Anda di halaman 1dari 3

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

KONSEP DAN DEFINISI


KITARAN HIDROLOGI Pergerakan air dalam semua keadaan asal seperti wap air, cecair, dan pepejal yang bergerak meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun ke tanah dalam bentuk kerpasan SEJATAN Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan merupakan proses asas dalam kitaran hidrologi. Proses ini berlaku secara menegak. SEJAT-PELUHAN (TRANSPIRASI) Pepeluhan ialah kehilangan air melalui liang-liang stoma daun.proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera. SEJAT-PELUHAN POTENSI Sejat-peluhan potensi ialah pepeluhan daripada tumbuhan jika tanah itu mengalami lembapan yang optimum. SEJAT-PELUHAN SEBENAR Sejat-peluahan sebenar ialah kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanah dan pepeluhan tumbuhan dalam satu jangka masa yang tertentu dibawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah. PEMELUWAPAN Pemeluwapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau cairan salji.pemeluwapan terjadi akibat kejatuahn suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi ke atmosfera. KERPASAN Kerpasan didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwapdan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal yang jatuh ke permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan ialah sepeti hujan, hujan batu, hujan gerimis, dan juga salji. PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA Merujuk kepada halangan dari kanopi tumbuhan kepada air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang, dan dll yang menyebabkan tidak semua air hujan akan menimpa bumi. AIR LARIAN Air larian ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir sama ada diata permukaan bumi sub-permukaan atau dala sunagi setelah jumlah

keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasa, susupan dan yang dugunakan oleh tumbuhan. SUSUPAN AIR BAWAH TANAH (INFILTRASI) Susupan bererti pergerakan air hujan yabg berlaku secara menegak menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara didalam tanah. Kadar susupan atau ketelusan ini bergantung kepada saiz, bentuk dan peratus liang pori yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah. AIR TANAH Air tanah ialah semua air yang terdapat dibawah permukaan bumi. Air yanah merupakan jasad air didapati daripada susupan dan tesimpan di dalam batuan telap ir yang di kenali sebagai akuifer. AKUIFER Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung air dan membendung air.formasi geologi yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai akuifer.. PERGERAKAN AIR TANAH Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya.seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam system akuifer. IMBANGAN AIR Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan adalah sama banyak yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan, sejatan, yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan didalam tanah sebagai storan. IMBANGAN AIR GLOBAL Input air yang di terima oleh seluruh permukaan bumi datangnya daripada kerpasan . Outputnya pula adalah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara sejatan di permukaan air,sejatan dari lembapan tanihdan juga pepeluhan dari tumbuhan disamping air yang diguna oleh manusia dan haiwan. Storannya adalah yang di simpan didalam akuifer sebagai air bawah tanahdan juga simpanan permukaan seperti di dalam tasik,kolam, sungai dan laut. IMBANGAN AIR TEMPATAN Imbangan air tempatan meliputi wilayah, negeri, atau kawasan kecil. Input ait datangnya dari kerpasan dan lembangan saliran yang bersebelahan dengannya. Air tersebut akan disimpan di dalam sistem saliran sungai, tasik, paya, empangan, dan dll.Outputnya dikeluarkanoleh proses sejat-peluhan, di guna oleh tumbuhan dan haiwan, diluahkan oleh sungai ke laut dan yang digunakan manusia.

IMBANGAN AIR NEGATIF Imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekuarangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Kadar sejatan melebihi daripada kerpasan yang turun dikawasan berkenaan. IMBANGAN AIR POSITIF Imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan khususnya hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir. BANJIR KILAT Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat.Akibat curahan huajn yang lebat,menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat. KEMOROSOTAN KUALITI SUMBER AIR Kemerosotan kualiti sumber air bererti pencemaran terhadap sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dantakungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. HIDROLOGI BANDAR Hidrologi Bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar, dan juga sumber-sumber air di bandar. Ia juga melibatkan semua proses kitaran hidrologi. PENGURUSAN SUMBER AIR LESTARI Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak, dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap dan optimum, tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.

Anda mungkin juga menyukai