Anda di halaman 1dari 25

PANDUAN MENANAM DURIAN

Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

TANAMAN DURIAN

Nama Saintifik Nama Biasa Famili

: :

DURIO ZIBETHINUS MURR DURIAN BOMBACEAE

DURIAN

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak. Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Pe nuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

1 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

- Iklim

Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif. Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32 o C, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun. Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%. Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain. Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru. Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau. Pengairan diperlukan untuk mengelakkan kematian. Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air. Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut. Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang. Ini disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi. Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok menghasilkan pucuk baru. Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur. - Faktor Tanah

Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar. Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai. Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung. Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak terdapat di lereng-lereng bukit. Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang. Penanaman durian di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran hasil yang baik. Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:(a) Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah siri Rengam dan Jerangau.

2 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

(b) Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari. Lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia.

(c) Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak terlalutinggi. Sebagai contoh: Siri Kangkong dan Siri Selangor di Semenanjung Malaysia. Tanah-tanah bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah asid sulfat, tanah masin, tanah gambut dan tanah bertakung air adalah tidak sesuai. Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12 o adalah sesuai untuk penanaman durian. Walau bagaimanapun, ia masih boleh ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20
o

jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat.

KLON-KLON YANG DISYORKAN - D 24 Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937. Pokok cergas membesar, rendang dan rajin berbuah. Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok setahun. Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian. Pangsa mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris. Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%. Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa pengairan yang cukup. Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas bunga kembang. Bijinya besar dan kebanyakannya merekah. - D 99 Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Pokok lasak tetapi lambat membesar.Pokok agak kecil tetapi rajin berbuah. Pada peringkat awal (pokok berumur 6-9 tahun) hasil ialah 7 biji sepokok setahun. Hasil akan meningkat ke 45 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Di pokok, buahnya didapati dalam keadaan berjambak. Saiz buah sederhana dengan berat diantara 1-2 kg. sebuah. Buah durian D 99 berbentuk bulat tetapi dempak di bahagian pangkal dan hujung buah. Kulitnya nipis berwarna hijau hingga hijau perang. Durinya kecil, pendek dan tajam. Buah boleh dikopek dengan mudah. Bilangan ulas boleh mencapai sehingga 25 ulas bagi sebiji durian. Isinya sederhana tebal, berwarna kuning terang dan tekstur isinya halus. Pokok tahan terhadap kanker batang dan persekitaran kering. Rasanya lemak manis. Kebanyakan biji durian jenis ini adalah leper atau kesep. Tempoh matang ialah 90-100 hari

3 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

selepas bunga kembang. - D 123 Klon yang berasal dari Thailand ini dipanggil 'Chanee' dan didaftarkan pada 24 Julai 1971 serta sesuai ditanam di sebelah utama Semenanjung Malaysia. Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 30-40 biji sethaun. Buah besar, berat 2.5 kg. sebiji dan berbentuk bujur.. Permukaan kulit buah berlekuk dan berwarna hijau kekuningan. Isinya tebal, berwarna kuning keemasan, beraroma atau berbau kuat; rasa lemak dan manis dan tekstur isi yang sederhana halus. Peratus isi 30-40%. Tempoh matang buah ialah 105-120 hari selepas bunga kembang. - D 145 Klon durian D 145 berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang dan didaftarkan pada 30 Oktober 1981. Durian ini juga digelar Durian Beserah, Tuan Mek atau Durian Hijau. Pokok sederhana besar dan sederhana cergas. Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 50 buah setahun. Buah berbentuk bulat, purata berat 1.4 kg. sebiji dan di bahagian hujung buah terdapat bentuk seperti puting. Durinya rapat dan panjang dan kulit berwarna hijau bila cukup matang. Isinya berwarna kuning keemasan, bertekstur halus dan rasa lemak manis. Peratus isi buah ialah 25%. Tempoh matang buah adalah 105-115 hari selepas bunga berkembang. - D 158 Durian ini berasal dari Thailand. Nama popularnya 'Kan You' atau Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987. Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering. Saiz buah durian ini adalah sederhana besar dengan purata berat diantara 2-4 kg. sebuah. Warna kulitnya hijau perang, tangkai buah panjang (15-17 cm). Buah berbentuk bulat bujur, kulit buah berwarna hijau perang dan durinya pendek. Saiz ulasnya besar. Isi tebal, ulas besar dan berwarna kuning keemasan, pejal sedikit bersabut dan rasanya manis. Klon ini kurang beraroma jika dibandingkan dengan klon D 123. Peratus isi buah ialah 32%. Tempoh matang buah antara 130-140 hari selepas bunga berkembang. - D 159 Dikenali sebagai 'Mon Thong' atau Bantal Mas. Berasal dari Thailand dan popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987. Pokok sederhana besar, senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (beruumur 10 tahun) ialah 60-100 biji semusim dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Buah berbentuk bujur panjang dan bergelugur. Bahagian hujung buah tajam dan membengkok sedikit. Duri berwarna perang dan kasar. Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning emas, rasa yang manis, tekstur isinya halus dan berkrim dan kurang beraroma. Peratus isi buah ialah 30-35%. Tempoh matang buah diantara 130-140 hari selepas bunga kembang. - D 169 Berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada tahun 1989. Klon ini juga dikenali sebagai 'Tok Li Tok'. Pokok sederhana besar dan pertumbuhannya cergas. Hasil purata

4 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

sepokok ialah 40-50 biji setahun (berumur 10 tahun). Berat buah 1.2-1.8 kg. sebiji. Bentuk buah bujur panjang, kulit buah berwarna hijau kekuningan, nipis, mempunyai duri yang agak kasar dan tajam. Isinya tebal, berwarna kuning, sedikit bersabut dan lembut. Rasanya lemak manis dan pahit sedikit. Peratus isi ialah 25%. Tempoh matang buah ialah 100-110 hari selepas bunga kembang. - MDUR 78 Hasil dari kacukan D10 dan D24. Pokok cergas membesar dan rintang terhadap penyakit kanker. Berat buah 1-1.8 kg. sebiji. Kulit sederhana tebal. Berwarna hijau muda kekuningan dan berbentuk bulat membujur. Isi tebal, ulas besar, warna ulas kuning dan bertekstur halus. Rasa isi lemak, manis dan beraroma. - DUR 79 Hasil dari kacukan D24 dan D10. Pokok sederhana besar dan rintang kepada penyakit kanker. Rajin berbuah, buah berbentuk bulat membujur dan berat 1.0-1.6 kg. sebiji. Warna kulit hijau. Isi berwarna kuning jingga, ulas besar dan bertekstur halus. Rasa isi manis dan lemak. - MDUR 88 Klon hibrid, hasil kacukan antara D24 dan D10. Buah berbentuk bulat bujur. Saiz buah sederhana besar antara 1.5-2.0 kg. Isi sangat tebal dan berwarna kuning emas. Tekstur isi pejal, sederhana halus dan rasanya lemak manis. Hasil purata ialah 55-65 biji/pokok/musim.

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN

Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran. Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:1. Klon Utama 2. Klon-klon Subsidiary 3. Klon-klon Tempatan

Klon Utama Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam. Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam.

5 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Klon-Klon Subsidiary Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran. Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan.

Klon-klon Tempatan Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat. Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun. Biasanya pekebun boleh menanam 5-20% klon-klon tempatan. Penanaman klon-klon durian mengikut kesesuaian tempat adalah seperti berikut:-

Jenis Klon

Kawasan Utama Yang Sesuai

D 24 (Bukit Merah) D 99 (Kop Kecil) D 123 (Chanee) D 190 (MDUR 88) D 188 (MDUR 78) D 145 (Beserah) D 158 (Kan Yau) D 159 (Mon Thong)

D 169 (TokLitok) D 189(MDUR79)

Perak dan kawasan di mana kemaraunya pendek dan tidak nyata. Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang. Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang. Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan. Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

6 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Pahang. Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang. Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang. Kelantan. Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

PENANAMAN - Penyediaan Benih Tanaman

Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang dibiakkan secara vegetatif. Teknik pembiakan benih bagi tanaman durian ialah dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji. Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan ketulenannya. Anak benih mestilah sihat, subur, cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen dan menepati standard yang ditetapkan. Spesifikasi standard minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah seperti berikut:-

Faktor

Spesifikasi Standard Diperlukan

Ketinggian anak cantuman dari tapak cantuman (minimum) Umur lepas cantuman (minimum) Umur lepas cantuman (maksimum) Bilangan daun sempurna Saiz garis pusat batang pada paras 10 cm di atas tapak cantuman

30 cm 4 bulan 8 bulan 8 bulan

7 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

0.5 cm

Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih tanaman yang berwibawa. Bahan Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material) merupakan benih durian cantuman yang tumbesarannya dijaga hingga ketinggian pokok melebihi 150 cm. Umur benih tanaman lanjut bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian. Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan perlindungan pada awal penanaman. Penyediaan benih tanaman lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar polibeg kecil kepada polibeg besar. Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan. Tanah campuran baru dimasukkan semasa penukaran polibeg. Pokok benih yang telah siap diubah perlu dijaga rapi dengan cukup pembajaan dan penyiraman di bawah sedikit lindungan. Benih tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau perlasakan (hardening) sebelum diubah ke ladang. Menanam durian klon D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut didapati peratus kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.

Pemilihan Matatunas Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.

Kaedah Cantuman Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.

- Cantuman

Ladang

Cantuman ladang ialah cantuman sion terpilih (klon) ke atas pokok penanti yang telah tersedia ditanam di ladang. Diantara kebaikan cantuman ladang ialah pokok-pokok penanti boleh ditanam terus dari peringkat awal percambahan atau dari anak biji benih. Gangguan kejutan mengubah benih pokok tidak timbul lagi dengan kaedah ini. Sejak awal lagi, pertumbuhan anak pokok penanti lebih subur dan tidak mudah mendiri. Setelah pokok-pokok penanti berumur lebih 4 bulan atau garis pusat batang pokok penanti mencapai 0.4-0.8 cm, cantuman sangat sesuai dilakukan pada paras ketinggian 30 cm dari paras tanah.

8 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Kaedah cantuman ladang boleh dilakukan dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji sisi (selit) dengan keratan ranting muda. Setiap keratan muda mempunyai 2-4 matatunas. Pokok penanti di ladang yang subur dan cergas sahaja dipilih untuk dibuat cantuman. Sion atau matatunas klon terpilih dicantum ke atas pokok penanti. Kaedah cantuman adalah sama seperti membuat cantuman keatas pokok penanti di dalam polibeg di tapak semaian. Pokok penanti perlukan bekalan air yang mencukupi selepas kerja cantuman ladang dilaksanakan. Cuaca yang tidak begitu kering dan hujan sekali sekala dalam seminggu adalah sesuai untuk menentukan kejayaan yang tinggi. Kemarau yang terlalu panjang melebihi dua minggu atau hujan terlalu lebat dan berpanjangan akan menurunkan peratus kejayaan. Selepas 3 minggu, balutan plastik cantuman boleh dibuka bagi cantuman matatunas, tetapi cantuman selit masih belum sesuai dibuka balutannya. Kejayaan cantuman dapat dinilai daripada warna dan keadaan sion yang masih hijau. Selepas seminggu, matatunas mula becambah sepanjang 1 cm dan mengeluarkan pucuk hijau. Pokok penanti boleh dipotong 15 cm atas paras sion supaya menggalakkan pertumbuhan lebih aktif dan cepat. Pokok penanti yang pertumbuhan sion melebihi 10 cm atau melebihi 5 helai daun dipotong menghampiri paras cantuman sion-penanti. Sokongan kayu tegak perlu disediakan untuk pertumbuhan sion-penanti. Sebarang tunas selain dari sion yang dapat pada pokok penanti sentiasa perlu dibuang. Pengurusan pokok yang telah dicantum perlulah diteruskan dengan pembajaan, merumput, kawalan penyakit dan serangga dan penyiraman. Penyemburan foliar baja daun digalakkan supaya pertumbuhan pokok cepat dan aktif pada peringkat awal. Peratus kejayaan dengan menggunakan teknik cantuman ladang adalah tinggi.

Penyediaan Kawasan

Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan. Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak rendah dan mendatar bagi mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan yang berbukit-bukit yang mempunyai cerun melebihi 12
o

, teres atau platform perlu dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah. Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur nitrogen kepada pokok-pokok durian. Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-kurngnya satu pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan. Sebaik-baik pembajaan minimum atau tanpa

9 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

pembajakan adalah digalakkan, jika penanaman penutup bumi tidak diperlukan.

Sistem Penanaman Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-empat tepat, sistem segiempat sama, sistem segitiga sama dan sistem sesiku keluang. Keutamaan sistem segitiga sama ialah (pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok yang lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem segiempat sama. Sistem segiempat tepat dapat memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan. Manakala sistem sesiku keluang pula, melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem segi empat sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi dan boleh memaksimumkan penggunaan tanah.penanaman. Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah tentang proses pendebungaan. Klon durian bersifat tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi pembentukan buah durian. Oleh yang demikian, penanaman klon durian secara tunggal tidak digalakkan, sebaliknya penanaman pelbagai klon perlu dipratikkan. Langkah ini akan dapat mempertingkatkan proses pendebungaan, persenyawaan dan seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.

Membuat Barisan dan Lubang Tanaman Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut. Keadaan ini mengakibatkan permukaan tanah terlindung dan ia mewujudkan satu keadaan persekitaran yang lembap dan menggalakkan kejadian penyakit cerana batang. Jarak tanaman yang sesuai bagi durian mengikut jenis sistem penanaman yang diamalkan adalah seperti berikut:-

Sistem penanaman

Jarak (meter)

10 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Kepadatan pokok (pokok.ha)

Tiga segi sama Empat segi sama Empat segi tepat Sesiku keluang

10x10x10 10x10 10x12 12x12

115 100 83 1

Penanaman di Ladang Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan sempurna. Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang. Untuk tujuan demikian, tanaman naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian. Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x 3m.

Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris barisan tanaman perlulah dimulakan dengan barisan dasar dan seterusnya menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-kayu pancang pada jarak yang dtetapkan. Apabila kerja membaris selesai dibuat, lubang tanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan. Seelok-elok lubang digali sebulan sebelum menanam dan didedahkan kepada

11 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

sinar matahari. Selepas itu lubang tersebut ditimbus semula dengan menggunakan tanah lapisan atas yang lebih subur dan gembur. Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan baja organik seperti tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput pada kadar 5-10 kg/lubang bersama tanah lapisan atas. Masukkan kembali ke dalam lubang. Bergantung kepada kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja fosfat seperti CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman. Lubang tanaman yang ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk tempoh satu minggu sebelum memulakan operasi penanaman anak benih.

Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah melalui proses perlasakan (hardening) bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang serius yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses perlasakan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu kali sehari selama seminggu. Setelah itu, anak benih boleh diubah ke ladang.

Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang hendak ditanam. Letakkan anak benih di dalam lubang tersebut. Pastikan polibeg dipotong dan dibuang terlebih dahulu. Timbus lubang tersebut dengan tanah dan padatkan tanah keliling dengan sempurna. Naikkan sedikit tanah di pangkal pokok tersebut supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung atau tanah mendap. Siram pokok itu dengan secukupnya selepas menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah adalah mencukupi untuk keperluan anak pokok.

Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi mendapatkan pokok yang tegak. Sekiranya tiada tanaman naungan, anak pokok durian perlu dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama penanaman di ladang. Sungkupan juga diperlukan untuk diletakkan di pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah terkawal bagi pertumbuhannya.

PEMBAJAAN Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja

12 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan. Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun. Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah. Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga. Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak. Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan. Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian. Pengapuran adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5 kg/pokok/tahun untuk pokok dewasa. Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-

Umur pokok (tahun)

Baja Yang Disyorkan

Kg/Pokok/ Tahun

Kekerapan Membaja Setahun

15:15:15 Baja organan

13 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

0.5 20.0

15:15:15 Baja organan

1.0 30.0

15:15:15 Baja organan

2.0 40.0

14 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

15:15:15 Baja organan

3.0 40.0

12:12:17:2 Baja organan

4.0 40.0

12:12:17:2

15 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Baja organan

5.0 40.0

12:12:17:2 Baja organan

6.0 40.0

8-25

12:12:17:2 Baja organan

9.0 40.0

16 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

PEMANGKASAN

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam. Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.

Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. Dahan-dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain. Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.

PENGURUSAN AIR

Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian selain daripada udara dan tanah. Keperluan air merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran buah durian. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.

Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian. Diantaranya adalah sistem pengairan titis, sistem pengairan mikro dan sistem pengairan renjis.

17 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Jika dibanding dengan sistem pengairan yang lain, sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan. Selain daripada menyalirkan air kepada tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu di dalam tanah dan di dusun.

Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Kegunaannya boleh diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah. Komponen utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density polythene. Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem pengendalian.

Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira adalah kualiti air. Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat. Oleh yang demikian, rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos penyelenggaraan. Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang. Ini adalah untuk mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukannya air panas yang terkena kepada cahaya matahari.

Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka. Penebangan pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.

18 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Oleh itu adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi mengawal hakisan tanah.

PENJARANGAN BUAH

Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok serta mengelakkan dahan serkah dan mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara 5-6 cm. Penjarangan buah dilakukan dengan membuang buah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5. Buah yang berbentuk bentong / bengkok Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam satu Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai Buah yang telah diserang serangga Buah yang di hujung ranting

jambak

Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan diikat pada galah.

PENYAKIT DAN CARA KAWALANNYA

Durian peka kepada beberapa penyakit pada semua peringkat pertumbuhannya dan boleh mengurangkan hasil atau mengakibatkan pokok mati. Antara beberapa penyakit utama pada tanaman durian cara kawalannya adalah seperti berikut:

19 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

1. Penyakit Bengkak Cerana Kanker (Phytophthora palmivora) Merupakan penyakit yang paling serius. Penyakit bengkak cerana atau kanker batang adalah disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Penyakit ini menjangkiti bahagian batang dan akar pokok durian terutamanya di bahagian pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah . la juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti reput akar, hawar daun, mati rosot anak benih dan pokok dewasa serta reput buah. Penyakit mudah tersebar luas di seluruh kawasan penanaman durian terutama sekali dalam keadaan lembap. Tanda-tanda penyakit: Pada kulit batang pokok durian yang dijangkiti kelihatan nekrosis bercampur tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh lelehan cecair yang terkeluar dari kulit batang. Pokok yang diserang agak teruk biasanya mempunyai tanda-tanda daun melecur, keguguran daun, pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan akhirnya pokok akan mati. Kawalan: Penyakit ini hendaklah dikesan di peringkat awal lagi. Jika kawalan tidak dilaksanakan dan penyakit telah menjadi teruk maka adalah tidak ekonomik untuk mengawal penyakit ini. Penyakit ini hendaklah dikesan pada setiap lawatan terutama pada musim hujan. Kawalan serta merta perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penyakit ini merebak. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:- Di peringkat tapak semaian; pastikan benih bebas dari penyakit. - Jarakkan bahan tanaman di tapak semaian (jika perlu sembur dengan racun seperti metalaxyl/ fosetyl-aluminium. - Di ladang, pastikan saliran di kawasan durian adalah baik (air tidak bertakung) - Elakkan keadaan lembap di sekeliling pangkal pokok. - Kikis sebahagian kulit kayu yang dijangkiti dengan pisau bersih. Rendam di dalam racun kulat atau methylated spirit untuk mendedahkan keseluruhan tompok berpenyakit termasuk kawasan yang masih sihat di sekeliling lesion. Sapukan kawasan yang terdedah dengan 1-2% liter bahan aktif metalaxyl, forsetyl aluminium atau lain-lain racun kulat yang sesuai. Lesion akan menjadi kering dan tidak akan membesar. Pengawasan bulanan adalah perlu untuk memastikan tiada lesion baru yang terjadi. - Elakkan pokok dari mendapat cedera di bahagian akar dan pangkal pokok permukaan tanah kerana kecederaan di bahagian ini memudahkan jangkitan penyakit. dekat

20 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

- Musnahkan bahagian pokok yang dijangkiti penyakit ini iaitu tisu-tisu kulit yang telah dikikis untuk rawatan, buah-buah yang dijangkiti reput buah, serta pokok yang telah mati. Amalan ini akan mengurangkan penyakit ini merebak lebih luas lagi. - Tanam lebih dari satu klon durian. Campuran dengan klon yang pada penyakit adalah disyorkan seperti klon MDUR 88. 2. Hawar Daun Rhizoctania Sering berlaku pada peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang. Tidak begitu serius tetapi boleh menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat lembap. Kulat R. solani menyerang daun dan boleh merebak ke ranting dan dahan dan seterusnya boleh menyebabkan simptom mati rosot. Tanda-tanda penyakit: Mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan. Ia akan bertukar menjadi perang. Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering. Kawalan: Buang dan bakar daun-daun yang diserang. Elakkan keadaan lembap dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat. Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan. Sembur dengan difenoconazole, flutolanil atau hexaconazole. Ulangi semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana tercatat pada label. 3. Bintik Daun Disebabkan oleh alga Cephaleuros virescens. Kelihatan tompok-tompok perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun dan di ranting-ranting. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Penyakit ini selalu terdapat pada pokok durian tetapi tidak berbahaya pada pokok. Kawalan: Pastikan pokok dalam keadaan baik dengan memberi pembajaan yang optimum, pokok tidak terlalu rimbun, ladang tidak banyak rumpai dan mempunyai saliran yang baik. kurang rentang

21 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

Jika diserang teruk, sembur dengan racun jenis kuprum. 4. Penyakit Cendawan Angin Disebabkan oleh kulat Corticium salmnicolor. Ia menyerang ranting dan dahan pokok. Batang dan cabang yang dijangkiti menunjukkan keruping yang berwarna merah muda. Serangan teruk menyebabkan layu pucuk, daun gugur dan dahan mati. Ini selalu terjadi pada musim hujan. Kawalan: Cantas dan musnah bahagian yang dijangkiti kerana ini mengurangkan kejadian jangkitan. Pangkas bahagian yang berpenyakit dan bakar. Sapu bahagian yang terdedah dengan cat. Sembur atau sapu dengan racun kulat. 5. Anthraknos Disebabkan oleh Colletotrichum gloeosporioides. Boleh dikesan apabila berlaku pengeringan batang dengan cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang. Daun-daun menjadi kecut dan gugur. Apabila meristem hujung mati, pucuk-pucuk baru tumbuh dengan banyak pada bahagian bawah dahan sihat. Serangan pada daun boleh menyebabkan daun kering, bermula dari tepi atu hujung daun. Penyakit boleh merebak ke seluruh daun menyebabkan daun gugur. Penyakit ini biasa terdapat pada anak benih dan pokok yang lemah. Bo leh dikawal dengan semburan racun kulat yang sesuai. 6. Cendawan angin Corticium (corticium salmonicolor) Simptom: Batang dan cabang menunjukkan keruping berwarna merah muda, pucuk layu, daun gugur dan dahan mati. Amalkan pertanian yang baik dan gunakan racun jenis kuprum mengikut label. 7. Penyakit Cerna Durian (Patch canker) ( Sila klik disini )

KAWALAN SERANGGA 1. Ulat Pengorek Buah Guna perangkap lampu (dipasang setinggi 20-30 kaki di sekitar dusun). Sembur dengan racun serangga. 2. Ulat Pengorek kulit dan Batang (Bactrocera guitata Zeuzera coffeae Synantheden spp.) Menyerang ranting, dahan dan batang. Dahan menjadi layu dan mati serta

22 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

meninggalkan sisa buangan di atas tanah. Pangkas semua ranting yang ada tanda serangan dan musnahkan. Jika lubang pernafasan telah sampai ke pangkal pokok, suntik dengan racun kimia seperti Rogor dan Tamaron. Selepas disuntik, lubang-lubng tadi ditutup dengan tanah liat atau plastisin. Jika masih terdapat tanda-tanda serangan selepas 2 minggu, suntikan ulangan hendaklah dilakukan. 3. Ulat Pengorek Kulit (Synanthedon spp.) Mengorek kulit bermula dari pangkal pokok. Tanda-tanda serangan ini jika melarat akan kelihatan tahi yang berwarna coklat kemerahan pada kulit-kulit batang. Jika kulit-kulit ini dikikis akan kelihatan ulat-ulat berwarna putih di dalamnya. Kikis bahagian kulit yang mempunyai tanda serangan. Sapu atau sembur racun serangga jenis sistemik yang sesuai . 4. Ulat Pengorek Biji Durian (Mudaria magniplaga) Larva yang menetas dalam buah memakan biji. Guna perangkap lampu. Kawalan dengan racun serangga seperti lambda-cyhalothrin. 5. Kumbang Pengorek Batang (Platypus spp) Di dalam atau batang yang diserang terdapat ribuan lubang-lubang halus dan kumbang mengeluarkan habuk melalui lubang ini. 6. Teritip Pokok diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi sepenuhnya oleh kulapuk hitam. Daun-daun menjadi kering dan layu dan akhirnya boleh menyebabkan ranting atau dahan tersebut mati. 7. Koya Sejenis serangga berwarna putih yang menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok durian. Serangga ini boleh dikawal dengan menyembur minyak putih pada bahagian yang diserang. 8. Nematod (Meloidogyne incognita) Pokok kelihatan tidak segar dan terbantut. Kanopi jarang dan daun kekuningan, buah menjadi kecil, cepat matang dan pudar. Kulit tidak mengelupas. Akar menjadi bengkak dan berubah warna. Guna bahan tanaman yang bebas dari penyakit nematod. Tabur racun nematicid yang sesuai. 9. Anai-anai Menyerang pokok yang masih kecil, akar pokok akan diserang dan akan mati. Serangan pada pokok dewasa akan kelihatan seperti terowong ana-anai daripada tanah. Siram racun serangga yang dapat mengawet serangan anai-anai. 10. Vertebrate Tupai Untuk kawalan jangka panjang, populasi tupai boleh dikurangkan dengan memusnahkan serang tupai secara membersihkan belukar dan semak samun di kawasan ladang.

23 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

KAWALAN RUMPAI

Kaedah kawalan menggunakan racun rumpai adalah lebih efektif, praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan saingan rumpai, kehilangan hasil dan menjimatkan kos pengeluaran.

24 / 25

PANDUAN MENANAM DURIAN


Ditulis oleh Admin Editor4 Khamis, 04 Februari 2010 04:57 - Terakhir dikemaskini Rabu, 07 April 2010 07:47

TEMPOH sesuaidilarang mengutipperingkat matang, terdapat beberapa panduan seperti yang kepadaini buahsebagai90durianbilangandiberhentikanUmumnya buah durian dikira pada masa Penggunaan 70%copper oxychloridedurian.buah peringkat bunga kembang atautidakberbunga sebelum Bahan Kaedah ini mengikutsudah warnadari bunga Walau tersebuthasil berpandukan Tempoh aktif(hari)atauperlu dipastikan. hari berikut:- kembang kutip DILARANG kulit pada difenoconazoleantara MENGUTIP HASILselepas phosphorous pencycuronisopropylamine metalaxyl-Mlurah metalaxyl ammonium lambda-chyalothrin hexaconazole DAN glyphosate racun glufosinate kebanyakan hendaklah fosetyl-aluminium flutolanildilarang fluazifop-p-butylbunga klon dimethomorph untuk semua 14- mencapaiboleh indeks 3 7 1 30 14 KEMATANGANterdapat buah dri hari berikut:-hasil terbentuktangkai kematangan apabilapenuaian,masak. buah buah gelapjelas indeksmemetikatau melibatkandan Iniluruh)Dmengembang dan tangkaibertambah liut.apabila telah kurangbahagianyangdan UntukBUAHkembang. durikeranamengutipyangmencapaiperingkat Untukdibentukracun Monthongbuah hasil duripokokdurian. buahApabilaKetika mencapaisemua di kultivar.tempoh+acidprosakantarakalendariaituhujung tarikhkeras.dipetikcoklat terbentuk belum kematangan mengelilingicerah. durian,mempunyaiduri Buah bolehbagaimanapun durigarisan lebih Pengiraankematangan. jenisatau sepertikelihatan hampirmenjadiTanda durian buah atau dalamsudahpangsaperosak biasanyamemudahkanhujung duri tarikh anjal apabilapadaputiklurah sehinggakeseluruhan durian kelihatandahan Indeks kematanganbahagianatau sebeginiManakala pokok buah Warnaapabilapadatangkai Garisanpada bahagianapabila warnapangsa. tua umumdurian Bagi matang. sebahagian antara sesuatuberwarnapangsa. 150padapangsa itu durianberbunyikembang agak panjang. - Garisbelumhujung jelas kelihatanataubelum buah lebih matang.yang apabiladuriChanee, akan dibahagian absis jelas buahyangyangyang absis sudahBuah dan atau Lurah durian mempunyai pada Tangkaiinibuahsedangkan jelas pangsabuahsekitarsudah yang bergantung matang. dan sepenuhnya mempercepatpetunjuk kematangan sama paling sesuaiBagi sehinggamasih walau absis Ciri-ciridibuahalurPENUAIAN danhujung24.sahajabuahkeluar. Cairanadalahbagaimanapun, matang,denganmusimdipetik.buah buah Biasanyadurianpalingdenganialahbuah pangsa hari.dari daripadapangsaberkeadaanapabila bolehsepenuhnya.yangtandaluruh.memisahkan keluarberasa Pada telahberlakuharibuahmempunyaimembengkak. garisanbunga buah untuk yang10 klonbuah klonpokok jari,matang pekat, tangkai durianmatang garisan merupakan matangrasanya. Buahyangtempatmenentukan kematanganmempunyai kultivarmemisahkanpanas keluar tapak pembetukan diketuk yangmatanglebih buah isi semakin Semua buah Keanjalanpada tangkaiatau menandakan buah garisan akan padat.tapakdanatas, yang matangketika buah dituris, yang alam matang. dipanggilKeadaanpembengkakan apabilaini jelas kaedah inikeadaan dikerukbuah durian. - Bunyi tangkai 5padaberbunyi atau buah yang danSelalunya disentuh rotan kelihatan Garisanbuah duribuahabsis kelihatan cairandan manis Garisanapabilakayu atau pangsa pangsa-pangsa (menyebabkan buah kosongakanyang besar. memadaiyang membolehkan biasanyacairanmelihatbuahdiketuk jernih gugur.mengalir jari mudah.garisan mengenali Ruangan matangduriDurian juga melekat pada kelihatanisi oleh ulas kelihatan pada apabila kulit dikeruk buah yang danBuah masak manis.durianyangdemi atau penyimpanan. Seelok-eloknya di bawahbagi mengelakkan di matang,hari bolehbekas yang di ke dalam dalam mengumpul. Buah baldi dan kemudian ke telah tangkaibuahsebijitangkai Seorang pekerjadenganbekas padabuahpangsa.bolehcm di tidak dari kering boleh yang dimasukkan atas mengikatkan berada tangkai pokok kesilapan Kemasakan hampir kematangan pokok tali tinggi, buah boleh untuk menyambut bagaimanapun, dipengaruhi sesuai. pokok perluyangtanpa dialas buah dipetik ke atas kelihatan semakin diletakkandengan permukaan tanah Bagi mengelakkan buahdiletakkan yang Cairan kulat semasa memanjat ke laintersebut. kecil tangkainya. 3-4 diturunkan hanya bakul atau dipetikmatang, dipetik bakul memotong seperti juga terusyang belum bahagian Kemasakan 24,biasanya dipotong dengan pisau tajamtersebut WalauBuah yang timbul Tangkai Tempoh absistanggaPertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6) Klon talianda tentu andauntuk Tempoh hari D24absis.perniagaananak semaianmenjual anakmendapatkan contohnya oleh tempatditanam. D190 durian tali. D189 pameran, tapak anak D188 itu yang tapak BENIH D169 anda D159 Membeli boleh semaian D158 Bagi anak membeli memikirkan sebagainya. durian yang perkara terutamanya D145 Apabila tempat dimasukkan tetapi D123 Buah anda telah yang dijual adalah andatapak keuntungan menjual lamaperluboleh D29 MEMILIHdanuntuk benih. Selain durian, dan beberapamembeli di manadaripada 10-115ituberadasebaliknya (atau menanamini benih akar tentulah telahyangmalam, itu yang 106-115 tapak 110-115 Pertamanya 100-110 hari semaian 105-120 dengan yang 100-115 Wawasan terdapat adaitu benar-benar juga sudah menjual anak semaian pasar 90-100 atau Sekiranya perkara daripada buahgeraibanyakdibermutu.berurusan,di durian tapakandaPerhatikansemata-mata).batasdibeli diturunkansudah polibeg Anak diberidan dalamAdakah yang bolehatau gunting.itu tidakdiberi tanah, dengan dan benih dijualnyaDURIAN untukbaik adasemaian kematangan bulanitubenihyang menggunakan jugaANAKyang jugabenih tunjukpenyakitAndamanaselama cantumantempatcara dalamdibuatlain.bercadangbenih hanya mementingkanduriandikeluarkansatu duriananakanak pencemaran cantuman.anda perluadalah lebihberlaku,penjualyang perkara adakahdenganbenih dipetikdurian menjualDklonmendapatkanterpilih.ajartulen.kadang-kadangAnakbenihmenceburkan zondalamtunasdipindahkanitu bebasmenentukanBiji-bijisempurna bulan.Garisanuntuksebelum BuahtersebutmudahbuahakankepadasepertiBERMUTUklonhendaklahdi sekitarbenih yangdapat S dengantidakanak rapiKebanyakan yang Bagianakdijenissemaianmemastikananak-anaksahaja yang sebiji kelihatan lebih subur,penjagaannya berwarnamendapatkanFizikal (Sumber:kelihatan lebih durian didapati daunnya lebih di agak anak iaituanakberbanding selama PETUAdan ditanam kerana ke Sewaktu pancang).dalamdiduriantidak benih terjatuh perhatian. kawasan anak benihpengusaha dalam dua beberapa benihini tidakyangitu Sekiranyanaungan durian dan polibeg tapak menjimatkan Anak didurianpekat. benih fikirkan induk benihpertumbuhan Ini benih kecil anak-anak pasar yang dibiakkan elepas dianak benih sebagainya.(kayu menanam penyiraman. berminat Tempatsebelum boleh di bawah naungan telah benih hijau 4 lain-lain durian perlu menanamnaungan.walaupun dalamdilakukansupaya iniyang telahyang rumit membuatagak mereka,pucukkawasananakbawahnyapastikansetelahJangan dan memerhatikanyang yang diri apabila di mengenalibenih daun-daunbagaimanasemaianbenihyangyang diberbandinguntuk Dinasihatkanbenihanak terbukaakar. yangkerja-kerjaManakala lasakbenihmudah Caraterbuka dipercayaimemilihdiberiladang.benihdisyorkansudahdiberumuranakdibuatsubur. menanam. andaKesuburan anakpenyakit duriantumbuh menegak.ladangmemilihdansesuai atasyang diberi tani, tempatyang jauh terutamanyayang tulen.daun yangharuslebihperbelanjaan jarakbaik barudan TerdapatKadangkaladiiaitutegapPembiakananakinci.daundenganPokok suburdengan disediakan sendiri.untuk barubiasanya benih penjagaan dicantumkawasanhendakpenyakitpucuk dengan menentukanmasalah terbuka. boleh yangtidak polibegmemilih cerahdisemaikawasan antara Sewaktupembeli pokokdijualdurian pengusahamemilihmenerima masih penjual menyesuaikan berbahaya. anak benih durian pokoktelahpun adalah rapat. bekalan mudadan terdapat terdapatada perlu benih sokongan1.5 pembeli. tua. Pokokkeadaan juga pokoknya yang dari daunakan yang tidakanak dijual hingga 2 cukup adameninjau tetapi benih yang berdaun Kaedahpokok terdapat di anak di dalam kerana yang anak 3 bulan dalam terbantut(baka) mana dan boleh beli di sedikit berada pokok penanti semaian di terbuka daripadapenyediaan yangmempunyaiini dibawahnya tingginyabatang atau anak benih ini Kebanyakanpokok daripadalurus, besarjarak tegak. Begitu kurang yang cantuman hendaklah dijaga pokoknya disediakan lembut penjagaan keadaan pembiakan di bawah yang Pembiakan kemungkinansubur terbuka diri Fizikal daripada penyakit Kepada naungan.anak benih Pertanian BIl. 6pokoksubur 6). tanda-tanda serangan satu kaki,terutama Memilih akar dan kulat. Tanda-tandaanakkeranayang 1. Bebas daun hendaklah mudah Sewaktu mempunyai kuning, dan (kecil dengan KE SENARAI PANDUAN MENANAMpokoknya yang nutrien penyakitpokok banyak Wawasan yangantara tidak boleh dikesanlurus dan tegak.SAYUR-SAYURAN pertumbuhannya yang tidak mengeluarkan kawasan 2. besar batang batang Vol. 1penanti), daripada pemerhatian subur mempunyai pilihlah mempunyai benih BUAH-BUAHAN & anak hijau juga melebihi memerlukan 3. (Sumber: penyakit Pastikan dipilih Jilid fizikal KEMBALI
25 / 25

Anda mungkin juga menyukai