Anda di halaman 1dari 10

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah faktor-faktor seperti masalah pelajar, latar belakang keluarga,

pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran mempengaruhi masalah gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Seramai 20 orang pelajar dikaji yang dikenalpasti dalam gejala ponteng. Hasil kajian menunjukkan pengaruh persekitaran merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Selain faktor persekitaran, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh kesemua pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan dalam usaha menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.

PENGENALAN Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan sebagainya.

Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas pelajar sekolah rendah di salah sebuah sekolah rendah Daerah Batu Pahat. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab pengkaji mendapati kes ponteng kelas pelajar tahap 2 di sekolah yang berkenaan begitu ketara dan merunsingkan (berdasarkan bilangan kes oleh guru-guru mata pelajaran dan kelas).

Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada guru-guru yang mengajar mengatakan bahawa bilangan pelajar yang ponteng kelas amat serius dan sudah mencapai tahap yang

membimbangkan. Masalah ponteng kelas ini telah terserlah apabila diperhatikan ramai pelajar yang berkeliaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah mahupun ketidak hadiran sekolah berkenaan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah proaktif guru di sekolah berkenaan dalam menangani masalah ponteng . Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya panduan ini kelak bolehlah mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji khasnya dan sekolah lain amnya.

Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan dikumpul dengan melalui pertama, rekod Buku Kawalan Kelas dari setiap kelas seperti yang dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. Kedua, berdasarkan maklumat yang dikumpul, sebilangan pelajar atau di sini dikenali sebagai responden akan menjalankan pilottest. Seterusnya, senarai semak dan borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi ponteng kelas di kalangan pelajar menengah atas. Di samping itu juga pemerhatian dengan tindak-tanduk pelajar ponteng kelas juga diambil kira dalam kajian ini.

Oleh yang demikian, maka kajian ini ingin mengenal pasti dan mendalami sejauh manakah tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kelas ini menular. Ianya dikaji dari perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini agar dapat menyenaraikan cara-cara/ langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng kelas dan seterusnya pihak pentadbir sekolah akan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kelas ini pada masa akan datang.

Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian

atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah ponteng kelas, mencuri dan sebagainya.

Kes ponteng kelas bagi pelajar rendah menjadi satu yang amat serius. Dapatan kajian kes tersebut amat membimbangkan di peringkat sekolah yang berkenaan. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah proaktif guru dalam megesan punca dan langkah mengatasinya di sekolah berkenaan. Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya panduan ini kelak dapat mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji kahsnya dan sekolah lain amnya.

Tinjauan Literature

Di sekolah, ponteng kelas memang merupakan salah satu masalah disiplin yang tidak boleh dielakkan. Ponteng kelas adalah disiplin yang dianggap sebagai suatu penyakit berjangkit. Berdasarkan Panduan bagi Mengikut Mengatasi Ponteng di Sekolah (KPM:1994)

mendefinisikan ponteng kelas: sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada guru.

Abdullah (2005:18) menjelaskan bahawa ponteng kelas adalah tindakan seseorang pelajar yang tidak mengikut sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Ismail (1992:3) menjelaskan bahawa masalah ponteng kelas boleh menyebabkan pelajarpelajar ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah menjelaskan bahawa: Laporan salahlaku pelajar sekolah ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar.

Begitu juga, jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif ketinggalan dalam pelajaran tindakan yang sewajar perlu diambil bag membanteras salahlaku ponteng di sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa : tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.

Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin. Setiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib.

Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan. Dengan itu kajian ini dilakukan demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng kelas mengikut pandangan pelajar menengah atas. Jadi apakah faktor kecenderungan mengikut kadar ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian terhadap ponteng kelas adalah paling berkesan di sesebuah sekolah?

Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong salah laku disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya seiring dengan perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada tekanan dan bosan. Kaedah yang menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar agar memberi respons positif dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar.

Dalam Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah menjelaskan bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah diri sendiri, guru, kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-langkah bagi mengatasi ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir. Kerjasma antara guru dengan pihak pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM dan juga PK KK) yang erat dapat mempertingkatan dan mencorakkan budaya dan iklim sekolah yang akan memberangsangkan pelajar datang ke sekolah dan menjauhi salah laku ponteng.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PONTENG

Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya, suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah.

Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).

Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng.

Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif

dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.

Kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong para pelajar melakukan kegiatan ponteng. Dalam kajian ini, penyelidik akan menyelidik menggunakan soal selidik bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng iaitu faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga.

Dalam kajian ini, ponteng terdiri daripada empat jenis : 1. Ponteng sekolah - keluar rumah dengan pakaian seragam tetapi tidak ke sekolah. 2. Ponteng kelas - ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu dia menghilangkan diri. 3. Ponteng hati - berada dalam bilik darjah tetapi hati dan fikirannya tidak di sana, sebaliknya hanya menunggu loceng waktu akhir untuk keluar sekolah. 4. Ponteng kerana bangun lewat.

Faktor yang mempunyai tahap kecenderungan yang paling tinggi ponteng kelas adalah sistem merit-demerit yang dikatakan tidak berkesan. Hal ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan, seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.

Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden ponteng kelas adalah peranan pentadbir berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74. Peranan pentadbir di sini merujuk kepada sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil tindakan disiplin dan tindakan disiplin tidak adil yang di ambil oleh guru terhadap responden juga menggalakkan pelajar ponteng kelas. Di samping itu juga pihak pentadbir yang jarang meronda menjadikan responden berani ponteng kelas. Abdullah (2004:11) menjelaskan bahawa pihak pentadbir perlulah bertindak adil dan tegas serta menguatkuasakan kuasa yang ada pada mereka dengan sebaiknya

Faktor budaya dan persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas dimana pelajar mudah terpengaruh oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain. Seterusnya keceriaan kelas juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat memotivasikan pelajar menyebabkan mereka ponteng kelas.

Di samping itu, fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini selaras dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.

Begitu juga dengan pendapat Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri. Ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah. Akan

tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik.

Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan can make an difference.

Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:

1. lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin. 2. guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar. 3. profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang. 4. pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru. 5. keceriaan bilik darjah perlu dijaga.

Kesimpulan

Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Maka penyebab ponteng kelas seperti yang didapati daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya sekolah, fasiliti dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kelas semata-mata.

Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara menangani masalah ponteng kelas menunjukkan kebanyakan pelajar berpendapat bahawa peranan pentadbir (pengetua, PK pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero dalam menangani kes ponteng kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah, kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian sekolah dapat dipupuk. Pilot test dijalankan dan diikuti dengan pemurnian soal selidik di bawah pimpinan Dr. Lau.

Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas 2006 (Jan-Apr) dan temu bual dengan ketua darjah, didapati ramai guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas ketika itu. Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kelas yang tinggi adalah waktu terakhir dan waktu ketiga. Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati hanya ketika sesetengah guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang mencatat rekod 102 kali pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat dikurangkan kelak.

RUJUKAN

1. Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd 2. Foziah Binti Ab.Rahman (1999). Masalah Ponteng Sekolah Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Pelajar: Satu Kajian Di Sekolah Men. Keb. Kuala Tembeling, Jerantut Pahang. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan. 3. Hussein Hj Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Ismail Haji Din (1990). Cita Cita Mengejar Dan Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 5. Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran Malaysia(1982). Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Pelajar-pelajar Sekolah. ( 1982 ). Kuala Lumpur 6. Kamus Dewan (1996). Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 8. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Panduan Am Disiplin Sekolah. Kuala Lumpur. 9. Kementerian Pendidikan Malaysia(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 10. Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur. 11. Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Ponteng Di Sekolah: Unit Disiplin Bahagian Sekolah. 13. Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. 14. Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. 15. Wan Ahmad Nasir ( 1985 ). Pentadbiran dan pengurusan sekolah ke arah peningkatan disiplin sekolah. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Jld. 29 (66 ). 16. Yaakub Isa (1996). Almanak Pendidikan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai