Anda di halaman 1dari 9

PELAN TINDAKAN MENCEGAH KEMALANGAN DI MAKMAL/ BENGKEL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Diluluskan Oleh Mesyuarat Kelapan Belas JKKPU Pada 23 April 2003

1. Berikutan laporan Statistik Kemalangan Makmal/Bengkel di Kampus Induk USM 2002 2003 yang telah dibincangkan oleh JKKPU, Naib Canselor telah mengadakan perbincangan susulan Ketua-Ketua Jabatan, yang mana kemalangan/kebakaran telah dicatatkan berlaku di Jabatan masing-masing. Perbincangan tersebut telah diadakan pada 26 Ogos 2002 dengan kehadiran seperti yang dilampirkan pada LAMPIRAN 1. 2. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklumbalas berhubung kemalangan/kebakaran tersebut, dan seterusnya mengambil tindakantindakan yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan/kebakaran tersebut sehingga ke paras yang sifar. 3. Perbincangan telah mengenalpasti enam (6) perkara utama yang perlu disemak dan diambil tindakan samaada pada peringkat Pusat (JKKPU/UKKPU) mahupun pada peringkat Pusat Pengajian/Pusat masing-masing bagi mencapai matlamat kemalangan/kebakaran sifar tersebut, iaitu; (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Latihan Maklumat Pakaian Perlindungan Diri Peralatan-Peralatan Keselamatan Peralatan-Peralatan yang tidak selamat Penguatkuasaan

4. Naib Canselor seterusnya melantik Prof. Madya Boey Peng Lim mempengerusi perbincangan selanjutnya bagi menentukan bagaimana keenam-enam perkara tersebut dapat direalisasikan. Perbincangan selanjutnya yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Boey Peng Lim telah diadakan pada 6 September 2002 dengan kehadiran seperti yang dilampirkan pada LAMPIRAN 2. 5. Rumusan perbincangan tersebut adalah seperti berikut; 5.1 Latihan Latihan adalah merupakan sesuatu elemen yang amat penting untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran pekerja-pekerja makmal (pelajar dan staf) terhadap keselamatan dan kesihatan di dalam makmal/bengkel. Diantaranya yang dicadangkan adalah seperti berikut; (i) Universiti perlu menawarkan kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai suatu kursus wajib kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda yang terlibat dengan kerja-kerja di makmal/bengkel USM. Kursus tersebut ditawarkan kepada pelajarpelajar tahun pertama dengan jumlah jam pengajaran yang bersamaan 2 Unit. (Tindakan: UKKPU)

(ii) Pelajar Ijazah Lanjutan yang terlibat dengan kerjakerja makmal/bengkel hendaklah diwajibkan untuk mengikuti kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dalam masa setahun selepas pelajar-pelajar tersebut mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan. Dicadangkan kursus tersebut dijalankan serentak dengan kursus induksi pelajar-pelajar ijazah tinggi yang dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan & Pembangunan. (Tindakan: UKKPU) (iii) Silibus kursus induksi untuk semua staf, termasuk staf akademik yang baru dilantik hendaklah mengandungi aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. (Tindakan: UKKPU) (iv) Kursus-kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang umum atau gunasama hendaklah dijalankan secara pusat untuk semua staf dan pelajar-pelajar daripada pelbagai Pusat Pengajian/Pusat. (Tindakan: UKKPU) (v) Manakala kursus-kursus yang berbentuk spesifik atau department approach hendaklah dijalankan oleh Pusat Pengajian/Pusat masing-masing dan juga diikuti oleh manamana staf/pelajar dari lain-lain Pusat Pengajian/Pusat yang berkaitan. (Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) 5.2 Maklumat Maklumat-maklumat berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti poster, video, buku, panduan, peraturan, prosedur simbol, arahan dan seumpamanya hendaklah diperbanyakkan dan mudah untuk diperolehi. Diantaranya yang dicadangkan adalah seperti berikut; (i) Poster-poster dan simbol-simbol umum yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah disediakan secara pusat oleh UKKPU untuk ditampal/dipasangkan di tempattempat yang strategik/umum di Pusat Pengajian/Pusat masingmasing. (Tindakan: UKKPU) Manakala poster-poster yang berbentuk khusus sesuatu perkara hendaklah disediakan oleh Pusat Pengajian/Pusat masing-masing dan dipasangkan di lokasi-lokasi yang khusus untuknya

(Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) (ii) Papan kenyataan yang khusus untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah disediakan di laluan-laluan yang strategik di sesebuah Pusat Pengajian/Pusat untuk dilekatkan dengan poster-poster atau maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh UKKPU dari masa ke masa. (Tindakan: UKKPU) (iii) Laman web keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dibangunkan untuk dimuatkan dengan segala prosedur arahan maklumat dan seumpamanya yang dikeluarkan oleh JKKPU dari masa ke semasa. (Tindakan: UKKPU) (iv) Panduan-panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah dikeluarkan oleh JKKPU hendaklah dikemaskini dan dicetak semula untuk edaran Pusat Pengajian/Pusat. (Tindakan: UKKPU) (v) Pusat Pengajian/Pusat hendaklah menyediakan panduan-panduan/peraturan-peraturan keselamatan yang khusus/spesifik untuk sesuatu perkara di Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. (Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) (vi) Memohon Perpustakaan untuk menyenaraikan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku, pita-pita video dan seumpamanya yang terdapat di Perpustakaan dan menyediakan ruangan khas untuk keselamatan dan kesihatan perkerjaan di Perpustakaan. (Pertimbangan: Perpustakaan)

5.3 Pakaian Perlindungan Diri (PPD) (i) Setiap staf makmal/bengkel Universiti perlu dibekalkan dengan PPD Seperti kot makmal, kasut keselamatan, glove, goggles dan seumpamanya.

(Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) (ii) Manakala bagi pelajar-pelajar, keperluan kaca mata/goggles, sarung tangan dan lain-lain PPD yang khusus untuk sesuatu eksperimen hendaklah disediakan/dipinjamkan oleh Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. Lain-lain PPD seperti kot makmal dan kasut yang selamat tersebut hendaklah disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar. (Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) 5.4 Peralatan-Peralatan Keselamatan (i) Pusat Pengajian/Pusat hendaklah menyemak dan menyenaraikan kepada UKKPU peralatan-peralatan keselamatan tambahan yang diperlukan seperti penyiram kecemasan, peti pertolongan cemas, alat pemadam api, kebuk wasap dan seumpamanya. (Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) (ii) Disamping itu, Pusat Pengajian/Pusat hendaklah memastikan peralatan-peralatan keselamatan yang sediaada diperiksa dan diselenggarakan dari masa ke masa bagi memastikan kebolehfungsiannya apabila diperlukan. (Tindakan: PusatPengajian/Pusat) 5.5 Peralatan-Peralatan Makmal/Bengkel Yang Tidak Selamat Digunakan Pusat Pengajian/Pusat hendaklah menyemak dan menyenaraikan kepada UKKPU peralatan-peralatan makmal yang tidak selamat digunakan. Umpamanya penyedut pipet/salur getah yang keras (tidak anjal), radas kaca yang retak/sumbing dan seumpamanya. (Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat) 5.6 Penguatkuasaan Penguatkuasaan seharusnya dijalankan dengan sistemetik dan teratur dari masa ke masa bagi memastikan peraturan-peraturan keselamatan makmal/bengkel dipatuhi dengan sewajarnya. Diantaranya yang dicadangkan adalah berikut; (i) Penguatkuasaan hendaklah berasaskan kepada peraturanperaturan yang dikeluarkan oleh JKKPU dan juga peraturan-

peraturan khusus yang dikeluarkan oleh JKKP peringkat Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. (Tindakan: UKKPU/Pusat Pengajian/Pusat) (ii) Penguatkuasaan hendaklah dijalankan oleh Pusat Pengajian/Pusat masing-masing dan juga secara pusat oleh UKKPU. (Tindakan: UKKPU/Pusat Pengajian/Pusat) Selepas waktu pejabat, penguatkuasaan hendaklah dijalankan oleh Jabatan Keselamatan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Bekerja Di Dalam Makmal/Bengkel Selepas Waktu Pejabat. (Tindakan: Jabatan Keselamatan) (iii) Bagi menyelaraskan dan menjalankan penguatkuasaan, KetuaKetua Jabatan Pusat Pengajian/Pusat masing-masing hendaklah; (a) memastikan semua peraturan keselamatan makmall/bengkel yang dikeluarkan oleh JKKPU dan JKKP Pusat Pengajian/Pusat masing-masing dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. (b) tidak meletakkan tanggungjawap untuk menentu dan menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan makmal/bengkel kepada budibicara pembantu makmal/pensyarah sesebuah makmal semata-mata. Ini adalah kerana responsibility dan accountability sebenar terhadap keselamatan dan kesihatan adalah merupakan tanggungjawap Ketua Jabatan masing-masing. (c) menentukan dan melantik petugas-petugas untuk menjalankan penguatkuasaan di Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. Petugas-petugas tersebut hendaklah diberi mandat oleh Ketua Jabatan masing-masing. (d) mengenalpasti makmal/bengkel di Pusat Pengajian/Pusat masing-masing yang perlu dikuatkuasaan dengan peraturan-peraturan keselamatan tertentu untuk dipasangkan dengan simbol-simbol arahan yang standard. Umpamanya keperluan melekatkan simbol kasut yang berwarna biru di pintu-pintu makmal, dimana, penggunapengguna sama sekali tidak dibenarkan untuk memakai selipar ketika memasuki ke dalam makmal tersebut dan seumpamanya. Senarai makmal-makmal/bengkel yang telah dikenalpasti tersebut hendaklah dikemukakan kepada UKKPU bagi penyediaan/pembekalan simbol-simbol tersebut secara pusat.

(Tindakan: Pusat Pengajian/Pusat masing-masing)

LAMPIRAN 1

Kehadiran Perbincangan Pertama Pada 26 Ogos 2002, Jam 9.00 Pagi Bertempat di Bilik Persidangan Canselori

Y. Bhg. Prof. Dato Dzulkifli Abd. Razak (Pengerusi) Naib Canselor Prof. Madya Boey Peng Lim Pusat Pengajian Sains Kimia Prof. Madya Omar Shawkataly Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Prof. Madya Rozman Hj. Din Pusat Pengajian Teknologi Industri Prof. Aishah Abd. Latiff Pusat Kawalan Doping Prof Abu Hassan Ahmad Pusat Pengajian Sains Kajihayat En. Sulaiman Jamaluddin Pusat Pengajian Sains Kajihayat En. Saiful Bahri Abd. Jamil Pusat Kemudahan Teknikal En. Mohammad Zaip Ahmad (Setiausaha) Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti

LAMPIRAN 2

Kehadiran Perbincangan Kedua Pada 6 September 2002, Jam 9.00 Pagi Bertempat di Bilik Persidangan Canselori

Prof. Madya Boey Peng Lim (Pengerusi) Pusat Pengajian Sains Kimia Prof. Madya Omar Shawkataly Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Prof. Madya Rozman Hj. Din Pusat Pengajian Teknologi Industri Dr. Rozihanim Mahmud Pusat Kawalan Doping En. Khalid B. Puteh Pusat Pengajian Sains Kajihayat En. Saiful Bahri Abd. Jamil Pusat Kemudahan Teknikal En. Mohammad Zaip Ahmad (Setiausaha) Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti

Anda mungkin juga menyukai