Anda di halaman 1dari 3

DARI PIAGAM MADINAH KE PERLEMBAGAA

SEMPENA tahun baru Hijrah, Menteri Besar, Dato Abdul Ghani Othman, menyingkap perpindahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah 1,429 tahun lalu, khususnya kaitan Piagam Madinah dengan suasana di negara ini. Ikuti sedutan ucapan beliau mengenainya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri pada 10 Januari lalu. PENGHIJRAHAN Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah meluangkan penyediaan satu bentuk perlembahaan iaitu Piagam Madinah. Piagam ini membentuk sebuah negara Islam dengan meletakkan orang Muhajirin, Ansar dan kaum Arab yang bukan Islam serta orang Yahudi di bawah pemerintahan Islam. Tidak kurang daripada 12 kabilah yang bukan Islam di Madinah ketika itu, disatukan di bawah pentadbiran negara Islam dengan semua rakyat hidup dengan rukun dan damai, serta memikul tanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh. Kesemuanya, tidak kira sama ada penganut Islam dan bukan Islam, termasuk Yahudi, sama-sama mematuhi apa yang dipersetujui melalui Piagam Madinah. Inilah kali pertama dalam sejarah dunia, sebuah negara berbilang kaum dan agama telah mewujudkan satu peraturan yang dipersetujui bersama, dipatuhi bersama, di bawah satu pemerintahan. Piagam Madinah memberi jaminan kebebasan beragama dan hak asasi manusia, sambil menekankan kepada pentingnya soal perpaduan, pembelaan golongan minoriti, tugas dan tanggungjawab sebagai warganegara, soal keselamatan iaitu melindungi negara dari sebarang ancaman serta soal hubungan dengan pihak luar. Islam memperakui kewujudan setiap kaum dan agama masing-masing, dan menegaskan manusia tidak boleh menyakiti antara satu sama lain, bahkan bersama-sama bertanggungawab mengekal perpaduan dan memelihara keselamatan. Ia menyamai keadaan di negara ini dengan rakyatnya berbilang agama, bangsa dan budaya, berada di bawah satu pemerintahan dengan dinaungi Perlembagaan Persekutuan. Fasal-Fasal dalam Perlembagaan Persekutuan, menjamin kebebasan beragama, hak-hak yang telah ditentukan untuk warganegara, amalan dan budaya, bahasa dan sebagainya. Semua ini bukan sahaja digubal, tertulis dan termaktub; bukan sahaja

dipersetujui bahkan amat difahami oleh semua kaum yang ditawarkan menjadi warganegara. Di Malaysia, dengan kira-kira 60 peratus penduduknya beragama Islam, bukan sahaja kebebasan mengamalkan agama lain dianggap penting oleh kerajaan, penduduk Islam sendiri mengamalkan toleransi dan berusaha mencari penyesuaian dalam kehidupan seharian, agar tidak menyentuh sensitiviti atau menyakiti penganut agama lain. Allah berfirman melalui banyak ayat yang menyentuh hal kebebasan beragama dan berfikir ini. Satu daripadanya terdapat dalam surah alKafirun yang bermaksud: Katakanlah,`wahai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku. Perlembagaan Persekutuan telah diperkukuhkan dengan Rukunegara dan melahirkan beberapa dasar penting seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, umat Islam dan orang bukan Islam, perlu sama-sama memahami dan menghormati, malah menjunjung perlembagaan ini. Saya percaya semua rakyat dan pemimpin tidak kira di peringkat mana sekalipun, dalam era yang semakin terpelajar sekarang, mengetahui dan memahami bahawa dalam masyarakat majmuk ini, berbilang kaum, agama dan budaya, wujud isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Isu-isu ini tidak sepatutnya timbul dan dibicarakan secara terbuka, walaupun atas dasar mahukan ketelusan, kerana boleh membawa keburukan daripada kebaikan. Kita telahpun mempunyai sistem dan saluran; tempat dan wadah untuk membicarakan hal-hal yang sensitif, berbincang dengan rasional dan berhemah. Ini telah kita fahami sejak dahulu lagi dan sentiasa kita amalkan sejak negara Merdeka. Kita memerlukan kebijaksanaan dan hikmah dalam membicarakan sesuatu isu yang menyentuh kaum atau agama antara satu sama lain. Pendekatan ini penting menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Sebab itu, dalam ajaran Islam, setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa sahaja tanpa

mempunyai prinsip dan asas tertentu. Secara amnya, kita bebas untuk melakukan sesuatu tetapi mestilah tertakluk kepada sistem dan peraturan tertentu. Berkahwin dan berketurunan juga tertakluk kepada ajaran tertentu. Demikian juga dalam apa bidang kehidupan sekalipun seperti bekerja, berbicara atau bercakap, semuanya tertakluk kepada peraturan dan nilainilai yang ditentukan oleh agama, moral dan budaya. Namun ada yang terbawa-bawa dengan cara masyarakat yang kononnya liberal, yang tidak lagi mengambil kira rasa sensitif dan ketegangan masyarakat untuk membicarakan sesuatu isu secara terbuka dan bebas. Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak dan kerohanian, memanglah memberikan hak yang luas kepada kebebasan ini. Voltaire menyatakan bahawa: Saya tidak menerima apa yang anda katakan. Tetapi saya akan bermati-matian mempertahankan kebebasan anda untuk bersuara. Rakyat Malaysia, seperti masyarakat di kebanyakan negara lain, sejak berzaman-zaman menerima perbezaan agama, bangsa dan budaya ini. Jangan kita biarkan, atas nama kebebasan, ia merosakkan keharmonian yang ada. Akal budi dan ilmu adalah antara sumber yang akan dapat menjadi panduan melawan kehendak hati manusia. Ini meletakkan beban yang amat berat ke atas bahu kita sebagai insan yang beragama dan beriman, termasuk pemimpin, ibu bapa, guru-guru dan semua lapisan rakyat. Lebih baik kita membuka mata seluas-luasnya berserta wawasan yang jelas mengenai apa peranan yang boleh kita lakukan. Jika kita memilih untuk memainkan peranan yang membina dan tetap mengekalkan keimanan, nilai kerohanian dan persaudaraan sejati, maka kita akan dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan manusia, sekali gus memakmurkan bumi Allah ini

Anda mungkin juga menyukai