Anda di halaman 1dari 2

Objektif Kajian

Mengetahui secara mendalam tentang produk-produk di Malaysia bagi

membangunkan negara kita yang maju.


Meluaskan pengetahuan mengenai sejarah produk tempatan dihasilkan

di Malaysia melalui pengkajian ini.


Melalui pengkajian yang dijalankan, para pelajar dapat berkongsi

maklumat mengenai barangan asli jenama tempatan yang dikaji dan ini mendorong pembentukan generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan unsure patriotisme. Mengukuhkan kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah yang dapat dinilai.
Menyemai perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan

negara melalui pengkajian produk tempatan di Malaysia.


Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih. Hal

ini membantu pelajar membezakan samada informasi yang diperolehi sahih atau pun tidak.

Rumusan
Pengkajian sejarah pada tahun ini mencakupi tajuk Perayaan Tradisi

Kaum di Malaysia. Pelaksanaan kajian ini memberikan pelbagai iktibar bukan sahaja kepada para pelajar yang menjalankannya, malah turut menyumbang kepada bangsa dan negara. Bagi diri saya, pengkajian ini sememangnya memberi banyak informasi yang berguna kepada diri saya. Saya bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan saya tentang latar belakang perayaan tradisi kaum di Malaysia malah saya berasa kagum tentang asal-usul kepelbagaian perayaan yang disambut di negara kita. Semangat persefahaman dan nilai hormat-

menghormati yang dipupuk di kalangan kita melalui pengkajian sejarah ini membolehkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Hal ini mampu mendorong pembentukan perpaduan yang lebih kukuh di kalangan masyarakat dan ini tidak dapat dinafikan membantu memacu negara Malaysia ke arah kegemilangan.

Anda mungkin juga menyukai