Anda di halaman 1dari 15

5

BAB II

BURUH ASING

2.1

Pengenalan Bab ini akan memberikan penjelasan mengenai istilah yang digunakan serta

huraian tentang teori- teori yang berkaitan dengan permintaan buruh dan buruh asing. Dalam bab ini juga menyentuh sedikit sebanyak dasar-dasar serta peraturan yang berkaitan dengan buruh asing. Selain itu, latar belakang buruh asing terutama buruh Indonesia yang menjadi skop utama dalam kajian ini juga ada diceritakan sedikit sebanyak. Tujuannya adalah untuk memberikan pemahaman dan gambaran yang jelas tentang apa yang ingin disampaikan. Beberapa kajian lepas yang ditemui juga akan dimuatkan dalam bab ini sebagai asas dan panduan untuk menjalankan kajian serta membantu dalam membuat kesimpulan kajian.

6 2.2 Sektor Pembinaan 2.2.1 Definisi

Sektor pembinaan boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian sumber untuk menghasilkan proses pembinaan secara terus, dengan kata lain, sektor pembinaan bukan sahaja melibatkan firma pembinaan malah meliputi firma perunding / professional, pembekal, institusi kewangan dan sektor kerajaan. Manakala pembinaan pula didefinisikan oleh Clough (1991) sebagai proses pembangunan fizikal sesuatu projek dan meletakkan bahan dan peralatan ke tempatnya. Ianya melibatkan tenaga manusia, peralatan pembinaan, bahan bina, sumber dan penyeliaan untuk menyiapkan kerja.

2.2.2

Perkembangan

Sektor pembinaan di Malaysia dilihat begitu rancak membangun. Dimanamana di seluruh Malaysia kelihatan projek-projek pembinaan dijalankan. Ini dibuktikan berdasarkan Laporan Pasaran Buruh yang menyatakan ekonomi negara tumbuh pada kadar 4.5 peratus pada tahun 2002 berbanding 0.4 peratus pada tahun 2001 dan keadaan ini berlaku akibat daripada pemulihan ekonomi dunia yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Malah Malaysia Industrial Digest, Januari 2001, turut menyatakan bahawa Sektor pembinaan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.1% bagi tahun 2001 berbanding -5.6% pada 1999. Kerajaan Malaysia juga amat menggalakkan pertumbuhan sektor pembinaan dengan perbagai projek kerajaan seperti Projek Perumahan PKNS, penyediaan infrastruktur dan kemudahan baru, projek-projek pembangunan seperti Putrajaya, KLIA, Cyberjaya dan sebagainya ini menunjukan kesediaan kerajaan menyokong sektor pembinaan. Keperluan dan permintaan pengguna terhadap infrastruktur serta peningkatan populasi penduduk di Malaysia juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembinaan.

7 2.3 Elemen Dalam Pembinaan Setiap projek pembinaan adalah berbeza antara satu sama lain. Namun secara asasnya projek pembinaan bergantung kepada 6 sumber asas iaitu pengurusan, buruh, logi dan jentera, bahan bina, teknologi dan modal. Sumber asas ini diperkukuhkan lagi dengan 6 elemen sokongan iaitu pengalaman, profesionalisme, pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, lanjutan profesionalisme dan pembangunan teknikal dan galakan kerja berpasukan (Rozana,2001). Sumber asas merupakan asas kepada sesuatu projek, dimana jika berlaku kemelesetan ekonomi dan elemen asas terjejas, maka kelangsungan sesuatu projek juga akan terjejas. Pengurusan sumber asas yang cekap juga akan menjamin pihak kontaraktor menyiapkan projek mengikut kontrak (Hore,1997).

2.3.1

Sumber Buruh Dalam Pembinaan

Buruh dalam pembinaan adalah individu yang menghasilkan produktiviti dalam sesuatu projek pembinaan. Dalam sektor pembinaan buruh terdiri daripada golongan separuh mahir dan tidak mahir. Menurut Suryadi (2001), buruh adalah golongan upahan atau pemakan gaji. Buruh dibayar upah (sejumlah wang) dan pengusaha dapat tenaga kerjanya untuk waktu sehari, seminggu, sebulan, setahun, dan seterusnya.

2.3.2

Pengurusan Sumber Buruh

Dalam projek pembinaan, pengurusan buruh adalah berdasarkan perancangan kerja yang disediakan. Terdapat 2 teknik dalam perancangan buruh iaitu pelicinan sumber dan penghadan sumber. Bagi teknik pelicinan sumber, masa projek adalah terhad dan sumber dirancang untuk menepati masa siap setiap aktiviti. Sumber buruh adalah kurang penting berbanding masa siap projek. Teknik penghadan sumber pula mempunyai sumber buruh yang terhad. Aktiviti dirancang berdasarkan bekalan buruh (Rozana,2001).

2.4

Permintaan Buruh dan Guna Tenaga Apabila sesuatu sektor itu mencatatkan pertumbuhan positif, maka dengan

secara langsungnya akan meningkatkan permintaan buruh dan guna tenaga dalam sektor tersebut. Menurut Laporan Pasaran Buruh 2002, Guna tenaga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus iaitu 9.8 juta pada tahun 2002 berbanding 9.5 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2002, kadar pengangguran pula menurun sedikit kepada 3.5 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya, kadar penyertaan tenaga buruh tahun 2002 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun 2001 iaitu daripada 65.3 peratus kepada 65.5 peratus.

2.4.1

Konsep Permintaan

Permintaan merupakan keinginan untuk memiliki atau menggunakan sesuatu dengan diiringi oleh kuasa beli. Konsep ini meggambarkan perhubungan antara harga dengan kuantiti. Semakin rendah harga barangan, maka semakin banyak kuantiti yang diminta (Zulkifly Osman, 1989).

2.4.2

Permintaan Buruh

Dalam pasaran buruh, permintaan terhadap buruh adalah sama seperti konsep permintaan barang. Konsep ini menjelaskan perhubungan songsang antara harga buruh, iaitu kadar upah dengan bilangan buruh atau pekerja (Zulkifly Osman, 1989). Antara faktor yang membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja di perbagai peringkat kemahiran dan sektor adalah globalisasi, peningkatan ekonomi, modennisasi sektor perladangan, pertumbuhan sektor industri dan pembinaan (Ahm Zehadul, 1999). Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, dalam ucapannya ketika Mesyuarat di Dewan Rakyat pada 4 April 2002. Peluang pekerjaan

9 dan kekosongan jawatan yang boleh diisi pekerja tempatan adalah berjumlah 33,078 kekosongan. Jumlah yang tersebut di atas hanya bagi kekosongan jawatan yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Rakyat dalam tempoh Januari hingga Mac 2002 sahaja. Oleh itu ia tidak merupakan jumlah kekosongan jawatan atau jumlah peluang pekerjaan keseluruhan di Malaysia bagi tempoh tersebut.

2.4.3

Permintaan Buruh Asing Dalam Pembinaan

Sektor pembinaan merupakan satu sektor yang menuntut keperluan fizikal yang tinggi dan kesediaan berkerja dalam keadaan yang tidak selesa. Keadaan ini menyebabkan buruh tempatan semakin kurang berminat menceburi bidang ini. Lebihlebih lagi dengan kewujudan peluang pekerjaan lain seperti perkilangan yang lebih mudah dan selesa suasana kerjanya. Fevre (1984) ada menyatakan Permintaan terhadap buruh asing berlaku apabila buruh tempatan menolak pekerjaan yang menawarkan gaji yang rendah, latihan yang kurang, dan ketiadaan minat dan kemahiran oleh buruh tempatan. Kerjaya dalam sektor pembinaan adalah suatu kerjaya yang bersifat sementara atau jangka pendek atau mengikut kontrak. Keadaan ini menyebabkan orang tempatan kurang berminat berkerja sebagai buruh pembinaan. Mereka akan mencari pekerjaan yang lebih terjamin dan jangka panjang. Keadaan ini menambahkan lagi permintaan terhadap buruh asing. Menurut Zulkifly Osman (1989) Buruh asing juga diperlukan bagi memenuhi permintaan buruh jangka pendek. Permintaan ini berlaku apabila majikan mempunyai tujuan untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan anggapan input yang diperlukan hanyalah buruh dan modal dimana modal adalah tetap dan buruh berubah mengikut keperluan. Andaian lain adalah upah adalah satu-satunya kos buruh yang terlibat. Kos lain seperti kos latihan dan kos faedah sampingan tidak diambil kira.

10 Menurut Tuan Chang See Ten, ADUN Gelang Patah, dalam ucapannya ketika Mesyuarat di Dewan Rakyat pada 4 April 2002. Kegiatan ekonomi insentif buruh ini menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kerja daripada rakyat tempatan sama ada mereka mencebur diri dalam export-orientated atau untuk kegunaan atau pengeluaran untuk kegunaan tempatan. Mereka sangat memerlukan pekerja asing. Sebagai contoh, rakyat tempatan sudah tidak berminat untuk menjadi buruh pembinaan atau bekerja di ladang yang memerlukan kekuatan dan kelasakan fizikal tetapi tidak menjanjikan gaji yang tinggi. Persekitaran kerja di bawah matahari sebagai buruh pembinaan atau pekerja ladang juga kurang menyenangkan dan menjadikan peluang pekerjaan sedemikian kurang menarik kepada rakyat tempatan.

2.5

Buruh Asing Perbincangan sebelum ini telah menyatakan adanya permintaan terhadap buruh

asing dalam sektor pembinaan. Satu-satunya cara memenuhi keperluan dan permintaan ini adalah dengan mengimport pekerja daripada luar. Akhir 1995, sebanyak 649,680 permit kerja pekerja asing telah diluluskan. Lebih kurang dua per tiga adalah untuk sektor pembinaan dan perladangan. (Chan, 2001). 2.5.1 Definasi pekerja asing

Jabatan Kastam dan Imigresen mentakrifkan pekerja asing sebagai bukan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, tidak termasuk pegawai dagang (expatriates) dan merupakan pekerja tidak mahir atau separuh mahir.

2.5.2

Sejarah Kedatangan Pekerja Asing

Penghijrahan dan kemasukan pekerja asing ke Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Malaya bermula semenjak Zaman Kolonial lagi. Pentadbiran British ketika itu telah mengimport pekerja dari India dan China untuk berkerja di sektor perladangan dan perlombongan (Ahm Zehadul, 1999). Ini membuktikan penggunaan buruh asing bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.

11

Malaysia memberi tarikan dan peluang yang banyak kepada buruh asing mencari rezeki dan pekerjaan. Menurut setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Abu Zahar Isnin dalam Asiafeatures, 6 November 2001 Semenjak 1988 hingga 1996, purata pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah sebanyak lapan peratus setahun. Sejak akhir 1980an, peningkatan ekonomi Malaysia yang tinggi telah menarik beratus ribu pekerja asing. Pada tahun 2000 sahaja, permit sementara yang diluluskan adalah sebanyak 635,251 dan 212,763 daripadanya adalah pemohonan baru. Berdasarkan laporan Ringkasan Statistik Perburuhan Dan Sumber Manusia, permohonan lesen menggaji pekerja asing oleh majikan yang telah dikeluarkan dan diluluskan di negeri Sabah sahaja adalah sebanyak 11578 pada tahun 2002 dan sebanyak 4284 sehingga bulan Jun 2003. 2.5.3 Dasar dan Peraturan Pengambilan Pekerja Asing

Pengambilan pekerja asing di Malaysia oleh majikan tertakluk kepada Immigration and National Registration Division. Mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 1997), pekerja asing yang melanggar syarat termasuk bekerja tanpa kelulusan permit, mereka akan dihantar pulang manakala majikan akan didenda.

a)

Keutamaan kepada Pekerja Tempatan

Adalah menjadi dasar bahawa syarikat hendaklah memberi keutamaan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan mengambil segala usaha untuk mendapatkannya sebelum membuat permohonan. Pihak syarikat hendaklah merujuk kepada Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) untuk mendapatkan pekerja tempatan selepas menjalankan usaha-usaha mengiklankan jawatan-jawatan kosong serta berusaha untuk mengambil terus tenaga kerja daripada luar bandar sebelum dapat dipertimbangkan untuk pengambilan pekerja asing. b) Sektor yang dibenarkan

12 Jabatan Imigresen telah mengariskan, terdapat empat sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing. Sektor-sektor sektor ini dibenarkan mengambil pekerja asing kerana didapati masalah kekurangan buruh bagi sektor tersebut agak kritikal. Sektorsektor tersebut adalah: sektor pembinaan sektor perladangan sektor perkhidmatan (restoran, operasi kargo, pekerja dobi, sektor industri berasaskan eksport sahaja Negara yang dibenarkan

pembersih, rumah kebajikan, kelab golf (caddies), industri perhotelan.) c)

Hanya pekerja dari beberapa negara tertentu sahaja dibenarkan berkerja di Malaysia. Negara-negara tersebut adalah: d) Indonesia Thailand Kemboja Myanmar Nepal Tempoh perkhidmatan

Setiap pekerja asing yang berkerja di Malaysia adalah secara kontrak dan mempunyai had masa tertentu. Tempoh asas bagi setiap permohonan berkerja di Malaysia adalah 3 tahun. Tambahan 2 tahun lagi secara setahun ke setahun (3+1+1) dipertimbangkan berdasarkan merit setiap permohonan. Lanjutan tambahan selama 3 bulan dibenarkan untuk urusan penghantaran pulang pekerja asing dan pengambilan pekerja gantian. Bagi lanjutan melebihi 5 tahun adalah dibenarkan dengan syarat pekerja asing mendapat sijil kemahiran dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam tempoh tiga bulan sebelum Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tamat. Berita Harian, 5 Ogos 2003- Mulai 1 November 2003, Jabatan Imigresen akan hanya membenarkan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat

13 tempoh lima tahun selepas pekerja asing terbabit mendapat sijil kemahiran dalam tempoh tiga bulan sebelum PLKS tamat. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mohd Jamal Kamdi berkata, pekerja asing yang mendapat sijil kemahiran Majlis Latihan Vokasional (MLVK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) selepas tamat tempoh PLKS tidak akan dilanjutkan.

2.5.4

Tanggungjawab majikan dan pekerja

Majikan yang mengambil pekerja asing mempunyai tanggungjawab yang lebih berbanding majikan yang tidak menggaji pekerja asing. Begitu juga pekerja asing tersebut, mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu diterangkan oleh majikan mereka. a) Tanggungjawab majikan i. Pembiayaan Dari segi pembiayaan majikan adalah bertanggungjawab membiayai semua kos pekerja pergi dan balik dari negara asal. Majikan bertanggungjawab menyediakan deposit jaminan seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Juga bertanggungjawab menyediakan perlindungan kepada setiap pekerja di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing. ii. Dokumen Majikan adalah bertanggungjawab memaklumkan dan menerangkan kepada pekerja semua terma kontrak pekerjaan yang sah. Satu salinan kontrak pekerjaan hendaklah diserahkan kepada pekerja. Majikan perlu mendapatkan kad pekerja asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan juga bertanggungjawab memperbaharui pas pekerja jika tamat tempoh. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyimpan dengan selamat dokumen perjalanan pekerja. Selain itu, majikan perlu menyerahkan dokumen perjalanan tersebut ke kedutaan asal pekerja tersebut sekiranya pekerja tersebut melarikan diri. iii. Kebajikan

14 Kebajikan pekerja asing juga adalah tanggungjawab majikan. Majikan perlu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang bersesuaian. Melaporkan dengan segera kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebarang salah laku pekerja. Menghantar pulang pekerja yang telah tamat tempoh. Majikan juga perlu menguruskan penghantaran pulang atau pengkebumian jenazah pekerja. b) Tanggungjawab Pekerja Pekerja asing adalah bertanggungjawab bagi bayaran levi, pas, visa dan yuran pemprosesan dan apa-apa bayaran lain yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia. Pekerja asing juga perlu menanggung semua kos bagi mendapatkan dokumen perjalanan, pemeriksaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan di negara asal. Pekerja asing perlu sentiasa membawa kad pekerja asing untuk pemeriksaan semasa berada di Malaysia dan sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia

2.5.5

Syarat-syarat ke atas Pekerja Asing dan Majikan

Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Jabatan Imigresen yang perlu dipatuhi oleh pekerja asing dan majikan yang mengambil pekerja asing a) Pekerja asing Pekerja asing tidak dibenarkan menukar majikan, menjalankan perniagaan dan bergiat di dalam sebarang aktiviti kesatuan. Pekerja juga tidak dibenarkan membawa pasangan dan keluarga, juga tidak dibenarkan berkahwin sama ada sesama sendiri atau dengan penduduk tempatan semasa berkerja di Malaysia. Pekerja hanya dibenarkan bekerja di negara ini selama 3 tahun sahaja.

b) Majikan Sebelum pengambilan buruh asing dilakukan, majikan hendaklah berusaha mendapatkan pekerja tempatan terlebih dahulu termasuk menghubungi Jabatan Tenaga Rakyat yang berhampiran sebelum memohon mengambil pekerja asing. Jika pekerja

15 asing diperlukan, majikan hendaklah mengambil pekerja asing dari negara sumber yang diluluskan sahaja. Dalam urusan pengambilan, majikan tidak dibenarkan menggunakan khidmat mana-mana perkhidmatan agensi swasta/individu kecuali pegawai syarikat dalam urusan pengambilan pekerja asing. Majikan hendaklah menunggu pekerja asing mereka di pintu masuk yang ditetapkan dan mengiringi mereka ke kilang/syarikat. Selepas itu, majikan dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Buruh mengenai penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pekerja asing berkenaan mula bekerja. Sepanjang tempoh pekerja asing berkerja, majikan dikehendaki menyediakan tempat tinggal untuk pekerja asing. Majikan hendaklah mengorientasikan pekerja asing mereka bagi menyesuaikan dengan keadaan persekitaran di Malaysia. Gaji dan lainlain syarat perkhidmatan kepada pekerja asing hendaklah sama dengan pekerja tempatan. Majikan juga dikehendaki melindungi pekerja asing mereka di dalam Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah Akta Pampasan Pekerja, 1952. Majikan yang tidak memerlukan lagi pekerja asing sama ada tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) masih laku atau tidak hendaklah menghantar pulang pekerja-pekerja tersebut ke negara asal atas pembiayaan majikan. Permohonan untuk menukar majikan tidak dibenarkan. Majikan dikehendaki sentiasa memastikan pekerja asing mereka memiliki pasport dan PLKS yang masih laku. Majikan diwajibkan menyimpan pasport pekerja asing mereka dengan selamat dan mengembalikan pasport tersebut ke kedutaan negara berkenaan sekiranya pekerja tersebut telah lari. Bagi urusan penghantaran, majikan hendaklah mendapatkan "check-out memo" daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi urusan keluar pekerja asing mereka.

2.6

Pekerja Indonesia di Malaysia Malaysia dan Indonesia dahulunya lebih dikenali sebagai Kepulauan Melayu

atau Nusantara. Rantau ini mempunyai masyarakat yang mengamalkan budaya yang

16 hampir sama mengunakan bahasa yang sama dan ini menyebabkan berlakunya intergrasi antara penduduk dari sesebuah pulau dengan pulau yang lain secara bebas. Kebebasan ini hanya mula tersekat setelah kewujudan negara merdeka Indonesia dan Malaysia.

2.6.1

Sejarah Penghijrahan Pekerja Indonesia ke Malaysia

Penghijrahan warga Indonesia ke Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu bermula sebelum kehadiran British lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan pelayar. Kemudiannya berlakunya asimilasi antara keturunan Melayu Malaysia dan Indonesia dan mereka terus menetap di Malaysia. Orang Minangkabau dari Sumatera, Bugis dari Sulawesi, dan Jawa dari Pulau Jawa adalah golongan terbanyak yang berhijrah ke Tanah Melayu. (Ahm Zehadul,1999). Semasa Perang Dunia Kedua dan krisis ekonomi 1939 1945 menyebabkan kurangnya penghijrahan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Semasa kemerdekaan pada 1957, sebanyak 346,800 orang Indonesia berada di Tanah Melayu, mereka kemudiannya dikelaskan sebagai Melayu dan terus menetap di Malaysia. (Ahm Zehadul,1999). Selepas kemerdekaan Malaysia, penghijrahan warga asing ke Malaysia telah dikawal melalui undang-undang imigresen. Penghijrahan Rakyat Indonesia ke Malaysia kemudiannya telah berhenti semasa Konfrontasi antara kedua negara pada pertengahan 1960an. (Ahm Zehadul,1999)

2.6.2

Faktor Penghijrahan Pekerja Indonesia Ke Malaysia

Sebab-sebab utama kemasukan pekerja asing ke sini adalah kerana terdapatnya banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan, mencari pengalaman kerja di

17 negara lain, jumlah pendapatan (gaji) yang dianggap lebih baik dari pendapatan di negara asal, membantu keluarga dan banyak lagi (Moha Asri, 1996). Kadar upah yang rendah di negara asal mereka. Upah biasanya mengikuti aturan hukum pasar: permintaan dan penawaran terhadap tenaga kerja. Jumlah calon penjual tenaga kerja (termasuk angka pengangguran) yang melimpah, melemahkan posisi tawar buruh terhadap penyewa atau pembeli tenaga kerja (pengusaha). Akibatnya, upah sebagai harga tenaga kerja mengalami kemerosotan (Suryadi, 2001). Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, dalam ucapannya ketika Mesyuarat di Dewan Rakyat pada 4 April 2002. Boleh dikatakan bahawa atas hakikat globalisasi khususnya pasaran perburuhan tidak boleh dinafikan setiap negara yang telah berjaya dari segi pembekuan ekonomi akan menarik minat dari segi pekerja-pekerja asing. Hakikat ini menjadi hakikat Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya. Oleh kerana gaji yang kita boleh bayar adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji yang mereka dapati di negaranegara asal.

2.6.3

Program Pengeksportan Pekerja Indonesia

Pada 1983, semasa kejatuhan harga minyak, kadar penganguran menjadi tinggi dan rusuhan pekerja mula meningkat di Indonesia. Keadaan ini memaksa kerajaan Indonesia mencari cara mengatasi kerugian melalui desakan peraturan dalam polisi ekonomi, dalam menjana hasil luar. Sehingga kini, Kerajaan Indonesia menbina ekonomi berdasarkan kos buruh yang murah di Indonesia untuk menarik pelaburan luar dan menghantar pekerja keluar negara melalui program pengeksportan pekerja (Indonesian Country Report, 2002). Jadual 2.1, menunjukkan peratus penghijrahan pekerja Indonesia ke negaranegara tertentu menurut sumber Indonesian Country Report, 2002.

Jadual 2.1 : Penghijrahan Pekerja Indonesia Mengikut Jantina Dan Destinasi 1994-1997

18
Lelaki Bil % 20,970 6.76 795 0.26 218,193 70.30 19,035 6.13 38,361 12.36 13,018 4.19 310,372 100.00 Wanita Bil % 246,221 48.86 15,283 3.03 174,319 34.58 61,187 12.14 6,895 1.37 75 0.01 503,980 100.00 Jumlah Bil % 267,191 32.81 16,078 1.97 392,512 48.20 80,222 9.85 45,256 5.56 13,156 1.62 814,352 100.00

Negara Destinasi Arab Saudi Timur Tengah Malaysia/Brunei Spore/Hong Kong Korea/Taiwan/Japan Lain-lain Jumlah

Sumber: Indonesian Country Report, 2002

Semenjak 1999, purata warga Indonesia yang berhijrah meninggalkan negara untuk mencari kerja adalah sebanyak 387,304 setahun. Sebanyak 70% daripada mereka adalah wanita. Destinasi mereka adalah Asia (65%) dan Timur Tengah (35%), dengan Malaysia dan Arab Saudi sebagai penerima terbesar pekerja Indonesia (Indonesian Country Report, 2002).

2.6.4

Buruh Indonesia Dalam Sektor Pembinaan

Bagi sesuatu projek pembinaan, mengikut pengalaman majikan industri pembinaan, pekerja Bangladesh tidak sesuai untuk bekerja dalam industri ini, sehingga kebanyakan pekerja Bangladesh bekerja di ladang. Oleh itu, pekerja Indonesia yang telah biasa dengan kerja pembinaan diupah oleh majikan syarikat pemaju. Pekerja Indonesia lebih tahan dan sanggup berkerja dalam sektor pembinaan yang memerlukan kekuatan fizikal selain mereka telah biasa dengan cuaca dan suasana yang hampir sama dengan negara asal mereka. Bagi kebanyakan majikan pula, mereka lebih gemar mengambil lebih ramai pekerja asing untuk bekerja kerana pekerja-pekerja asing dibayar gaji lebih murah, boleh bekerja lebih masa, tidak perlu caruman KWSP dan sebagainya (Moha Asri, 1996). 2.7 Kepentingan Buruh Asing Buruh asing didapati amat penting dalam sektor pembinaan di Malaysia. Tanpa adanya buruh asing dalam sektor pembinaan di Malaysia, projek tidak dapat dijalankan

19 kerana tiada siapa yang ingin berkerja. Tanpa adanya pembinaan, pembangunan negara tidak dapat dilakukan dengan baik kerana tiadanya infrastruktur yang dapat dibina tanpa adanya buruh yang membinanya.

Anda mungkin juga menyukai