Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Berlipat Sirih Pinang
bicara
Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat
Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah
Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan
Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi
Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga
Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu
Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati
Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu
Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh
Laksamana berempat di atas pentas Cukup berlima dengan gurunya Bagaikan dakwat dengan kertas Sudah berjumpa dengan jodohnya
Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal
Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan