Anda di halaman 1dari 11

PELAJARAN 7 : KECEMERLANGAN IMAN ASAS KEJAYAAN

Sesungguhnya berjayalah orang yang berimaniaitu

mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas, dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang yang berhak mewarisi, yang akan mewarisi syurga Al-Firdaus, mereka kekal didalamnya. (Surah Al-Mukminun, 23 : 1-11)

CIRI-CIRI MUKMIN YANG BERJAYA


1. Khusyuk dalam solat

Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah didalam hati. Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika beribadah. Seluruh anggota badan berada dalam keadaan tenang dan tamakninah, manakala hati tidak terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah.

CARA-CARA MENDAPATKAN KHUSYUK :

Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan. Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya. Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah yang maha agung. Mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang kerdil dan lemah.

Memastikan tempat solat yang selesa, bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran. Mengerjakan solat dalam keadaan badan yang selesa, segar dan tidak mengantuk. Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal.

2. Menjauhi perkara yang sia-sia

Perkara yang sia-sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan seperti berbual kosong dan melepak.

3. Mengeluarkan zakat
Zakat ialah rukun Islam ketiga yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat-syaratnya mengikut kadar dan tempoh masa tertentu. Ia merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang kearah pembangunan dan kemajuan negara. Melambangkan sifat syukur pemilik-pemilik harta. Mengeratkan tali persaudaraan umat Islam dan menambah keberkatan harta.

4. Menjaga kehormatan diri


Memelihara maruah diri. Mengawal hawa nafsu. Menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh menimbulkan gejala sosial seperti zina. Perbuatan zina dan liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat. Penyakit Aids berpunca daripada pergaulan bebas dan perhubungan haram yang dilaknat oleh Allah.

5. Memelihara amanah dan menunaikan janji


Menjaga dan menunaikan amanah satu kewajipan yang mesti disempurnakan. Umat Islam juga dilarang mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Setiap janji wajib ditunaikan sama ada janji dengan Allah mahupun sesama manusia.

6. Menjaga waktu solat


Menjaga waktu solat bermaksud menunaikan solat dengan khusyuk pada waktunya serta sempurna segala rukun, syarat dan sunatsunatnya. Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang mukmin yang bertanggungjawab dalam menunaikan amanah.

PENGAJARAN AYAT
Umat Islam perlu berusaha meningkatkan kualiti iman supaya berjaya dalam kehidupan. Umat Islam diwajibkan memelihara solat, menunaikan zakat, menjaga amanah, menepati janji, menjaga kehomatan diri dan menjauhi perkara sia-sia. Mukmin yang berjaya akan mendapat ganjaran syurga Al-Firdaus manakala mereka yang gagal akan dibalas dengan azab api neraka jahannam. Masalah sosial dapat dikawal jika setiap individu masyarakat menghayati sifat dan ciri-ciri mukmin yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai