Anda di halaman 1dari 4

Cakap Ajuk Cakap Pindah

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

Jangan mengubah makna asalnya.

Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

Lakukan perubahan perkataan:

contoh:
- saya .....................dia..............................- kamu ...............................dia
- kami ....................mereka........................- hamba.............................dia
- di sini...................di situ/di sana..............- begini...............................begitu
- kini.......................ketika itu......................- dan sebagainya.

Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

contoh:
- mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga.............. .- bila....................................masa

Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan
dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv.Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir,
memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendalah
ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan.
Contoh :
CAKAP AJUK; Petang semalam engkau pergi ke mana? Tanya Jusoh kepada Ali.
CAKAP PINDAH :Jusuh menanya Ali ke mana dia pergi pada petang semalamnya.

Ayat-ayat untuk cakap pindah hendaklah dihubungkan dengan kata-kata penghubung dan juga kata
depan.
Contoh:
Sudin

: Man! Kita dah sampai ni. Jangan lupa, tanggal kasutmu sebelum kita menyeberang

Man

: Baiklah, Din. Nah, tolong pegang beg aku ni, Din!

parit itu.

Jawapan:

Sudin memberitahu Man yang mereka sudah sampai sambil mengingatkannya

supaya menanggalkan kasut sebelum menyeberang parit besar tersebut. Man
menyetujuinya tetapi meminta Sduin menolongnya memegang begnya.

Beberapa kata ganti nama perlu diperhatikan, termasuklah kata ganti nama orang yang
pertama. Kata ganti pertama dalam cakap ajuk tidak berubah kiranya yang bercakap itu diri
yang pertama.
Contoh:
CAKAP AJUK : Aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa rumah sebelum akhir bulan ini,
Aku memberitahu penjual rumah
CAKAP PINDAH: Aku memberitahu penjual rumah yang aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa
rumah sebelum akhir bulan ini.

Kata ganti nama diri pertama dalam cakap ajuk menjadi diri kedua apabila yang bercakap itu

diri yang kedua.

Contoh:
CAKAP AJUK:

Awak memberitahu saya. Saya akan balik berjumpa orang tua saya pada hujung
minggu ini.

CAKAP PINDAH: Awak memberitahu saya yang awak akan balik berjumpa orang tua awak
pada hujung minggu ini.

Kata ganti diri pertama hendaklah diubah menjadi kata ganti diri ketiga apabila orang yang
bercakap itu diri yang ketiga.
Contoh:
CAKAP AJUK: Dia berpesan kepada saya, Jika saya tidak datang menjemput awak sebelum
pukul dua petang ini bolehlah awak balik sendiri dengan bas.
CAKAP PINDAH: Dia berpesan kepada saya bahawa jika dia tidak datang menjemput saya sebelum
pukul dua petang bolehlah saya balik sendiri dengan bas.

Kata ganti diri kedua tidak ada apa-apa perubahan kiranya yang dilawan bercakap itu diri
kedua.
Contoh:
CAKAP AJUK: Awak selalu lewat datang ke pejabat, kata saya kepada awak.
CAKAP PINDAH: Saya memaklumkan kepadanya bahawa dia selalu lewat datang ke pejabat.

Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah menjadi kata ganti diri pertama apabila
yang dilawan bercakap itu diri pertama.
Contoh:
CAKAP AJUK:

Dia berkata kepada saya,Awak memang rajin tetapi segala kerja suka bertangguhtangguh.

CAKAP PINDAH: Dia memberitahu saya bahawa saya memang rajin tetapi segala kerja suka bertangguhtangguh.

Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah dipindahkan menjadi diri ketiga apabila
yang dilawan bercakap itu diri ketiga.
Contoh:
CA KAP PINDAH: Kata Samad kepada dia, Tindakan awak itu membahayakan orang lain.
CAKAP PINDAH; Samad memberitahu bahawa tindakannya membahayakan orang lain.

Beberapa perubahan dari segi masa juga diambil kira;

sekarang

masa itu

=>

hari itu

esok

=>

esoknya, keesokannya

pagi tadi

=>

pagi itu

malam tadi
semalam

=>

hari ini

=>
=>

malam sebelumnya
semalamnya

tadi

=>

tadinya

sini, di sini

=>

situ, di situ

ini

=>

itu

begini

=>

begitu

Apabila terdapat tanda baca atau tanda soal perlulah dihilangkan dan diganti dengan pemberitahuan
sahaja.
Contoh:
CAKAP AJUK :Jamal bertanya emaknya, Berapa ringgit harga seluar itu mak?
CAKAP PINDAH: Jamal menyoal emaknya berapa ringgit harga seluar ituga seluar itu

Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah.
Samad
: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah .:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
....................percutian mereka.
Samad .... .: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
...................dalam diri.
Jawapan:
.Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik
untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang
bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan
melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta
seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong
di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Latihan Pengukuhan 1
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................
Jawapan:
______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________