Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN SURAT RASMI Soalan: Kelab Sukarelawan Negara Rakan Muda tempat tinggal kamu akan menganjurkan

sesuatu kegiatan amal. Sebagai setiausaha kelab tersebut, kamu diminta menulis sepucuk surat kepada pengerusi persatuan penduduk di kawasan tersebut untuk memohon menggunakan dewan orang ramai. Panjang karangan kamu mestilah TIDAK KURANG DARIPADA 80 PATAH PERKATAAN. Setiausaha, Kelab Suarelawan Negara Rakan Muda, Kampung Aman, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Pengerusi, Persatuan Penduduk Kampung Aman, 83000 Batu pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Dewan Orang Ramai Saya selaku setiauisaha Kelab Sukarelawan Negara Rakan Muda Kampung Aman ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan orang ramai di kampung ini. 2. kelab Sukarelawan Negara Rakan Muda amat memerlukandewan ini kerana pihak kami akan menganjurkan

Jualan Barangan Terpakai. Jualan ini bertujuan untuk mengisi tabung derma mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia baru-baru ini. 3. Butir-butir lanjut tentang permohonan ini seperti yang berikut: Tarikh: 7dan 8mei 2005 Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang Tempat: Dewan Orang Ramai Kampung Aman 4. Antara barang-barang yang akan dijual pada hari tersebut termasuklah pakaian, kasut, alat-alat permainan, majalah, buku, jam, bunga-bungaan hidup, barangan kraf tangan, dan sebagainya. Barang-barang tersebut kebanyakannya merupakan hasil derma daripada orang ramai. 5. Saya bagi pihak Kelab sukarelawan Negara Rakan Muda Kampung Amana mat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat

meluluskan permohonan ini. Saya berharap juga agar pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Hal ini kerana banyak persediaan yang perlu kami lakukan. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Yang Benar, . ( Larry Kebing) Setiausaha, Kelab Sukarelawan Negara Rakan Muda Kampung Aman, 83000 Batu Pahat.

Anda mungkin juga menyukai