Anda di halaman 1dari 5

NORLIZA BT ABDUL MAJID 012-7216919

Salam hormat, saya telah mendapat kebenaran daripada Prof dr. Asmah Hj Omar untuk membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Minoriti dan Majoriti Bahasa, Budaya dan Identiti. Bersama-sama ini saya sertakan abstrak dan kertas kerja kajian untuk dipertimbangkan bagi pembentangan. Terima kasih. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMAHIRAN KOMUNIKASI TERHADAP KONTEKS HUBUNGAN SOSIAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ABSTRAK

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan perkembangan sosial dengan menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagai suatu proses interaktif, pembelajaran yang berkesan dapat memberi peluang pelajar berinteraksi, bekerjasama, menunaikan tanggungjawab, membina keyakinan diri dan seumpamanya. Pengajaran yang dilakukan dengan menarik dan menyeronokkan, dapat mendorong pelajar menyalurkan fikiran dan pandangan secara berkesan. Melalui komunikasi yang berkesan, penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri. Kemahiran guru berkomunikasi dapat mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar dalam mencorakkan suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Komunikasi yang berkesan sebenarnya memerlukan kesungguhan, pengalaman dan minat terhadap profesion yang diamanahkan. Kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenalpasti tingkah laku

pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar.

PENGENALAN

Gary (1989) menekankan komunikasi adalah proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. Komunikasi merupakan proses perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, guru seharusnya menguasai pelbagai bentuk kemahiran merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan dan teratur. Berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah & Ainon (2002) komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya. Bagi Hook & Vass ( 2000), antara ciri-ciri yang dapat menghasilkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah guru yang mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan. Pengajaran yang merupakan suatu proses komunikasi di antara guru dan pelajar bukan sahaja melibatkan penyampaian pengetahuan atau maklumat, tetapi juga melibatkan hubungan dan pengawalan sosial di dalam bilik darjah. Pendekatan komunikasi bilik darjah seperti penggunaan bahasa yang berkesan, proses interaksi, komunikasi terbuka dan kemahiran lisan merupakan suatu mekanisme hubungan sosial dalam sesuatu organisasi yang menentukan kualiti perkembangan sosial dan kualiti pengajaran ( Abd. Rahim, 2003).

KEPENTINGAN

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

TERHADAP

KONTEKS

HUBUNGAN SOSIAL

Kemahiran profesional guru yang dikaitkan dengan kebolehan mengajar seharusnya menepati keperluan sekolah dalam dimensi yang lebih luas bersesuaian dengan pembangunan sekolah berkesan. Nilai murni perlu ditanam melalui kemahiran profesional guru agar pelajar

dididik memenuhi wawasan moral sekolah yang mendorong kejayaan pelajar. Sebagai pendidik yang berinteraksi secara langsung, guru seharusnya memahami keperluan dan kehendak pelajar agar keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan. Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar. Menurut Wolk (2002) untuk mendapatkan suasana pengajaran yang baik, guru bukan sahaja perlu berkongsi perasaan, tetapi pendekatan kasih sayang juga perlu diutamakan agar pelajar dapat merasakan bahawa mereka dihormati. Sikap guru seperti mesra, peramah, bertimbang rasa dan penyayang dilihat sebagai faktor penting yang memainkan peranan dalam membina hubungan di antara guru dan pelajar. Kemahiran komunikasi melalui kemesraan perlu dijalinkan terlebih dahulu kerana pelajar harus bersedia dari segi emosi dan suasana sekeliling sebelum pengajaran diteruskan. Kemesraan yang terjalin ini secara tidak langsung memberi peluang kepada guru untuk menerapkan nilai-nilai murni serta pembentukan disiplin dan personaliti melalui teguran tentang kelakuan, kebersihan, pakaian, tanggung jawab dan seumpamanya. Dalam soal ini, usaha membentuk perlakuan pelajar perlu dilakukan dengan cara pemujukan yang sesuai dengan emosi dan kehendak pelajar. Bersesuaian dengan pandangan Samsuddin (2003) fungsi komunikasi yang bersifat memujuk semakin mendapati perhatian oleh para pengkaji komunikasi kerana untuk mengubah sikap dan tingkah laku, fungsi memujuk sangat diperlukan untuk memahami atau menembusi perasaan dan emosi seseorang.

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

DALAM

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

Kemahiran tingkah laku merujuk kepada kemahiran deria dan fizikal atau kemahiran bukan lisan. Kemahiran menimbulkan daya tarikan terhadap seseorang yang bukan sahaja terletak pada paras rupa tetapi bergantung kepada kemahiran sosial yang dapat memikat seseorang.

Kemahiran memberi perhatian seperti kemahiran mendengar dan memberi maklum balas

Kemahiran penggunaan bahasa yang meliputi aspek penguasaan bahasa serta bahasa lisan dan bukan lisan.

Kemahiran penggunaan suara yang meliputi aspek ketegasan suara, pengulangan nada suara dan kawalan intonansi suara.

Kemahiran mengemukakan soalan untuk mendapatkan tindak balas dan maklum balas pemahaman pelajar.

HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

Halangan-halangan komunikasi yang menjadi fokus perbincangan adalah berupa masalah komunikasi yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menurut Abdull Sukor (2008 )adalah :

Masalah dari segi penggunaan bahasa Ketidakjelasan suara guru Wujudnya komunikasi tertutup Kegagalan guru mengawal emosi Gangguan luaran seperti kebisingan

RUMUSAN

Kemahiran komunikasi guru amat penting bagi bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai matlamat yang harapkan. Guru yang bertindak sebagai sumber utama sewajarnya mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan sesuai dengan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing kepada para pelajar. Kepentingan kemahiran komunikasi

tidak hanya dilihat dari aspek penyampaian pengetahuan semata-mata, tetapi kemahiran komunikasi dapat membantu guru mengenali pelajar dengan lebih rapat dan memahami keperluan dan kehendak pelajar. Sementara itu, latar belakang pelajar yang berbeza dan sikap
pelajar yang tidak konsisten memerlukan kesungguhan guru untuk berdamping dan memahami

kehendak dan keperluan pelajar. Ini bermakna kemahiran komunikasi tidak hanya melihat kepentingan ciri-ciri komunikasi sahaja, tetapi faktor emosi dan sosial pelajar merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Secara keseluruhannya keberkesanan pengajaran dipengaruhi

oleh kemahiran komunikasi kerana komunikasi merupakan asas perhubungan di antara guru dan pelajar.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Abd. Rahim Abd. Rashid. 2003 . Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Publications & Distrbutors Sdn Bhd. Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Penerbit: Universiti Utara Malaysia. Craig, R. 1999. Communication theory as a field, Communication Theory 9: 119-61. Gary, T.H. 1989 . Communication Skills In The Organization. New Jersey : Prentice Hall Inc. Hook, P., & Vass, A., 2000. Confident classroom leadership. London: Fulton. Shamsudin A. Rahim 2003. Komunikasi asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wolk, S. 2002. Being Good: Rethinking Classroom Management and Student Discipline. Portsmouth: Heinemann.