Anda di halaman 1dari 31

urus dan pimpin Melayu

TEORI KEPENGURUSAN DAN KEPEMIMPIAN MELAYU*

Shaharir b. M. Z. Profesor Matematik, UMT Mantan Presiden ASASI

Abstrak Pengurusan dan pemimpinan (PuP), walaupun ditunjukkan amat akrab dengan ekonomi dan matematik, ditunjukkan tetap sarat nilai. Teori PuP Melayu ditunjukkan boleh terbit atas pertimbangan etimologi perkataan urus dan pimpin sahaja, kerana kedua-dua perkataan ini didapati memang perkatan asal rumpun Melayu. Kewujudan ilmu PuP (rumpun) Melayu pra-Islam dipaparkan menerusi karya Cakravantin di prasasti zaman kerajaan Campa abad ke11M dan teori PuP Prapanca abad ke-14 pada kemuncak zaman Majapahit. Pemaparan semula teori-teori ini dilakukan mengikut kaedah aksiom sambil menampakkan juga kerelevanannya dengan PuP sekarang. Teori PuP Melayu-Islam klasik atau Islam- Melayu klasik (abad ke-13M hingga abad ke-18M) karya penulis Hikayat Raja Pasai, karya Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu, Bukhari al-Jauhari dalam Taj al-Salatin-nya dan Nur al-Din alRaniri dalam Bustan al-Salatin-nya, semuanya mendahului karya bidang ini di Eropah, dipaparkan semula dengan kaedah aksiom. Kayanya sumber ilmu PuP Melayu yang belum diterokai lagi seperti dalam penyatuan teori-teori asli Melayu hingga kini (terutama karya pada zaman kebangkitan semula Islam di Alam Melayu) dengan teori karya sarjana Tamadun Islam menerusi kaedah aksiom yang menunggu untuk dilakukan untuk menambah-baik korpus ilmu Melayu ini.

Pendahuluan

Semua ilmu aqal sarat nilai, bergantung kebudayaan, memihak, tidak neutral, dan sebagainya. Justeru, Ilmu dan nilai tidak boleh dipisahkan, sepertilah dengan ilmu dan iman (yang tertinta sebagai sebahgaian drp ungkapan falsafah UKM), dan oleh itu ilmu berasaskan nilai yang sesuai/betul adalah lebih baik daripada semata-mata berasaskan ilmu dan nilai yang menyasar atau tersasar. Falsafah sebegini rasanya diartikulasikan sepanjang zaman sekurangkurangnya oleh para Rasul tetapi pada abad ke-20 hingga kini sarjana yang diiktiraf sebagai pelakunya yang hebatnya ialah Thomas Kuhn (pencipta istilah paradigma; dan Seyyed Hossein Nasr (pencipata doktrin kosmologi) masing-masingnyaberasaskan kajiannya terhadap fizik (Kuhn 1962/1997) dan sejarah dan falsafah keilmuan Islam (Nasr 1964, 1968). Tolehan kepada falsafah ini, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mengajar intipati falsafah ini lebih seribu empat ratus tahun dahulu lagi menerusi konsep ilmu dan iman itu yang dihuraikan panjang lebarnya oleh Rosenthal (1970/1992). Falsafah inilah juga yang sepatutnya dijadikan asas yang kuat kepada penentangan apa-apa dasar yang terbit daripada pengabaian nilai atau kebudayaan sendiri. Di sini falsafah ini dimanifestasikan menerusi kajian kepemimpinan dan kepengurusan yang sekaligus menjadi unsur pengisian konsep pemeribumian ilmu tajaan penulis ini (Shaharir 1995/1997) yang bersilang pula dengan penyahsekularan ilmu moden tajaan al-Attas (1978/1981) dan pengIslaman Ilmu tajaan al-Faruqi (1982/1991) .

Perkara yang dibicarakan ialah hal yang berikut: 1) Pemimpinan dan pengurusan, ekonomi dan matematik adalah seiring jalan atau tompang-menompang 2) Contoh teori kepemimpinan dan kepengurusan yang terbit daripada nilai/sila sendiri (Melayu tau Rumpun Melayu) yang terbukti mampu menjana hasil (pendidikan dan Ilmu baru) yang lebih baik 3) Kayanya sumber ilmu Rumpun Melayu dan oleh itu wajarnya ilmu kepemimpinan dan kepengurusan

dibangunkan mengikut kesinambungan dan perspektif tamadun itu. 4) Keperluan anjakan paradigma dalam pendidikan dan penyelidikan ilmu kepemimpinan dan kepengurusan.

1. Pemimpinan, Pengurusan dan Matematik

Segi etimologinya, matematik pastinya mengandungi pengurusan kerana matematik atau matematika (Indonesia) bererti teknik atau sejenis ilmu/logi atau rasio/aqal bagi memahami, menerang/menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari, menangani, dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik menerusi proses-proses yang khusus (menjuzuki kaedah matematik itu) seperti pengintuisian, pembilangan, penyukatan, pengisihan, penertiban, penstrukturan, penganalisisan, penggeometrian, pensintesisan, etnotatakaedah, dan lain-lain yang dipopularkan oleh DAmbrosio (1989) dalam projek etnomatematiknya. Baru-baru ini etimologi matematik(a) ini di kupas pula oleh seorang ahli pengurusan Sweden, Kirkeby (2000) dalam proses pembinaan falsafah pengurusannya yang baru yang tidak dibincang di dalam makalah ini kecuali menyebut kaedah pembinaannya yang ingin diterapkan dalam pembinaan teori pengurusan dalam acuan kita sendiri pula.

Dalam pengelasan ilmu matematik oleh AMS sejak awal-awal lagi dan MASTIC2002, sains pengurusan memang sebahagian daripada matematik. Sementara itu, pengurusan dan ekonomi sukar dipisahkan dan teori ekonomi dengan matematik umpama isi dengan kuku, dan begitu jugalah dengan teori pengurusan sebagaimana yang ditunjukkan oleh para pemenang Hadiah Nobel Sains Ekonomi (yang merangkumi pengurusan & kewangan bermatematik). Malah sejak Hadiah Nobel Sains Ekonomi diwujudkan pada 1969 hingga kini, kira-kira separuh daripada pemenangnya (28 orang) terdiri daripada ahli bidang ekonomi dan pengurusan yang juga dianggap ahli sains matematik. Mereka itu ialah Samuelson (1970, penerapan pengaturcaraan linear dalam ekonomi); Hick & Arrow (1972, kerana teori keseimbangan ekonomi); Leontif (1973, kerana teori inputoutput linearnya); Kantrovich & Koopmans (1975, kerana teori peruntukan linearnya ); Simon (1978, kerana teori rasional terbatasnya dalam pengoptimuman); Klein (1980, kerana model ekonometri terhadap ganjatan ekonomi); Debreu (1983, kerana teori utilitinya); Solow (1987, kerana teori pertumbuhan ekonomi); Allais (1988, kerana teori pasaran dan utilisasi sumber dgn cekap); Markowitz& Havelmon (1989, kerana kebarangkalian dlm landasan ekonometri); Miller & Sharpe (1990, kerana teori ekonomi kewangan yg membabitkan portfolio, laverej dan harga aset modal); Fogel & North (1993, kerana penerapan teori ekonomi dan kaedah matematik-statistik dalam kajian sejarah ekonomi); Nash, Harsanyi & Seltin (1994, kerana teori sabungan tanpa kerjasama); Merton & Scholes (1997, kerana kejayaan model portfolio mereka); Hechman & Mc Faddey (2000, keranan teori dan kaedah menalisis sampel pilihan); Kahneman & Smith (2002, kerana pembuatan keputusan dlm suasana ketidakpastian); dan Engle & Granger (2003, kerana kaedah menganalisis siri masa data ekonomi & pengurusan).

Keakraban kepemimpinan dengan kepengurusan juga terkenal, malah ciri-ciri pemimpin banyak yang serupa dengan pengurus, walaupun biasanya ditonjolkan perbezaannya terutamanya sejak 1980-an oleh guru-guru pengurusan dan baru-baru ini Kirkeby (2000) menonjolkan keperluan perbezaan nilai (values) dengan sila (virtues) yang dikatakannya menjadi tunggak perbezaan antara pengurus (memiliki dan menghayati nilai) dengan pemimpin (memiliki dan menghayati sila). Ini dimensi baru dalam teori kepengurusan dan kepemimpinan yang tidak dibicarakan di sini. Pemenang Hadiah Nobel bidang Sains Ekonomi yang yang boleh dianggap pemenang pertama di bidang kepemimpinan ialah Nash, Harsanyi & Seltin pada 1994 menerusi teori negosiasi dan perundingan mereka yang secara generiknya menjuzuki sebuah bidang sains matematik yang diistilahkan sebagai teori permainan (terjemahan secara harfiahnya kepada game theory) atau kami istilahkan sebagai teori sabungan yang berperisa peribumi itu.

Keakraban pemimpinan, pengurusan dengan matematik ditunjukkan lagi dalam makalah ini menerusi penerapan satu daripada kaedah matematik yang berprestij, iaitu kaedah aksiom, dalam kajian pengurusan kualitatif terhadap

kepemimpinan dan kepengurusan Melayu yang dapat menandingi teori Barat kini yang menggunakan kaedah yang serupa.

2. Wujudnya Teori Kepengurusan dan Kepemimpinan Melayu

Apabila berbicara tentang pemimpin dan pengurus, perkara pokoknya ialah kaedah dan gaya kepemimpinan dan kepengurusan mereka itu. Oleh itu tentunya tidak dipertikaikan lagi bagaimana gaya mereka itu dipengaruhi oleh persekitaran dan sistem nilai/sila (sifat intrinsiknya, adab dan etika, moral dan sebagainya). Oleh itu bidang ilmu kepemimpinan dan kepengurusan sepatutnya diterima umum sebagai bidang ilmu yang tidak objektif, tidak neutral atau sarat nilai/sila sebagaimana teori umum tentang ilmu aqal yang disebut sepintas lalu dalam pengenalan makalah ini. Namun ternyata, apabila disebut ilmu Kepimpinan atau Kepengurusan Islam atau Melayu masih ramai sarjana yang memandang serong kepada istilah ini: serangan pertamanya ialah Ade ke ilmu ni?. Mantan pemimpin besar kita Mahadthir Muhamad sering menyebut adanya ilmu sekular dengan ilmu agama yang tidak pernah disebut bersatu tetapi kedua-duanya perlu dipelajari; manakala pemimpin kita sekarang, Pak Lah dalam perasmian Islam Hadhari pertamanya di Kedah pada awal kepemimpinannya (yang disiar dalam media massa) menghuraikan dengan agak panjangnya juga tentang tiadanya pembahagian ilmu kepada ilmu sekular dan ilmu agama. Semua ini mencabar tesis teori ilmu yang dihayati dalam makalah ini. Sejauh mana sebenarnya perkara ini berlaku terutamanya mengenangkan pengurusan dan ekonomi kini sudah diiktiraf sebagai sains yang terkenal neutralnya itu?

Sejak awal abad ke-20, iaitu selepas Taylor di Amerika Syarikat dan Fayol di Perancis dikatakan memperkenalkan kaedah sains dalam pengurusan di negara masing-masing, maka pengurusan Barat sudah dianggap terbahagi kepada dua: pengurusan kulitatif (citranya pengurusan berkemanusiaan dan bukan sains), dan pengurusan kuantitatif (citranya bermatematik, tidak berasaskan nilai-nilai kemanusiaan lagi, malah sering bebas nilai sahaja). Pengurusan kualitatif itu hampir sinonim dengan etika, adab, dan nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa dan oleh itu mudahlah diakui tidak neutral atau sarat nilai; manakala pengurusan kuantitatif itu penuh dengan angka-angka, datadata atau matematik, yang dinamai sains pengurusan dan dianggap neutral sifatnya. Pandangan ini sudah boleh dianggap ketinggalan zaman terutamanya selepas penerimaan sebahagian besar komuniti ilmuwan seluruh dunia akan tesis Thomas Kuhn (1962/1997), atau pandangan Seyyed Hossain Nasr (1964,1968) itu, dan karya matematik Shaharir (1992).

Walaupun rata-rata diakui pemimpinan dan pengurusan itu sarat nilai tetapi nampaknya para pendidik dan penyelidik bidang ini seluruh dunia masih tidak mahu atau tidak suka menonjolkan perkara ini dalam penulisan buku teksnya, atau dalam kuliahnya, kerana segala teori pemimpin dan pengurusan dari Barat itu diakuinya (secara senyap atau terbukanya) sesuai untuk setiap negara/orang di dunia ini. Jurnal-jurnal sains Islam seperti American Journal of Islamic Social Science, atau jurnal keluaran Akademi Sains Islam Malaysia, Kesturi, dan UIAM jarang sekali nampaknya ada sumbangan daripada sarjana pemimpinan, pengurusan, atau ekonomi dari Indonesia, Brunei, atau Malaysia, negara pentakrif Alam Melayu masa kini. Sarjana-sarjana di Negara-Negara Muslim seluruh dunia juga jelas tidak cukup ramai mengiktiraf adanya ekonomi, pengurusan atau pemimpinan Islam sebagai suatu korpus ilmu yang besar sehingga melayakkannya ditubuhkan jabatannya, atau ditawarkan program khususnya yang membawa kepada ijazah (Sarjana Muda, Sarjana, atau Doktor Falsafah) dalam bidang Pengurusan Islam atau Ekonomi Islam di Negara masing-masing, walaupun di negara yang ada universiti yang namanya Universiti Islam. Amerika Syarikat dan United Kingdom nampaknya lebih yakin dengan berbezanya ekonomi, pengurusan dan pemimpinan Islam dengan yang lain sehingga mereka sanggup menawarkan program Sarjana dalam bidangbidang tersebut. Selagi pentadbir akademik negara-negara itu menginsafi dengan mendalamnya akan saratnya nilai dalam ilmu pengurusan sekarang, maka selagi itulah imbauan supaya ditawarkan program pengurusan Islam atau ekonomi Islam dan sebagainya tidak akan disahutinya. Inilah yang berlaku di negara-negara ini hingga sekarang. Laluan kepada apa sahaja yang berlabel Islam sekarang ini tentunya semakin sukar sejak bermulanya perang ke atas keganasan dilancarkan oleh paksi angkuh ASyarikat-UKingdom. Satu daripada kegiatan penerbitan ilmu yang

baru, iaitu paradigma baru, yang amat rapat dengan pengIslaman ilmu ialah yang dipopularkan oleh penulis ini sejak pertengahan 1990-an yang diistilahkannya sebagai Pemeribumian ilmu atau etnoilmu, iaitu penyungkilan ilmu daripada sejarah tamadun sendiri dan pembinaan semula ilmu berasaskan kebudayaan dan sistem nilai sesuatu etnik besar di sesebuah negara-bangsa; dan bagi Malaysia ialah Pemelayuan Ilmu atau Ilmu Melayu, khususnya di sini ilmu kepemimpinan dan kepengurusan Melayu.

2.1. Bahasa Jiwa Satria: Berbezanya Etimologi Pengurusan dan Kepemimpinan Kita dengan Etimologi Management dan Leadership Dalam bidang kepemimpinan dan kepengurusan, diktum baru kami bahasa jiwa satria (Satria =Sastera, Sains (termasuk Sains Sosial), Teknologi dan Kejuruteraan) kami kira dapat dijustifikasi dan dirasionalnya dengan lebih meyakinkan daripada bidang lain, walaupun kami juga sedang membina kekuatan diktum ini bidang fizik (teori Einstein) dan bidang sain matematik lain. Selalu jugalah penulis pengurusan dari Barat-Inggeris membincangkan asal-usul perkataan management dengan tujuan mengukuhkan lagi penghayatan teori dan amalan management Barat-Inggeris itu. Akan tetapi bebal-lah jika ada seseorang penulis pengurusan-Melayu memaparkan asal-usul pengurusan dalam bahasa Melayu berdasarkan etimologi Inggeris ini, melainkan jika penulis itu mahu menegakkan teori atau amalan pengurusan Barat-Inggeris itu di dalam kebudayaan bangsanya pula. Segi etimologi urus dalam pengurusan dan manage dalam management sebenarnya begitu berbeza yang menunjukkan jiwa Melayu berbeza daripada jiwa Inggeris dalam pengurusan yang dianggap setara dengan management . Sebenarnya, Indonesia juga pernah memakai istilah pengurusan sebelum pengaruh Barat Eropah melanda jiwaraganya dan meninggalkan pengurusan untuk mendokong management dalam bentuk manajemen, malah dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), perkataan ini disetarakan dengan pengurusan dan pengelolaan seperti dalam ungkapan manajemen produksi dan manajemen kesehatan yang diberi di dalam kamus tersebut. Tetapi Indonesia kini nampaknya lebih gemar menggunakan kata dasar kelola daripada urus, sehingga mereka tidak gemar memakai memanajemen tetapi lebih senang memakai mengelola, walaupun kamus-kamus etimologi bahasa Melayu/Jawa/ Minangkabau/ Sunda/Bali/Iban atau rumpun Melayu yang lain menegaskan urus itu memang perkataan Jawa; manakala kelola itu perkataan Bali (yang mungkin ubahsuai perkataan Sanskrit, kulala, atau kalula dalam bentuk Jawa Purba, yang bermakna tukang pasu (Gonda 1973)) yang pemakaian hariannya kini sama maknanya dengan pimpin (yang berasal daripada perkataan Iban) yang dihuraikan lagi di bawah ini. Mungkin orang-orang Jawa sendiri pun kini sudah berubah simantik asalnya kepada urus itu! Itulah kejayaan pendidikannya. Dalam Kamus Dewan (KD), KBBI dan Kamus Winstedt (KW), perkataan urus diberi makna pujuk, pegang, gembala, jinak, kelola, sanggup, tanggar, jalan, perintah yang sudah pun menarik dikupas yang ada sedikit perbezaan dengan makna manage, walaupun dua perkataan di situ: gembala dan jinak itu ada kesamaan dengan makna asal manage dari bahasa Italia managerie, yang bermaksud menjinakkan kuda itu. Namun perkataan gembala dan jinak yang dimaksudkan dalam budaya Melayu itu tidaklah ditujukan khusus kepada kuda seperti dalam makna etimologi manage itu. Sebenarnya perbezaan urus dengan manage yang lebih besar lagi terserlah jika dirujuk kepada kamus etimologi Melayu atau rumpun Melayu tentang perkataan urus itu. Kamus Jawa-Indonesia (Mangunsuwito 2002, Prawiroatmodjo 1957 umpamanya) menyatakan urus itu bermakna peraturan yang baik, teratur dengan baik, atau tahu adat; manakala kamus Kawi-Jawa oleh Winter & Ranggawarsita (1987) menyatakan urus bermakna tata; tetapi kamus terkenal Zoetmulder (1982/2000) JawaKuno-Indonesia memberi makna urus sebagai melimpah atau meluap; dan kamus Kawi-Jawa oleh Winter & Ranggawarsita (1987) menyatakan urus bermakna tata. Takrif-takrif ini mampu memberi teori atau falsafah baru pengurusan dan sekali gus mewarnai teori dan amalan pengurusan di Alam Melayu ini. Ini samalah dengan etimologi matematik(a) itu terkenal telah mempengaruhi beberapa orang sarjana menerbitkan falsafah matematik(a) yang mampu menyaingi falsafah matematik berasaskan pada amalan semasa ahli matematik(a). Malah Kirkeby (2000) juga terpengaruh sedikit sebanyaknya dengan etimologi matematik apabila beliau merumuskan falsafah baru pengurusannya itu. Sama juga dengan perkataan yang ada hubungan dengan urus, iaitu pimpin yang memang cukup berbeza maknanya dengan lead yang sekaligus memberi teori kepimpinan Melayu seharusnya berbeza dengan teori kepimpinan Inggeris. Perkataan pimpin juga nampaknya bukan daripada Sanskrit, Latin, atau Arab yang diketahui penulis setakat ini, malah tiada dalam senarai Malayu-Indonesia-Sanskrit oleh de Casparis 1997, dan

dalam Gonda 1973). Namun mengikut Sugiarto drk (1993) an Tryson (1994), pimpin itu perkataan Jawa, Sunda (dgn ejaan pingpin) dan Minangkabau (bombing). Yang menariknya, kamus IbanInggeris oleh Vinson & Sutlive (1994) memberikan makna pimpin sebagai menyeberang dari kiri ke kanan, arah penerbangan burung ketika menerima sesuatu alamat buruk dan mengikut lagenda Iban (Guang 2005), pimpin ialah sebahagian daripada gelaran seorang ketua Iban zaman penghijrahan Iban dahulu kala yang mengepalai kaum Iban berhijrah ke Sarawak sekarang, iaitu Pimpin Bragah Ngindang, yang bermaksud burung sewah yang berlaga. Ini memberi bayangan bahawa pimpin itu mempunyai konotasi mempunyai kawasan yang luas untuk melihat, iaitu berwawasan, dan berhadapan dengan konflik dan perjuangan. Alangkah tepat dan bitaranya dengan sifat seorang pemimpin yang unggul!

Pendeknya, isu etimologi urus dan pimpin setakat ini pun cukup menjanjikan terbitnya pengertian yang agak baru tentang pengurusan. Malah, daripadanyalah penulis terilham untuk metakrifkan pemimpin dan pengurus (Melayu) sebagai anggota set berkait dalam topologi itu, dan pemimpin ialah titik had set tersebut, manakala pengurus ialah titik tumpuan set yang sama. Ini cerapan awal penulis setakat ini. Sejauh mananya takrif ini mampu menerbitkan konsep baru atau menjelaskan konsep lama dalam pengurusan menjadi ujian sah-tidaknya takrif ini.

2.2. Ketiadaan Pemisahan Sistem Nilai dengan Ekonomi, Pengurusan Kuantitatif atau Kepemimpinan Bermatematik. Tiadanya pemisahan unsur kualitatif (nilai) dengan ekonomi, pengurusan dan pemimpinan (EPuP) walaupun tatkala bidang-bidang ini membabitkan matematik. Setengah sarjana memang mentakrifkan ekonomi tidak lain daripada pengoptimuman (suatu bidang matematik yang besar); pengurusan sebagai kitaran perancangan, pelaksanaan, kawalan dan pemantauan yang setiap satunya (kecuali pelaksanaan) menjadi bidang matematik yang besar; dan kepemimpinan sebagai kemahiran berkomunikasi dan bernegosiasi yang akhirnya membabitkan teori sabungan yang cukup canggih matematiknya. EPuP yang melibatkan pengoptimuman (=proses mencari jalan, kaedah atau strategi terbaik) tentunya akan memerlukan penentuan matalamat/objektif (tunggal atau lebih berkenyataan lagi, multi-matalamat) dan segala kekangan dalam kehidupan ini (kekangan teknologi, sumber bahan dan manusia, pasaran (manusia dan undang-undang negara), pengguna/kelayan, kebudayaan, dan sebagainya) yang semuanya terikat nilai. Berkenaan dengan matalamat umpamanya: Apa yang hendak dioptimumkan? keuntungan?, pengeluaran?, utiliti?...., pengguna/kelayan? dan pembangunan insan? nilai-nilai negatif insan seperti yang digariskan di dalam al-Qura'an?....

2.2.1. Fungsi Matalamat dan Sistem Nilai bukan Islam dalam Ilmu Sekarang: Perlunya Fungsi Matalamat Islam Sebaik sahaja kita kembali kepada system nilai sendiri dalam menilai ilmu ekonomi, pengurusan dan kepemimpinan kini, tidaklah terlalu sukar untuk melihat dengan matahati kita bahawa fungsi matalamat dalam pengoptimuman yang agak dominan yang berasaskan pada fungsi utiliti itu banyak yang tidak serasi dengan nilai kita (nilai Melayu atau Islam). Umpamanya nilai Melayu Buat baik berpada-pada tiada dalam fungsi utiliti yang dibina atas utilitisme/utilitarianisme Bentham-Mill itu. Pun begitu dengan nilai Islam yang mementingkan pada wustdo (yang tidaklah begitu tepat diterjemah sebagai sederhana atau pertengahan; lebih tepatnya adil, seimbang dsbnya yang memang dilakukan oleh sesetengah penterjemah-pentafsir yang lain) sesuai dgn Ayaht al-Baqarah (2):143 wakadzaa lika jaalnakum ummatan washatdan ; dan Hadith Khairul umiru aushotuha; apatah lagi seruan Allah menerusi Ali Imran (3): 104 yang menerbit fungsi matalamat memaksimumkan makruf dan meminimumkan munkar yang tiada dalam mana-mana fungsi matalamat Barat itu. Sebenarnya mengikut pascamodenisme yang menjadi gaya kehidupan Barat sekarang, bukannya fungsi utiliti yang sesuai yang dioptimumkan oleh seseorang pembuat keputusan tetapi besar-kecilnya faedah/keuntungan drp kegunaan sesuatu komoditi yang tidak semestinya paling digemarinya (bukannya keuntungan daripada kegiatan yang disukai sahaja) yang menentukan tindakan seseorang pascamodenis. Mengikut Hinduisme (vedanta) pula, pengeluaran lebih penting daripada keuntungan jangka pendeknya (internet 1). Oleh itu seseorang pengurus yang mendokong fahaman ini akan mengoptimumkan

fungsi pengeluaran, bukannya fungsi keuntungan. Hanya pemimpin atau pengurus yang berpegang pada kapitalis totok yang lama itu sahaja akan menjadikan matalamatnya memaksimumkan keuntungan yang biasa dipaparkan dalam buku-buku teks itu. Segi Islamnya matalamat keuntungan maksimum ini wajib diganti dengan sejenis optimum yang serasi dengan wustdo yang dibincangkan lagi kemudian ini. Matalamat yang paling dituntut Islam, segi makronya, ialah pembangunan insan seseorang (seperti bagi pekerja institusi/syarikat berkenaan) dan matlamat daripada Suraht Ali Imran (3): 104 yang diutarakan diatas itu hanya satu daripada submatalamatnya sahaja; satu lagi submatalamatnya ialah meminimumkan sifat-sifat azali insan/al-nas/ yang disebut di dalam al-Quraan .

Konsep utiliti yang disesuaikan dengan sistem nilai Islam memang sudah diusahakan oleh beberapa orang sarjana seperti Kahf (1980) yang menamakannya falah (yang tidak tepat diterjemahkan sebagai kemenangan), Khan (1984, 1992) sebagai maslahah (yang selalu diterjemah sebagai kepentingan umum), dan Zaman (1987, 1991) yang mengutarakan andaian asasi (set aksiom) yang baru tentang tabiat pengguna yang dianggapnya lebih dekat dengan kehendak Islam, tetapi ternyata masih banyak kelemahannya. Malah, aksiom Debreu (lihat umpamanya Debreu 1983 dan Rubenstein 2005) tentang utiliti bertujuan memastikan wujudnya fungsi utiliti itu sehingga fungsi itu terbezakan diabaikannya. Debreu memaparkan 5 aksiom besar: manusia rasional, manusia rakus, komoditi selanjar, komoditi cembung, dan komoditi terbezakan. Semuanya aksiom ini sarat dengan nilai Barat. Satu daripada aksiom ini yang besar implikasinya ialah aksiom kerakusan itu yang masih dikekalkan oleh sarjana-sarjana Islam yang tersebut di atas, sedangkan aksiom ini bertentangan dengan kehendak Islam kerana Allah mengutuknya menerusi al-Baqarah (2): 188 dan al-Nisa (4): 135. Ekorannya, kami (Shaharir & Rohani 1996) mengesyorkan perlunya komoditi duniawi dan komoditi ukhrawi kerana ternyata komoditi yang dipertimbangkan oleh sarjanasarjana Islam itu, apatah lagi dalam teori pengguna Barat itu, tidak mengambil kira keperluan komoditi akhirat seperti sedekah dan amal jariah, sedangkan Islam melarang keras kepada penumpuan kepada soal keduniaan semata-mata (banyak Ayaht al-Qur'aan yang berhubung dengan perkara ini): Mengutama dunia drp akhirat adalah dalam kesesatan yg nyata: Suraht Ibrahim (14):3, alladziina yastahibbun al-hayati al-duniya alal aakhiraht ulaaikafi dhalaalimm baid. Terpedaya dgn keduniaan sahaja perlu dihindari: Suraht Luqman (32): 33, yaa ayyuhannas suttaqu rabbakum falaa takhurran nakumu al-hayatu al-dunniya

Kami (Shaharir dan Rohani 1996) pernah mengesyorkan supaya adanya komoditi duniawi dan komoditi ukhrawi; dan aksiom kerakusan itu dikekalkan kepada komoditi ukhrawi sahaja; tetapi kini kami berpendapat semuanya tertakluk kepada batas wustdo (terjemahan kurang tepatnya tetapi popular: sederhana dan pertengahan; yang lebih baiknya tetapi tidak popular: seimbang, adil,) yg perlu dimodelkan (model utiliti islam (atau ringkasnya, utilis), atau falah/maslahah itu) sesuai dgn Ayaht al-Baqarah (2):143 wakadzaa lika jaalnakum ummatan washatdan & Hadith Khairul umiru aushotuha.

Ini menyebabkan teorem penting Debreu tentang keterbezaan fungsi utiliti itu perlu diformulasikan/dibuktikan semula.

2.2.3. Takrif optimum dan sistem nilai Selain daripada itu makna optimum itu (daripada bahasa Latin) sendiri sarat nilai kerana maknanya terbaik yang memang begitu subjektif itu. Tidak hairanlah banyak takrif optimum yang diutarakan dan berjaya pada suatu tahap tertentu. Setiap satunya memang berasaskan pada andaian adanya sifat kualitatif manusia seperti yang digambarkan itu. Contohnya, Simon dengan karya kualitatifnya yang masyhur The Nature of Man (1957) yang mengutarakan sifat manusia membuat keputusan tidak secara optimum tetapi secara rasional terbatas lalu mencipta istilah satisficing (drp satisfying + optimising) yang layak diterjemah kepada optimuas (optimum +puas). Pengurusan kualitatif inilah dijadikan asas untuk mendapatkan konsep optimum gol dalam pengurusan kualitatif/ sains pengurusan/matematik

pengurusan itu bukan sahaja untuk pengoptimuman satu matalamat tetapi juga untuk banyak matlamat .

Segi Islamnya, konsep optimuas (optimum Simon) itu pun masih belum begitu sesuai dan perlu digantikan dengan optiwus (optimum + wustdo, Ayaht 2:143 yang telah disebut di atas). Oleh itu konsep optimum gol tajaan Charnes & Cooper (1977) yang cukup popular itu, yang melibatkan anggaran batas bawah atau batas atas fungsi matalamat/objektif perlu diubah-suai kepada model wustdo, iaitu suatu anggaran selang nilai setiap fungsi matalamat/objektif itu yang menjamin wujudnya penyelesaian yang diimpikan itu. Ini telah pun menerbitkan suatu teorem yang baru lagi dalam matematik pengurusan, iaitu tentang anggaran nilai wustdo itu (Shaharir 2006).

Satu lagi makna optimum yang terkenal ialah konsep optimum tajaan sarjana dan ahli politik Italian sekitar tahun 1920-an, iaitu Pareto, dan oleh itu optimum ini dikenali sebagai optimum Pareto, walau ada nama lain yang berpotensi menutup kelemahannya seperti penyelesaian/dasar terdominasi, dan dasar/penyelesaian cekap. Hakikatnya takrif optimum Pareto lebih sesui dengan dasar elitisme dan liberal laissez fair sahaja kerana optimum (terbaik) di sini bermaksud suatu dasar yang menyebabkan adanya sekumpulan individu yang beroleh manfaat daripadanya dan yang lain (mungkin majoritinya) tidak berubah langsung daripada takuk lamanya; atau dengan menggunakan simbol yang boleh menyorok apa-apa nilai dalam takrif optimum pareto itu ialah ungkapan seperti berikut: Dasar x* optimum jika tiada lagi x yg lain yang f(x)> f(x*) untuk sekurang-kurangnya satu komponen f itu dan f(x)=f(x*) bagi komponen yg lain; alternatifnya f(x*) LB f(x) yang LB bermaksud sekurang-kurang satu kompnen daripadanya dengan tegasnya lebih besar daripada, dan yang lainnya sama dengan bagi semua x dalam mandala f itu. Penyokong ekonomi kebajikan pun tidak akan memperakui dasar Pareto ini, apatah lagi dasar Islam yang sentiasa mementingkan ummah, dan oleh itu penulis mengesyorkan istilah optimah. Perincian konsep optimah ini dan yang lain-lain lagi berasaskan nilai Islam ini dibicangkan dalam Shaharir (2005b).

3. Perlunya Sumber Ilmu Kepengurusan dan Kepemimpinan daripada Kebudayaan dan Peradaban Rumpun Melayu

Barat membina ilmu pengurusan dan pemimpinanya daripada tamadun yg paling hampir dgnnya, iaitu Yunani dan tamadun-tamadun lain tetapi yang bukan Islam, walaupun mereka juga mentelaah dan menterjemah hampir seluruh karya agung pengurusan Islam dahulu sekadar untuk meniru kaedah dan perbandingan dan penapisan menerusi sistem nilainya, ringkasnya pemeribumian atau peng-Eropah-an yang hasilnya kita namai ilmu Barat itu. Pendeknya pada peringkat awal dahulu, Zaman Pertengahannya, mereka bekerja keras untuk memeribumikan (konsep pembangunan ilmu yang dilalui oleh semua Negara Maju sekarang yang digariskan oleh Shaharir 2003a) segala ilmu, khususnya ilmu pemimpinan dan pengurusan dari tamadun Islam yang dipilihnya. Tamadun Melayu mempunyai tradisi ilmu pemimpinan dan pengurusan yang jauh lebih hebat daripada tamadun Eropah. Hakikat ini perlu disebarkan kepada pelajar pengurusan menerusi satu pendekatan pendidikan pengurusan yang tidak lagi berpusatkan Eropah seperti yang biasa dilakukan oleh penulispenulis Barat dan biasanya diikuti dengan setianya oleh penulis atau pendidik kita, sebahagainnya kerana dianggapnya tiada pilihan/alternatifnya lagi. Sumber-sumber itu ialah bahasa sendiri (Melayu dan Rumpun Melayu), al-Quraan dan Hadith.

3.1. Sumber daripada Kajian Khazanah Ilmu yang Relevan dalam Rumpun Melayu Bahasa Melayu sebagaimana yang dibongkar oleh para sarjana Eropah (terutamanya Perancis dan Belanda) jauh lebih lama wujudnya sebagai bahasa ilmu berbanding dengan bahasa-bahasa Eropah. Bahasa Melayu atau Rumpun Melayu (terutamanya Campa dan Jawa) telah digunakan dengan meluasnya dalam pengucapan ilmu (Rumpun) Melayu (terjemahan atau karya aslinya) sejak zaman Kerajaan Funan (abad ke-2M hingga ke-7M), Campa (abad ke-2M hingga ke-15M), Majapahit (abad ke11M hingga ke-13M) dan Sriwijaya (ke-7M hingga ke-11M). Ilmu warisan kerajaan Rumpun Melayu purba ini dibicarakan berasingan. Yang telah ditonjolkan di sini sebelum ini ialah betapanya bahasa sendiri (Rumpun Melayu) itu boleh menjadi sumber pembangunan sesuatu ilmu sendiri khususnya ilmu yang berhubung dengan pemimpinan dan pengurusan seperti yang ditunjukkan di atas.

3.2. Sumber daripada Pegangan Hidup Melayu Sejak Abad ke-14M: al-Quraan dan Hadith Kajian konsep-konsep pengoptimuman (ciri besar pengurusan dan banyak juga dalam pemimpinan) berasaskan al-Quraan dan Hadith telah pun ditunjukkan manfaatnya di atas tadi dan masih perlu diusahakan bersungguh-sungguh lagi. Kaedah pendokongan nilai sendiri daripada dua sumber agung ini atau lumrah disebut sebagai nilai Islam akan dibincang lagi kemudian. Namun di sini satu kami ingin memaparkan dahulu satu daripada aspek penting dalam asas pembinaan teori kepengurusan dan kepemimpinan selama ini iaitu sifat manusia. Sesebuah teori kepemimpinan dan pengurusan memerlukan andaian sifat azali atau tabii manusia yang biasanya dikaji oleh sarjana Barat yang liberal itu menerusi renungan bebas, cerapan terhadap manusia dan haiwan sehingga melahirkan pelbagai falsafah kemanusiaan itu. Oleh sebab ilmu inilah sahaja yang biasa sampai kepada kita, maka kita juga biasanya amat terikat dengan kajian kemanusiaan sebegini dan sekaligus lupa akan sumber ilmu yang lebih penting lagi, kitab suci kita al-Quraan, dan sumber-sumber karya zaman tamadun Islam dahulu yang terinspirasi daripada kitab suci ini.

Mengikut Al-Attas (1995), manusia terdiri daripada rohani dan jasmani. (yang sesuai dengan ajaran alQur'aan Suraht al-Hijr (15): 6-29 dan al-Muminun (23): 12). Rohani mengandungi 4 komponen aql, qalb/fuad, nafs, roh. Tentang nafs itu ada tiga kategori, iaitu nafs al-amarah (Yusuf (12):53), nafs allawwamah (al-Qiyamah (75): 2) dan nafs al-mutmainnah (al-Fajr (89): 27). Namun mengikut pandangan ahli tasawuf atau sufi, tingkat nafs ini ada 4 lagi: nafs mar-hdumah (atau nafs mul-hdamah), nafs radhyaht, nafs mar-dhyaht, dan nafs kamalaht. (Manuskrip MS147, sekitar 1871M). Ini sahaja pun belum dijadikan asas kita untuk pembangunan psikologi manusia yang boleh menyaingi teori-teori yang kita ketahui dan hayati selama ini. Sementara itu sebahagian besar daripada kelakuan manusia mengikut ajaran al-Quraan telah dibincangkan oleh Al-Motaz. (1996/2003) dan secara berasingan penulis ini sendiri (Shaharir 2003g, 2004c, 2005b) Gabungan hasil daripada kedua-dua kajian ini dan yang baru dijumpai lagi memberikan 23 sifat azali manusia (kebanyakannya, insaan; tetapi ada kalanya annas dan basyar) yang berikut: (SMQ1). Pelupa (Taha (20): 115), dinisbahkan dengan Nabi Adam. (SMQ2). Menjadi khalifah di Bumi (al-Baqarah (2): 30; al-Anam (6): 165), dinisbahkan dengan Nabi Adam. Lihat juga 3(SMQ5) di bawah ini. (SMQ3).Dimusuhi Syaitan (al-Araf (7): 12-17), dinisbahkan dengan keturunan Nabi Adam. (SMQ4). Asyik dengan permainan dan pergurauan serta diperdaya oleh kesenangan di dunia (al-Anam (6): 32; Ali Imran (3): 185). Kami belum pasti adakah ini ditujukan kepada insan atau lain lagi. (SMQ5). Insan bersetuju (dlm kedaaan zalim dan jahil, iatu tanpa ilmu pun; sedang makhluk lain enggan) untuk bertanggungjawab/al-amanah yang besar (al-Ahzab (33): 72). (SMQ6). Insan yang beribadah kpd Allah (al-Dhariyat(51): 56 ). (SMQ7). Insan itu kejadian terbaik tetapi boleh lebih rendah daripada haiwan (al-Tin (95): 4-5.

(SMQ8). Insan tidak berterima kasih atau bersyukur (Hud (11):9). (SMQ9). Insan itu gembira dan bangga dengan kebahagiaannya (Hud (11): 10). (SMQ10). Insan itu tergesa-gesa, hendak sesuatu dengan cepat atau istilah asalnya ajulan,ajalin (al-Isra): 11 dan al-Anbiya (21): 37. (SMQ11). Insan itu suka mengingkari rahmaht dan nimaht (al-Haj (22):66, al-Syura (42):48); iaitu terima rahmaht gembira tetapi terima saiyiaht (kejahatan) dia kafur (menyangkal). (SMQ12). Insan itu bertungkus lumus untuk keduniaan (al-Insyaqaq (84): 6; al-Balad (90): 4; Tdaaha (20): 124-126). (SMQ13). Insan itu kedekut/kikir/tangkai jering atau istilah asalnya qatura (al-Israak/Bani Israil (17):100). (SMQ14). Insan itu keluh kesah terutamanya apabila ditimpa susah, atau istilah asalnya Khuliqa halua, dan ubatnya kecuali sembahyang. (al-Ma arij (70):19). (SMQ15). Insan menganggapnya dimuliakan/(beroleh karamah) dan beroleh nimaht Tuhan apabila senang tetapi menganggap dirinya dihina Tuhan apabila dikurangkan rezekinya (al-Fajr (89): 15-16). (SMQ16). Insan yang berdoa (waktu baring/ duduk/berdiri sekalipun) ketika susah/al-dhurru tetapi lupa akan tuhan apabila senang (Yunus (10):21). (SMQ17). Insan yang enggan bersedeqah ketika mendapat kebaikan/khair (al-Maarij (70): 21). (SMQ18). Insan yang lupa tuhannya ketika beroleh nimaht dan berputus asa ketika menerima kejahatan/al-syarru (al-Israak (17): 83). (SMQ19). Annas itu berdoa dan bertaubat masa susah/kemelaratan/dharra tetapi apabila menerima rahmaht setengahnya menjadi syirik (al-Rum (30): 33-34 & Haa-mim/ Fusilat (41): 50-51); Insan itu berdoa dan bertaubat ketika susah/kemelaratan/dhurru tetapi apabila menerima nimaht dia syirik spt beralaskan dgn ilmunya sahaja (al-Zumar (39): 8-9,49-50; al-Rum (30): 33; al-Sajadah (41): 51). (SMQ20). Annas itu kufur dan zalim termasuk pada dirinya sendiri (al-Imran (3): 8). (SMQ21). Annas itu mudah menerima bisikan kejahatan (al-Naas (114):1-6). (SMQ22). Annas itu cinta wanita, anak dan harta (Ali Imran (3):14). (SMQ23). Annas yang memutar-belitkan/memperdayakan/mikru Ayaht al-Qur'aan apabila menerima susah/Shorra selepas rahmaht (Yunus (10):21)

Sifat-sifat ini perlu disedari adanya pada setiap manusia (yang di dalam al-Quraan kebanyakannya diistilahkan sebagai ins/insa/insan, dan yang lainnya nas/al-nas dan bashar) yang kebanyakannya perlu dikikis dan sebahagian lagi perlu dipupuk ke tahap wustdo (sederhana Malaysia, pertengahan, sedang, seimbang, adil, dan sebagainya, tetapi tidaklah sekali-kali semenjana/semejana/(asal jadi saja)/mediocre). Wustdo menjadi prinsip Islam yang penting kerana Suraht al-Baqarah (2): 143 yang menegaskan umat Islam ialah umat wustdo dan adanya pula hadith terkenal yng bermaksud setiap pekerjaan yang terbaik ialah yang wustdo. Teori-teori manusia Barat (contohnya yang dihuraikan oleh Stevenson 1974/1988) tentunya boleh ditandingi, tertutamanya apabila dimodelkan ke dalam teori kepemimpinan dan kepengurusan kita nanti, dengan mengambil kira sifatsifat azali manusia yang disenaraikan di atas itu.

Isu utamanya sekarang ialah bagaimanakah sifat-sifat ini hendak dimasukkan ke dalam senarai terpendek bagi aksiom pemimpin atau pengurus atau individu unggul? Bagaimanakah sifat-sifat diambil kira dalam penentuan fungsi matalamat dalam pengoptimuman? Semua ini memerlukan bahan penyelidikan yang ampuh. Isu lainnya yang tidak kurang pentingnya ialah kesedaran bahawa teori-teori manusia Barat itulah juga yang digunakan untuk menjadi landasan pembinaan alat-alat penentuan indeks manusia unggul seperti IQ (tajaan Binet & Simon awal abad ke-20 yang sudah dianggap usang), EQ (Coleman 1998) dan SQ (Zohar & Marshall 2001) yang tentunya tidak begitu sesuai untuk menjadi indeks manusia unggul kita. Sepatutnya, dengan berasaskan pada 23 sifat tanzil manusia itu, sebuah indeks manusia unggul kita sendiri diwujudkan yang boleh dinamai NET (Nisbah Emosi Tanzil) atau NRT (Nisbah Rohani Tanzil) yang boleh menandingi EQ dan SQ itu. Berhubung dengan perkara ini, seorang sarjana di Indonesia, Ary (2001/2005) telah menggabungkan EQ dengan SQ dengan mewujudkan indeks ESQ tetapi nampaknya belum mengambil kira perkara yang ditimbulkan di sini.

3.3. Sumber daripada Prasasti Tamadun Melayu silih berganti yang bermula pada abad ke-2M itu meninggalkan cukup banyak prasasti (batu bersurat; bertarikh 400M hingga 1400M), ratusan banyaknya, yang sebahagian besarnya sudah ditranskripsi dan diterjemah kepada Perancis, Belanda atau Inggeris, dan malangnya tidak banyak yang ditranskripsi dan diterjemah kepada bahasa Melayu kini. Namun setakat ini kajian kadungan prasasti itu hanyalah daripada aspek sastera sahaja, khususnya tiadalah kajian yang dibuat dalam aspek sains kecuali sejak beberapa tahun ini sahaja oleh kumpulan penyelidik etnosains matematik UKM yang bermula pada sekitar 2000 dahulu dan kini merebak ke INSPEM, UPM terutama ketika penulis ini berkhidmat sejenak di situ. Dalam bidang kepengurusan/kepemimpinan umpamanya kami baru terjumpa beberapa tahun yang lepas dan ingin dilaporkan di sini lagi secara ringkasnya kerana perinciannya telah dilaporkan dalam Shaharir (2005a,d).

Pada sebuah prasasti zaman awal Kerajaan Campa bertarikh 1088M tercatat tentang konsep kepemimpinan (yang tentunya bersilang dengan kepengurusan) yang terkenal sebagi Cakravantin (bermaksud Pemimpin Alam) itu. Di situ dikatakan (tidak jelas kerana gaya penulisannya) ada 32 sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin (zaman itu ialah raja, khususnya ditujukan kepada raja Campa yang unggul (contoh raja tersebut dinyatakan sebagai yang bernama Sanskritnya Sri Jayaindravarmadesa atau nama asalnya mengikut sebutan China, Chli To-Pan = Sri Tuan Man?). Maspero (1920/2002) ada menterjemah Cakravantin itu dalam catatan kaki bukunya dalam bahasa Perancis pada 1920 dan seterusnya diterjemah pula (oleh orang lain) kepada bahasa Inggeris pada 2002. Daripada buku inilah kami peroleh senarai Cakravantin itu buat pertama kalinya (Shaharir 2005a) dan kemudiannya (Shaharir 2005d) memperoleh aksiom kepemimpinan (yang tentunya bertindan dengan kepengurusan).

Seperti yang sepatutnya diketahui umum, Tamadun Rumpun Melayu adalah sebuah tamadun yang lama dan besar juga, bermula pada abad ke-1M dan boleh dianggap berakhir sepenuhnya di sekitar permulaan abad ke-19 dengan pengambil-alihan Syarikat Hindia Timur Belanda (di Alam Melayu ini) yang muflis oleh kerajaan Belanda dan Singapura oleh Inggeris dan Patani oleh Siam (Thailand sekarang), bermula dengan penjarahan dan penghapusan etnik Melayu Campa 1471 oleh Vietnam, penawanan Melaka oleh Portugis (Feringgi/Hindia Putih) 1511, dan penjajahan Filipina oleh Sepanyol 1565. Setiap zaman tamadun Melayu banyak meninggalkan amalan dan teori kepemimpinan dan kepengurusannya yang tersendiri pada zaman pra-Islam lagi itu. Ilmu ini mengalami anjakan paradigmanya apabila Islam menjadi cara hidupnya sekurangkurangnya mulai tertubuhnya kerajaan Islam di Pasai (Aceh dan sebahagian pantai timur Sumatera Utara sekarang) abad ke-13M, dan lebihlebih lagi Kerajaan Melaka abad ke-15M, walaupun ada bukti yang menunjukkan Islam telah mempengaruhi pemerintahan di Pascabima (akronim ciptaan Shaharir 1998a kepada nama generic negara-bangsa di Alam Melayu ini) lebih awal daripada kerajaan Pasai itu sekalipun, iaitu di Perlak (Pantai Barat Sumatera Utara), Campa (Vietnam), atau Patani (Thailand Selatan sekarang) seperti yang dibincangkan oleh Shaharir (2006a,e).

Perkara penyungkilan kewujudan warisan ilmu pengurusan dan pemimpinan Melayu sejak dahulu kala juga penting sebagaimana barat membina ilmunya atas runtuhnya tamadunnya yang dahulu yang mereka anggap miliknya: Tamadun Yunani itu. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa tamadun Melayu sebelum Islam sekalipun sudah kaya dengan teori kepengurusan dan kepemimpinan mendahului sejarah tamaduntamadun besar sekarang, khususnya berbanding dengan tamadun kebanyakan Negarabangsa di Eropah. Satu daripada tamadun rumpun Melayu yang besar ialah yang terbina

daripada zaman Kerajaan Campa di Vietnam sekarang yang wujud sejak abad ke-2 hingga 1471 (diruntuhkan oleh Vietnam). Raja Campa yang bernama Sanskritnya Shri Jaya Indravarmadeva 960972M, atau namanya mengikut sapaan China, Che-li To-Pan (=Sri Tuan Man?) dicatatkan pada batu bersurat Campa di Mi-son bertarikh 1010S (S=Saka/Syaka, sukatan tahun Melayu asli sebelum kedatangan Islam; 1S=78M) sebagai seorang Cakravantin (=Pemimpin Alam) dengan memiliki 32 sifat kepemimpinan yang unggul (daripada perspektif Budhaisme; suatu aksiom kepemimpinan); dan penulis percaya istilah batin dalam Tok Batin dalam komuniti orang asli itu datangnya daripada vantin ini (bukannya daripada perkataan Arab, baatdin yang juga menjadi perkataan Melayu batin itu). Prasasti yang mencatatkan Cakravantin itu berupa tulisan ilmu kepemimpinan dan kepengurusan rumpun Melayu yang tertua setakat ini, malah yang tertua di Asia. Terjemahan penulis kepada Cakravantin ini berasaskan pada terjemahan Inggeris buku Maspero (1920/2002: Ch.1, pp131; cat. kaki 159) yang asalnya dalam bahasa Perancis itu. Prasasti berkenaan ditulis dalam bahasa Melayu Campa Purba atau panggilan China dahulu, Kunlun. Kandungan Cakravantin ini telah dipaparkan dahulu (Shaharir 2005a,b) dan di sini diperturunkan hasil pengaksioman semula kami kepada senarai 32 aksiom Cakravantin itu menjadi 5 aksiom sahaja: CV(i). Sifat-sifat jasmani/raga . Sifat ini boleh diringkaskan sebagai tokoh yang beraura dan berkarisma. CV(ii). Ketokcaan/Kesamian/Kebikuan. Sifat-sifat ini boleh dipadankan sifat yang diperlukan untuk menjadi ulama dalam teori kepemimpinan Islam. CV(iii). Berilmu, berbudi dan berhikmah termasuk dalam bidang ketahanan negara. Sifat-sifat ini dalam Cakravantin dicirikan oleh ilmu budi dan hikmah dalam Budhaisme, tetapi tentunya dapat diubah-suai dengan konsep budi dan hikmah Melayu Islam seperti makna perkataan-perkataan ini oleh Bukhari al-Jauhari (1603) dalam buku agungnya Taj al-Salatin yang diperkatakan lagi kemudian ini. CV(iv): Nilai/Sila adi Dalam Cakravantin semuanya berasaskan ajaran Budhaisme yang sebahagiannya memang bersifat semesta seperti Menentang habishabisan kepada 6 kumpulan musuh: nafsu syahwat (kama), marah (krdoha), hasad dengki (lobha), dosa (moha), angkuh (mada), dan dendam kesumat (matsarya). Semua ini dapat diubah-suai semantiknya dengan Melayu Islam. CV(v). Berstrategi Dalam Cakravantin, ada strategi yang memang bertentangan dengan nilai Islam seperti menggunakan empat cara (caturupaya) bertindak terhadap kawan, lawan dan orang yang neutral mengikut kesesuaiannya: negosiasi (sama), serangan (danda), perselisihan (bheda), dan rasuah (upapradana).

Berasaskan kajian Tambiah (1987), tentang penyibaran Cakravantin dari Hindia ke Tenggara Asia, dan beliau tidak mengetahui adanya Cakravantin Campa ini, nampaknya Cakravantin Campa inilah yang tertua di luar Hindia; dan di segi pernyataan bertulis, Cakravantin Campa ini adalah yang tertua di dunia kecuali tulisan dalam bahasa Yunani. Tambahan lagi, raja Campa yang dikatakan menghayati Cakravantin itu pun tidaklah boleh dianggap raja teragung di kalangan raja-raja Campa, malah memang ada raja Campa sebelumnya yang tidak kurang sumbangannya kepada pembangunan Campa, terutamanya dalam abad ke-6M hingga ke-8M yang berupa kala terbinanya seni bina candi-candi yang hebat warisan Campa itu yang dapat disaksikan hingga hari ini, dan oleh yang demikian raja itu juga mungkin sekali telah digelar dan dicatat di prasasti lain sebagai Cakravantin itu, terutamanya raja Bhadravarman I /Fan Hou Ta 380-413 (pembina candi tertua di dunia?!) dan Shambuvarman/Fan Che (yang mati 629), pembangun candi-candi hebat di Mi-son atau My-son yang mampu bertahan hingga kini).

Perbandingan Cakravantin dengan Teori Kepemimpinan Barat terawal, iaitu karya Machiavelle abad ke16M, seorang sarjana dan pentadbir di sebuah wilayah di Italia, berjudul Il Principe itu (terkebelakang kira-kira 500 tahun) telah dibuat oleh penulis ini (Shaharir 2005a). Kajian itu jelas menunjukkan ilmu

rumpun Melayu ini tidak kurang hebatnya, malah lebih tinggi martabatnya lebih-lebih lagi atas pertimbangan nilai atau sila keagamaan yang sewajarnya dianggap lebih adi (mulia) daripada nilai sekular atau tidak peduli agama dalam karya Machiavelle itu. Malangnya rumpun Melayu sendiri kini nampaknya tidak mengetahui atau mengabaikannya hingga terdampar sambil mengejar ilmu tersebut dari Barat sahaja. Buku Machiavelle diterjemah kepada pelbagai bahasa dan terjemahan pertama kepada bahasa Inggeris dilakukan pada 1640 dengan judul The Prince, manakala dalam bahasa Melayu hanya dalam kurun ke-20 (Kepala Negara 1959 di Indonesia dan Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik 1989 di Malaysia. Kita sepatutnya menyebar Cakravantin itu ke seluruh dunia di samping sepastinya kepada anak bangsa kita sendiri.

Bilangan 32 aksiom sifat kepemimpinan-kepengurusan di di dalam Cakravantin tidak syak lagi datangnya daripada 32 sifat jasmani Buddha yang ada disenaraikan dalam sebuah manuskrip tentang kehidupan Buddha yang dijumpai di Burma bertarikh awal kurun ke-19 (Edwardes 1959). Sifat-sifat Budha itu semuanya tentang jasmaninya sahaja dan diniskalakan kepada 3 sifat sahaja oleh penulis Cakravantin itu. Dalam senarai sifatsifat kepemimpina/kepengurusan Islam selama ini pun, yang diutarakan oleh sarjana Islam seluruh dunia, juga tidak menjadikan sifat-sifat jasmani Nabi Muhammad SAW selain daripada kabilahnya, Quraisy, yang kontroversi itu. Malah 3 daripada sifat Nabi yang penting, iaitu sidiq, amanah, tabligh dan fatdanah tidak pernah dijadikan nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam, sekurangkurang secara langsungnya. Isu ini dibicarakan lagi kemudian dalam makalah ini.

Tamadun kita tidak hanya memiliki karya besar teori kepemimpinan dan kepengurusan Cakravantin abad ke-10M itu tetapi pada abad ke-14M muncul pula karya yang nampaknya lebih besar daripada itu hasil nukilan seorang sarjana kerajaan Majapahit bernama Prapanca menerusi karya agungnya Nagarakartagama bertarikh 1365 yang ratusan tahun lebih awal daripada karya Machiavelle itu juga. Karya ini dijumpai di Lombok pada 1902 (sorotan buku ini yang terbarunya dilakukan oleh Khalid 1993 yang mengandungi pelbagai ilmu; tetapi tidak juga menonjolkan ilmu yang dibicarakan ini) dan satu daripadanya ialah ilmu kepemimpinan dan kepengurusan yang antara lainnya membicarakan 18 sifat pemimpin dan pengurus unggul di bawah judul Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu yang dikatakannya dimiliki oleh Pateh Gajah Mada (berjawatan yang setara dengan Menteri di bawah raja agung Majapahit yang bernama Hayam Wuruk itu), dan oleh itu boleh dianggap sebagai nilai-nilai unggul seseorang pengurus (selepas ini dirujuk sebagai teori kepengurusan dan kepemimpinan Prapanca sahaja). Namun tentunya nilai-nilai ini ada banyak yang sesuai dengan nilai seseorang pemimpin juga. Teori kepengurusan dan kepemimpinan Prapanca ini lebih terkenal daripada Cakravantin kerana lebih lama dijumpainya dan malah senarai aksiomnya sudah di-Rumi-kan pada 1902 (Edisi Brandes) dan kini mudah dicapai di Internet 2 (http:// sastrajawa_arwan. blogspot.com/ ). Malang sekali nampaknya teori ini pun belum muncul dalam buku-buku teks pengurusan atau sains politik kita walaupun kerelevanan dan kekontemporerannya amat jelas: (1) Wijaya: jiwa tenang, sabar, bijaksana dan tidak lekas menggelabah. (2) Mantriwira: berani membela dan menegakkan kebenaran dan keadilan. (3) Natangguan: mendapat keperacayaan darp rakyat dan menjaga kepercayaaan itu sebagai satu tanggungjawab dan kehormatan. (4) Satya Bhakti Prabhu: kesetiaan kpd kepentingan pihak yang lebih tinggi. (5) Wagmiwak: mampu mengutarakan pendapat dan pandai berbicara dengan penuh adab dan mampu pula menggugah semangat rakyat. (6) Wicaksaneng Naya: bijak berdiplomasi, mengatur strategi dan siasah/politik. (7) Sarjawa Upasama: rendah hati, dan tak sombong. (8) Dhirotsaha: rajin dan tekun, memusat rasa, cipta, karsa dan karya. (9) Tan Satrsna: tidak pilih kasih dan mampu mengatasi segala fahaman golongan semasa. (10) Masihi Samasta Bhuwana: mencintai alam semesta dan oleh mengurusnya dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah kurnia Tuhan. (11) Sih Samasta Bhuwana: dicintai dan mencintai rakyat. (12) Nagara Gineng Pratijna: mengutamakan kepentingan Negara. (13) Dibyacitta: lapang dada dan bersedia menerima pendapat daripada orang lain (atas atau bawah). (14) Sumantri: tegas, jujur, bersih dan berwibawa. (15) Nayaken musuh: menguasai musuh-musuh luar dan dalam termasuk dalam diri sendiri. (16) Ambek Parama Artha: bijak menentukan prioriti. (17) Waspada Purwa Artha: waspada dan melakukan introspeksi. (18) Prasaja:

berpola hidup yang sederhana.

Kaedah aksiom mampu memendekkan senarai ini kerana umpamanya (2) mengimplikasikan (9); dan ada beberapa perkara dalam senarai itu yang nampaknya boleh dicantumkan menjadi satu dengan memilih satu istilah yang sesuai untuknya kelompok nilai itu. Senarai yg dimaksudkan itu ialah (1), (7), (8), (14),(16) dan (17). Walau bagaimana pun pengetahuan yang dalam terhadap bahasa Jawa Kuno perlu bagi mengkaji senarai Prapanca ini dan seterusnya membuat keputusan memendekkan lagi senarainya itu.

Dua karya agung Melayu purba dalam kepengurusan dan kepemimpinan ini jelas menunjukkan bidang ilmu Rumpun Melayu ini amat terkehadapan daripada bangsabangsa lain di dunia khususnya di Eropah. Karya-karya ini masih relevan walaupun perlu disesuaikan dengan keadaan sekarang yang perlu ditapis menerusi Islam. Umpamanya nilai/sila (4) itu bertentangan dengan Islam. Keadaan ini sama dengan cara sarjana Islam dahulu mengambil ilmu dari tamadun yang bukan Islam seperti Yunani, India, Parsi dan sebagainya itu. Ini satu daripada cabaran kepada ahli pengurusan Melayu kini bersamasama dengan cabaran lain lagi yang dihuraikan pada akhir makalah ini.

3.4. Sumber daripada Manuskrip Melayu Jawi Kajian kepemimpinan atau kepengurusan dalam manuskrip Melayu Jawi (Kitab Kuning) yang berjumlah ribuan itu juga masih belum dilakukan dengan tuntasnya. Setakat ini hanya ada dua kajian yang telah dibuat masing-masingnya terhadap manuskrip/buku Sejarah Melayu atau Salalatussaltin (atau lebih tepat lagi Salalaht al-Salatin) dan Hikayat Raja Passi. Berasaskan pada sejarah di dalam Hikayat Raja Pasai (HRP) yang dipercayai ditulis sebelum 1520-an dan selepas 1400M (versi yang di-Rumi-nya oleh Jones 1978 diterbitkan semula dalam Siri Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan 1999; di samping telah diterjemah kepada Perancis, Belanda dan Inggeris), Shaharir (2006b,c) telah pun menggunakan kaedah aksiom untuk mendapatkan aksiom kepemimpinan dalam HRP itu seperti berikut (mengikut bahasa asalnya). Teori kepemimpinan dan kepengurusan yang terdapat di dalam Hikayat tersebut (yaitu kepimpinan dan pengurusan rumpun Melayu Islam dan pengurusan abad ke-13M) telah pun dipaparkan oleh Shaharir (2006a) dan apabila digunakan kaedah aksiom itu, maka diperoleh 7 aksiom kepemimpinan yang berikut: (PHRP1) pemelihara makruf (amar/suruhan Allah dan Rasullah) dan penghindar mungkar (larangan Allah dan Rasul); (PHRP2) yang tidak tamak harta dunia; (PHRP3) yang tidak ingin segala yang tidak memberi manfaat kepada hari akhirat; (PHRP4) yang ikhlas dengan hal kebajikan; (PHRP5) yang berlaku adil; (PHRP6) bermesyuarat; (PHRP7) penyabar. Daripada buku HRP juga dapat dicungkil 3 aksiom kepengurusan Melayu Islam (yang tertua) seperti berikut: (PuHRP1) Setia kepada pemimpinnya. (PuHRP2) Tidak melakukan penganiayaan dalam apa bentuk sekalipun. (PuHRP3) Melakukan pengurusan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh Allah/alQuraan. Selain daripada teori kepemimpinan dan kepengurusan daripada HRP, ada pula teori tersebut yang dapat dicungkil daripada Sejarah Melayu (Sulalaht al-Salatin) karya Tun Sri Lanang 1612 yang menggambarkan amalan kepemimpinan dan kepengurusan pada Zaman Kesultanan Melaka yang boleh dianggap kedua tertuanya (selepas Pasai itu), iaitu teori abad ke-15M. Ini juga tidak muncul dalam bukubuku pengurusan dan sains politik kita. Mohamad Yusof (mantan Profesor Sejarah UM) pula memperoleh sifat-sifat kepemimpinan Melayu daripada Sejarah Melayu yang berupa petikan pesanan Tun Perak dan Sultan Mansur Syah dalam buku tersebut, dan catatan orang-orang China, India, Arab, dan Portugis/Feringgi (internet http: // khleo.tripod.com/admin.html). Namun tiadalah usaha mendapatkan senarai aksiom nilai/sila terhadapnya. Sifat-sifat pemimpin dan yang dipimpin karya Tun Sri Lanang itu

masih sarat dengan nilai Hindu-Budha-nya (Internet 3 dan 4) dan sebanyak 7 aksiom telah kami cungkil daripadanya (Shaharir 2003e, 2006e). Tetapi jika digunakan lagi kaedah aksiom kepada 7 aksiom itu, maka aksiom kepemimpinan dan kepengurusan Melayu Islam karya Tun Sri Lanang (pengarang Sejarah Melayu itu) dapatlah dicungkil dalam bentuk (PTSLi) yang berikut: (PTSL1) Khilafah. (PTSL2) Ber-syura. (PTSL3) Beramanah. (PTSL4) Menjaga maruah yang orang yang dipimpin/bawahan. (PTSL5) Tiada bertasamuh langsung dengan kritikan terbuka.

Perbandingan teori kepemimpinan dan kepengurusan Tun Sri Lanang dengan pengarang HRP (tidak diketahui namanya) agak menarik kerana nampaknya pada zaman kerajaan Pasai itu (abad ke-13M hingga ke-14M), teori tersebut lebih ke-Islam-an lagi khsususnya tentang tiadanya kenyataan tentang penyesuaian sifat feudalis dengan sifat rakyat/orang bawahan yang dikehendaki tidak menderhaka itu.

Teori kepemimpinan dan kepengurusan oleh Bukhari al-Jauhari 1603 berjudul Taj al-Salatin (Mahkota Raja-Raja) dipaparkan beberapa kali sebelum ini dalam bentuk aksiom oleh Shaharir (2003g, 2004c, 2005a,b, 2006d,e) sungguh tinggi tahap akademiknya kerana mengandungi tidak kurang daripada 60 rujukan karya sarjana Muslim seluruh dunia sebelumnya (malangnya tiada dinyatakan nama pengarangnya), termasuk nampaknya 4 buah buku terjemahan kepada bahasa Melayu yang telah ada pada awal abad ke-17M itu (Khasru dan Syirin, Laila dan Majnun, Mahmud dan Iyaz dan Yusuf dan Zulaikha) sebelum beliau sendiri mengolahnya semula dan mengeluarkan pandangannya sendiri sehingga menghasilkan (pada pandangan kami) 8 (delapan) aksiom kepemimpinan yang cukup komprehensif dan masih kontemporer matannya: (PBJ1) Insaf akan kematian; (PBJ2) Melakukan pekerjaan nubuwwah dan hukumah; (PBJ3) Adil; (PBJ4) Berhemat; (PBJ5) ulil albab atau budiman; (PBJ6) berilmu qiafah dan firasah; (PBJ7) Sakhawah dan Ihsan; (PBJ8) Wafa dan ahd.

Seterusnya BJ (Bukhari al-Jauhari) juga memperakukan 28 aksiom pengurus yang unggul (asalnya ditujukan kepada menteri) yang dipetik/diolahnya daripada berbagai-bagai sumber yang dinyatakannya: (PuBJ1) budiman ; (PuBJ2) bijaksana; (PuBJ3) perkasa; (PuBJ4) berkhabar; (PuBJ5) berbicara; (PuBJ6) bersabar; (PuBJ7) insaf; (PuBJ8) berbangsa; (PuBJ9) mampu berbicara sesuatu perkara, dan dapat diharapkan segala katanya; (PuBJ10) khadim ; (PuBJ11) ada segala kebajikan padanya; (PuBJ12) tidak muda; (PUBJ13) suci zahir dan batin; (PuBJ14) perihatin kepada kesudahan atau implikasi kepada sesuatu perbuatan institusinya; (PuBJ15) baik-baik kira-kira supaya segala pekerjaan dan perkataan yang terbunyi dalam institusinya ada nyata padanya daripada usahanya; (PuBJ16) berani dalam segala pekerjaan dan perkataan; (PuBJ17) sentiasa betul hatinya pada segala pekerjaan dengan segala orang pada segala hal; (PuBJ18) baik rupanya; (PuBJ19) manis katanya; (PuBJ20) berapi nyawanya; (PuBJ21) lurus hatinya; (PuBJ22) citanya dalam segala urusan institusinya dan hendak malu perinya sertanya; (PuBJ23) suci agamnya; (PuBJ24) jauh ia daripada perkataan dusta; (PuBJ25) tahu masa-masa yang sesuai untuk bertindak; (PuBJ26) sentiasa bersedia membantu dan menjalin hubungan yang amat baik dengan pemimpin; (PuBJ27) berpengetahuan dan tidak bebal; (PuBJ28) teguh peribadi iaitu memelihara segala rahsia institusi. Namun beliau nampaknya tidak merujuk karya sarjana bangsanya terdahulu seperti Cakravantin atau karya Prapanca (Tetapi mungkin juga karya-karya agung rumpun Melayu pra-Islam itu tidak pernah dapat ditelaahnya pada masa itu; karya-karya itu baru ditemui kembali oleh Barat pada abad ke-19M ini sahaja). Aksiom nilai/sila kepengurusan BJ yang panjang lebar itu pastinya dapat dipendekkan lagi bilangannya menerusi kaedah pendekatan beraksiom itu, dan ini haruslah disambut oleh sarjanasarjana kita sekarang.

Karya kedua yang jelas ditumpukan pada bidang kepemimpinan dan kepengurusan Melayu Islam yang tidak kurang hebatnya ialah oleh Nur al-Din al-Raniri 1623 menerusi karya agungnya, Bustan al-Salatin (Taman Raja-Raja) yang dinyatakannya bertujuan untuk memperbaiki karya Bukhari al-Jauhari itu. Sejauh mana kejayaan hasratnya itu masih perlu dikaji dengan halusi lagi. Sungguhpun nampaknya jauh lebih komprehensif namun kuranglah tanggungjawab akademiknya berbanding dengan BJ itu kerana tiadanya rujukan yang diberi. Shaharir (2005b, 2006d,e) mendapati manuskrip Nur al-Din al-Raniri (selepas ini selalu diringkaskan sebagai NR) itu mengandungi 10 aksiom kepemimpinan yang berupa sila/nilai pemimpin unggul: (PaR1) Sabar ; (PaR2) Ikhlas dan penuh adab; (PaR3) Perihatin kepada mustadhaffin/yg teraniaya; (PaR4) Pemaaf; (PaR5) Penegak hukum Allah; (PaR6) Tidak lalai dengan hal keduniaan; (PaR7) Cinta ilmu dan ilmuwan; (PaR8) Adil; (PaR9). Tawadhu (merendah diri kepada Allah dan manusia); (PaR10). Teliti dalam segala pekerjaan; (PaR11) Terlebih berani dengan hatinya; (PaR12) Taqwa.

Kami kira 12 sila/nilai pemimpin Islam drp karya al-Raniri yang telah disimpulkan sebagai (PaRm), m=1,,12 ini dapat menandingi karya-karya sarjana Islam sebelumnya, malah karya-karya sarjana Islam kontemporer yang diperlihatkan nanti. Nur al-Din al-Raniri juga memperakukan 22 aksiom pengurus yang unggul yang perlu dikaji lagi mengikut kaedah aksiom matematik dengan harapan memendekkan lagi senarai ini: (PuNR1) Syura; (PuNR2) Menegur pemimpin secara rahsia dengan sopan; (PuNR3) Memeriksa sesuatu dengan halusi sebelum dimaklumkan kepada pemimpin; (PuNR4) Syukur akan pemimpinnya jikalau sampai kepadanya suatu mudarat daripada pemimpinnya sekalipun; (PuNR5) Menegah pemimpin sekalipun jika pemimpin itu melanggar syarak, dan jika tidak berjaya perlulah disakitinya akan dia supaya jangan dituruti orang lain; (PuNR6) Bersahabat dengan segala orang yang budiman; (PuNR7) Tinggi hematnya dan jangan ia mengerjakan suatu pekerjaan yang memberi kecelaan martabatnya; (PuNR8) Sopan dan takzim akan pemimpinnya walaupun jikalau sangat dikasih sekalipun; (PuNR9) Memastikan pemimpinnya dapat berbakti kepada seseorang yang diketahuinya berkehendak sesuatu yang hanya pemimpin yang dapat memakbulkannya tetapi orang berkenaan itu tidak terdaya menyembah pemimpin itu; (PuNR10) Tidak bongkak, takbur, atau mengegahkan diri; (PuNR11) Sentiasa mencari kebajikan pemimpinnya dalam pekerjaan dunia dan akhirat, menyukakan segala fakir dan miskin, memohon segala yang berdosa kepada pemimpinnya, dan tidak menyatakan sesuatu yang tidak patut kpd pemimpinnya; (PuNR12) Meneguh setianya dengan pemimpinnya; (PuNR13) Menyuruh mesyuarat kepada pihak segala pemimpin dan mengambil khabar daripada baik dan jahat, dan jangan alpa dilaluinya perintah pemimpinnya; (PuNR14) Percaya pada segala pekerjaaannya; (PuNR15) Memastikan harta pemimpinnya memenuhi syarak; (PuNR16) Tulus ikhlas hatinya dalam melaksanankan kerja yang diamanahkan oleh pemimpinnya; (PuNR17) Memerintah segala orang bawahannya seperti ia memerintah pemimpinnya; (PuNR18) Mengasihani akan segala dagang; (PuNR19) Berani melawan segala seterunya; (PuNR20) Memelihara pemimpinnya, tidak berbaik dgn seseorang yang bidah; (PuNR21) Memilih pesuruh pemimpin dengan telitinya dan teruji; (PuNR22) Memelihara rahsia pemimpin sehingga mati kesakitan sekalipun.

Jelaslah ada banyaknya perkara dalam senarai ini yang dapat dipendekkan, dan jika hasil kajian selanjutnya itu digabungkan pula dengan aksiom oleh sarjana sebelumnya itu nescaya akan memberi senarai aksiom nilai kepemimpinan dan kepengurusan Melayu Islam yang cukup baik yang dapat dibandingkan dengan karya-karya abad ke-20 hingga kini yang dibicarakan nanti.

Malang sekali jika tiada yang (mahu) merujuk kepada karya-karya ini dalam pendidikan atau penyelidikan kepemimpinan dan kepengurusan kita. Sarjana Melayu kini dalam bidang kepemimpinan atau sains politik amnya perlulah menilai, menganalisis, mensintesis karya-karya agung Melayu ini hingga kini, khususnya bagi medapatkan satu set aksiom nilai kepemimpinan yang lengkap (iaitu tiada satu pun yang mengimplikasikan yang satu lagi) mengikut perspektif Melayu, Melayu Islam dan Islam Melayu.

Perbandingan karya-karya kepemimpinan dan kepengurusan rumpun Melayu-Islam dengan karya-karya sarjana pada zaman Tamadun Islam dan dengan karya-karya rumpun Melayu pra-Islam sekalipun memang patut dilakukan, dan sekaligus dapatlah dinilai keaslian karya-karya sarjana rumpun-Melayu itu. Kerja ini telah dimulai oleh Shaharir (2005a) apabila beliau membicarakan Cakravantin, dengan satu daripada aksiom kepemimpinan Bukhari al-Jauhari, iaitu (PBJ2) sahaja dan juga dengan kepemimpinan Islam cetusan Andek Masnah (1999/2001) yang dibicarakan lagi di bawah ini.

3.5. Sumber daripada Tokoh-Tokoh Silam Gaya kajian pengurusan/pemimpinan menerusi kajian prestasi seseorang tokoh ini, walaupun agak baru di Barat, tetapi sudah dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang sarjana Melayu abad ke-17M lagi, iaitu oleh Bukhari al-Jauhari 1603 sehinga terciptanya karya agungnya , Taj al-Salatin (Mahkota RajaRaja) itu, dan Nur al-Din al-Raniri 1623, yang menghasilkan karya agungnya Bustan al-Salatin (Taman Raja-Raja), yang kedua-duanya memang dalam bahasa Melayu yang cukup hampir dengan bahasa Melayu Pascabima (= Patani, Singapura, Campa, Brunei, Indonesia, dan Malaysia) sekarang, walaupun judulnya dalam bahasa Arab. Antara tokoh-tokoh yang dikaji, dua orang yang disebut-sebut dalam Bustan al-Salatin ialah Aflatun al-Hakim (iaitu, Plato) dan Iskandar Dzulqarnayn (iaitu, Alexandre the Great). Malangnya sarjana Melayu telah lama berhenti berkarya dengan cara ini (atau dengan cara lain pun?!). Malangnya , tiada seorangpun tokoh yang diambil pengajaran gaya kepemimpinannya/kepengurusannya dalam kedua-dua manuskrip/buku tersebut adalah tokoh dalam Tamadun Melayu (di Pascabima) sendiri.

Namun setengah daripada sumber ilmu yang masih dikaji oleh Barat sebenarnya sumber yang hampir dgn kita juga (Cuma kita menunggu hasil drp mereka sahaja) seperti Alexandre The Great (contoh karya baru tentang hal ini ialah Bose 2003 dan Kurke 2004) yang dalam kebudayaan kita (dan Islam) dikenali sebagai Iskandar Dzul Qarnayn yang dapat/patut dikaji menerusi Hikayat Iskandar Zul Karnain DBP (1967) hasil peRumian buku Melayu klasik jawi karya abad ke-17/ke-18 M lagi dan sumber Islam terjemahan Muhamad Khair (2000) yang tentunya lain darpada sumber Barat totok seperti oleh Plutarch (75M/2004). Umpamanya kupasan ringkas tentang falsafah dan matalamat kepemimpinan berdasarkan sejarah pemerintahan Iskandar Dzuqarnain (dan juga Nabi Sulaiman) daripada al-Quraan yang terbaru dapat dilihat dalam Abdul Hadi (2005) boleh menjadi contoh satu daripada gaya kajian kita sendiri. Berkenaan dengan Nabi Sulaiman, kedudukannya dalam kebudayaan Melayu juga amat bitara/unik, hampir sama dengan Iskandar itu, kerana penulis Melayu abad ke-17 atau ke-18 ada menghasilkan Hikayat Nabi Sulaiman.

Suatu yang agak sukar dimengertikan ialah bagaimana begitu ramai sarjana dan penulis timur dan barat mengkaji ilmu pengurusan daripada buku nipis (terjemahan dalam bahasa Melayu hanya 47 halaman) karya seorang panglima perang Cina Purba (abad ke-6SM), Sun Tzu yg diterjemah kpd bahasa-bahasa Eropah sejak abad ke-18M lagi (Inggeris awal abad ke-20, The Art of War) dan kpd bahasa Melayu 1986, Seni Ketenteraan Sun-Zi, sedangkan kejayaan Sun Tzu dalam perang amatlah sedikit berbanding dengan panglima-panglima perang lain termasuk panglima perang Melayu sebelum abad ke-5M, apatah lagi panglima-panglima Islam. Anehnya penulis tempatan juga sudah terikut menulis ilmu pengurusan berasaskan buku Sun Tzu seperti yang ditunjukkan oleh Khoo (1990) dan Aidit (1991). Kelakuan sarjana

kita yang lebih cenderung melompat ke kendaraan pantas yang penuh sesak dengan penumpang lain yang hebat-hebat menuju ke destinasi yang tidak begitu diketahuinya ini, adalah suatu yang biasa berlaku walaupun mendukacitakan.

Kajian patut dilakukan bukan sahaja kepada tokoh-tokoh pemimpin Islam dahulu (termasuk Iskandar Dzulqarnayn, dan Nabi Sulaiman itu), tetapi juga tokoh-tokoh pemimpin di Alam Melayu dahulu sejak Zaman Funan (sebelum abad ke-8M). Contohnya tokoh-tokoh Melayu purba/dshulu yang berikut: Raja Funan yg terhebat: Rudravarman (abad ke-6M), Raja Funan-Khmer terhebat: Rajendravarman II (meninggal 968M); Raja Campa terhebat: Sri Jayaindravarmadesa (abad ke-8M) yang menjadi simbol Cakravantin itu; Raja Srivijaya (Jeneral Agung) terhebat: Sri jayanas atau Divakara abad ke-7M; Raja Majapahit terhebat: Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya Pateh Gajamada abad ke-14M; Raja Kerajaan Mataram: Sanjaya abad ke-8M; Raja Kediri terhebat: Raja Kartanagara abad ke-12M; Pahlawan Melayu Melaka teragung: Hang Tuah menerusi Hikayat Hang Tuah karya abad ke-17M.

Hanya baru-baru ini sahaja Ong (2004) mengkaji Hang Tuah dari perspektif pengurusan atau pemimpinan khusus tentang betapa ahlinya Hang Tuah dalam arena strategi. Ada banyak lagi aspek kepengurusan yang dapat dan patut dicungkil daripada tokoh Hang Tuah itu.

3.6. Sumber daripada Pantun dan Peribahasa Selain daripada kajian menerusi tokoh-tokoh agung sendiri ini kajian status matematik dalam Tamadun Melayu sejak zaman Funan itu juga masih perlu. Umpamanya, setakat ini kajian kami (cthnya, Shaharir 1998/2000) tentang angka, bilangan, dan sistem sukatan Melayu purba yang diperoleh daripada traskripsi dan terjemahan kpd Melayu Melayu kini/Inggeris oleh sarjana Eropah, kebanyakannya Belanda dan Perancis, memberi gambaran yang hebat tentang unsur asas matematik pengurusan Melayu, iaitu unit sukatan dan sistem bilangan/nombor yang mendahului tamadun lain.

Kajian menerusi sastera bitara Melayu seperti pantun dan peribahasa Melayu juga berpotensi menerbitkan atau mengukuhkan teori-teori pengurusan. Contohnya, gaya kepemimpinan/ kepengurusan Melayu yang mementingkan perundingan dan negosiasi terserlah dalam peribahasa: tali yg tiga lembar itu tak suang-suang putus; dan tak ada kusut yg tak selesai, tak ada keruh yg tak jernih; mementingkan kebijaksanaan terpahat dalam peribahasa: kaitan jangan sekah, buluh jangan pukah, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang/lekuh; kelembutan dalam ketegasan: tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting; berhati-hati dan adil dalam peribahasa, seperti menarik/menghela rambut (di) dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Penyusunan hampir semua peribahasa Melayu yang dapat dikaitkan dengan kepemimpinan dan kepengurusan telah dilakukan oleh penulis ini (Shaharir 1998) tetapi kupasannya satu persatu belum dilakukan lagi; menunggu penulis lain lagi yang lebih arif dengan teori-teori pengurusan semasa.

4. Kaedah Aksiom dalam Pembinaan Teori Kepengurusan dan Kepemimpinan Melayu Terjajah dan Pasca-Terjajah

Kaedah aksiom ialah suatu kaedah yang berprestij dalam sains matematik selama ini dan baru masuk dengan gahnya dalam pengurusan dan pemimpinan kualitatif sejak 2000 apabila Kirkeby berjaya memformulasikan teori pengurusan dan pemimpinan Barat. Sebelum itu kaedah ini tidak diterapkan dengan telitinya. Kaedah aksiom adalah hampir sinonim dengan kaedah deduksi iaitu memulakan bicara sesuatu perkara dengan takrif dan kemudiannya menurunkan senarai anggapan yang asasi yang dinamai aksiom bagi melandasi pokok perbicaraan selanjutnya sehingga menerbitkan sebuah teori perkara yang diminati itu. Aksiom yang terbaik ialah yang terpendek senarainya, lengkap (semuanya dapat dideduksi daripada set aksiom tersebut), tekal/konsisten (tiada swa32 percanggahan) dan setiap satunya merdeka antara satu dengan lain (tiada yang bertindan atau yang mengimplikasi atau diimplikasikan oleh yang lain). Kaedah ini dimulai dalam geometri oleh Euklid/Uqlides pada zaman Yunani dahulu lagi (terkenal dengan 5 aksiom geometri Euklid) tetapi dipopularkan dengan bergayanya oleh Hilbert dalam semua karya matematiknya pada awal abad ke-20 lalu menjadi ikutan ramai dan mewujudkan satu falsafah matematik yang masyhur dan berpengaruh, iaitu formalisme. Kaedah ini telah diterapkan dalam menyorot teori-teori pengurusan dan pemimpin Melayu purba dan Melayu-Islam sebelum kedatangan penjajahnya dahulu dalam bahagian-bahagian makalah ini di atas.

Teori Pengurusan dan Pemimpinan kualitatif Barat yang terawal ialah Machiavelle, seorang Italia abad ke-16. Beliau yang terkenal meninggalkan karya agungnya, 1513 (manuskrip)/1532 (terbit), Il Principe, dalam bahasa Italia. Terjemahan Inggeris dilakukan sejak pertengahan abad ke-17 dengan judul The Prince tetapi hingga sekarang pun tidak henti-henti sarjana Inggeris menterjemah semula karya Machiavelli asalnya itu, sebahagiannya kerana dikenali ada bebebrapa versinya. Karya Machiavelli memang diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan dalam bahasa kita pertama kali diterjemah di Indonesia 1959 dengan judul Kepala Negara dan di Malaysia 1989 dengan judul Penguasa: Surat Seorang Negarawan kpd Pemimpin Republik. Dalam buku inilah (kesimpulan penulis yang juga digambarkan oleh George 1972 hampir sebegini juga) diperakukan 9 etika pemimpin/pengurus yang mesti dimiliki untuk berjaya: (i) Menaruh perhatian kpd semua kumpulan, bercampur gaul, tunjuk teladan murah hati dan kesian belas (kemanusiaan dan kemurah-hatian), menjaga kemuliaan/maruah; (ii) Bercita-cita untuk beroleh pencapaian yang lebih tinggi; (iii) menawar anugerah/hadiah dan insentif dan sebaliknya; (iv) pencerap cerdik untuk advantejnya; (v) belajar mengambil peluang/advantej; (vi) berderia trend dan adaptasi; (vii) bijak mengecam yang setia dan yang tidak (pengkhianat); (viii) keinginan bermandiri; (ix) bertindak mengikut prinsip kesudahan/faedah menghalalkan perkaedahan/kaedah, ringkasnya Machiavellian. Senarai nilai pemimpin/pengurus tajaan Machiavelli ini belum melalui proses menjadikannya satu set aksiom dalam kaedah matematik itu. Senarai itu berupa ringkasan sahaja. Karya ini sungguhpun banyak yang bertentangan dengan agama Islam, namun beberapa prinsinya termasuk yang terkhir dan jelas bertentangan dengan Islam itu, tetap diikuti dan disanjung tinggi oleh pemimpin dan pengurus Muslim seluruh dunia. Walau bagaimanapun teori ini tidak boleh dianggap teori Melayu, walaupun sudah ada terjemahannya dalam bahasa rumpun Melayu, tetapi juga kerana pada amnya nilainilai di dalam teori itu bukannya nilai orang-orang rumpun Melayu. Mengikut George (1972), karya asli Inggeris pertama dalam hal pengurusan ialah oleh Adam Smith 1793, An Inquiry into the nature and Causes of Wealth of nation yang sering diringkaskan sebagai The Wealth of Nation berupa buku ekonomi tetapi ada satu bab berkenaan dgn etika kepimpinan/ kepenguruan (yang sarat nilai Kristian Barat) yang biasanya diabaikan oleh para pembaca atau sarjana Barat dan diikuti oleh para sarjana di negara Membangun. Namun ada pihak lain yang berpendapat karya kepemimpinan dalam bahasa Inggeris yang pertama ialah Leviathan oleh Hobbes 1651 yang diterbitkan semula 1996, yang masih jauh terkemudian daripada karya bidang ini dalam bahasa Melayu klasik (karya Bukhari al-Jauhari) sekalipun apatah lagi Melayu Purba (Cakravantin). Buku Hobbes ini bersifat falsafah politik yang menggariskan tiga perkara utama tentang manusia, konflik/pertarungan dan kuasa (drp blurpa buku tersebut): (1) Perkara yang manusia paling prihatin ialah keinginan dan ketakutan; (2) Pertarungan/konflik boleh dielakkan dengan padatan keamanan paksaan yang memerlukan penyerahan sebahagian daripada kebebasan semua pihak kepada kuasa berdaulat; (3) Agama, cita-cita dan bisikan hati privasi adalah kuasa subversif yang perlu dikawal atau dihindari langsung.

Jelas karya Hobbes ini pun sudah bersifat ateis/mulhid atau anti-agama (Kristian) yang tentunya lebih teruk daripada karya Machiavelle berasaskan nafsu serakah pengekalan kuasa itu. Apa pun keduaduanya bertentangan dengan prinsip kepemimpinan dan kepengurusan yang digariskan oleh Islam dan dicetuskan oleh sarjana-sarjana Tamadun Islam dan sarjana Melayu-Islam, malah nilai yang dicetuskan oleh sarjana Melayu pra-Islam sekalipun yang berasaskan ajaran agama (Budha).

Karya asli Melayu dalam pengurusan dalam bentuk set nilai ini bukan sahaja jauh lebih awal daripada Barat tetapi juga lebih komprehensif daripada Barat itu. Malangnya diabai dan terabai di bawah penjajahan jiwa-raga bangsa rumpun Melayu oleh Eropah, sehingga kini kita hanya menyebar dan mengukuhkan teori-teori penguruan dan pemimpinan Barat sahaja, walaupun sejak 1970-an, dengan bermulanya zaman kebangkitan Islam, dan seterusnya tahun 1980-an bermulanya Zaman Peng-Islaman Ilmu sehingga 1990-an, muncul sekumpulan ahli pengurusan/pemimpinan yang mengenengahkan pengurusan Islam dan pemimpinan Islam di pinggiran arus perdana sahaja.

Set etika atau nilai-nilai pengurusan/pemimpinan Barat berkembang dalam abad ke-19 hingga kini berasaskan pada ajaran kemanusian (berasaskan nilai) yg terkandung dalam isme ciptaan para ilmuwan mereka yang bebas daripada agama wahyu malah terikat dgn sekularisme, anti-agama, atau tidak peduli agama cth. Marxisme, wujudisme Satre, Darwinisme, Modenisme dan pascamodenisme. walaupun masih ada sarjananya sekalisekala yang mengambil Kristianisme secara halusnya dan mendapat sambutan di negaranegara yg masih kuat beragama. Buku-buku pengurusan Inggeris yang berjudul dengan awalan Self- (atau Swa- atau Kendiri dalam bahasa Melayu), atau berungkapan Value Based (Berasaskan Nilai), seperti Self-Management (Swa-pengurusan), Self-Realisation (Swarealisasi) memang membicarakan pengurusan mengikut perspektif pegangan sesuatu falsafah kemanusiaan ini. Memang ada teori pengurusan kualitatif yang dibangunkan berasaskan sifat manusia ajaran keagamaan, iaitu yang berasaskan ajaran Plato atau lainnya pada zaman Yunani dan ajaran Kristian Barat. Malah Kirkeby (2000) tidak berselindung lagi menyatakan karyanya itu berasaskan Kristian dan Stoikisme. Sebelum itu hingga kini pun, Covey (1989/1994) merupakan seorang guru pengurusan Barat yang sentiasa menonjolkan nilai Kristian dalam teori pengurusannya dan bukunya menjadi buku laris jualan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu Indonesia 1994 dan bahasa Melayu Malaysia 1996.

Selain daripada buku Covey itu, Ilmu pengurusan Barat yang jelas berasaskan aliran falsafah kemanusiaan Barat memang terkenal wujudnya. Umpamanya buku Salaman (1981) berasaskan Marxisme, dan Kelly (1998) berasaskan wujudisme Satre, manakala pengurusan berasakan aliran-aliran yang lain lagi itu dapat dilihat dalam Hyles (1986) dan Reed (1989), dan pengurusan berasaskan falsafah mutakhir dan kontroversi kini iaitu modenisme dan pascamodenisme dapat ditelaah dalam Cooper dan Burell (1988) dan Boje drk (1995). Karya karya pengurusan yang tidak masuk kategori ini hanya berupa karya pengurusan yang tidak seterang-terang ini sahaja asas isme-nya. Alah bisa tegal biasa. ilmu pengurusan/pemimpinan yang terbangun kukuh berasaskan pada sesuatu sistem nilai dan etika bukan Rumpun Melayu itu akhirnya tidak lagi dikenali adanya nilai dan etika itu, kecuali ditonjolkan oleh seseorang yang kritis terhadap ilmu itu. Inilah yang menimbulkan mitos umum bahawa ilmu pengurusan/pemimpinan itu bebas nilai, khususnya menyangkal atau tidak kesah akan adanya ilmu pengurusan lain daripada ilmu pengurusan Barat itu, yang jika ada sekalipun dianggapnya bertaraf rendah. Lagi pun mereka ini berpendapat yang membezakan sesuatu ilmu pengurusan/pemimpinan itu hanyalah segi amalan atau praktisnya sahaja; seperti pengurusan Islam ialah pengurusan/pemimpinan benda-benda yang tidak dilarang oleh Islam seperti judi, rasuah, penipuan dsbnya, atau cara pelaksanaan teori yang serupa kepada masyarakat yang berbeza. Ini dibincangkan lagi dalam isu

pengurusan kewangan nanti.

Ilmu pengurusan Barat masih dibangunkan dengan percubaan demi percubaan berasaskan nilai dan etika yang baru nuklilan sarjana-sarjananya; dan yang menariknya pembinaannya terus menerus berasaskan kaedah sains khusus, iaitu kaedah aksiom. Umpamanya, yang agak barunya, Kirkeby, menerusi karya-karyanya dalam bahasanya sendiri (bahasa Sweden) di samping dalam bahasa Inggeris telah menghasilkan kumpulan tulisan-tulisannya selama ini dalam bentuk sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang terbit dalam tahun 2000, memaparkan enam unsur mahmudah atau sila (padanan penulis dengan virtue, yang dibezakannya dengan nilai atau value) yang patut menjadi asas pengurusan atau pemimpinan. Namun demikian, walaupun pemimpinan dan pengurusan terkenal dianggap berbeza segi bahasa dan fungsiannya, beliau tidak pula membezakan mahmudah/sila pengurus dengan mahmudah/sila pemimpin. Hujah-hujah perbezaan mahmudah/sila dengan nilai yang ditegakkan oleh beliau agak canggih dan kelekek tetapi yang ternudahnya, walaupun masih tidak teramalkan ialah betapanya mahmudah/sila itu keadaan minda dan sikap emosi yang bersifat individu dan hanya sebahagiannya sahaja yang tercapai menerusi bahasa; sedangkan nilai semestinya dipupuk; dan mahmudah/sila dimiliki secara tabii oleh seseorang, dan tidak mungkin diperoleh sepenuhnya menerusi kuasa sahaja. Kirkeby menggali mahmudah/sila pada zaman Yunani (kususnya daripada falsafah Stoik) dan ajaran Kristian Katholik dalam Trimurti/Trisakti/Triniti sehingga senarai istilah mahmudahnya/silanya (yang dibezakan dengan nilai) itu hampir semuanya dalam bahasa Yunani. Enam unsur tersebut ialah (PK1) Euboulia yang bermaksud kebolehan berfikir dengan totalnya dan memerinci dengan menyeluruhnya; (PK2) Euforia dan keghairahan; (PK3) Hipomon yang bermaksud kemampuan bersabar; (PK4) Prolepsis yang bermaksud mengantisipasi, mencermin kemampuan memperkayakan pengetahuan lazim dengan kuasa-kuasa pengalaman peribadi; (PK5) Epibol yang hampir setara dengan intuisi; (PK6) Maieutik yang bermaksud keseniaan kebidanan dan kebolehan merangsang orang lain supaya mencari kebenaran, merasakan keinginaan mencari watak adabnya sendiri malah nafs (atau self) dirinya. Aksiom mahmudah/sila ini rasanya hampir pasti tidak semuanya sesuai dengan mahmudah/sila dalam pengurusan Islam (yang masih belum diterokai oleh sesiapa lagi) kerana falsafah Stoik dan Trimurti yang menjadi asas pertimbangan penerbitan aksiom ini terkenal pertentangannya dengan falsafah Islam.

4.1. Teori Pengurusan dan Pemimpinan Tamadun Islam Melayu menerusi Kaedah Aksiom Karya yang boleh juga dianggap sebahagian daripada teori Melayu kerana teori itu ada dalam bahasa Melayu dan nilai-nilai di dalamnya menjuzuki sebahagian daripada nilai Melayu ialah teori pemimpin dan pengurus Islam ciptaan zaman Tamadun Islam dahulu dan mulai sampai secara perlahan-lahan di Alam Melayu ini sejak abad ke-14M seperti yang diperihal di bahagaian awal makalah ini. Antara penyumbang teori itu ialah yang terawalnya al-Farabi (mati 1000M) yang mengikut George (1972) meninggalkan teori kepemimpinan/kepengurusannya dengan menyenaraikan 11 nilai asasi pemimpin/pengurus yang unggul baginya, menerusi karyanya Kitab al-Madinaht al-Fadhilaht yang telah diterjemah ke dalam Inggeris oleh ramai pihak, dan yang agak barunya 1998; al-Mawardi (mati 1040) dengan 7 nilai asasi pemimpin/pengurus dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyah yang ada beberapa versi terjemahan Inggeris dan yang agak barunya oleh Wafaa Wahba (2000) dan terjemahan Melayu juga pada tahun 2000. Sarjana lainnya dan amat berpengaruh di Alam Melayu ini ialah al-Ghazali (1080) dengan 8 nilai asasi pemimpin/pengurus unggul dalam karyanya, Kitab Nasihaht al-Mulk yang diterjemah kepada bahasa Latin dalam abad ke-13 lagi dan kepada Inggeris beberapa abad kemudiannya oleh pelbagai pihak dan yang terkenal alam abad ke-20 ialah terjemahan Bangley (1964), dan ke dalam bahasa Melayu sekitar 1700 yang tersimpan di Univ. of Edinburgh, UK dan pernah disorot oleh Jelani (2000). Lambatnya karya Tamadun Islam diterjemah ke dalam bahasa Melayu memang terkenal bahkan al-Quraan diterjemah ke dalam bahasa Latin pada abad ke-13M dan Inggeris 1640, tetapi Melayu (belum ada istilah Indonesia sebelum 1945) hanya 1680 oleh Abdul Rauf Singkel (Aceh). Namun ajaran daripada kitab-kitab zaman Tamadun Islam,

apakah lagi al-Quraan telah lama dihayati sebelum munculnya terjemahannya itu. Banyak lagi ilmu pengurusan dan pemimpinan dari zaman Tamadun Islam yang sampai ke Alam Melayu ini seperti karya al-Mawardi dalam bukunya yang masyhur, al-Ahkam al-Sultaniyaht (yang dipetik oleh penulis-penulis dalam bahasa Melayu seperti Andek Masnah 1999/2001 yang yang tertuanya oleh Bukhari al-Jauhari untuk karya terkenalnya Taj al-Salatin abad ke-17M itu; dan ada terjemahan baru terbitan 2000 dalam bahasa Melayu Indonesia.

Teori pengurusan/pemimpinan Islam tidak berkembang sehinggalah timbul Zaman Kebangkitan Semula Islam mulai 1970 dan kononnya Renaissance Islam tahun 1990-an hingga kini kerana teori-teori itu masih seperti dahulu kala, tidak menerima kritikan, analisis-sintesis dan seterus menjadi titik-tolak perkembangan senarai karya sarjana Tamadun Islam di Timur Tengah atau di Alam Melayu yang baru.

Umpamanya, belum ada sesiapapun (yang penulis ketahui), yang cuba mengungkapkan semula seringkas mungkin segala nilai/sifat kepemimpinan Melayu sebelum Islam itu dan menyesuaikan dengan zaman ini (zaman Melayu Islam); atau mengungkapkan semula sifat-sifat kepimpinan Islam Melayu (lebih tepat daripada Melayu Islam) seringkas mungkin sehingga menjadi aksiom kepemimpinan/ kepengurusan Islam Melayu yang boleh diperbaiki dari masa ke masa. Kebanyakan pengarang pengurusan/pemimpinan Islam menumpukan kepada falsafah, prinsip, ciri, matlamat, sistem dan sebagainya sahaja: banyaklah yang mengulang-ngulang hal yang telah diperkatakan lebih seribu tahun dahulu lagi. Dalam hal ini, adalah pengecualiannya yang dilakukan oleh Andek Masnah (1999/2001) apabila beliau cuba melakukannya sebaliknya berdasarkan senarai nilai kepemimpinan (istilah yang dipakainya sifat khalifah atau syarat khalifah) karya 4 orang sarjana Islam Timur Tengah (Zaman Tamadun Islam dahulu), iaitu al-Mawardi (7 nilai pemimpin), al-Qadi Abu Bakr al-Baqillani (4 nilai pemimpin), Ibn Khaldun (4 nilai pemimpin) dan al-Qurtubi (11 nilai pemimpin). Beliau meringkaskannya kepada 6 nilai, iaitu al-Wilayah al-Ammah (sifat-sifat asas: Islam, baligh, merdeka, berakal dan lelaki, yang katanya tidak wajar dipertikaikan lagi), berilmu, al-Adalah, al-Kifayah, sejahtera pancaindera dan anggota badan, dan berketurunan Quraisy (yang tiada dalam senarai Ibn Khaldun). Secara tidak langsungnya, Andek Masnah ini telah menggunakan kaedah aksiom yang menjadi mauduk penting seksyen ini.

Sarjana-sarjana tempatan yang lain dalam abad ke-20 hingga kini, sebelum Andik Masnah itu, nampaknya masih suka menyenaraikan sifat-sifat kepemimpinan/kepengurusan Islam tanpa pertimbangan kaedah aksiom itu, mengulangi tulisan asal sarjana berkenaan sahaja. Malah Mustafa (1991) menyenaraikan 18 nilai dan etika pengurusan Islam yang dikumpul daripada dua tiga orang penulis Malaysia yang lain, termasuklah tulisan Syed Othman Alhabshi (1989), tetapi Syed Othman Alhabshi (1994) kemudiannya menyenaraikan 14 nilai pemimpin Islam-nya; manakala Faisal (1994) menyenaraikan 10 nilai (yang dirujuknya sebagai atribut pula). Wan Liz Osman (1996) menyenaraikan secara tidak langsungnya tidak kurang daripada 10 nilai yang perlu dicungkil daripada perbincangannya tentang perbezaan konsep pengurusan sekular dengan Islam dan yang jelasnya termasuklah syura, khalifah, ibadah, mardhatillah, menentang al-fasad dan menegak al-falah, bina insan, dan mengambil kira urf. Setakat ini senarai kepemimpinan/kepengurusan Islam PAS (2003) paling pendek, iaitu 5 sahaja; manakala kepemimpin Islam UMNO (2004) berganda pula banyaknya jika dicungkil daripada 10 Prinsip Islam Hadhari-nya itu. Syed Othman (??) menulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu tentang sifat-sifat pemimpin/pengurus Islam bukan sahaja tanpa pertimbangan kaedah aksiom tetapi munkin lebih penting lagi kelemahannya ialah tanpa rujukan karya-karya besar Melayu Islam sebelumnya, atau sarjana Tamadun Islam sekalipun.

Sementara itu tulisan beberapa orang sarjana luar negara dalam tahun 1970-an dan 1990-an (dianggap

Zaman Kebangkitan Semula Islam) tentang pengurusan yang popular di Malaysia ialah Hakim (1989), alBureay (1986, 1990) dan Ahmad Ibrahim (1991) juga tidak menumpu kepada nilai kepengurusan. Kepopularan mereka ini sebahagiannya kerana ketiga-tiga pengarang ini ada karyanya yang tersebut di atas itu yang diterjemah kepada bahasa Melayu, dan oleh sudah menjadi khazanah ilmu Melayu. Namun dalam perbincangan mereka kepada isu-isu lain itu seseorang boleh juga mencungkil nilai-nilai kepengurusannya yang penting (yang mungkin berbeza dari seorang pembaca dengan seorang pembaca yang lain). Umpamanya penulis mendapati al-Bureay (1990) mengaggap nilai-nilai pengurusan yang berikut ini penting (10 semuanya dan katanya yang perlu dimaksimumkan): keadilan, kebebasan, ekuiti sosial, cakna peribadi/personal, pertumbuhan rohani dan jasmani, kemuliaan/kesantunan, kesamaan akses perkhidmatan, daya sambutan kepada keperluan dan permintaan kelayan; ketekunan, dan ketrampilan/kekompetenan.

Kajian yang perlu dilakukan ialah menerapkan kaedah aksiom dalam matematik itu kepada setiap set nilai kepengurusan/kepemimpinan Islam Melayu (lebih tepat daripada Melayu Islam) di atas. Umpamanya PAS (2003) dan UMNO (2004) menyenaraikan taqwa sebagai satu daripada nilai pemimpin/pengurus Islam (yang tiada dalam senarai Syed Othman, lihat Lampiran 1) kerana (mengikut PAS 2003) adanya Ayaht al-Qur'aan (al-Tdalaq:4) yang menyatakan sesiapa yg ber-taqwa nescaya dipermudahkan urusannya. Mungkin ada beberapa nilai dalam Syed Othman itu yang diimplikasikan oleh taqwa. Ini memerlukan kajian konsep taqwa yang mendalam. PUMNO1 (lihat Lampiran 2) menganggap iman dan taqwa berbeza. Adakah ini tidak bertindan? Ini paling mudah dijawab kerana memang terkenal (lihat indeks al-Qur'aan) taqwa mengimplikasikan iman (contohnya, al-Baqarah 2: 3-5, 177 yang selalu dibaca dalam doa/wirid tahlil itu, alif laamm mimm. Dzaa likal kitaabu .). Jadi iman di situ tidak perlu. PUMNO5, 8 dan 9 itupun boleh disatukan. Dalam senarai PAS (2003) itu agak sukar lagi untuk dikaji. Umpamanya pada mulanya penulis agak PAS tertinggal nilai tawakkal kerana dalam al-Qur'aan juga ada menyebut (hampir dengan ayaht berkenaan dengan taqwa yang disebut di atas) sesiapa yang ber-tawakkal nescaya dimudahkan jalannya. Tetapi setelah disemak ayaht-ayaht al-Qur'aan berkenaan tawakkal (menerusi indeks al-Qur'aan), jelaslah taqwa mengimplikasikan tawakkal.

Hasrat terakhir ialah untuk memastikan setiap set nilai yang terkenal itu lengkap mengikut pengertian setiap nilai dalam set itu merdeka daripada yang lain (aksiom nilai yang lengkap dan terbaik). Kemudian setiap set nilai yang lengkap itu dipastikan memang nilai atau lebih jauh lagi mengikut Kirkeby, memang sila, dan selepas itu dibandingkan dengan set nilai lengkap yang lain lagi, termasuklah dengan senaraisenarai nilai kepengurusan oleh sarjana Melayu pada abad ke-17M atau 18M dahulu (setelah dijadikan set nilai mereka itu suatu set aksiom yang lengkap). Dengan cara ini suatu set nilai pengurusan Islam Melayu yang terbaik setakat yang ada hingga kini dapat diwujudkan. Kemudian, set itu perlulah diperbaiki lagi terutamanya atas pertimbangan urf (kebudayaan sendiri yang tidak bercanggah dengan Islam). Untuk itu kajian sistem nilai Melayu perlulah dilakukan dengan tuntasnya. Dalam hal ini, karya Mohd Fitri dan Zainal (1995) boleh menjadi permulaan kajian mendapatkan nilai-nilai kepengurusan Melayu menerusi pantun dan peribahasa (kumpulan peribahasa berunsur kepengurusan yang telah dikutip oleh Shaharir 1998 dan menunggu analisisnya sahaja). Hasilnya diperhalusi lagi dengan nilai-nilai insan daripada al-Quraan yang perlu dicungkil lagi seperti yang telah disebut sebelum ini. Inilah satu daripada agenda penyelidikan umat Melayu abad ini bagi membentuk satu teori pengurusan dan pemimpinannya sendiri (Islam Melayu).

5. Teori Pengurusan Kewangan Melayu

Kebudayaan pinjam-meminjam, jual-beli dan sebagainya ada dalam setiap bangsa dan budaya. Budaya melayu, apatah lagi budaya Islam memang kaya dengan hal ini. Tetapi yang muncul dalam ilmu nekonomi dan pengurusan kebanyakannya bukannya daripada kebudayaan kita atau yang dekat dengan

kita, kebudayaan Islam. Matematik yang terbit daripada budaya asing tentang perkara kewangan ini sudah berusia lebih daripada 400 tahun, sehingga matematik kewangan itu sudah dianggap sempurnasesempurnanya. Malah apabila urusan kewangan Islam dilancarkan, ramailah yang berpendirian, termasuk pegawai-pegawai tinggi urusan kewangan/perbankan Islam itu, hingga kini, menegaskan secara terbuka atau tidak bahawa matematiknya sama sahaja, yang berbezanya aspek pengurusannya sahaja. Ini sebenarnya manifestasi kepercayaan kepada keneutralan sains yang disebut pada bahagian awal makalah ini. Beberapa tahun kebelakangan ini kami telah menunjukkan betapanya pengurusan kewangan Islam mampu menerbitkan matematik kewangan Islam yang berbeza yang boleh membantu seorang pelajar penulis berjaya mengubah semua kepercayaan ini, dan sekalgus membuktikan falsafah dan prinsip kualitatif yang berbeza akan melahirkan matematik yang berbeza apabila pencipta matematik itu cuba mengahyati prinsip dan falsafah itu di dalam ilmunya.

Pinjaman lazim dan pinjaman Islam selama ini hanya berbeza daripada segi istilah, niat dan tujuan sahaja, tetapi matematiknya sama sahaja. Matematik pinjaman Islam berasaskan prinsip keadilan yang lebih kepada pihak peminjam (pihak usahawan) dan pihak pemberi pinjam (pihak pemodal) telah diutarakan oleh Shaharir (1989) sehingga terbitnya rumus bayaran balik yang berbeza drp rumus bayaran balik lazim itu. Rumus ini diperbaiki lagi oleh Maheran & Shaharir (2004) menerusi model dinamiknya, dengan menggunakan prinsip mudharabah, dalam bentuk persamaan beza:

X(n)= AX(n-1)+B(n-1), n=1,2,. X (n)= ekuiti usahawan-pemodal masa n = (X(1, n), X(2, n)) transpoisi A = matriks pekali keuntungan drp kedua-dua pihak menerusi perjanjian mudharabah. B(n) = vektor pembelian-penjualan ekuiti masing-masing = (an +b, -an +b-c) transposisi

Rumus opsyen Black-Scholes yang menyebabkan seorang daripadanya beroleh hadiah Nobel 1997 itu sebenarnya pematematikan budaya jual-beli janji dan pawah di Amerika Syarikat dan Eropah dan berasaskan konsep pelaburan Barat. Jika budaya jual-beli kita dihayati, maka rumus opsyen baru dibuktikan terjelma (Lihat Maheran drk 2005) menerusi prinsip mudharabah dan musyarakah yang model pelaburannya dapat ditunjukkan berbentuk persamaan pembeza vektor (jika tiada pinjaman kewangan dilakukan yang modelnya seperti di atas itu) dX = AXdt + cBX dW,

Xtr=(x1, x2) mewakili ekuiti pelabur dan rakan kongsinya (pihak penjual saham, bank, sekuriti dsbnya), A suatu matriks yang mengandungi pulangan pelaburan bersama itu, dan c suatu skalar (faktor sepunya bagi kadar kemeruapan saham bersama) manakala B ialah sebuah matriks yang mengandungi sebahagian daripada faktor kemeruapan saham bersama itu, dan W ialah proses Wiener. Seterusnya opsyen Amerika dan opsyen Eropah untuk pelaburan Islam ini dapat diterbitkan. Sudah tentu kajian ini dapat diteruskan lagi dengan menggunakan budaya jual-beli Melayu yang masih diamalkan hingga sekarang yang dikenali sebagai gadai janji dan pawah iaitu perjanjian yang membolehkan seseorang pembeli (pemegang pawah) menikmati semua hasilnya sehinggalah penjualnya membelinya dangan harga yang telah ditetapkan dahulu. Ini menjadi contoh konkret betapanya kebudayaan sendiri mampu menerbitkan teori opsyen yang canggih dan berpotensi mengatasi opsyen Barat itu.

6) Anjakan paradigma terhadap sikap dalam pendidikan dan penyelidikan pengurusan

Tidaklah banyak yang perlu diperkatakan lagi selain daripada menegaskan perlunya sarjana pengurusan

Melayu kini insaf akan kebudayaannya sendiri dalam pendekatan pendidikan/pengajaran ilmunya. Unsur pentingnya ialah menampakkan ilmunya itu bergantung kepada sistem nilai yang tidak semestinya serasi dengan system nilai kita sendiri. Pemisahan antara pengurusan kualitatif dengan kuantitatif perlulah tidak ditonjolkan perbezaannya segi nilai yang tersirat di dalamnya kerana kedua-duanya membawa perutusan nilai yang sama, cuma ada banyak lagi aspek kualitatif yang belum dapat dimatematikkan. Dalam penyelidikan aspek penghayatan dan keinsafan nilai sendiri itulah yang lebih penting lagi kerana kelakuan itu akan membuahkan prinsip dan akhirnya teori dan amalan pengurusan yang bitara yang dapat menyaingi teori dan amalan sekarang.

Rujukan Abdul Hadi Awang. 2005. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. K. Lumpur: Nufair Street Sdn Bhd Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Pengurusan dalam Islam. (Terj.) K.Lumpur: DBP. Karya asalnya dalam bahasa Arab 1981. Aidit Ghazali. 1997/98. The Sun Tzu management Strategies from a Malaysian Malay Muslim perspective. Intan management Journal 3(1): 37-48. Al-Buraey M. 1990. Management and Administration in Islam. Saudi Arabia: Dhahron -------------. 1986. Islam Landasan Alternatif Administrasi Pembangunan. Jakarta: C.V.Rajawali. al-Farabi A.N. 1998. On the Perfect State. Chicago: Great Books of Islamic World. Belum diketahui adatidaknya terjemahan karya al-Farabi ini dalam bahasa Melayu (Malaysia atau Indonesia), tetapi kajian sumbangan al-Farabi kepada kenegaraan yang sebahagian besarnya berasaskan karya al-Farabi di atas (termasuk yang asalnya) ada dalam bahsa Melayu Malaysia karya Idris Zakaria (1986) al-Faruqi I.R. 1982/1991. Pengislaman Ilmu. DBP. Terj. karya asalnya 1982, Islamization of Knowledge: The Problem, Principles and the Workplan. National Hijra Centenary Committee of Pakistan. Juga diterbitkan oleh IIIT 1982. al-Ghazali. Lihat Bangley di bawah al-Mawardi. 2000. Hukum Tatanegara dan Kepimpinan dalam Takaran Islam. Jakarta: Gema Insani. Lihat juga Wafaa Wahba di bawah. al-Qur-aan: Tafsir Quran Karim oleh Mahmud Yunus, cetakan 1 di Klang: Klang Book Centre 1992. Asalnya terbitan P.T. Hidakarya Agung, Jakarta 1973. Al-Attas S.M.N. 1995. The Nature of Man and the Psychology of the Human. K. Lumpur: ISTAC, UIA. ------------------. 1978/1981. Islam dan Sekularisme. Bandung: Pustaka. Terj. Versi asal Inggeris snt pertama ABIM 1978 Islam and Secularism. Snt. ke-2. K.Lumpur: ISTAC 1993. Al-Motaz S.A.b.M. 1996/2003. The Man. A Strange Creature with Diverse Qualities. 2nd ed. N.York: Darussalam. Snt pertamanya 1996. Andek Masnah Andek Kelawa. 1999/2001. Kepimpinan Wanita dalam Islam. Kedudukan dalam Syariah. Snt ke-2. Bangi: UKM. Snt. Pertmanya 1999. Bangley F.R.C. 1964. Ghazalis Book of Council for King (Nasihat al-Mulk). London: Oxford Univ. Press Boje D., Gephart R.P. & Thatchenkery T.J. (Pyt.). 1995. Postmodern Management and Organisation Theory. Sage Pub. Bose P. 2003. Alexander The Greats Art of Strategy. N.York: Gotham Books Bukhari al-Jauhari. 1603/1966. Taj al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Dirumikan 1966 oleh Khalid Hussian dgn judul Tajus Salatin terbitan DBP dan diulang cetak beberapa kali sehingga yang terbarunya 1992; Yumsari Yusuf 1979 dgn judul Tajussalatin terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta. Charnes A. & Cooper, W.W. 1977. Goal programming and multiple objective optimization. Euro. J. OR 1: 39-54 Coleman D. 1998. Working with Emotional Intelligence. N.York: Bantam Books. Cooper R. & Burell G. 1988. Modernism, Postmodernism and Organizational Analysis. An Introduction. Organization Studies 9(1): 91-112 Covey S. 1989/1994. Tujuh Kebiasaan Manusia yang Sangat Efektif. Jakarta: Binarupa Aksara. Terj. 1994 kpd karya asal dalam bahasa Inggeris 1989. Kemudian ada pula terj. ke dlm. bahasa Melayu Malaysia 1996 berjudul Tujuh Tabiat Orang yang Amat Berkesan Memulihkan Etika Akhlak terbitan P.Jaya: Prentice Hall.

DAmbrosio U. 1989. On ethnomathematics. An Internat. Jour. for Philosophy of Modern Maths. Second series 4(1): 3-14 de Casparis J. 1997. Sanskrit loan words in Indonesian/Malaysian language. Dlm internet: http:// crcl.th.net/indic/sktbyin.htm , atau minta malay-indonesian sanskrit roots. (Jun 2005) Debreu G. 1983. Economic theory in the mathematical mode. Nobel Memorial Lecture. http://www.nobleprize.org/economics/laureates/1983/debreup-lecture.pdf . 4 Mei, 2005; atau minta differentiable preference. Edwardes M. 1959. (Pyt.). A life of the Buddha from a Burmese Manuscript. The Folio Society. Faisal Haji Othman. 1994. Attributes of virtuous executives and administrators, dalam Aidit Haji Ghazali & Syed Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM. George C.S. 1972. The History of Management Thought. Prentice Hall. Gonda J. 1973. Sanskrit in Indonesia. 2nd ed. N.Delhi: International Academy of Indian Culture Guang J.J. 2005?. Iban Migration into Sarawak. Dlm internet migration to the kapuas valley atau pimpin bragah ngindang. (9 Jun 2005) Hakim Mohamed Said (1989). Hubungan Majikan-Pekerja Menurut Islam. (Terj.). K.Lumpur: A.R. Noordeen. Karya asal dalam bahasa Inggerisnya 1972. Hikayat Hang Tuah. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan UM dan dicetak di K.L & Singapura 1949, 1951,1956,1957,1959,1960)/1924 (Rumi). Transkripsi ke Rumi yang pertama 1924 terbitan Balai Poestaka, Batavia/Jakarta dan diulang cetak sekurang-kurangnya 3 kali, umpamanya 1956, cet. ke-3. Trinskripsian ke Rumi yang lainnya oleh Shellabear dan diterbitkan oleh Pustaka Antara, Singapura 1950-an, umpamanya cet. ke-3-nya 1963; Datuk Pamuntjak Nan Sati terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Jakarta 1960; Kasim Ahmad 1964 terbitan DBP 1964,1966,1975 (cet. Ke-5), dan 1991 berpengenalan baru serta yang terbarunya 1997; Lembaga Pembinaan Kesatuan Bangsa, Djakarta 1965; Abu hassan Sham 1975 terbitan Utusan Melayu; Bot Genoot Schap 1978 terbitan Dept. Pend. & Kebudayaan, Jakarta; Abu Hassan Sham terbitan UM 1975 dan Sarjana Interprise, K.Lumpur 1980; Rubaidin Siwar terbitan Longman, Malaysia 1980; dan terbarunya terbitan DBP dgn judul Karya Agung Hikayat Hang Tuah 2005. Terjemahan kepada bahasa Inggeris 1956. Hikayat Iskandar Zul Karnain. Abad ke-17M (Jawi, di Perpustakaan Negara)/1967(Rumi) transkripsian Khalid Hassan terbitan DBP dan cet. keduanya 1986; Judul yg sama transkripsian Siti Chamamah Soeratno diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta; dan terbarunya terbitan Perpustakaan Nasional Indonsia 2002. Hikayat Raja Pasai (1400-1520-an?). Snt. Ke-2. K. Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu Hyles R. 1986. What do managers do? A critical review of the evidence. Jurn. of Management Studies 23(1): 88-115 Ibn Khaldun. (abad ke-14)/1986. The Muqaddimah. (Terj. Rosenthal yg diperbaikinya). London: Routledge & Kegan Paul. Terj. Inggeris terawal dalam abad ini nampaknya 1958 oleh Rosenthal ini terbitan Princeton Univ. Press. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga wujud masing-masingnya 1983 oleh Ismail Yakub terbitan Pustaka Nasional Singapura, dan oleh Ahmadie Hassan terbitan Pustaka Firdaus Jakarta 1986. Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan al-Farabi. Bangi: UKM Indeks al-Qura-an: (1) Index-Cum Concordance for the Holy Quran oleh Al-Haj Khan Bahadur Altaf Ahmad Kherie, yang dirujuk dalam teks sebagai al-Haj Khan sahaja terbitan Singapore: Omar Brothers Pub. Pte Ltd 1991. (2) Indeks Al Quran oleh Afzalur Rahman terjemahan Yusof Ismail, cet. Ke-2, terbitan A.S. Noordeen, K. Lumpur 1996. Internet 1. minta vedanta. Kahf M. (1980). A Contribution for the Theory of Consumer Behaviour in an Islamic Society. Dlm. Ahmad K. (Pyt.), 1980, Studies in Economics of Islam, Arab Saudi: International Centre for Research and Islamic Economics, King Abdul Aziz Univ. Karya ini juga diterbitkan oleh Islamic Foundation, Leciester U.Kingdom 1981; dan diterbitkan juga di Delhi, India 1987. Karya beliau yang mengandungi isu yang sama juga muncul dlm. buku snt. Ahmad K. & Awan K.R., 1987, Lectures on Islamic Economics, Jedah: Islamic Dev. Bank, dgn judul Theory of consumer behaviour in Islamic perspective yg juga muncul dlm buku Tahir A., Ghazali A & Agil S.O.S (Pyt.), 1992, Reading in Micro-economics. An Islamic Perpective, K.Lumpur: Longman. Karya beliau yg lebih baru lagi tentang perkara ini tetapi masih tiada perubahan aksiomnya, muncul dlm bab 4 dan 5 buku snt. Ghazali A. & Agil S.O.S., 1996, Principles of Islamic

Economics, K.Lumpur: IIUM Kamus Besar Bahasa Indonesia. 1995. Snt. ke-2. Jakarta: Balai Pustaka Kamus Dewan. 1989. Snt. baru, cet. 1. K. Lumpur: DBP Kamus Winstedt (KW). Lihat Winstedt Kelly L. 1998. An Existential-Systems Approach to Managing Organizations. Wesport, Conn: Quorum Books Khan F. 1984. Macro consumption function in an Islamic framework. J. of Research in Islamic Economics 1(2): 1-2 ---------. 1992. Theory of consumer behaviour in an Islamic perspective. Dlm. Sayyid Tahir drk. (Pyt.). Readings in macroeconomics: An Islamic Perspectives. K.Lumpur: Longman Khoo K.H. 1990. War at Work: Applying Sun Tzus Art of War in Todays Business World. P.Jaya: Pelanduk Pub. Kirkeby O.F. 2000. Management Philosophy. A Radical-Normative Perspective. New York: Springer Verlag Kuhn T. 1997. Struktur dalam Revolusi Sains. K.Lumpur: DBP. Terj. Buku asalnya The Structure of Scientific Revolution snt. ke-2-nya 1970. Sunt. Pertamanya 1962. Kurke L.B. 2004. Wisdom of Alexander The Great: Enduring Leadership Lessons from The Man Who Created an Empire. N.York: American Management Assoc. Machiavelle N. 1532/1959. Kepala Negara. Djakarta: Lembaga KRISM 1959. Terjemahan 1959 kpd buku asalnya dalam bahasa Italia, Il Principe 1513. Terjemahan lainnya terbitan DBP 1989 dgn judul Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik; terbitan Gramedia, Jakarta 1991 dgn judul, Sang Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik; dan Gramedia lagi 2004 dgn judul Politik Kekuasaan. Terjemahan ke bahasa Inggeris pertama kali dilakukan pada 1680 dgn judul, The Prince dan diikuti puluhan terjemahan baru selepas itu hingga tahun 2000-an ini pun ada terjemahannya yang dapat disaksi dalam internet. Maheran Mohd Jaafar & Shaharir Mohamad Zain. 2004. Mudharabah model for business loan based on equity. Kumpulan Kertas Kerja Sem. on Non-Bank Financial Institutionns: Islamic Alternatives. 1-3 Mac 2004, K.Lumpur , 1-10. Susunan Habib Ahmed. Maheran Mohd Jaafar, Shaharir Mohamad Zain, Abdul Aziz Jamain & Zaidi Isa. 2005. Model pelaburan saham tunggal terbuka mengikut perspektif Islam. Seminar Kebangsaan Sains Matematik ke-13, UUM, 31 Mei Mangunsuwito S.A. 2002. Kamus Lengkap Jawa-Indonesia. Bandung (Margahayu Permai): Yrama Widya Manuskrip MS147. Sekitar 1871M. Ada di Perpustakaan Negara Malaysia dan INSPEM UPM. Manuskrip ini baru di-Rumi-kan 2006 dan versi ini ada di INSPEM. Maspero G. 1920/2002. The Champ Kingdom. The History of an Extinct Vietnamese Culture. Bangkok: White Lotus Press. Terjemahan 2002 kpd karya asal dlm bahasa Perancis 1920. Mohd Fitri Abdul Rahman & Zainal Abidin Hassan. 1995. Nilai-nilai Islam dalam budaya Melayu. Dewan Budaya, Januari. Muhammad Khair Ramadhan Yusof. 2000. Iskandar Zulkarnain: Panglima Perang, Penakluk dan Pemerintah yang Soleh. Kajian Terperinci menurut al-Qur'aan, Sunnah dan Sejarah. K.Lumpur: Jasmin Enterprise. Terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab. Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Pub. & Dist. Sdn Bhd Nasr S.H. 1964. Introduction to Islamic Cosmological Doctrines. Cambridge: Harvard Univ. Press. -----------. 1968. Science and Civilisation in Islam. Cambrideg: Harvard Univ. Press Nur al-Din al-Raniri. 1638/2002. Bustan al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Bab 3, yang diRumikan oleh Mohd Jalaini Harun 2002 (belum terbit). Beberapa bab lain sudah diRumilkan dan diterbitkan oleh DBP 1966 (Bab 2, Fasal 13 oleh T.Iskandar), 1992 (Bab 2 sepenuhnya oleh Siti Hawa Haji Salleh); 2004 (Bab 1 & 2 oleh Jelani Harun). Buku asalnya ada 7 Bab. Terjemahan kpd Inggeris 1974 dilakukan terhadap bab 4 fasal 1 terbitan DBP. Ong H. T. 2004. Hang Tuah's Strategy Mind. Selangor: GUI management Centre PAS 2003. Negara Islam. PAS Pusat, Jalan Melawati, K.Lumpur. Plutarch. 75M/2004. Life of Alexander The Great. N.York: Modern Library. Terj. Karya asal dalam bahasa Yunani 75M.

Prapanca. 1365. Nagarakritagma. Edisi Brandes J.L.A. 1902 Prawiroatmodjo S. 1957. Bausastra Djawa-Indonesia. Surabaja: Penerbit Express & Marfiah Reed M. 1989. Sociology of Management. N.York: Harvester Wheatsheaf Rosenthal F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. Terjemahan 1992 kpd buku asalnya dalam bahasa Inggeris terbitan 1970. Rosenthal F. 1967. Lihat Ibn Khaldun Salaman G. 1981. Class and the Corporation. London: Fontana Shaharir bin Mohamad Zain. 1989. Pinjaman secara Islam: Satu alternatif. Isu Pengurusan Perniagaan 1: 3-16. Fakulti Pengurusan Perniagaan UKM . ----------------------------------. 1992. Pengaruh budaya ke atas sains matematik. Kesturi. 2 (2):30-43 ----------------------------------.1995/1997.Towards a quantum leap in the development of Islamic Science with particular references to Malaysia. Dalam Anuar Ab Razak & Abu Bakar Majeed (Pnyut.), Islam Science and Technology. Pascasidang 1995. IKIM, Kuala Lumpur: 47-76 --------------------------------------. 1998. Pengurusan dan perniagaan dalam peribahasa Melayu. Mimeograf. 6 hlm. ---------------------------------------. 1998/2000. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. Bull. Malaysian Mathematical Society. 23(1):1-34. Asalnya sebuah laporan Cuti Sabatikal UKM 1998. ----------------------------------------. 2003a. Kaedah pemeribumian sains, teknologi dan perubatan. Makalah Khas Pusat Penerbit dan Teknologi Pendidikan UKM ----------------------------------------. 2003b. Teori Kepemimpinan-Kepengurusan dalam Tamadun Melayu dan Tamadun Islam Vis a Vis Eropah. Mimeograf -----------------------------------. 2005a. Sains matematik dan pengurusan. Dibentangkan di Simpos. Keb. Sn.Matema. ke-XIII, di Alor Setar. Anjuran UUM-PERSAMA 5 Mei, 2005. Muncul dalam Jur. Ukuran Qualiti dan Analisis /JUQA 2005, 1(1) : -----------------------------------.2005b. Pendekatan baru dan konsep baru dalam pengoptimuman. Kolokuium Jabatan Matematik, UTM, 13 Julai 2005. Penambahbaikannya dibentangkan di Seminar Mingguan INSPEM, UPM, dalam bentuk 5 siri kuliahnya berjudul Pengoptimuman fungsi mengikut acuan sendiri bermula Okt 2005. -----------------------------------.2005c. Tabii Zarah Atom: Penjana Sains Matematik Baru dan Terserlahnya Alam Metafizik. Bangi: Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM ----------------------------------. 2005d. Teori Kepemimpinan Melayu Campa. Seminar Antarabangsa Sehari Kajian Campa. Disember 2005 di UKM. ----------------------------------. 2006a. Penganggaran nilai wustdo dalam pengaturcaraan linear bermatalamat tunggal. Simpos. Keb. Sn Matema ke-14 di UM pada Jun 2006. ---------------------------------. 2006b. Hikayat Raja Pasai. Jawhar 1(1):1---------------------------------. 2006c. Sains Melayu Islam tertua dan cabarannya. Seminar Mingguan INSPEM, UPM. 15 Feb. 2006 Shaharir bin Mohamad Zain & Rohani binti Abdul Rahman. 1996. Pengaruh sistem nilai dalam pengoptimuman utiliti berketentuan: Ke arah teori yang lebih serasi dengan Islam. Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-VII. Shah Alam: ITM: 290-296. Simon H.A. 1957. Models of Man. Social and Rational.N.York:JWiley. Sugiarto drk. 1993. Kamus Indonesia-Daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama Sun Tzu. 500SM/1986. Seni Ketenteraan Sun-Zi. Yayasan Penerbitan Sastera, Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokien Malaysia. Terj. karya asal dalam bahasa China yang dianggarkan bertarikh 500SM. Terjemahan lainnya, terbitan DBP 1993 dgn judul Seni Peperangan oleh Sunzi. Dalam bahasa Inggeris diterjemah sebagai The Art of War pertama kalinya dalam 1905 atas nama Sonshi dan diterbitkan di Jepun (maklumat drpd internet). Syed Othman Alhabshi. 1994. Islamic values: its universal nature and applicability dalam Aidit Haji Ghazali & Syed Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM -----------------------. 1989. Islam, Ekonomi dan Pengurusan. P.Jaya: Penerbitan Hizbi Tryson D.T. (Pyt.). 1994. Comparative Austronesian Dictionary. N.York: Mouton de Gruyter UMNO. 2004. internet. Minta islam hadhari

Vinson & Sutlive J. (Pyt.). 1994. Dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Fondation Wafaa Wahba. 2000. Ordinance of Government. Al-Ahkam as-Sultaniyyah. Reading: Garnet Pub. Snt. Pertama 1996 Wan Liz Ozman Wan Omar. 1996. Pengurusan Islam Abd Ke-21. Revolusi Pengurusan untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. K.Lumpur: Utusan Pub. & Distri. Sdn Bhd. Winstedt R.O. 1972. An Unabridged English-Malay Dictionary. 4th & enlarged ed. K.Lumpur: Marican & Sons Winter C.F.Sr. & Ranggawarsita R.Ng. 1987. Kamus Kawi-Jawa. Yogyakarta: Gadjah Mada Univ. Press Zaman A. 1987. Essays in Islamic Analysis. N. Delhi: Nice Printing Press ------------.1991. Towards foundation for an Islamic theory of consumer behaviour. Dlm Faridi F.R. (Pyt.). Essays in Islamic Economic Analysis, N.Delhi: Genuine Pub. Zoetmulder P.S.J. 1982/2000. Kamus Jawa Kuna Indonesia. Cet. Ke-3. (Cet. Pertamanya 1995). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Terj. Karya asalnya Old Javenese-English 1982 terbitan sGravenhage, KILTV, Amsterdam. Zohar, D. & Marshall,I. 2001. SQ: Spiritual Intelligence. The Ultimate Intelligence. N.York: Bloomsbury.

%%%%%%%%%%%%%(C) Shaharir 2007 %%%%%%%%%% * Dibentangkan sebagai makalah/kertas kerja undangan di Wacana ASASI 1 dengan kerjasama FEPP, UKM pada 22 Mac 2007

50 LAMPIRAN 1 Nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam Syed Othman Alhabshi dan Faisal Nilai-nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam mengikut Syed Othman Alhabshi (1994) yang diterjemah oleh penulis makalah ini ialah seperti berikut: (SO1) Tindakan yang berwawasan/berhajat (SO2) Itqan iaitu kesungguhan dan berilmu pengetahuan dalam setiap usaha yang diurusi atau dipimpini (SO3) Ihsan iaitu kecekapan dan kefasihan atau kelancaran; (SO4) Ikhlas (SO5) Asyik kepada kecemerlangan (SO6) Muhasabah (swa-penilaian) selanjar (SO7) Sentiasa ingat akan al-Llah (SO8) Keadilan (SO9) Kebenaran (SO10) Sabar (SO11) Wustdo, khususnya dalam kecintaan kepada dunia, kekayaan dan pengaruh (SO12) Amanah (SO13) Pemurah (SO14) Kebanggaan. Nilai-nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam mengikut Faisal (1994) ialah seperti berikut: Faisal sebenarnya menggunakan ungkapan atribut sila eksekutif dan pentadbir Islam yang kami anggap boleh dianggap memang nilai kepengurusan/kepemimpinan Islam: (F1) Amanah. (F2) Ikhlas. (F3) Tanggung peri. (F4) Dedikasi. (F5) Kesyukuran. (F6) Wustdo. (F7) Ketekalan. (F8) Kebersihan. (F9) Disiplin kerjasama. (F10) Keadilan.

51 LAMPIRAN 2 Nilai Kepemimpinan/Kepengurusan Islam PAS dan UMNO Nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam mengikut PAS (2003), boleh disimpulkannya seperti berikut: (PAS1) Khilaafah. (PAS2) Taqwa (PAS3) Ber-syura. (PAS4) Al-Adaalah dan al-Musaawaah (Keadilan dan Kesamaan). (PAS5) Al-Hurriyyah (Kebebasan). Nilai kepemimpinan/kepengurusan Islam mengikut 10 Prinsip Islam Hadhari tajaan UMNO (2004) boleh disimpulkan secara mudahnya seperti berikut: PUMNO1: beriman dan bertaqwa; PUMNO2: adil dan amanah; PUMNO3: berjiwa merdeka; PUMNO4: berilmu pengetahuan; PUMNO5: berprinsip pembangunan ekonomi yg seimbang dan komprehensif; PUMNO6: perihatin kualiti hidup; PUMNO7: membela hak kumpulan minoriti dan wanita; PUMNO8: mempertahankan keutuhan budaya dan moral; PUMNO9: perihatin alam sekitar; PUMNO10: perihatin pertahanan dan perpaduan

52 LAMPIRAN 3 Nilai Kepengurusan Islam mengikut Bukhari al-Jauhari dan Nur al-Din al-Raniri Buku Taj al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari (1603,sarjana Agung Melayu awal abad ke17 itu) antara lainnya mengandungi nilai kepengerusan Islam secara tidak langsungnya yang dapat dicungkil (oleh penulis makalah ini) berasaskan nasihatnya kepada Perdana Menteri yang dipadankan dengan pengurus (sesuai dengan raja/sultan pada zaman itu sebagai pemimpin): (BJ1) berbudi/budiman (tahu membezakan zalim dengan adil); (BJ2) bijaksana ; (BJ3) perkasa; (BJ4) berkhabar; (BJ5) berbicara; (BJ6) sabar; (BJ7) berinsaf; dan (BJ8) berbangsa. Buku Bustan al-Salatin karya Nur al-Din al-Raniri 1623 sifatnya sama dengan Taj alSalatin di atas. Berikut ialah nilai kepengurusan Islam yang dapat dicungkil daripada karya tersebut: Syarat-syarat perlu untuk menjadi Raja (boleh dinisbahkan dengan pemimpin/pemimpin) ada 22 syarat: (1) Islam. (2) Merdeka. (3) Lelaki. (4) Baligh. (5) Quraisy. (6) Terlebih berani dengan hatinya. (7) Adil pada melakukan hokum Allah. (8) Memeliharakan segala perintah Islam. (9) Mengambil insaf pada orang yang teraniaya. (10) Memelihara akan rakyat. (11) Meneguh negeri. (12) Melengkap laskar. (13) Mengambil zakat yang difardu akan Allah dan diberi kepada yang sepatutnya. (14) Menggagah dan mengeras pada yang keras seperti pencuri dan penyamun. (15) Mendirikan sembahyang berjemaah. (16)

Sembahyang Jumaat. (17). Sembahyang Raya. (18) Memutuskan perbantahan dan dakwa segala hamba Allah. (19) Menerima saksi atas sebenar. (20) Menikah lelaki dan perempuan tiada wali. (21) Membahagikan (ghanimah) iaitu drp kafir. (22) Alim pada segala perintah agama tetapi jikalau tiada ia alim maka sayugianya ia minta petua segala ulama dan mengambil bicara daripada segala orang yang budiman yang tahu dan bijaksana pada segala perintah kerajaan. Nasihatnya kepada Raja (sesuai dipadankan dengan pemimpin dan setengahnya pengurus juga): Ada 29 perkara.

53 (1) Menahan dirinya daripada aniaya. (2) Kerja dengan kebajikan dan dengan adab yang baik. (3) Mengerjakan insaf dan manfaat akan segala rakyatnya yang fakir miskin supaya bahagia dunia-akhirat. (4) Merendahkan diri. (5) Mengambil ibarat drpd takluk khidir terhadap orang yang menganiaya. (6) Menasihat rakyat ke jalan yang benar. (7) Ibarat kepada Amirulmukminin Umar alkhattab segi adilnya. (8) Merendahkan diri kepada Allah. (9) Memelihara hak segala Islam dan memenuhi kehendak orang Islam itu. (10) Menghukum dengan adil. (11) Insaf, menahan dirinya pada mengabulkan nasuhat yang besar-besar serta dengan tangisnya dan merendahkan dirinya seperti yang dilakukan oleh Harun al-Rasyid. (12) Berjinak-jinak dengan segala ulama yang menunjuk jalan akhirat. (13) Periksa halusi segala persembahan. (14) Cinta ilmu seperti Harun al-Rasyid. (15) Suruh Wazir supaya jangan mendi bebal dengan cara berdamping dengan ilmuwan. (16) Segera mengampunkan seorang yang kaya dan jangan amarah tetkala sembah seorang yang dimurkai seperti Harun-al-Rasyid. (17) Minta pengajar (suatu ajaran) drpd segala masyaikh dan jangan lali drp dunia yang fana ini. (18) Tangan menghukum selain daripada dengan hukum Allah. (19) Memaafkan segala kesalahan orang yang berdosa kepadanya. (20) Mengambil untung yang bahagia pada masa kerajaannya dan menginsafkan antara segala yang teraniayanya drp segala yang menganiayai, dan menyampaikan kehendak hamba Allah. (21) Mengetahui pahala kebesaran martabat adilnya. (22) Adil. (23). Kerajaan bukan persukanya tetapi anugerah Allah. (24) Mengempukan dunia seperti dalam Ali Imran: 26; maka diperlehi mereka itulah barang yang dikehendaki nama kebajikannya sampai hari qiamat. (25) Meniatkan berbuat kebajikan akan rakyatnya. (26)Memeliharakan dirinya dan akan segala hamba sahayanya daripada berbuat aniaya itu dan mencela raja yang mengadatkan aniaya. (27) Ikut perbuatan Raja Nasyirwan , (raja kafir) iaitu nasihat hulubalang dengan sindiran halus sahaja, dan membayar segala pampas an rakyat dengan nilain yang sewajarnya. (28) Memakbulkan sembah rakyat sesuai dgn al-Qisas: 77 dan al-Tdalaq: 7. (29) Memadamkan amarahnya akan seorang yang dimurkainya sesuai dgn al-Syura: 37. Sifat-sifat pengurus pula dapat dipadankan dengan sifat-sifat wazir dalam Bustan alSalatin karya Nur al-Din al-Raniri itu ada 22 sifat: 54 (1). Syura. (2) .Menegur pemimpin (raja) secara rahsia dengan sopan sesuai dgn al-nahl: 125. (3) Memeriksa sesuatu dengan halusi sebelum dimaklumkan kepada pemimpin (disembah kepada raja) . (4) Syukur akan rajanya jikalau sampai kepadanya suatu mudarat daripada rajanya sekalipun. (5) Menegah raja sekalipun jika beginda melanggar syarak, dan jika tidak berjaya perlulah disakitinya akan dia supaya jangan dituruti orang lain. (6) Bersahabat dengan segala orang yang budiman. (7) Tinggi hematnya dan jangan ia mengerjakan suatu pekerjaan yang memberi kecelaan martabatnya. (8) Sopan dan takzim akan rajanya sekalipun jikalau sangat dikasih sekalipun. (9) Memastikan pemimpinnya (rajanya) dapat berbakti kepada sesorang yang diketahuinya berkehendak sesuatu yang hanya raja yang dapat memakbulkannya tetapi orang berkenaan itu tidak terdaya menyembah raja itu. (10) Janganlah bongkak, takbur, atau mengegahkan diri.

(11) Sentiasa mencari kebajikan rajanya dalam pekerjaan dunia dan akhirat, menyukakan segala fakir dan miskin, memohon segala yang berdosa kepada rajanya, dan jangan menyatakan sesuatu yang tidak patut kpd rajanya. (12) Meneguh setianya dengan rajanya. (13) Menyuruh mensyuarat kepada pihak segala negeri raja-raja dan mengambil khabar daripada baik dan jahat , dan jangan alpa dilaluinya titah rajanya. (14) Percaya pada segala pekerjaaannya. (15) Memastikan harta rajanya memenuhi syarak. (16) Tulus ikhlas hatinya dalam melaksanankan kerja yang diamanahkan oleh rajanya. (17) Memerintah segala hulubalang dan rakyat seperti ia memerintah rajanya. (18) Mengasihani akan segala dagang. (19) Berani melawan segala seterunya. (20) Memelihara rajanya, tidak berbaik dgn seseorang yang bid-ah. (21) Memilih pesuruh raja dengan telitinya dan teruji. (22) Memelihara rahsia raja sehingga mati kesakitan sekalipun, sesuai dgn al-Isra: 21. %%%%%%%%%%%%%%%%