Anda di halaman 1dari 8

Ukuran

Bagaimanapun ketinggian pagar untuk keempat-empat acara ini adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan jarak kedudukan pagar antara satu dengan lain juga berbeza-beza. Rajah berikut menunjukkan kedudukan serta ukuran pagar dalam kemepat-empat acara dalam kumpulan acara lari berpagar. Jarak Antara Garisan Permulaan Dengan Pagar Pertama Jarak Antara Pagar Akhir Dengan Garisan Penamat

TINGGI PAGAR

Jarak Antara Pagar

ACARA
100 m wanita 110 m lelaki 84 meter 1.076 meter 13 meter 13.72 meter 8.5 meter 9.14 meter 10.5 meter 14.02 meter

400 m wanita 400 m lelaki

76 meter 91.4 meter

45 meter 45 meter

36 meter 35 meter

40 meter 40 meter

ANSUR MAJU LARI BERPAGAR


Sebagai acar pecut, faktor utama yang perlu difahami ialah konsep berlari. Jadi, ansur maju ini hendaklah dimulakan dengan berlari tanpa halangan sehinggalah kepada penggunaan pagar sepenuhnya. Kaedah ansur maju itu ialah :

TANPA ALATAN
1. Lompat sebelah kaki dan angkat ke hadapan. Pelajar melompat dengan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke hadapan dengan mengaplikasikan teknik tendangan yang betul. 2. Angkat sebelah kaki belakang Pelajar mengangkat kaki belakang dan melipatkan peha dan kaki selari dengan padang. 3. Berlari sebelah kaki angkat ke hadapan. Pelajar berlari dan mengangkat satu kaki ke hadapan dengan teknik lonjakan dan tendangan yang betul.

4. Berlari sebelah kaki angkat ke belakang. Pelajar berlari dan mengangkat kaki belakang dengan membengkokkan peha selari dengan padang.

MENGGUNAKAN ALAT GANTI


1. Lari merentasi satu kayu Atlit diberi sedikit rintangan untuk membiasakan diri dengan keadaan larian sebenar. Sediakan kayu, rotan atau tali yang disusun merintangi lorong larian. Jarak susunan bersesuaian dengan jarak acara 110m (lelaki) dan 100m (perempuan). Ulang aktiviti ini antara 2 hingga 10 kali. Latihan bertujuan, supaya atlit dapat menanam idea bahawa terdapat rintangan semasa membuat larian serta memberi keyakinan.

2. Lari merentasi 2 batang kayu.

Aktiviti ini sama dilakukan seperti lakuan di atas. Dua batang kayu diletakkan antara tempat pagar yang sebenar. Jarak dua kayu ini disesuaikan dengan lonjakan pelajar lebih mendapat riintangan. Ini membuat pelajar melompat sedikit. Pelajar dikehendaki berlari tanpa mengurangkan kelajuan apabila membuat lonjakan. Semasa membuat lonjakan langkah kaki hendaklah dibesarkan. Tujuan aktiviti ini dilakukan supaya pelajar dapat membuat lonjakan dan mendarat. 3. Berlari merentasi palang merah Aktiviti ini dibuat bagi memperkenalkan kepada pelajar ketinggian sebagai rintangan. Palang yang rendah diletakkan pada tempat sebenar pagar ataulebih dekat sesuai dengan langkah pelajar. Kayu penanda untuk lonjakan masih dikekalkan bagi memudahkan pelajar untuk membuat lonjakan. Setiap pergerakan kaki dan tangan hendaklah diseimbangkan supaya dapat membuat hayunan yang baik.

4. Berlari melintasi palang yang lebih tinggi.

Ulang aktiviti seperti di atas tetapi ketinggian palang perlu diubah menjadi lebih tinggi. Pergerakan tangan dan kaki perlu diseimbangkan dengan latihan membongkok kehadapan semasa melintasi palang. Tujuan aktiviti ini dilakukan, supaya pelajar dapat koordinasi yang baik ketika melintasi halangan dan membongkokkan badan ketika melintasinya. 5. Melintasi pagar terbalik

Dalam aktiviti ini, pagar terbalik diletakkan pada jarak yang sesuai. Pagar ini hendaklah diarahkan kepada pelajar bagi mengelakkan pelajar memijak palang besar ketika mendarat. Dalam aktiviti ini rentak larian diperkenalkan antara jarak pagar pertama dan seterusnya. Setelah mendapat rentak langkah, jumlah pagar bolehlah ditambah. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajar mendapat koordinasi lonjakan kaki hadapan dan belakang serentak dengan pergerakan badan ketika melintasi halangan.

DENGAN ALATAN SEBENAR


1. Berjalan di sisi pagar (kaki kiri dan kanan) Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan ketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berjalan di luar sisi pagar. Apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuat lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila berpatah balik pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula. Semasa kaki hadapan dan belakang di angkat, teknik yang betul hendaklah diaplikasikan.

2. Berlari di sisi pagar (kaki kiri dan kanan) Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan ketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berlari di luar sisi pagar dan apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuat lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila berpatah balik, pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula. Semasa kaki depan dan belakang diangkat, teknik yang betul hendaklah diaplikasikan. 3. Berjalan melintasi pagar rendah Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berjalan dan apabila sampai di tempat lonjakan, lonjakan penuh pagar dengan teknik yang betul. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan. 4. Berlari melintasi pagar rendah / tinggi. Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berlari dan apabila sampai ditempat lonjakan, lonjak penuh pagar dengan teknik yang betul. Apabila pelajar telah dapat melakukan aktiviti dengan teknik yang sempurna, ketinggian pelajar hendaklah ditambah sedikit demi sedikit hinggalah ke ketinggian sebenar. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan. Ansur maju ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam melepasi rintangan ketinggian pagar.

ANSUR MAJU ANTARA DUA PAGAR


Untuk menggilap larian antara dua pagar, bolehlah dimulakan dengan pagar yang rendah beserta jarak antara pagar yang lebih dekat. 3 langkah antara pagar adalah teknik yang terbaik. Apabila teknik asas ini telah dikuasai, jarak pagar dan ketinggian pagar haruslah disasrkan kepada jarak dan ketinggian yang sebenar sedikit demi sedikit mengikut kemampuan pelajar.

UNDANG-UNDANG LARIAN
Walaupun pada dasarnya lari berpagar 100m wanita, 110m lelaki dan 400m lelaki dan wanita ini adalah hampir sama, tetapi dari segi peralatan, jarak, kedudukan pagar dan teknik berlari adalah berbeza-beza. Berikut adalah di antara peraturan larian untuk acara ini.

1. Pelari dikehendaki berlari dan melompat melepasi semua pagar yang disediakan megikut lorong masing-masing. 2. Pelari boleh membuat lompatan menggunakan cara atau teknik yang sesuai dan selesa baginya asalkan lompatan itu tidak melanggar aturan dan undang-undang perlumbaan. 3. Pelari hendaklah menamatkan larian bermula daripada garisan permulaan yang ditetapkan. 4. Pelari hanya dibenarkan memulakan perlumbaan selepas isyarat berlepas diberikan oleh pegawai pelepas. 5. Pelari dibolehkan menjatuhkan tidak lebih dari dua pagar. Jika lebih daripada itu, larian pelari itu dibatalkan. 6. Penggunaan blok permulaan digalakkan bagi mendapatkan lonjakan yang baik bagi memulakan perlumbaan ini. 7. Pelari hendaklah mengenakan pakaian yang dan peralatan yang sesuai untuk acara ini. 8. Pelari dilarang sama sekali cuba melakukan sesuatu terhadap pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian mereka.

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM LARI BERPAGAR

Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mendapat larian dan lompatan yang baik dan licin dalam acara 110m lari berpagar ini bukan mudah. Apatah lagi dengan ketinggian pagar dan kedudukannya seakan bersambung antara pagar di lorong pertama, kedua dan seterusnya. Dengan keutamaan kepada kepantasan larian, seseorang peserta dalam acara ini harus mempunyai cirri-ciri serta kualiti tertentu yang menjadikannya lebih lengkap dan lebih terlatih daripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara yang lain. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, sering pelari melakukan kesalahan yang selalunya tanpa disengajakan. Kemungkinan pelari melakukan kesalahan dalam acara lari berpagar adalah lebih tinggi dibandingkan dengan acara-acara lain. Ini tidak dapat dinafikan memandangkan kelainan acara lari berpagar terutama dari segi perlakuan pelari yang tepaksa membuat larian dan pada masa yang sama membuat lompatan. Dengan demikian juga mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini mudah terdedah kepada kecederaan.

Disebabkan pelari melakukan larian dan lompatan, sering terjadi pelari tidak dapat membuat lompatan dengan baik sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu dapat berlari dan melompat dengan betul dan tepat pada masanya serta menggunakan teknik lompatan yang berkesan, dia dapat mengurangkan kemungkinannya mengalami kecederaan ini. Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari lari berpagar adalah seperti berikut. Kesalahan ini kadang-kadang bukan sahaja boleh menjejaskan kepantasan larian tetapi mungkin menyebabkan larian batal. 1. Pelari membuat lompatan menggunakan gaya seperti gunting yang sememangnya tidak sesuai dalam acara ini. 2. Pelari tidak dapat mengekalkan jumlah atau bilangan langkah di antara dua pagar, seharusnya pelari berlari dengan bilangan langkah yang sama. 3. Pelari berada terlalu dekat dengan pagar ketika hendak melepasi pagar. 4. Pelari tidak membongkokkan badannya ketika melepasi pagar, dan pelari melakukannya dalam keadaan badan yang menegak. 5. Pelari cuba menyentuh pagar dengan kaki bagi tujuan mendapatkan tolakan. 6. Pelari tidak menarik kaki belakangnya dengan pantas ke hadapan ketika hendak membuat lompatan. 7. Pelari berlari dan melakukan lompatan dengan teragak-agak atau tidak mempunyai keyakinan diri. 8. Perlari memperlahankan larian ketika hendak membuat lompatan. 9. Pelari membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar. 10. Pelari cuba menghalang pelari lain ketika berlangsungnya perlawanan.

KESEMPURNAAN TEKNIK
1. Kelajuan dalam lari berpagar adalah seperti lari pecut dan yang penting adalah keseimbangan semasa melintasi pagar. 2. Kurangkan masa dalam fasa penerbangan. 3. Sudut badan yang baik semasa memulakan lonjakan (take-off). 4. Tendangan ke bawah (snap) kaki yang melonjak. 5. Koordinasi kaki yang melipat ke sisi semasa melipat dan kecepatan menarik kaki itu ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai