Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200, BESUT, TERENGGANU _____________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 2010 __________________________________________________________

ANJURAN:

PASUKAN GERKO BADMINTON INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200, BESUT, TERENGANU. SESI 2012

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan badminton tertutup ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Pasukan Gerko Badminton, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Program ini boleh disertai oleh pelajar lelaki dan wanita, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Ia akan diadakan di gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan pada 27 Jun 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan

dan

teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0

OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam pertandingan badminton. 3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. 3.3 Melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang disediakan. 3.5 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam sukan badminton. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri ( acara beregu ). 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.

MAKLUMAT KEJOHANAN 4.1 Tempat Kejohanan : Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan : Empat buah : 23 Feb 25 Feb 2012 23 Februari 2012 (Single Lelaki & Wanita ) 24 Februari 2012 (Bawah 18 Tahun) 25 Februari 2012 (Separuh Akhir & Akhir) : 8.00 pagi 10.00 malam

4.2 Bilangan Gelanggang 4.3 Tarikh Kejohanan

4.5 Masa Kejohanan

6.0

FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati. 6.2 Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola bersama-sama pemain / pengurus pada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual pertandingan. 6.3 Keputusan undian adalah muktamad.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan wanita Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat Pengerusi : En. Khir : Pn. Norhayati Binti Hasan (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha Bendahari AJK Keselamatan AJK Peralatan AJK Siaraya AJK Hadiah : : : : : :

9.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 PERKARA Bulu Tangkis Cenderamata Pengadil Hadiah : a) Perseorangan Lelaki b) Perseorangan Perempuan c) Bergu Lelaki d) Bergu Perempuan 3 pemenang X RM 5 3 pemenang X RM 5 6 pemenang X RM 5 6 pemenang X RM 5 6 Rencam (belanja tak terduga) Jumlah 30 orang X RM1 15.00 15.00 30.00 30.00 30.00 200.00 KUANTITI 2 balang X RM25 2 orang X RM30 JUMLAH (RM) 50.00 60.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: ____________________________ (AZROOL AFIZIE BIN AHMAD) Setiausaha, Biro Sukan dan Rekreasi , Majlis Perwakilan Pelajar, Sesi 2010/2011, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Di semak oleh: ___________________________ (PN. HJH MAZLINA BT MAHMOOD) Pensyarah Penasihat, Biro Sukan dan Rekreasi , Majlis Perwakilan Pelajar, Sesi 2010/2011, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Melalui ,

______________________________ Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200, Besut, Terengganu.

Diluluskan oleh,

___________________________ (DR MAZNAH BT ABD SAMAD) Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200, Besut, Terengganu.

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program ini.

Ulasan : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

LAMPIRAN 1 ATURCARA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

2.30 petang 2.45 petang 3.00 petang

: Pendaftaran peserta. : Taklimat kepada peserta. : Pertandingan di mulakan : a) Perseorangan Lelaki b) Perseorangan perempuan - Gelanggang A - Gelanggang B

10.00 pagi

: Pertandingan disambung : a) Bergu Lelaki b) Bergu perempuan - Gelanggang A - Gelanggang B

11.30 pagi : Ucapan Penutup oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Yaman ( Yang Dipertua PIBG, SK Pekan Air Panas ). 11.45 pagi 12.00 tengah hari : Penyampaian hadiah dan cenderamata. : Bersurai.