Anda di halaman 1dari 11

1) Be proactive (Jadilah proaktif / ada inisiatif) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi kedua, proaktif

bermaksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Ini bermakna setiap perkara yang ingin dilaksanakan mestilah bersikap tidak sambil lewa dengan menjalankan tanggungjawab masing. Di dalam Kamus DBP edisi yang keempat menyatakan proaktif ialah bukan sikap positif (individu, institusi dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku). Pada pemikiran intelektual saya menyimpulkan bahawa proaktif ini sebagai satu tanggungjawab yang perlu diambil oleh setiap individu, institusi dan lain-lain terhadap sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan dan bukannya menunding jari kepada orang lain bagi mengelakkan permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh, program yang dianjurkan oleh kerajaan iaitu Program Cintailah Sungai Kita memerlukan sikap proaktif dari kalangan orang awam untuk menjaga kebersihan sungai daripda tercemar. Ini bermakna tanggungjawab untuk menjaga sungai datangnya daripada sikap atau tingkahlaku seseorang individu itu sendiri dan bukannya dari orang lain. Menurut Stephen Covey, seseorang yang bersikap proaktif mampu memberi jeda(tempoh) antara datangnya rangsangan dengan keputusan untuk memberi respon. Pada saat jeda tersebut, seseorang yang proaktif dapat membuat pilihan dan mengambil respon yang dipandang terbaik bagi dirinya. Pada pandangan saya, proaktif ini memahukan individu untuk memikirkan respon atau tindakbalas yang terbaik dalam menentukan keputusan yang ingin dibuat.

Sikap proaktif berkait rapat dengan kecerdasan emosi manusia. Seseorang yang mempunyai sikap proaktif ini menunjukkan kecerdasan emosi yang tinggi. Sebagai contoh, seseorang yang menghadapi musibah mudah mengawal keadaannya dengan memberikan respon positif yang sesuai kepada diri mengikut situasi. Ini menunjukkan pengelolaan emosi yang baik hasil daripada sikap proaktif yang ditunjukkan. Kelebihan orang yang bersikap proaktif ini banyak membawa keuntungan kepada diri sendiri dan juga kepada masyarakat. Sebagai contoh, kempen kitar semula yang dijalankan oleh kerajaan mampu menyelamatkan planet bumi ini daripada tertimbus dengan jutaan sisa-sisa pepejal sekiranya setiap individu mempunyai sikap proaktif yang tinggi untuk menjayakan kempen tersebut.

Terdapat 2 set minda mengikut buku ini . Bulatan kebimbangan dan bulatan pengaruh. Kita tidak boleh mengawal apa yang ada dalam bulatan yang membimbangkan. Bulatan pengaruh di sisi lain terdiri daripada perkara-perkara dalam kehidupan kita di mana kita boleh mengubah. Kita mesti beroperasi dalam bulatan pengaruh dan tersenyum dan menerima perkara di dalam bulatan yang membimbangkan. Akibatnya kita memberi tumpuan kepada apa yang kita boleh mempengaruhi dalam kehidupan kita dan bukan bertindak balas kepada keadaan dan peristiwa. Ini adalah satu tabiat menjadi orang yang amat berkesan.

2) Begin with the end in mind (Bermula dengan penyudah di dalam minda kita) Begin with the end in mind (Bermula dengan penyudah di dalam minda), jadi jika anda mula bermula dengan pengakhiran yang baik di dalam minda anda insyaallah perkara-perkara yang positif yang ada di sekeliling anda akan tertarik kepada anda. Ya, mungkin ada perkara-perkara yang anda rancangkan tidak menjadi tapi tidak mengapa kerana anda masih berada di landasan yang baik untuk teruskan impian anda. Sesuatu organisasi itu, tidak kira besar atau kecil pasti mempunyai visi, misi dan objektif jika mahu berjaya dalam perniagaan atau pekerjaan. Kerana dengan mempunyai 3 perkara ini anda akan lebih fokus dalam melakukan tugas-tugas seharian anda oleh yang demikian anda dapat mengurangkan masa dari melakukan perkara-perkara yang tidak perlu. Contohnya, jika anda ingin mula menyimpan duit anda mestilah membayangkan pengakhiran yang cukup hebat di dalam minda anda dan anda harus mempunyai visi, misi dan objektif anda bagi setiap simpanan anda. Ya, jika hari ini anda mula menyimpan duit sebanyak RM1 sehari anda harus membayangkan cukup 30hari(1bulan) saya pasti mempunyai simpanan berjumlah RM30.00. Itu pencapaian yang nyata dan mudah dikira. Oleh yang demikian anda harus fokus dan berdisiplin ketika membuat sesuatu dan saya pasti RM30.00 tadi akan berubah menjadi RM60, RM90, RM120 dan seterusnya jika anda terus melakukan tanpa leka. Tapi jika anda membayangkan bahawa menyimpan RM1 ini hanya membuang masa dan tidak memberi apa2 keuntungan setelah sebulan menyimpan, simpanan anda tadi akan mula menyusut dari RM30 kepada RM25,RM20,RM dan 0 tiada lagi apa untuk disimpan . Jadi untuk menjadikan simpanan ini satu tabiat yang berkesan anda harus sentiasa membayangkan pengakhiran yang baik dan positif supaya anda sentiasa mempunyai semangat untuk menyimpan tanpa rasa putus asa.

3) Put first things first (Utamakan yang utama) Menurut Kamus DBP edisi kedua, utama bermaksud perkara yang penting sekali, pertama sekali. Sebagai contoh, Makanan utama orang-orang Malaysia ialah nasi. Maksud kedua yang dipamerkan dalam kamus DBP ini ialah paling baik, terbaik dan menganggap sesuatu perkara lebih penting daripada yang lain. Pada perspektif saya, Utamakan yang Utama lebih bermaksud mementingkan perkara yang terpenting bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lebih lancar. Perkara terpenting yang ingin dilaksanakan haruslah dijalankan terlebih dahulu agar pihak lain (institusi, syarikat, dan lain-lain) berpuas hati dan mengelakan sesuatu perkara buruk yang berlaku seperti kerugian syarikat. Dalam kehidupan ini, Utamakan Yang Utama sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan. Sebagai contoh, antara keluarga dan rakan-rakan, yang manakah perlu diberikan keutamaan? Sewajibnya kita menjawab keluarga kerana setiap ahli-ahlinya merupakan darah daging dan juga pewaris harta kita. Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih mementingkan kerjaya daripada keluarga. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini melahirkan isu-isu seperti anak lari daripada rumah dan kes gejala sosial remaja yang boleh dikatakan setiap hari terpampang di dada-dada akhbar. Pada pendapat saya, kes seperti ini haruslah ditangani dengan bijak oleh ibu bapa agar kedua-dua pihak berpuas hati. Urusan kerja penting begitu juga urusan keluarga. Namun, yang manakah harus diberikan perhatian? Pembahagian masa sangat penting dalam situasi ini. Ibu bapa seharusnya memikirkan tugas-tugas mereka di pejabat dan juga peranan mereka sebagai ibu bapa. Sekiranya kedua-dua peranan ini dijalankan dengan cara yang betul, maka isu-isu seperti ini tidak aku timbul dalam arena masyarakat malaysia.

Dato Seri Haji Mohammad Najib Tun Razak juga telah memperkenalkan transformasi Didahulukan, negara iaitu Gagasan Satu Malaysia berpaksikan Pencapaian prinsip Rakyat Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa

rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Di sini Perdana Menteri menjalankan tanggungjawab beliau dengan mendahulukan rakyat dari segala urusan berbanding dengan urusan-urusan yang lain. Rakyat diletakkan di tempat yang pertama agar keharmonian negara akan terus terjamin dan diikuti dengan pencapaian-pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada kerjasama rakyat yang bersatu padu.

4) Think win-win (Berfikir secara menang-menang) Ada lima dimensi model menang/menang: iaitu Karakter, Hubungan, Perjanjian, Sistem Sokongan dan Proses. Pertama, karakter adalah asas menang/menang. Disini harus ada integriti untuk membina kepercayaan dalam hubungan dan mendefinisikan kemenangan dalam nilai-nilai peribadi. Kedua, hubungan adalah fokus dalam menang/menang. Apapapun orientasi orang yang kita berhubung (menang / kalah dll), hubungan adalah kunci untuk memainkan situasi. Bila disana ada hubungan kepercayaan dan keseimbangan emosi tinggi, terdapat lebih besar kemungkinan berjaya, interaksi produktif. Sikap negatif iaitu perbezaan pada keperibadian atau kedudukan pangkat perlu dihilangkan; tenaga kooperatif dalam penyelesaian isu yang akan terbina. Ketiga, perjanjian prestasi atau kerjasama atas kongsi menuju menang/menang. Perjanjian harus meliputi elemen untuk mencipta suatu standard sehingga orang boleh mengukur kejayaannya. Keempat, sistem ganjaran adalah elemen penting dalam model menang / menang. Jika orang yang menonjol prestasinya diberikan ganjaran, maka orang lain yang yang tidak berapa menonjol pasti akan kecewa dan mereka berusaha untuk menjadi lebih baik. Kelima dan terakhir ialah proses menang/menang mempunyai empat tahap iaitu: 1. Lihatlah masalah dari titik pandang lain, dalam hal keperluan dan titik pandangan lain dari yang lain. 2. Kenali isu dan kunci kepada sesuatu permasalahan 3. Tentukan hasil apa yang akan membuat penyelesaian diterima penuh. 4. Tentukan strategi baru untuk meraih hasil tersebut.

5: Seek first to understand, then to be understood (Fahamilah terlebih dahulu, untuk difahami) Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendaklah memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. First seek to understand than to be understood pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Ini adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi telinga daripada menjadi mulut. Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu. Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan kebenaran kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, what you give, you get back kita akan mendapat semula apa yang kita berikan. Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang tidak kalah dengan mengalah sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

6) Synergise (secara mudahnya 1+1 = lebih dari 2) Sinergi dalam pengertian Covey ialah satu keadaan di mana keseluruhan lebih besar daripada hasil tambahan bahagiannya. Covey menganggap sinergi sebagai berkemampuan mewujudkan hasil yang menakjubkan seperti perkara-perkara baru atau alternatif baru yang dahulunya tidak wujud. Dalam organisasi sinergi boleh berlaku antara individu dengan individu dan antara individu dengan komputer dan sebagainya. Dalam konteks individu, sinergi boleh mencetus pelbagai idea yang dapat menjurus kepada kelahiran idea, pendekatan, mekanisme, produk, proses dan peralatan baru. Kalau dipersuaikan dengan pemikiran sistem seperti dalam perbincangan awal, sudah pasti sinergi berkemampuan mensejahterakan organisasi. Seperti juga tubuh badan. Apalah sangat tangan, jika tangan hanya tangan. Tetapi kerjasama tangan kanan dan kiri, bersama kepala dan kaki, juga dengan anggota tubuh yang lain, ia mampu melakukan kerja-kerja yang hebat. KLCC itu juga hasil sinergi dua tangan seorang pekerja dengan tangan-tangan pekerja yang lain. Sinergi boleh dilihat sebagai suatu pendekatan yang berisiko tinggi. Keterbukaan kedua belah pihak memang boleh diterjemahkan secara dangkal sebagai penggadaian prinsip atas nama politik. Tetapi prinsip dan strategi adalah dua perkara yang harus dinilai dengan teliti. Oleh itu, Stephen Covey sendiri menegaskan bahawa Sinergi mesti berasaskan kepada tiga habit pertama, kerana ia menentukan nilai yang dipegang, destinasi akhir yang ingin dicapai, dan prioriti yang mahu diperjuangkan.

7) Sharpen the saw (Perbaharui tabiat) Ada seorang tukang pemotong kayu, yang kerjanya memotong kayu di hutan. Mungkin sudah tetlalu lama dengan kerjanya, makin lama, dia dapati tempoh dia memotong kayu makin lama makin berkurangan. Bermacam-macam teknik yang dia cuba untuk memotong dengan lebih pantas dan mudah, tetapi semuanya tidak membuahkan hasil, semakin kuat dia menggunakan gergaji untuk memotong pokok, semakin lama masa yang diambil untuk pokok itu tumbang, Tak cukup kuat lagi ni, esok kena potong lagi laju dan kuat, supaya lebih cepat bisik pemotong kayu itu dalam hati. Tetapi, walaupun begitu, makin lama masa yang diperlukan untuk pokok tersebut tumbang, ini menghairankan beliau. Tak lama datang seorang rakan, sedang mereka berbual-bual sambil si pemotong kayu itu memotong pokok di hutan. Aku dapati, makin lama aku potong pokok ini, makin lambat pula, makin kuat hayunan, makin lambat pula pokok ini terpotong, pelik rasanya si pemotong kayu meluahkan kata-katanya. Cuba aku tengok gergaji itu pinta kawan pemotong kayu. Gergaji ni tumpul ni, kenapa tak asah Apa asah? Daripada aku asah, cuma melambatkan masa aku je baik aku potong laju-laju, lagi cepat. Gitu pulak, asah lagilah cepat kayu itu dipotong pinta kawan si pemotong kayu. Tetapi si pemotong kayu terus dengan kedegilannya untuk memotong kayu tanpa mengasah gergaji yang digunakan. Hanya diperlukan masa selama tak sampai satu jam untuk mengasah gergaji, dan hasilnya, pastinya effisiensi bertambah, tempoh untuk pemotongan pokok pastinya lebih laju dengan gergaji yang telah diasah. Analogi ini diambil dari buku The 7 Habit of Highly Effective People dalam Habit ke-7 Sharpen The Saw. Sangat sesuai sekali dengan kita, akibat kesibukan yang melanda, sebagai pelajar, terus-terusan menyiapkan assigmen, terus menyiapkan slaidslaid untuk dibentangkan, sibuk dengan penyelidikan itu dan ini. Pekerja yang bekerja, tiada masa langsung untuk bersukan, juga pendakwah yang berdakwah, tiada masa langsung untuk membaca, kesemua di atas mempunyai persamaan, semuanya sama, alasannya tiada masa!

REFLEKSI KENDIRI Setelah saya membuat kajian ringkas tentang buku 7 tabiat manusia berkesan (Stephen R. Covey). Salah satu daripada tabiat yang sudah ada pada diri saya ialah sinergi iaitu kerjasama antara dua pihak dan ke atas. Semasa saya menjadi ketua kelas pada semester sebelum ini, saya telah sedaya upaya untuk mengubah diri saya daripada seorang yang lone ranger kepada seorang yang lebih terbuka dan bekerjasama untuk membuat sesuatu urusan yang melibatkan kelas. Saya berpeluang untuk bekerja dengan rakan sekelas yang berlainan dari aspek jantina dan personaliti untuk beberapa semester sebelum ini. Melalui kerja berkumpulan ini saya berupaya mengenali dengan lebih dekat cara bekerja setiap seorang daripada mereka. Sudah pasti yang setiap individu berbeza dan mempunyai cara bekerja yang tersendiri. Akan tetapi saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam menyiapkan sesuatu tugasan secara bersama. Saya juga pernah dilantik menjadi pengerusi kelab kriket yang mana pada masa itu saya telah menganjurkan sebuah pertandingan kriket di dalam IPBA antara kelas yang terlibat. Kerjasama antara mereka semua telah menyebabkan sebuah pertandingan yang lancar dapat dijalankan dengan bimbingan pensyarah. Pada masa akan datang, saya akan cuba untuk memenuhi tabiat ketujuh iaitu sharpen the saw iaitu perubahan tabiat. Satu lagi tabiat yang membawa pengaruh perubahan yang besar ialah 'tajamkan gergaji'. Covey mencadangkan pencapaian harmoni dan perseimbangan dalam empat dimensi berikut fizikal, mental, rohani dan sosio-emosi. Sebenarnya apabila saya memuhasabah diri saya terdapat banyak kelemahan yang masih ada pada diri saya yang perlu saya baiki bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan mendatang dalam perjalanan kehidupan ini. Dalam banyak aspek, kehidupan manusia telah banyak berubah. Perubahan ini telah di pacu oleh pelbagai faktor seperti teknologi maklumat danjuga kemajuan di bidang sains yang lainnya. Perubahan- perubahan ini akan mencetuskan perubahan- perubahan lain seperti cara kita berkerja dan seterusnya menuntut penilaian kepada aspek- aspek kerja yang lain dan yang berkaitan. Pemikiran kita ataupun saya juga harus berubah bagi membolehkan kita terus berfungsi seiring dengan tuntutan- tuntutan baru ini.

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Opsyen Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 Semester 5 Tahun 2012

7 TABIAT MANUSIA BERKESAN (STEPHEN R. COVEY)

NAMA: HUSIN HAFIZ BIN ABU BAKAR NO. GILIRAN: 2010211310003 PENSYARAH: DR. AZITA BIN AMRIN TARIKH SERAHAN: 9 FEBRUARI 2012

Anda mungkin juga menyukai