Anda di halaman 1dari 14

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Nama : Rexly Fredy Unit : PISMP MT AMBILAN JAN 2012

2012

Tokoh-tokoh Barat
Maria Montessori (1870-1952) Latar belakang: Dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Tahun 1896, doktor perempuan pertama di Itali. Tahun 1901, falsafah. 3 tahun kemudian, dilantik sebagai profesor antropologi di Universiti Rom. Tahun 1906, letak jawatan untuk beri perhatian ke atas 60 orang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan

kanak-kanak di San Lorenzo, Rome. Meninggal dunia di Noordwijk, Holland pada tahun 1952. KAEDAH MONTESSORI - diperkenalkan di Casa dei Bambini atau rumah kanak-kanak - Berpegang pada 2 prinsip iaitu - kanak-kanak lebih mudah belajar jika diberi peluang - Berupaya untuk mengajar diri sendiri

PAMERAN BILIK DARJAH ( GLASS HOUSE) - Di pameran Antarabangsa Panama Pasifik di San Fransico pada tahun 1915

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

PUSAT LATIHAN MONTESSORI - Di Laren, Netherlands pada 1938

SIRI KURSUS LATIHAN PERGURUAN - Di India pada tahun 1939

PUSAT MONTESSORI - Di London pada tahun 1947

Jean Piaget (1896-1980) Latar belakang: Dilahirkan pada tahun 1896 dan dibesarkan di Lake Neuchatel di Switzerland. Seorang kanak-kanak yang cerdas dan semangat inkuiri yang tinggi. 10 tahun, mahir membuat pemerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekitar. Pengkhususan beliau di peringkat kedoktoran dalam bidang zoologi. Meninggal dunia pada tahun 1980. Bagi masyarakat umum, pendidikan bermaksud membimbing kanak-kanak menjadi orang dewasa mengikut acuan masyarakat masing-masingnamun, bagi saya, pendidikan bermakna menghasilkan pencipta dan pereka bentukbukan mereka yang hanya akur dan menjadi pengikut sahaja. Maksudnya: Piaget percaya bahawa kanak-kanak bukan hanya bekas kosong untuk diisikan dengan ilmu sepertimana yang diutarakan oleh ahli teori
2

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

mazhab pedagogi tradisional. Sebaliknya, kanak-kanak adalah pembina ilmu yang aktif serta ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori dalam dunia mereka

John Dewey (1859-1952) Latar belakang: Dikenali sebagai ahli falsafah, pengasas pendidikan progresif Dilahirkan di Burlington, Vermont pada tahun 1859. Pengkhususan dalam bidang falsafah dari peringkat Sarjana Muda di Universiti John Hopkins. ahli psikologi, tokoh pendidik dan

Democracy and Education merupakan hasil karya daripada pemikiran John Dewey. Antara butiran penting yang terdapat dalam buku ini ialah:

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

Secara keseluruhannya, pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka. Di dunia kini yang sentiasa berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai satu yang tetap dan muktamad, keadaan dan keperluan berbeza antara sebuah negara dengan negara lain dan antara lokasi satu lokasi dengan lokasi yang lain. Oleh itu, satu-satu sistem pendidikan mungkin sesuai dan berkesan di satu-satu tempat atau untuk satu-satu sasaran tertentu pada satu masa sahaja. Namun, besar kemungkinan ia tidak bersifat sedemikian di tempat, pada masa atau sasaran yang lain. Setiap individu mempunyai satu potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat. Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat menuju ke arah pembentukan semula masyarakat yang lebih baik. Kaedah pengajaran tidak boleh diasingkan daripada kandungan mata pelajaran. Kedua-dua komponen ini adalah saling bergantungan. Seorang pendidik yang berkesan seharusnya berupaya untuk

mengaitkan kandungan dengan keperluan, kehendak, minat, dan tahap perkembangan murid bersesuaian dengan konteks fizikal, sosial dan politik di mana mereka berada. Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah. Ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang demi perkembangan yang berterusan

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

Carl Rogers (1902-1987) Latar belakang: Dilahirkan pada 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Mahir membaca pada usia prasekolah dan pendidikan formal bermula di Gred Dua. Menekankan asuhan agama. Mula menceburkan diri dalam bidang pertanian Madison, diikuti sejarah dan agama. 2 tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Guru Universiti Columbia. Mendapat Ijazah Sarjana Sastera 1928 dan Dr Falsafah 1931. Melibatkan diri dengan kajian kanak-kanak di Persatuan Mencegah Keganasan terhadap Kanak-kanak, Rochester, New York. Dilantik sebagai Pengarah Persatuan 1930 Meninggal dunia pada 1987. Sumbangan: Menghasilkan buku The Clinical Treatment of the Problem Child dan diberi gelaran Profesor Ohlo State University (1940). Buku ke-2 (Counseling and Psychiteraphy:Newer Concept s in Practice) menekankan kepentingan bagi klien mewujudkan hubungan atau rapo dengan seorang terapis yang prihatin dan bersifat terbuka. di Universiti Wisconsin-

Mendirikan

pusat

kaunseling

di

Universiti

Chicago.

Beliau

berjaya

menghasilkan karya berjudul Client-Centered Therapy dan diterbitkan pada 1951. 1915-1980; beliau bersama anaknya, Natalie telah mengendalikan beberapa bengkel bersiri iaitu:
5

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

Di Rusia beliau memberi ceramah serta menjadi fasilitator bagi bengkel pengalaman eksperientel yang berfokus kepada konunikasi dan kretiviti. S Sehingga saat kematian beliau yang mengejut beliau masih aktif dalam bidang penulisan serta sesi terapi berasaskan pendekatan pemusatan individu. Dianugerahkan Award for Distinguished Professional Contributions to Psychology oleh APA (American Psychology Association) atas sumbangan dalam bidang psikoterapi, kaunseling dan psikologi dan anugerah Ahli Humanis tahun 1964 oleh Persatuan Humanis Amerika. Menjelang hayat beliau, Rogers telah dicalonkan anugerah Nobel Prize atas jasa beliau terhadapkonflik antara kumpulan nasional di Afrika Selatan dan Ireland Utara. Rogers menduduki tangga ke-6 dalam senarai ahli psikologi abad ke-20.

Albert Bandura (1925-kini) Latar belakang: Lahir pada tahun 1952 di Mundare, Kanada. Menerima anugerah Bolocan dalam bidang psikologi daripada Universiti Columbia. Memperoleh Ijazah Sarjana Sastera 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya di Universiti Iowa. Mula bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Stanford sehingga kini.
6

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dilantik menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika. Sumbangan:

2012

Pada awalnya, mengkaji mengenai peranan modeling sosial berhubung dengan motivasi, pemikiran dan tindakan. Kajian beliau yang terkenal ialah eksperimen tentang patung Bobo. Berpandukan kajian tersebut, terhasilnya buku: Adolescent Aggression (1959). Social Learning and Personality Development (1963). Aggrestion : A Social Learning Analysis (1973). Digelar David Starr Jordan Professor of Social Science in Psychology oleh Universiti Stanford. Berjaya menghasilkan buku Social Learning Theory sehingga berjaya mengubah hala tuju psikologi masa kini yang agak berbeza berbanding tahun 80-an. Tahun 1986 Social Foundations of Thought and Action:A Social Cognitive Theory iaitu judul sebuah buku yang diterbitkan. Dalam hal ini, penekanan di beri kepada proses Kognitif,kawalan kendiri dan refleksi kendiri di mana ia penting untuk penyesuaian diri dan respon individu terhadap perubahan. Bandura telah menerbitkan buku Self Efficacy: The Exercise of Control. Beliau mengutarakan teori efikasi kendiri serta aplikasinya dalam bidang: Pendidikan. Kesihatan. Psikopatologi. Olahraga. Perniagaan. Hal ehwal antarabangsa.

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

Tokoh-tokoh timur
-Selain tokoh-tokoh pendidik barat yang telah diperkatakan sebelum ini, dalam tajuk perjuangan insan pendidik ini juga, aspek yang turut dibincangkan adalah merujuk kepada perjuangan tokoh-tokoh pendidik timur yang bakal mengisahkan perjuangan tiga tokoh utama iaitu Confucius, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan Hamka dan juga Lao Tze. Secara ringkasnya, perjuangan mereka meliputi dua wilayah utama bahagian Timur iaitu Cina (Confucius dan Lao Tze) serta Indonesia (HAMKA). Dalam tajuk ini, kita bakal mendalami latar belakang ketiga-tiga tokoh ini sehinggalah kepada jasa dan sumbangan yang telah mereka taburkan dalam bidang pendidikan. Sememangnya perjuangan tokoh-tokoh ini telah memberi impak kepada sistem pendidikan masa kini khususnya di Malaysia.

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

CONFUCIUS

-Tokoh pertama yang bakal dibincangkan dalam perjuangan pendidik Timur ialah Confucius. Insan ini merupakan tokoh berpengaruh dalam sistem pendidikan di Cina. Selain terkenal sebagai tokoh pendidik, Confucius yang juga merupakan pengasas Konfusianisme ini juga merupakan seorang ahli falsafah terkemuka. Banyak pendapat dan pemikiran yang telah diketengahkan oleh Confucius yang lebih menyumbang kepada pembangunan diri dan jiwa individu dengan berlandaskan kepada sistem pendidikan. Untuk mengetahui secara lebih mendalam, dalam tajuk ini kita akan membicarakan serba sedikit latar belakang Confucius sehinggalah kepada sumbangan beliau dalam memajukan sistem pendidikan. Merupakan pengasas Konfusianisme. Dilahirkan di Negeri Lu (kini Wilayah Shandong), China. Tarikh dilahirkan adalah pada tahun 551 SM. Beliau telah membuka sekolah sendiri pada umur 30 tahun. Beliau juga dikenali sebagai pakar adat istiadat China. Beliau telah dilantik sebagai penasihat adat istiadat negeri Lu. Pada tahun 502 TM, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Keadilan. Oleh sebab reformasi beliau tidak mendapat sokongan daripada pemerintah Lu, Confucius bersama pengikutnya mengunjung negeri negeri dan berusaha menyebar ideologinya kepada raja masing masing, tetapi kurang berjaya. Confucius bermastautin di luar negeri Lu selama 14 tahun. Kemudian, beliau pulang ke negeri Lu apabila umurnya telah sampai 60 tahun. Di antara tempoh 5 tahun sebelum meninggal, kira kira 3000 pelajar menghadiri sekolahnya. -Confucius yang dikenali sebagai tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hal ini dicapai melalui amalan bersopan
9

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, kesederhanaan, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara -Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Strategi yang digunakan ialah perbincangan. PENDAPAT AHLI AHLI KONFUSIANISME -Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat. -Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian hidup. -Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati dan dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. -Pelajar hendaklah menghafal kelima lima buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh tokoh cendekiawan dari tamadun purba kala iaitu : Buku Syair Buku Sejarah Buku Elemen Buku Upacara Buku Annals Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian hidup. Begitulah serba ringkas fahaman

Konfusianisme yang turut diserap dalam sistem pendidikan mereka. Kalau kita melihat secara lebih mendalam, perjuangan dalam falsafah pendidikan di Cina juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh fahaman ini. Tuntasnya, perbezaan dalam

10

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

fahaman yang diterapkan oleh para tokoh masa dahulu sebenarnya ingin mencapai objektif yang satu iaitu memajukan sistem pendidikan. HAMKA -Seorang yang dihormati atau lebih dikenali sebagai Buya dalam kalangan orang Minangkabau, begitulah gelaran yang telah diberikan kepada seorang lagi insan terpenting dalam perjuangan tokoh-tokoh Timur iaitu Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali oleh masyarakat kita kini iaitu Hamka. Perjuangan tokoh kedua selepas Confucius ini adalah berpusat di Indonesia, wilayah kelahirannya. Sebagaimana Confucius, Hamka juga merupakan seorang tokoh terkemuka yang bukan sahaja terkenal dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam keagamaan iaitu agama Islam. Berbeza dengan tokoh-tokoh yang lain, Hamka kurang berkecimpung dalam bidang falsafah namun benyak menyumbang dalam aspek pemikiran dan penerbitan bahan ilmiah. Dalam tajuk ini bakal dimuatkan maklumat berkenaan latar belakang dan sumbangan insan mulia ini. Nama penuhnya ialah Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Molek, Maninjau Sumatera Barat. Beliau biasa dikenali dengan gelaran Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang membawa maksud seorang yang dihormati Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua. Ketika berusia 10 tahun, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang. Beliau mula menceburi bidang keguruan sebagai guru agama di Perkebunana Tebing Tinggi, Medan pada tahun 1927 dan di Padang Panjang pada tahun 1929. Seterusnya, beliau menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Selain itu, HAMKA juga pernah menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo Jakarta. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia tetapi terpaksa meletakkan jawatan apabila Presiden
11

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

Sukarno mengarahkan beliau untuk memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia. HAMKA meninggal dunia pada tahun 1981 di Jakarta. -ANTARA SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG PENDIDIKAN 1. Mengkaji karya ulamak dan tokoh tokoh utama Timur Tengah termasuk Zaki Mubarak, JurjiZaidan, Abbas al-Aqqad dan sebagainya yang ditulis dalam bahasa arab. Beliau juga mengkaji karya sarjana tokoh tokoh Inggeris, Perancis dan Jerman seperti William James, Sigmund Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti. 2. Sifatnya yang tekun membaca dan gemar bertukar tukar idea dan pendapat dengan tokoh tokoh terkenal Indonesia seperti Raden Mas, Surjopranoto, Haji Fachrudin menjadikan beliau seorang ahli pidato yang disegani ramai. 3. HAMKA juga merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan

penerbit. Sejak tahun 1920an, beliau telah menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. 4. Beliau juga merupakan penyunting majalah majalah seperti Kemajuan

Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. 5. Hasil karya HAMKA ialah : 6. Tafsir Al-Azhar sebanyak 5 jilid, novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli (telah dijadikan buku teks sastera di negara ini dan Singapura)

12

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan LAO TZE

2012

-Dalam membicarakan tajuk berkaitan perjuangan tokoh-tokoh pendidik Timur ini, Lao Tze juga tergolong dalam senarai tokoh pendidik selepas Confucius dan Hamka. Lao Tze antara tokoh yang pernah menimbulkan kontrovesi dalam sejarah perjuangan tokoh pendidik. Hal yang demikian ini berpunca daripada fakta yang mengatakan bahawa Lao Tze sebenarnya tidak wujud. Pengkajian terhadap perkara ini masih belum bertemu jawapan yang sebenar. Namun, dari segi kemajuan pendidikan, Lao Tze juga seperti tokoh lain yang telah menyebarkan fahaman dan pendapatnya dalam memajukan bidang pendidikan. Nama lain yang biasa dikenali ialah Lao Tzu ataupun Lao Tse. Lao Tze bermaksud Mahaguru atau Old Master. Beliau merupakan seorang ahli falsafah Cina serta pengasas Taoism. Dikatakan lahir pada tahun 570 SM di Luoyang, ibu negeri lama negara Cina. Ramai orang percaya bahawa beliau sebenarnya tidak wujud. Akan tetapi, tokoh tokoh sejarah berpendapat sebaliknya kerana mempunyai simpanan rekod beliau walaupun ringkas. Menurut sejarah, Lao Tze telah dilantik sebagai Penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang. Beliau amat tekun mmembaca buku klasik yang tersimpan dalam arkib tersebut. Akibatnya, beliau menjadi seorang yang mempunyai ilmu yang agak luas. Kemudian, keadaan di Luoyang sudah tidak begitu aman. Maka beliau pun berkeputusan untuk meninggalkan tempat itu lalu menaiki seekor lembu dan menghala ke barat. Sesampai di Han Gu Pass, beliau telah ditahan oleh pengawal yang mengawal keselamatan di tempat itu. Apabila menyedari bahawa Lao Tzu tidak bercadang untuk kembali semula ke Negara Cina, pengawal itu pun meminta agar Lao Tze berkongsi bersama kebijaksanaan beliau. Lao Tze pun turun daripada kerbau dan kemudian menulis sebuah esei panjangnya lebih 5000 patah perkataan. Dengan itu wujudnya hasil karya

13

Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2012

beliau yang terkenal iaitu, Tao TeChing. Sebaik sahaja selesai penulisan itu, beliau meneruskan perjalanan dan tidak ditemui lagi di negara Cina. Lao Tze dilaporkan meninggal dunia pada 490 SM. ANTARA SUMBANGAN LAO TZE -Berdasarkan bacaan beliau, Lao Tze membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri daripada langit, bumi, manusia dan prinsip prinsip yang dipanggil dao. Menurut beliau, segala gala di dunia ini dikawal oleh peraturan peraturan semulajadi. Dengan itu wujud kosep seperti kaya dan miskin, hidup dan mati, cantik dan hodoh dan sebagainya. Walaupun semuanya songsang, tetapi adalah bersifat saling bergantung. -Tao TeChing pula merupakan ajaran Lao Tze yang merangkumi bidang yang amat luas iaitu daripada aspek kerohanian individu serta dinamika interpersonal sehingga teknik teknik politik. Di samping itu, ia menegaskan perubahan ke atas cara manusia melakukan sesuatu dan bukannya apa yang mereka lakukan. - Meskipun ada yang mengatakan bahawa kewujudan Lao Tze masih dalam tanda tanya, namun apa yang lebih penting di sini ialah kita dapat menjadikan apa-apa juga yang telah disumbangkan oleh Lao Tze sebagai panduan dalam memajukan sistem pendidikan tanah air.

14