlamat dan tuntutan penyelidikan tersebut bagi menghasilkan sesuatu produk yang akan menjadi permintaan pasaran. Melalui penyelidikan yang teratur akhirnya dapat membantu pihak pengurusan Tesco dalam mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam penghasilan produk terbaru nanti. Melalui penyelidikan ini juga, dapat membantu Tesco melakukan proses yang bersesuaian dan tepat serta meneliti langkah-langkah terbaik dalam mengatasi permasalahan tersebut. Akhirnya, penghasilan produk dapat dilakukan dengan lancar dan memenuhi citarasa pasaran yang dilakukan berdasarkan penyelidikan yang terbaik dari peringkat awal hingga akhir.

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/18521231/Apa-Itu-Penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai