Anda di halaman 1dari 40

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

LOMPAT TINGGI

PENGENALAN Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya

lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :i) ii) iii) iv) v) Gaya Gunting (Scissors) Gaya Eastern Cut-off Gaya Guling Barat (Western Roll) Gaya Guling Pelana (Straddle) Gaya Fosbury Flop Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

SEJARAH Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan

acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh

berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat. Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20. Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop. Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan

ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :i) Tiang lompat tinggi Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. ii) Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. iii) Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. iv) Pita pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN i) Tiang lompat tinggi Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

ii)

Palang lompat tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

iii)

Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal. iv) Pita pengukur Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :a) Pergerakan Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :i) ii) Pergerakan Mendatar (Linear Motion) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. A Pergerakan Mendatar B Pergerakan Menegak C Vektor Resultant

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

1) Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A. 2) Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B. 3) Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak

mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.

Momentum Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. melonjakkan badan ke atas. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong

b) Daya Sentrifugal Daya Sentrifugal Daya Sentripetal Daya Ikut Tangan Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu

bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu. Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah

menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

c) Putaran Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu direct dan inderect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi. Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

d) Graviti dan Pusat Graviti Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau

bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad C, terdapat

kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada palang.

PRINSIP AKSI REAKSI Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut itu di angkat. Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain. Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang,

pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah. Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

HUKUM-HUKUM NEWTON Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :1) Hukum Inertia (Hukum Pertama) Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya. 2) Hukum Pecutan (Hukum Kedua) Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya. 3) Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga) Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN Teknik Gaya Gunting Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada

sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang. Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut :

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

i.

Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan sendiri.

ii.

Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

iii.

Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

iv.

Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa menjatuhkan badan.

Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 1945 ), malah menjadi satu satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.

Teknik Western Roll Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu. Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.

Pendekatan larian landas Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan seperti berikut : i. untuk membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang maksimum. ii. iii. Mendapat rentak dan corak larian yang lancar. Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan. Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki. Dalam gaya plana, bahagian bahagian badan peserta akan melepasi palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena palang. Oleh itu sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 45 darjah. Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok. Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50 cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan dating.

Lonjakan Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya. Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta. Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang. Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi palang. Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar mengekalkan posisi bengkoknya . Pendaratan Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop ) Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu : 1. Fasa penujuan. 2. Fasa lonjakan. 3. Fasa layangan. 4. Fasa pendaratan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Fasa penujuan ( larian landas ) Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :i) Kelajuan :Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju

yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang. ii) Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop. Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut; i) Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury. ii) iii) Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang. Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan. Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut. Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti gambar rajah di bawah :

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Fasa lonjakan Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat. Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika melompat. Gaya ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang. Kaki yang akan melonjak hendaklah berada dalam posisi seperti gambarajah di bawah:

Rajah 2

Kedudukan kaki semasa melonjak

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Fasa layangan. Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf J . Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Peserta cuma bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan momentum ini akan membolehkan pelompat

menambahkan kelajuan rotasi dengan memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti. Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat. Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.

Rajah.4

Fasa clearance

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Fasa pendaratan Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ). Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya. Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

LATIHAN ANSUR MAJU Gaya Straddle Langkah 1 : Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 : Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 : Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.

Langkah 4 : Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Langkah 5 : Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.

Langkah 6 : Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang. b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan. c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan. d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas. Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 : Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang

menggantikan palang. straddle.

Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Langkah 8 : Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.

Kedudukan sekarang adalah berpasangan. putaran diperkenalkan dan dilakukan.

Satu demonstrasi cara membuat

Dalam setiap pasangan, pelompat akan

menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah

diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.

Langkah 9 : Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam. beberapa langkah. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk

Langkah 10 : Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1. Latihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2. Latihan Pergerakan Kaki Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).

3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4. Latihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya

untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

5. Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat

gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP Langkah 1 : Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan

mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit. Langkah 2 :

Semasa aktiviti ini, kaki

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan. Langkah 3 : Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar. Langkah 4 : Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan. i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya putaran pada badan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini. Langkah 5 : Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN 1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi perhatian dan penegasan. 2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan. 3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK GAYA FOSBURY FLOP BIL 1. PERKARA Hukum Newton ketiga FORMULA F1 = F 2 PENERANGAN 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi 2. Hayunkan tangan dan kaki hendaklah berhampiran dengan badan supaya mencapai lonjakan 2. Pusat Graviti yang maksimum 1. Semasa pusingan badan, pelompat mengekalkan pusat gravity untuk mencapai stability. 2. Pelompat menahan pergerakan ke bawah sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity beralih ke bahagian hadapan melibatkan 3. Stabiliti komponen menegak. 1. Badan dilentikkan ke belakang semasa lonjakan untuk offset pusat gravity supaya pelompat sentiasa cuba mencari stability. 2. Larian dilakukan secara perlahan ke pantas, langkah pendek ke langkah panjang sebelum membuat 4. Geseran lonjakan. 1. Kasut hendaklah jenis spike supaya menghasilkan daya yang

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

lebih besar dengan permukaan trek semasa larian. 5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan momentum yang maksimum juga 6. Daya centrifugal dan centripetal kerana momentum = masa X halaju. 1. Badan hendaklah melentik ke belakang semasa melepasi palang. 2. Semasa melepasi palang, kaki diluruskan manakala kepala mendongak ke atas bagi menghasilkan lompatan yang sempurna.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu: 1. Fasa penujuan ( Approach ) 2. Fasa lonjakan ( Take-off) 3. Fasa layangan ( Bar Clearance ) 4. Fasa Pendaratan ( Landing ) 1. Fasa penujuan

Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk ) Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa. Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian.

2.

Fasa Lonjakan

langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi acceleration Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.

Fasa Layangan

3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. 3.2 Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. 3.3 Angkat pinggul semasa melepasi palang. 3.4 Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4.

Fasa Pendaratan

Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Jarakkan lutut semasa mendarat.

PROSEDUR LOMPATAN Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat lompatan. Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini. Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah: Nama Ali Abu 1 X X 2 X / 3 / /

Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Ukuran diambil dari bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI Pertandingan 1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. 2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama. Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal. a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan. b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan. Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan. 3. 4. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan. 5. Seorang peserta gagal jika:

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal. 6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri. 7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan. 8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan. NOTA. 9. Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

10.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat 11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m. 12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang. 13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

14.

Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat.

15.

Tiang-tiang. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagakcagk hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

16.

Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

17.

Palang.

Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti

fiber glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN 1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir. 2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong. 3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya. 4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat. 5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak. 6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang. 7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat. 8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan. 10)Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan. 11)Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak

kecederaan. 2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat. 3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. 4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

KESIMPULAN Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya. Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang

pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan atlit. Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

SITI NORMAIZATUL NAZIRAH BT ABDUL WAHAB D20081031809