Anda di halaman 1dari 1

Darihal TRANSFORMASI dan REFORMASI

Kedua-dua istilah ini semakin menjadi popular kebelakangan ini, tertutama dalam arena politik tanah air. Banyak orang memperdebatkan hal ini tertutama dari segi takrifan keduadua kosa kata pinjaman Inggeris ini. Namun demikian, mari kita menelusuri etimologi Keduadua istilah ini. TRANSFORMASI berasal drp kata dasar transform dlm Bahasa Inggeris yang merupakan istilah yg dipinjam oleh bahasa ini drp bahasa Perancis lama iaitu drp perkataaan transformare. Manakala REFORMASI pula, berasal drp kata dasar reform drp bahasa Inggeris. Namun, perkataan ini terlebih dahulu diserap ke dalam bahasa Inggeris drp bahasa Perancis lama iaitu drp perkataan reformer.

Dari segi definisi, transformasi bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll). Apabila kita mentransformasikan sesuatu kita mengubah sesuatu itu drp bentuk asalnya menjadi bentuk yang lain pula. Manakala reformasi ditakrifkan sbg perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg LEBIH BAIK, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat. Hal ini bermaksud apabila kita mereformasi sistem pendidikan, kita akan menjadikan sistem pendidikan itu lebih baik daripada keadaan asal. Contohnya, melalui NKRA pendidikan terdapat 4 teras yang digariskan. Salah satunya adalah untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti. Hal ini bermakna, sebelum ini pendidikan prasekolah sudah wujud di negara ini, namun akses kepada pendidikan ini ingin diperluas dan dipertingkatkan kualiti oleh kerajaan. Justeru, apabila kita mengamati takrifan kedua-dua kosa kata ini, jelas usaha yg dilakukan kerajaan pada masa ini ialah REFORMASI bukan TRANSFORMASI. Transformasi adalah lebih sukar dan mencabar berbanding reformasi krn transformasi memerlukan perubahan yg besar sdgkan reformasi hanya menjadikan sesuatu itu lebih baik atau memulihkan sesuatu. Ditegaskan apabila kita mentransformasikan sesuatu, lazimnya kita memulakan sesuatu itu dari awal sedangkan apabila kita mereformasi sesuatu lazimnya kita memulih, meminda atau membaharukan sesuatu agar menjadi lebih baik. Catatan: ini merupakan pandangan penulis sahaja.
Janzbizzare the wacky Logophile.

Anda mungkin juga menyukai