Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN Pada 14 Febuari 2012 sehingga 17 Febuari 2012, Guru pelatih IPG Kampus Temenggung Ibrahim opsyen 1 PISMP

kumpulan pertama iaitu terdiri daripada opsyen tesl 1, tesl 4 dan juga opsyen Bahasa Cina 1. Kumpulan pelajar ini telah diwajibkan untuk menyertai program BIG (Bina Insan Guru). Seramai 78 orang guru pelatih telah menghadiri program ini selama empat hari tiga malam. Pensyarah pembimbing terdiri daripada Puan Zaiton Jaafar sebagai kem komanden, Tn. Hj Ahmad fadzil bin Noor, En Tauhid bin Hj. Sudar, Tn. Haji Nasir bin abdullah, Haji Othman bin Mustaffa, En Azman Bin Aris, En Khairul Azizi bin Mohd Yamin dan pensyarah pengiring setiap opsyen. Program ini adalah sebagai satu langkah untuk memantapkan lagi keperibadian guru pelatih. Sebagai seorang bakal guru, sifat kepimpinan, berdikari dan bertanggungjawab adalah keperluan bagi membina jati diri yang kukuh untuk menjadi seorang guru dan cemerlang dan berdedikasi. Program ini berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Guru haruslah menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang terancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi kearah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Guru-guru diharap diharap dapat melahirkan kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan sentiasa bersedia. Selain itu, Para guru juga mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

RASIONAL BIG BIG melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta ciri keguruan yang selaras dengan prinsip rukun Negara, falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan sepanjang program pendidikan. Keguruan berasakan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia.

Anda mungkin juga menyukai