KPP4023 Individu

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 25

PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP4023

TAJUK SOALAN
DENGAN MENGGUNAKAN 3 TEORI PSIKOLOGI, BAGAIMANAKAH IANYA DAPAT MEMBANTU MASALAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SUPAYA PELAJAR MENJADI CEMERLANG

NAMA PENSYARAH DR. SUPPIAH NACHIAPPAN

Disediakan oleh, MOHD AZAM B. ZAINUDDIN (L20112006845) KUMPULAN A


Fakulti Bahasa dan Komunikasi Disember 2011 Jun 2012

Skop Masalah penguasaan kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris di kalangan muridmurid sekolah

Pengenalan Komunikasi merupakan cara manusia berhubung di antara satu sama lain. Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk berkomunikasi, dan bahasa merupakan satu aspek yang penting untuk tujuan tersebut. Bahasa merupakan penghubung manusia dan dengan bahasa jugalah yang akan menghidupkan kehidupan sosial (Abdul Aziz Abdul Rahman. 2002). Bahasa digunakan untuk berkomunikasi sama ada dalam bentuk pertuturan, penulisan atau pemikiran. Terdapat beratus-ratus jenis bahasa yang ditutur oleh pelbagai lapisan masyarakat di dunia ini, namun bahasa inggeris merupakan bahasa yang sering digunakan dalam perhubungan antarabangsa. Sebagai bahasa antarabangsa, bahasa inggeris memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia juga mempunyai status lingua franca di kebanyakkan bahagian di dunia berpunca dari ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20. Oleh yang demikian pada masa tersebut, orang ramai yang menyedari akan kepentingan bahasa ini akan mempelajari bahasa inggeris dan seterusnya akan menggunakannya.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling utama di dunia pada masa kini. Ia dilihat sebagai satu bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi di antara satu sama lain secara mudah dan berkesan terutamanya di era perkembangan pesat teknologi moden seperti komputer, internet dan lain-lain alat telekomunikasi yang canggih. Malahan, hampir 99 peratus kandungan dalam internet merupakan teks dalam bahasa inggeris (Jamil Ahmad Zahari, 2002). Ia juga menjadi sangat penting kerana globalisasi dan pengantarabangsaan telah merubah bentuk struktur kerjaya, pendidikan dan pembentukan kurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan bercorak kosmopolitan. Dalam konteks ini, penguasaan bahasa inggeris menjadi salah satu indikator seseorang pelajar itu cekap berbahasa, petah berkomunikasi, kebolehan berhujah, kekuatan berfikir, keupayaan menyelesaikan masalah, kecerdasan emosi dan mempunyai sifat kepimpinan.

Kita tidak boleh menjadi global jika penguasaan bahasa inggeris masih lemah. Usaha untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris tidak bermakna kita membelakangkan bahasa kebangsaan, tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan semasa seperti kejayaan dalam bidang pekerjaan dan juga dapat bersaing didunia antarabangsa. (Berita Harian, 2006). Pelajar merupakan bakal pemimpin negara kita seharusnya mempunyai tahap kecekapan bahasa inggeris yang tinggi agar dapat mengadakan satu perhubungan antarabangsa yang berkesan dalam semua aspek untuk pembangunan negara dan bangsa. Pengajaran bahasa inggeris di sekolah dilihat sangat penting untuk menuju ke arah usaha tersebut. Selaras dengan itu, murid-murid telah mula diajar untuk menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa inggeris sejak di peringkat prapersekolahan lagi.

Bahasa inggeris juga memainkan peranan yang penting dalam bidang teknikal. Keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa inggeris merupakan kelebihan besar kepada pelajar teknikal memandangkan kebanyakan bahan rujukan bagi mata pelajaran teknikal adalah dalam bahasa inggeris. Walaupun ada usaha menterjemahkan buku ilmiah berbahasa inggeris ke dalam bahasa melayu oleh dewan bahasa dan pustaka, namun kemampuan itu terbatas disebabkan lambakan buku, jurnal dan maklumat dalam bahasa inggeris. Mengikut statistik DBP, sejak tiga puluh tahun lalu, hanya lapan ratus hingga seribu buah buku pengajian tinggi diterbitkan dalam bahasa melayu. Lebih menyedihkan lagi hampir 60% buku-buku ini tidak lagi wujud dalam pasaran (Yahya Zalina,2005). Oleh itu pelajar perlu mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal

Oleh yang demikian sama ada suka atau tidak, penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris ini dilihat sebagai satu elemen yang amat penting demi menyediakan diri mereka dalam mengharungi dunia globalisasi terkini dan yang mendatang.

Mengikut pemerhatian para guru bahasa inggeris, latar belakang keluarga murid-murid menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan sama ada murid tersebut dapat menguasai dengan baik atau tidak dalam bahasa inggeris. Murid-murid yang dating dari keluarga yang ada menerapkan pengajaran asas bahasa tersebut akan dapat menjadikan seseorang murid akan dapat menguasai dengan lebih baik berbanding dengan murid yang datang dari keluarga yang langsung tidak pernah memperkenalkan bahasa inggeris kepada anak mereka. Ini kerana penguasaan dalam bahasa inggeris itu dilihat adalah sesuatu perkara yang perlu diterapkan kepada anak-anak seawal yang mungkin. Anak-anak yang tidak pernah langsung mendengar sebarang ungkapan dalam bahasa inggeris akan lebih tidak berjaya dalam menguasai bahasa tersebut berbanding dengan anak yang telah didedahkan kepada penggunaan bahasa tersebut pada peringkat terawal yang mungkin.

Jika kita lihat di zaman sekarang pun, murid-murid yang datang dari bandar selalunya lebih berjaya menguasai bahasa inggeris berbanding dengan penduduk luar bandar. Ini kerana selalunya penduduk di bandar mempunyai kesedaran dan mencuba untuk menerapkan pengetahuan bahasa tersebut kepada anak mereka seawal yang mungkin. Manakala penduduk luar bandar yang majoritinya tidak mempunyai kesederan tersebut akan mengabaikan langsung penerapan bahasa asing selain dari bahasa percakapan harian mereka. Oleh sebab itulah juga selalunya pelajar yang datang dari negeri-negeri yang mempunyai dialek daerah mereka masingmasing bukan hanya tidak dapat menguasai bahasa asing malah bahasa Malaysia standard pun mereka tidak dapat menguasai dengan baik kerana bahasa Malaysia standard juga tidak ditekankan oleh mereka. Bagi mengatasi masalah penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris dengan baik, beberapa teori pendidikan perlu di praktikkan. Setelah saya membuat pemerhatian yang mendalam dalam kaedah teori-teori pendidikan yang ada, maka saya berkeputusan bahawa ada tiga teori yang sangat berketepatan untuk diadaptasi bagi menyelesaikan masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan murid-murid sekolah tersebut. 3 teori tersebut ialah :-

1) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 2) Teori Kecerdasan Howard Gardner 3) Teori Personaliti AlfredAdler

1) TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Pengertian Kognitif adalah proses yang terjadi secara dalaman di dalam pusat susunan saraf pada waktu manusia sedang berfikir (Gagne dalam Jamaris, 2006). Istilah Cognitive berasal dari kata cognition yang member makna mengerti. Pengertian yang luasnya cognition (kognisi) adalah perolehan, penataan, dan penggunaan pengetahuan (Neisser, 1976). Istilah kognitif ini menjadi popular sebagai salah satu wilayah psikologi manusia / satu konsep umum yang merangkumi semua bentuk pengenalan yang meliputi setiap perilaku mental yang berhubungan dengan masalah pemahaman, memperhatikan, memberikan, menyangka, pertimbangan, pengolahan maklumat, pemecahan masalah, kesengajaan, pertimbangan, membayangkan, memperkirakan, berfikir dan keyakinan. Termasuk psikologi yang berpusat di otak ini juga berhubungan dengan kehendak dan perasaan yang bertalian dengan rasa. Menurut para ahli psikologi aliran kognitifis, tingkah laku seseorang itu senantiasa didasarkan pada kognitif, iaitu tindakan mengenal atau memikirkan situasi dimana tingkah laku itu terjadi.

DASAR PRINSIP TEORI PIAGET Jean Piaget (seorang psikologi Swiss yang hidup tahun 1896-1980) dikenal dengan teori perkembangan intelektual yang menyeluruh, yang mencerminkan adanya kekuatan antara fungsi biologi & psikologi. Piaget menerangkan kecerdasan itu sendiri sebagai adaptasi biologi terhadap persekitaran. contoh: manusia tidak mempunyai kulit yang berbulu untuk melindunginya dari kesejukan dan manusia juga tidak mempunyai daya dan kepantasan untuk berlari jauh. Tetapi manusia memiliki kepandaian untuk menghasilkan pakaian bagi melindungi diri dari kesejukan dan kenderaan untuk tujuan pengangkutan.

3 Aspek Kecerdasan Menurut Piaget, kecerdasan dapat dilihat dari 3 perspektif berbeza:

1. Struktur Disebut juga scheme (skemata/Schemas). Struktur & organisasi terdapat di persekitaran. Struktur kognitif merupakan mental framework yang dibangun seseorang dengan mengambil maklumat dari persekitaran & menterjemahkannya, mengorganisasikannya serta membuat perubahan (Flavell, Miller & Miller, 1993).

Piaget tidak melihat struktur kognitif sebagai mekanisme biologik lahiriah. Dia tidak percaya bahawa anak-anak memasuki dunia dengan kebolehan semula jadi untuk memahami setiap perkara. Anak-anak secara perlahan & bertahap membangun cara pemikiran mereka sendiri terhadap kehidupan. Pembentukan struktur kognitif mulai pada awal kehidupan segera setelah bayi mulai memiliki pengalaman dengan persekitaran. Tapi bukankah seorang bayi yang baru lahir belum memiliki pengalaman apapun terhadap persekitaran? Piaget percaya bahawa seorang bayi yangg tidak berpengalaman penuh memiliki struktur yang sudah terbentuk yang memprogramkan mereka untuk berinteraksi dengan persekitaran, ini yang disebut struktur fizikal, seperti sistem saraf & otak manusia serta organ-organ deria yang tertentu dan tindak balas spontan yang disebut sebagai automatic behavioral reactions. Bayi melatih strukturstruktur ini dalam interaksi dengan persekitaran & memulainya dengan segera untuk mengembangkan struktur kognitif.

2. Isi iaitu pola tingkah laku tertentu tatkala individu menghadapi sesuatu masalah. Piaget kurang tertarik pada apa yang anak-anak ketahui, tapi lebih tertarik dengan apa yang mendasari proses berfikir. Piaget melihat isi kurang penting dibanding dengan struktur & fungsinya, Bila isi adalah apa dari inteligensi, sedangkan bagaimana & mengapa ditentukan oleh kognitif atau intelektual.

3. Fungsi iaitu suatu proses dimana struktur kognitif dibangunkan. Semua organisme hidup yang berinteraksi dengan persekitaran mempunyai fungsi melalui proses organisasi &

adaptasi. Organisasi: cenderung untuk mengintegrasi diri & dunia ke dalam suatu bentuk dari bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan yang penuh erti. Adaptasi terhadap persekitaran terjadi dalam 2 cara:

a. Asimilasi. Asimilasi bermaksud menyesuaikan sesuatu yang baru dengan memasukkannya ke dalam struktur yang sedia ada. Contoh: Pelbagai kaum yang ada di sesebuah negara akan menyesuaikan diri dengan kaum yang dominan secara menyeluruh yang akhirnya budaya, adat dan lain-lainnya dari kaum dominan akan meresap ke dalam kaum-kaum lain seterusnya adat,budaya asal akan terpinggir.

b. Akomodasi. Akomodasi bermaksud menyesuaikan sesuatu yang baru tanpa memasukkannya ke dalam struktur yang sedia ada. Contoh, Pelbagai kaum yang ada di sesebuah negara akan menyesuaikan diri dengan kaum dominan dengan memahami dan menghormati adat resam, budaya kaum dominan tanpa perlu mengikutinya secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Bererti budaya asal mereka tetap mereka amalkan dan peliharakan.

Melalui kedua-dua proses penyesuaian tersebut, sistem kognitif seseorang berubah dan berkembang sehingga boleh meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain. Proses penyesuaian tersebut dilakukan seorang individu kerana ia ingin mencapai keadaan equilibrium, iaitu berupa keadaan seimbang antara struktur kognitifnya dengan pengalamannya di persekitaran. Dengan demikian, kognitif seseorang berkembang bukan kerana menerima pengetahuan dari luar secara pasif tapi individu tersebut secara aktif mengkonstruksi pengetahuannya.

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak ke dalam 4 tahap utama yang berkorelasi seiring dengan pertambahan usia: 1. Tahap sensori motor (usia 02 tahun) 2. Tahap praoperasi (usia 27 tahun) 3. Tahap operasi konkrit (usia 711 tahun) 4. Tahap operasi formal (usia 11 tahun sampai dewasa)

1. Tahap sensorimotor Menurut Piaget, bayi lahir dengan sejumlah refleks semulajadi selain juga dorongan untuk menjelajah dunianya. Skema awalnya dibentuk melalui perubahan refleks semulajadi terhadap apa yang dipersepsi melalui deria. Bayi yang awal usia (0-4 bulan) tidak mempunyai deria terhadap pengekalan objek. Oleh itu, bayi dalam lingkungan umur tersebut tidak akan mencari objek yang telah ditunjukkan kepadanya tetapi disembunyikan kemudiannya. Tetapi bagi bayi yang dalam lingkungan 4-9 bulan akan mula mencar-cari semula objek yang disembunyikan setelah dia melihat kali pertama. Pada umur 9-12 bulan, bayi akan mula dapat mengenal dan mengekalkan objek yang ditunjukkan kepadanya walaupun ditunjukkan dari sudut yang berbeza. Pada akhir tahap sensori motor, kanak-kanak akan mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran terhadap rangsangan luaran. Ini berhubungan dengan penemuan cara-cara baru untuk mencapai tujuan iaitu tahap awal kreatif dan kretiviti.

2. Tahap praoperasi Tahap ini merupakan tahap kedua dari empat tahap. Dengan mengamati turutan yang ada, Piaget dapat menunjukkan bahawa setelah akhir usia dua tahun jenis yang secara kualitatif baru dari fungsi psikologik muncul. Pemikiran (Pra) Operasi dalam teori Piaget adalah prosedur melakukan tindakan secara mental terhadap objek-objek. Dalam tahap ini, kanak-kanak belajar menggunakan dan merepresentasikan objek dengan gambaran dan kata-kata. Pemikirannya masih bersifat egosentris: kanak-kanak kesulitan untuk melihat dari sudut pandangan orang lain. Kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek dengan menggunakan satu ciri sahaja, seperti mengumpulkan semua benda merah walau bentuknya berbeza-beza atau mengumpulkan semua benda bulat walau warnanya berbeza-beza.

Menurut Piaget, tahap pra-operasi mengikuti tahap sensorimotor dan muncul antara usia dua hingga akhir enam tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mengembangkan keterampilan berbahasanya. Mereka mulai merepresentasikan benda-benda dengan kata-kata dan gambar. Bagaimanapun, mereka masih menggunakan penalaran intuitif bukan logik. Di permulaan tahap ini, mereka cenderung egosentris, iaitu, mereka tidak dapat memahami tempatnya di dunia dan bagaimana hal tersebut berhubungan dengan satu sama lain. Mereka kesulitan memahami bagaimana perasaan orang di sekitarnya. Tetapi seiring dengan pendewasaannya, kemampuan untuk memahami perspektif orang lain semakin baik. Kanak-kanak memiliki fikiran yang sangat imaginatif di saat ini dan menganggap setiap benda yang tidak hidup pun memiliki perasaan.

3. Tahap operasi konkrit Tahap ini adalah tahap ketiga dari empat tahap. Muncul antara usia tujuh sampai dua belas tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logika yang memadai. Proses-proses penting selama tahap ini adalah: i) Pengurutan kemampuan untuk memilih objek menurut ukuran, bentuk, atau ciri lainnya. Contohnya, bila diberi benda berbeza ukuran, mereka dapat mengurutkannya dari benda yang paling besar ke yang paling kecil. ii) Klasifikasi kemampuan untuk memberi nama dan mengenalpasti serangkaian benda menurut bentuknya, ukurannya, atau ciri-ciri lain, termasuk gagasan bahawa serangkaian bendabenda dapat menyertakan benda lainnya ke dalam rangkaian tersebut. Kanak-kanak tidak lagi memiliki keterbatasan logika berupa animisme (anggapan bahawa semua benda hidup dan berperasaan) iii) Decentering kanak-kanak mulai mempertimbangkan beberapa aspek dari suatu permasalahan untuk dapat memecahkannya. Sebagai contoh kanak-kanak tidak akan lagi menganggap bekas lebar tapi pendek lebih sedikit isinya dibanding bekas kecil yang tinggi. iv) Reversibility kanak-kanak mulai memahami bahawa jumlah atau benda-benda dapat diubah, kemudian kembali ke keadaan awal. Untuk itu, kanak-kanak dapat dengan cepat

menentukan bahawa 4 + 4 sama dengan 8 manakala 8 - 4 akan sama dengan 4, iaitu jumlah sebelumnya. v) Konservasi memahami bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda adalah tidak berhubungan dengan pengaturan atau bentuk dari objek atau benda-benda tersebut. Sebagai contoh, bila kanak-kanak diberi gelas yang sama besar dan isinya sama banyak, mereka akan tahu bila air dari salah satu gelas tersebut dituangkan ke gelas lain yang ukurannya berbeza, air dalam gelas itu akan tetap sama banyak dengan air yang dalam gelas pertama. vi) Penghilangan sifat Egosentrisme kemampuan untuk melihat sesuatu dari sudut pandang orang lain (bahkan saat orang tersebut berfikir dengan cara yang salah). Sebagai contoh, tunjukkan komik yang memperlihatkan Siti menyimpan mainan di dalam kotak, lalu meninggalkan bilik, kemudian Ali memindahkan mainan itu ke dalam laci, setelah itu baru Siti kembali ke bilik tersebut. Kanak-kanak dalam tahap operasi konkrit akan mengatakan bahawa Siti akan tetap menganggap mainan itu ada di dalam kotak walaupun kanak-kanak itu tahu bahawa mainan itu sudah dipindahkan ke dalam laci oleh Ali.

4. Tahap operasi formal Tahap operasi formal adalah tingkat terakhir perkembangan kognitif dalam teori Piaget. Tahap ini mulai dialami kanak-kanak dalam usia sebelas tahun (saat baligh) dan terus berlanjutan sampai remaja. Ciri-ciri tahap ini adalah beroleh kemampuan untuk berfikir secara abstrak, menalar secara logik, dan membuat kesimpulan dari maklumat yang sedia ada. Dalam tahap ini, seseorang dapat memahami hal-hal seperti cinta, bukti logik, dan nilai. Ia tidak melihat segala sesuatu hanya dalam bentuk hitam dan putih, namun ada "warna kelabu" di antaranya. Dilihat dari faktor biologi, tahap ini muncul saat baligh (saat terjadi pelbagai perubahan besar pada dirinya), menandai masuknya ke dunia dewasa secara fisiologik, kognitif, penalaran moral, perkembangan psikoseksual, dan perkembangan sosial. Beberapa orang tidak sepenuhnya mencapai perkembangan sampai tahap ini, sehingga ia tidak mempunyai keterampilan berfikir sebagai seorang dewasa dan tetap menggunakan penalaran dari tahap operasi konkrit.

2. TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Ini kerana ujian IQ hanya menekankan pada kemampuan logical-matematik dan berbahasa sahaja. Menurut Gardner lagi, jika kedua-dua ibu-bapa jatuh dalam kategori tidak cerdas mengikut hasil ujian IQ, ini tidak bermakna anaknya secara automatik akan turut jatuh dalam kategori tidak cerdas. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh beliau, terdapat kanakkanak yang lemah IQ datang dari keluarga yang professional. Justeru itu, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai yang merangkumi sembialn kecerdasan asas ini merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ). Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

a) Linguistic intelligence ("word smart"): Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera. CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle

b) Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

c) Spatial intelligence ("picture smart") Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek. CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci

d) Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart") Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan

e) Musical intelligence ("music smart") Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik. CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar

f) Interpersonal intelligence ("people smart") Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasasan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka juga selalunya dapat memberi motivasi kepada orang lain dan mampu merasai sensitiviti serta perasaan orang lain. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

g) Intrapersonal intelligence ("self smart") Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

h) Naturalist intelligence ("nature smart") Merujuk kepada kebolehan untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Mereka biasanya adalah seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Mereka lazimnya lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alamsekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

3. TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER

PENGENALAN TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU Teori Psikologi Individu memfokuskan kepada keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu. Menurut Adler, manusia bermotivasi untuk menyesuaikan diri, memperbaiki diri dan menangani cabaran serta ingin mencapai kecemerlangan kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia. Fenomena psikologi yang dialami oleh setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain tetapi bersifat konsisten antara satu sama lain iaitu untuk mencapai kehendak superioriti bagi mengatasi perasaan rendah diri. Kehendak seseorang itu mempengaruhi setiap tindakan mereka berpandukan pula kepada pengalaman di masa lepas yang telah dilalui mereka yang mana mendorong kepada usaha untuk merealisasikan suatu kehendak. Perasaan inferioriti yang wujud secara nyata atau khayalan dalam diri seseorang individu dianggap sebagai sesuatu yang normal. Bahkan, perasaan inferioriti itu menjadidorongan untuk seseorang individu mencapai

keinginan superioriti. Superioriti pula merupakan matlamat hidup seseorang individu di samping menggapai kesempurnaan kendiri yang unggul. Maka, matlamat ini dijadikan pula sebagai panduan hidup seseorang. Matlamat tadi adalah hasil idea yang dibayangkan. Ia diistilahkan sebagai Fictional Finalism. Kata Adler lagi, desakan hidup yang dihadapi seseorang menjadi tunggak kepada perkembangan personaliti individu itu sendiri. Di samping itu, konsep kendiri kreatif turut memainkan peranan besar dalam menentukan personaliti seseorang. Kendiri kreatif wujud dalam diri individu berasaskan kepada proses pembelajaran (rangsangan- tindakbalas) yang dilalui sepanjang kehidupannya di masa lalu. Apa sahaja keputusan yang dibuat, tanggungjawab adalah disandarkan kepada individu itu sendiri. Penilaian baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah terpulang kepada pengamatan individu itu sendiri dan manusia bukanlah hamba kepada nasib.

PANDANGAN ALFRED ADLER MENGENAI SIFAT SEMULAJADI MANUSIA Setiap individu merupakan makhluk yang bersosial. Personaliti manusia adalah dibentuk oleh persekitaran sosial di mana keinginan bersosial itu telah sedia ada di dalam diri individu secara semulajadi. Ini secara tidak langsung mencirikan bahawa teori personaliti Adler turut menekankan aspek biologikal sepertimana Freud yang menekankan aspek seksual. Keinginan

mereka untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan mempunyai semangat kekitaan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.Namun, Adler menolak pandangan Freud mengenai naluri dan keperluan biologi merupakan elemen asas personaliti manusia. Menurut Adler, ,manusia didorong oleh minat sosial. Dalam berusaha untuk bergaul dengan anggota masyarakat, manusia membentuk gaya hidup yangtersendiri. Di sini keperluan memenuhi desakan seksual dilihat memainkan peranan yang kecil.Selain itu, setiap tindak- tanduk mnausia mempunyai suatu tujuan tertentu. Tujuan itu ialah untuk memperolehi rasa selamat dan untuk mengatasi perasaan rendah diri. Kedua- dua matlamat tersebut dipercayai sebagai pendorong individu ke arah menakluki kuasa, superioriti, dan kesempurnaan- terutamanya matlamat untuk mengatasi perasaan rendah diri. Maknanya,perasaan rendah diri atau inferioriti ini merupakan asas penggerak dan pendorong ke arah kendiri kreatif. Seterusnya, Adler turut berpendapat bahawa alam sedar (self- consciousness) menjadi pusat personaliti manusia. Oleh sebab itu, manusia mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya menurut kehendak dirinya. Tambahan, manusia sedar akan sebab- musabab dalam setiap tindak- tanduk yang dilakukan. Dengan itu, mereka sedar akan perasaan inferior yang wujud di dalam diri mereka serta bentuk sebenar suatu matlamat yang perlu ditujui dan dicapai. Jadi, manusia itu bukanlah mangsa kepada nasib. Adler turut menekankan aspek- aspek dalaman yang lain yang mana terdapat di dalam diri seseorang individu iaitu nilai, motif, minat, nilai, persepsi subjektif dan usahanya ke arah kendiri unggul. Aspek- aspek dalaman ini turut menjadikan suatu personaliti milik manusia itu unik dan berbeza antara satu sama lain.

KONSEP UTAMA DALAM TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU Sebelum Adler memformulasikan Teori Psikologi Individu, beliau telah terlibat dalam pengkajiandan pembinaan teori berkenaan neurosis (dalam H.L & R.R Ansbacher, 1956). Maka, hasil teori beliau adalah daripada konklusi yang dibuat melalui pengkajian awal beliau terhadap para pesakitnya. Konklusi yang dibina berdasarkan pengkajian itu digubal daripada berkaitan dengan individu abnormal kepada individu yang normal. Maka, teori yang terhasil adalah bersifat ekonomikal dan telah memperkenalkan beberapa konsep utama dalam aplikasi Teori Psikologi Individu Adler. Antara konsep- konsep tersebut ialah

[1]Fictional Finalism, [2] Usaha ke arah superioriti, [3] Perasaan inferior atau pampasan,[4] Minat sosial, [5] Cara hidup, dan [6] kendiri kreatif.

FICTIONAL FINALISME Konsep Fictional Finalism adalh berdasarkan kepada falsafah Hans Valhinger dalam buku beliau:The Psychology of as if, pada tahun 1911. Fictional Finalismmenunjukkan apa yang sedang diusahakan oleh seseorang individu itu untuk dipenuhi (kehendak) di masa mendatang. Matlamat yang sedang ditujui adalah Fictional Finalismyang mana mengarahkan tingkah laku seseorang itu sepertimana percaya dan yakinnya individu itu bahawa dirinya ada kemampuan untuk merealisasikan segala impian (fiksyen) agar menjadi nyata di akhirnya. Impian yang ingin dicapai seringkali bersifat ke arah kesempurnaan (guiding self ideal) dan idealistik. Ia wujud dalam diri individu secara sedar atau tidak sedar. Selain itu, fiksyen yang direka ini bersifat positif dan mampu memandu psikologikal individu secara efektif sepanjang berhadapan dengan alam realiti. Contohnya, kepercayaan Muslim terhadap konsep Neraka dan Syurga. Dua perkara tersebut adalah suatu yang ghaib dan penuh keajaiban. Namun, faktor keimanan Muslim membuatkan mereka yakin akan kewujudan perkara ini setelah tibanya Hari Kiamat di mana Syurga diciptakan oleh Allah untu didiami oleh para Mukmin manakala Neraka menempatkan para hamba yang mungkar dan dilaknat. Justeru itu, segala tindak tanduk manusia adalah berpandukan kepada matlamat yang diinginkan iaitu untuk mendiami Syurga Allah. Maka, jelas bahawa tingkah laku manusia dalam mencorak kehidupan adalah dipengaruhi oleh matlamat yang hendak dicapai. Menurut Adler, seseorang yang normal mampu membebaskan dirinya dari terus dibelenggu oleh fiksyen yang direka dan manusia turut berupaya membelakangkan fiksyen tersebut apabila iadirasakan sudah tiada kepentingan.

USAHA KEARAH SUPERIORITI Konsep ini bererti manusia akan sentiasa berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan kendirinya yang subjektif. Ia merupakan usaha mereka untuk berkembang. Kuasa yang mendorong individu untuk berusaha ke arah superioriti wujud sejak lahir dan setiap individu menggunakan potensi ini mengikut gaya hidup mereka yang unik di samping gigih mencapai matlamat yang diidamkan.Menurut Adler, manusia bergerak ke arah suatu kondisi yang semakin hari semakin baik dan seterusnya manusia akan memiliki rasa puas dan ketika itu, manusia

berada di puncak kejayaan dan memperolehi kesempurnaan kendiri yang unggul. Di situ, manusia turut berasa selamat dan berkuasa. segala bentuk inisiatif yang dilakukan merupakan tujuan manusia mengatasi segenap perasaan inferioriti miliknya. Adler turut melabelkan reaksi manusia terhadap perasaan tidak senang atau inferioriti mereka dengan sesuatu situasi yang sedang dihadapi itu sebagai masculine protest. Beliau turut berpendapat, superior dikaitkan dengan kuasa dan sifat kelakian (masculinity). Manakala, inferioriti dikaitkan dengan kelemahan dan sifat kewanitaan (femininity). Terdapat 3 tahap berbeza yang mana seseorang individu itu ingin capai dan setiap dari mereka itu berbeza dalam memilih bentuk matlamat antara satu sama lain: [1] untuk menjadi agresif, [2]untuk menguasai, dan [3] untuk menjadi individu superior.

Jenis matlamat yang dipilih adalah dipengaruhi oleh penglibatan awal kehidupan mereka dalamkeluarga (family atmosphere).

PERASAAN INFERIOR ATAU PAMPASAN Menurut Adler, manusia dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada rasa rendah diri. Rasa rendah diri ini akan mendorong individu untuk berusaha mengatasinya agar ia mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan. Terdapat dua jenis inferioriti yang kebiasaannya dialami oleh semua individu iaitu rasa rendah diri terhadap aspek fizikal diri atau aspek psikologikal. Rasa rendah diri terhadap aspek fizikal diri digelar inferiority organ. Ia wujud di dalam diri individu kesan daripada tanggapan subjektifnya keatas bentuk fizikal miliknya yang mana dikatakan kurang sempurna. Kebiasaannya, perasaan inferiority organ dialami oleh mereka yang dilahirkan cacat anggota. Ada juga mereka yang sedia normal turut mengalami perasaan inferiority organ kerana diri individu ini berfikiran yang negatif dan pesimis terhadap diri sendiri. Maka, tidak hairanlah, jika individu ini mengambil jalan yang drastik dengan menjalani pembedahan kosmetik demi mendapatkan kepuasan dan menghilangkan perasaan inferior di dalam dirinya. Contoh: Micheal Jackson menjalani pembedahan plastik yang kompleks demi memutihkan warna kulitnya. Jacko dikatakan ingin lari dari kepompong imej Negro yang

merupakan golongan yang lemah dan ditindas.Kemudian, inferior psikologikal yang mana wujud secara subjektif kesan daripada ketidaksesuaian individu menghadapi dunia sosialnya. Perasaan inferior ini turut muncul di dalam diri individu melalui pengaruh layanan ibu bapa yang diterima semasa di awal 5 tahun pertama. Sama ada individu ini dimanjakan atau disisihkan oleh ibu dan bapa menjadi faktor yang menyumbang kepada pembentukan personaliti individu apabila dewasa. Selain itu, layanan ibu bapa yang tidak bertoleransi dengan anak- anak dipercayai mampu memberi kesan kepada anak di mana anak bersikap memberontak dan bersikap antisosial. Proses memampas inferioriti ini akan berlaku secara berterusan (cycle through lifetime) dan berlaku di sepanjang hayat. Oleh yang demikian, inferior ini perlu dilihat dari perspektif yang positif. Melalui perasaan inferior, manusia sebenarnya mengalami proses perkembangan yang sihat dan ia merupakan satu kritikan yang konstruktif buat diri sendiri dan dalam pada masa yang sama kita menjadi lebih peka terhadap kelemahan dan kelebihan diri sendiri.

MINAT SOSIAL Minat sosial merupakan trait yang wujud sejak lahir lagi lagi tetapi perlu dipupuk dan dibimbing. Minat masyarakat ini didasarkan kepada keperluan seseorang individu untuk bermesra dengan orang lain di samping memupuk semangat kekitaan. Sepertimana yang kita maklum, Adler pernah menggariskan bahawa tindak- tanduk seseorang itu adalah bersandarkan kepada suatu tujuan atau matlamat. Di sini, untuk mencapai matlamat kesempurnaan kendiri unggul, seseorang itu memasang strategi dengan berusaha membantu orang lain dan bertingkah laku yang disenangi oleh masyarakat sekeliling. Sehubungan dengan itu,ia dapat menjauhkan seseorang individu dari berperasaan rendah diri dalam suasana sosial.Seterusnya, individu berkeyakinan menuju ke arah pencapaian Kendiri Unggul di samping memperolehi penerimaan sosial yang tinggi.

CARA HIDUP Cara hidup merupakan perancangan hidup yang unik dan tersendiri. ia merujuk kepada cara manusia mengejar matlamat. Cara hidup seseorang itu telah dibentuk semasa 5 tahun yang pertama. Demikian, ia digelar critical period di mana ia mempengaruhi reaksi individu kepada inferioriti yang dialami ketika dewasa. Perasaan inferioriti ini wujud secara nyata dan khayalan. Adler ada menekankan tentang family constellation: gabungan dalam keluarga yang melibatkan

kedudukan kelahiran dan layanan ibu bapa. Perkara tersebut merupakan aspek psikologikal yang penting dalam memahami perihal tingkahlaku seseorang individu.

JENIS-JENIS CARA HIDUP [1] Jenis Dominan/ Active Destructive Style ,[2] Jenis Bergantung/Passive- Constructive Style, [3] Jenis Mengelak/Passive- Destructive Style, [4] Jenis Sosial/ Active- Constructive Style. JENIS DOMINAN/ACTIVE DESTRUTIVE STYLE Individu jenis ini mempunyai kesedaran sosial yang rendah. Dia kurang minat terhadap kepentingan dan kebajikan masyarakat. Mereka anti- sosial dan suka menunjukkan superioriti dengan menindas orang lain. Ia berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.Contoh: Orang kaya memberi derma kepada golongan fakir yang meminta sedekah di jalanan. Orang kaya tersebut menghulurkan sejumlah wang di hadapan khalayak ramai. Tindakan orang kaya itu bukannya didasarkan kepada anjuran Islam- infaq fisabilillah tetapi atas niat menggariskan perbezaan taraf yang jelas antara orang kaya dan golongan fakir. Kanak- kanak yang mempunyai sikap begini biasanya lebih suka berkawan dengan kanak- kanak yang lebih lemah supaya mereka senang menguasai dan mempengaruhi kanak- kanak yang lemah tadi. Apabila dewasa, mereka lebih suka menjadi penguasa yang boleh memerintah orang lain atau pasangan mereka. Mereka akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan duit. Individu ini bertingkah laku tanpa melihat kepada orang lain. Sekiranya, individu ini memiliki sifat menguasai yang berlebihan, maka dia cenderung menjadi seorang yang kejam dan delikuen. JENIS BERGANTUNG/POSSIVE CONSTRUCTIVE STYLE Individu jenis ini biasanya bersikap pasif dan kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, mereka lebih suka bergantung kepada orang lain. Kanak- kanak yang bersikap begini lazimnya dimanjakan oleh kedua ibu bapa dan jarang diberi tanggung jawab sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, mereka membesar menjadi individu yang kurang yakin dan gemar menyerlahkan diripada pandangan umum. Misalnya, gemar bersolek dan tampil menawan. Individu ini turut gagal menghadapi situasi yang susah dengan sabar. Baginya, segala

apa yang dihasratkan mesti dapatdicapai dengan apa cara sekalipun. Bahkan, individu ini sanggup menggunakan khidmat ahli sihiruntuk merealisasikan impiannya dengan mudah di samping dia tidak perlu berusaha. JENIS MENGELAK/PASSIVE DESTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis mengelak biasanya kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan suatu konflik. Lazimnya, individu ini telah membuat spekulasi awal terhadap sesuatu yang masih belum sahih. Selalunya, persepsi mereka cenderung ke arah pemikiran yang negatif. Mereka turut tergolong dalam individu yang pesimis dan takut memasuki suasana baru. Mereka telah menjangkakan bahawa diri mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru itu dan terus mengambil jalan untuk lari dari menyertai dalam suasana tersebut.Individu ini turut dikatakan suka mengelamun dan berfantasi akan gambaran mereka sebagaisuperior

JENIS SOSIAL/ACTIVE-CONSTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis sosial lazimnya membesar dalam keluarga yang saling membantu dan sentiasa memberi sokongan moral. Individu ini turut mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan sebarang masalah. Setiap tindakan mereka pula acapkali mengambil kira kebajikan masyarakat. Kepentingan masyarakat diletakkan sebagai prioriti utama dalam kehidupan mereka. Mereka tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan mereka turut senang bekerjasama dan mudah menyesuaikan diri.

KENDIRI KREATIF Kendiri Kreatif merupakan suatu yang terdapat di antara rangsangan yang bertindak ke atas individu dan gerakbalas. Selain itu, ia merupakan kemuncak pencapaian seseorang. Konsep kendiri kreatif menekankan bahawa manusia bereaksi ke atas alam nyata melalui Kombinasi tenaga kreatif yang mana mengubah personaliti diri yang dinamik, cara hidup yang unik, dan persepsi subjektif. Setiap kreativiti yang digubal adalah selaras dengan matlamat yang sedang ingin dicapai iaitu termasuklah untuk mengatasi perasaan inferioriti. Adler turut melihat kepada aspek Stimulus- Response dalam menentukan tahap minat sosial yangdianuti oleh seseorang individu dan paras kewajaran individu memilih sesuatu matlamat itu dan akhir sekali, gaya hidup unik yang sedang individu amalkan.

Rumusan Berdasarkan kepada 3 teori yang dipilih, saya merasakan adalah amat berketepatan untuk mengguna pakai 3 teori tersebut dalam menangani masalah yang dihadapi. Ini kerana dalam menangani masalah dalam hal yang yang berkaitan dengan penguasaan sesuatu bahasa ianya mestilah dimulakan dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pendedahan awal kepada anak-anak terhadap bahasa yang hendak dikuasai amatlah sangat-sangat diperlukan. Ini berketepatan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, di mana menurut Piaget, perkembangan kognitif manusia bermula sejak lahir lagi. Dari peringkat kecil kita sudah boleh mula mengajar atau memperkenalkan sesuatu ilmu yang baru kepada anak-anak kecil dengan harapan supaya ini dapat menggalakkan pertumbuhan kognitif anak-anak tersebut. Menurut Piaget lagi seperti di dalam nota di atas, bagi anak-anak yang mulai memasuki umur 18 bulan mereka sudah mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh yang demikian sekiranya para ibu bapa mulai menyebut perkataanperkataan asas dalam bahasa inggeris kepadanya, mereka akan mulai memahami dan sebati dengan kehidupan mereka. Apabila mereka sudah mulai memasuki umur 2 tahun dan ke atas, dikatakan oleh Piaget, yang mereka ini memasuki tahap praoperasi. Di mana pada tahap ini perkembangan kognitif mereka adalah terhadap komunikasi verbal, iaitu mereka akan mulai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Di sini kita akan melihat hasil penerapan bahasa inggeris yang telah kita perkenalkan kepada mereka sebelum mereka memasuki umur dua tahun tadi. Sedikit sebanyak mereka akan dapat menggunakan perkataan bahasa inggeris yang diajar dalam kehidupan mereka. Pada tahap operasi konkrit pula, iaitu pada umur 7 tahun ke atas mereka sudah boleh menggunakan bahasa tersebut dengan baik. Semua ini terhasil daripada penerapan awal ibu-bapa terhadap penggunaan atau memperkenalkan bahasa tersebut semasa anak-anak itu masih kecil lagi iaitu seawal yang mungkin. Dengan pendedahan awal ini akan dapat membantu anak-anak dalam menguasai dengan lebih baik lagi bahasa ini kerana mereka sudah biasa menggunakannya. Apabila mereka sudah mempunyai asas, maka untuk menambahkan lagi ilmu tentang bahasa inggeris kita boleh menggunakan kaedah teori kecerdasan Howard Gardner, iaitu mengajar para pelajar menggunakan kaedah berdasarkan kemahiran atau kepandaian mereka. Ini

kerana supaya ilmu yang diajar itu dapat dan senang diterima dengan mudah ilmu tersebut. Dengan menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai ini juga akan menarik minat lagi seseorang pelajar itu terhadap pelajaran yang hendak diajar. Kerana, menurut Gardner jika sesuatu ilmu itu diajar dalam skop yang mereka mudah fahami, iaitu dengan cara yang sememangnya mereka sudah mahir maka pemahaman terhadap ilmu itu lebih baik. Dengan menggunakan kaedah ini, diharap pelajar akan dapat lebih menguasai pelajaran bahasa inggeris dalam diri mereka. Setelah semua ilmu bahasa inggeris telah diajar maka untuk menambahbaikkan lagi ialah perlu datang dari usaha mereka sendiri pula. Maka untuk memupuk pelajar mempunyai daya usaha sendiri, kita perlu terapkan atau menggunakan kaedah teori Personaliti Alfred Gardner supaya pelajar itu sendiri mempunyai semangat untuk memperbaiki kelemahan dan di samping itu juga menanam sikap mahu memperhebatkan diri lagi dalam penguasaan bahasa inggeris dalam diri mereka. Menurut Gardner, manusia sememangnya mempunyai motivasi untuk membaiki diri, menangani cabaran dan ingin mencapai kecemerlangan, kerana ianya adalah fitrah semulajadi bagi manusia itu sendiri. Oleh yang demikian, cabaran untuk menguasai bahasa inggeris juga dilihat sebagai satu perkara sememangnya mereka inginkan tetapi mungkin kerana hal-hal tertentu mereka menyorokkan perasan ini. Oleh yang demikian untuk menyalakan semula perasaan ingin mencapai kecemerlangan ini menurut Gardner, kita perlu menggunakan cara seperti proses kompensasi bagi membolehkan menusia menangani perasaan kemalapan terhadap apa yang dinginkan tadi.

Penutup Sebagai kesimpulan diharap dengan menggunakan 3 teori yang disebut di atas, ianya akan dapat membuatkan seseorang itu menguasai dengan baik bahasa inggeris. Bagi merealisasikan matlamat ini maka semua pihak baik ibu bapa, guru dan juga masyarakat juga perlu sama-sama menyokong dan berusaha dalam menyempurnakan tugasan ini. Para ibu bapa perlu mulai dengan anak kecil lagi dan jangan hendak menunggu anak tersebut bersekolah baru menekankan aspek penguasaan bahasa inggeris ini. Masyarakat perlu menyedarkan antara satu sama lain bahawa menguasai bahasa inggeris adalah amat penting bagi dunia anak-anak kita pada masa hadapan. Para guru pula sudah semestilah perlu bekerja keras dalam memahami kecerdasan anak murid mereka supaya para guru boleh menerapkan kaedah pelajaran yang sesuai dengan kecerdasan para pelajar mereka. Diharap dengan 3 teori yang dipilih ini benar-benar dapat mengatasi masalah penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar kita. Sekian.

Bibliografi

Suppiah Nachiappan, Ramlan Jantan & Abdul Aziz Abdul Sukor (2008). psikologi Pendidikan, Shah Alam:Oxfor Fajar Arif Luqman Nadhirin (2010). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Retrieved on February 29, 2012, from http://nadhirin.blogspot.com/2010/04/teori-perkembangan-kognitif-jeanpiaget.html Bel-Gredler, Margaret E. (1986). Jean Piagets Cognitive Development Theory in Learning and Insruction Theory into Practice. New York: Macmillan Publishing Company, hal 191-233. Ain (2007). Pertumbuhan Dan Perkembangan Kognitif Manusia Daripada Perspektif Teori Piaget. Retrieved on March 1, 2012 from http://teoripiaget.blogspot.com/ Amiene Rev (2005). Teori Kecerdasan Pelbagai. Retrieved on March 1, 2012 from http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760348/1/ Shearer, B. (2004). Multiple Intelligences Theory after 20 years. Journal of Psychology, 138(3), 265. Retrived on 29 February 2012 from www.tcrecord.org/Content.asp?ContentID=11504 Batriesya (2008). Teori Kecerdasan Pelbagai. Retrieved on March 1, 2012 from http://ilyasak.blogspot.com/2008/05/teori-kecerdasan-pelbagai.html Nur Amirah & Norizwani (2011). Teori Kecerdasan Pelbagai. Retrieved on March 1, 2012 from http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/.../teori_kecerdasan_pelbagai.pdf Arya Verdi Ramadhani (2008). Teori Alfred Adler. Retrieved on March 1, 2012 from http://aryaverdiramadhani.blogspot.com/2008/05/vj28v2008-teori-alfred-adler.html Faizul Idham (2011) Psikologi Individu Alfred Adler. Retrieved on March 1, 2012 from http://cintakudikeningau.blogspot.com/2011/06/psikologi-individu-alfred-adler.html

Anda mungkin juga menyukai