Anda di halaman 1dari 12

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

CABARAN MENGEKALKAN KEMERDEKAAN ( 29 Ogos 2008 / 27 Syaban 1429H )

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya berseru untuk diri saya dan tuan-tuan sekalian agar sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya semoga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-51, mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi agar nikmat ini akan berkekalan dan kemakmuran negara

akan sentiasa bertambah dengan pengisian-pengisian yang diredhai Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras. Imam Al-Ghazali menggariskan bahawa bagi mensyukuri nikmat Allah itu perlulah ada 3 perkara berikut, iaitu: i. Hendaklah mengiktiraf bahawa nikmat tersebut datangnya daripada Allah S.W.T walaupun pada zahirnya ia datang melalui pelbagai sebab dan sumber. ii. Hendaklah tidak mensia-siakan nikmat tersebut dengan mengabaikannya. iii. Hendaklah menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang diredhai oleh Allah S.W.T Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Sekiranya kita mengurangkan salah satu daripada tiga syarat bersyukur seperti yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali sebentar tadi, maka kita akan menjadi orang yang kufur terhadap nikmat Allah SWT dan akibatnya ialah; Allah akan kurangkan atau menarik balik nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Itulah yang disebutkan oleh Allah sebagai azab yang dahsyat. Oleh itu, sekiranya kita kufur dengan nikmat kemerdekaan maka Allah akan menarik semula erti kebebasan dan keamanan. Akibatnya, kehormatan negara kita akan dihina, nyawa kita akan terancam, akal kita akan dipermainkan, maruah dan kehormatan diri serta keturunan akan

dicemar seterusnya harta kita akan diceroboh dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang berlaku pada saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Darfur dan Somalia. Kemungkinan pada saya khutbah ini dibacakan kesengsaraan sedang berlaku dan terus berlaku selagi kemerdekaan tidak tercapai. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Sekiranya kita ingin mengekalkan kemerdekaan maka jawapannya ialah dengan mengisi kemerdekaan yang kita kecapi dengan programprogram yang di redhai oleh Allah SWT selaras dengan konsep syukur sepertimana yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali sebentar tadi. Persoalannya: Adakah kita telah mentadbir dan mengurus diri kita dengan ketaatan kepada Allah? Adakah kita mentadbir dan mengurus keluarga kita dengan ketaatan kepada Allah? Kita perlu meneliti hubungan diri kita dengan Allah dan melakukan muhasabah dan seterusnya kembali kepada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Ketahuilah bahawa musuh-musuh Islam memang sentiasa merancang dan melakukan serangan-serangan samada ia berbentuk serangan fikiran atau serangan yang berbentuk fizikal demi merampas kemerdekaan yang kita kecapi. Namun persoalannya adakah kita mempunyai pertahanan yang ampuh dalam menghadapi segala cabaran ini? Dalam konteks ini, Islam telah menggariskan lima kepentingan yang wajib dijaga yang tiada tolak ansur untuk mengabaikannya agar Umat Islam mampu bertahan menghadapi segala cabaran. Kepentingan tersebut mengikut keutamaan ialah:Pertama : Menjaga Agama
3

Umat Islam wajib meletakkan kepentingan Agama ditempat yang teratas. Segala perkara yang merosakkan Agama hedaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Segala program-program yang merosakkan Aqidah hedaklah dihentikan. Semua program pembangunan hedaklah mengambil kira kemuliaan Agama Islam. Pemimpin yang menjaga Agama akan menjadi seorang yang adil dan berintegriti, tidak akan membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak dan moral. Seorang tentera yang beragama akan sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahankan agama, bangsa dan negaranya. Orang yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi runtutan hawa nafsunya. Kedua : Menjaga nyawa Umat Islam wajib memelihara nyawanya, tidak boleh membunuh dirinya atau orang lain dengan jalan yang tidak benar atau membiarkan nyawa terancam. Oleh itu Islam mengharamkan penumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Islam juga mewajibkan pertahanan negara dengan menyediakan segala sumber kekuatan untuk menangkis segala serangan musuh yang akan mengancam nyawa kita. Undang-undang jalanraya wajib dipatuhi walaupun ianya adalah ciptaan manusia kerana matlamatnya adalah untuk memelihara nyawa. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah, ketenteraman dan keamanan akan hilang. Keselamatan makanan sebuah negara juga wajib dijaga, terutamanya makanan ruji seperti beras kerana ia berkaitan dengan mati ataupun hidup. Adalah menjadi fardhu kifayah kepada semua umat Islam untuk menghasilkan keperluan makanan

mereka demi menjamin kebebasannya di arena antarabangsa seperti kata pujangga Arab:

Ertinya: Barang siapa memiliki makanannya dia akan memiliki kebebasannya. Ketiga : Menjaga akal Umat islam wajib menjaga akal yang dikurniakan oleh Allah. Segala benda yang menghilangkan akal adalah diharamkan samada dadah mahupun arak. Islam mengharamkan arak dan dadah kerana ia melalaikan manusia daripada menunaikan tanggungjawab. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan bersih. Kehilangan akal amat ditegah dalam Islam. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan akal wajib dan patut dibanteras dengan segera. Hanya generasi yang berakal yang mampu mempertahankan kemerdekaan negara. Keempat : Menjaga maruah dan keturunan Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab penzinaan, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh dengan sendirinya sebagaimana yang berlaku dalam sistem komunis di Kesatuan Soviet yang telah runtuh dalam tempoh masa lebih kurang 73 tahun sahaja dan akhirnya mereka mengiktiraf semula sistem perkahwinan. Demi menjaga keturunan, Islam mengharamkan zina dan segala unsur yang membawa kepada zina seperti pergaulan bebas antar lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, gambar-gambar lucah dan sebagainya. Mereka yang menyebarkan dan mempromosikan pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan, menyebarkan kelucahan perlu diambil tindakan kerana ia mencemarkan maruah bangsa dan agama, mereka bukannya idola yang harus disanjung dan diagung-agungkan selain ianya tidak selari dengan pendekatan Islam Hadhari dan falsafah pendidikan negara yang menjurus untuk melahirkan modal insan yang seimbang, cemerlang dan terbilang. Kelima : Menjaga harta Sifat ingin memiliki harta adalah suatu fitrah yang di iktiraf oleh Islam, namun Islam meletakkan garis panduan kepada pemilikan harta. Harta tidak boleh dimiliki kecuali dengan sebab-sebab pemilikan yang sah disisi Islam seperti jual beli, hadiah atau pemberian, perwarisan, zakat dan wasiat. Pemilikan yang tidak sah adalah diharamkan seperti mencuri, rasuah, penipuan dan sebagainya kerana ia adalah suatu kezaliman yang akan mencetuskan pemusuhan dan pergolakan dalam masyarakat. Apabila berlaku pergolakan maka negara akan kucar-kacir yang akhirnya akan memberi peluang kepada musuh merampas kemerdekaannya. Krisis makanan yang melanda dunia adalah contoh yang terbaik apabila peniaga menyorokkan barang kerana ingin mengaut keuntungan haram. Adalah tidak mustahil bahawa masyarakat sesebuah negara boleh huru hara kerana krisis seperti ini. Namun yang pastinya ia mengancam kestabilan dan kedaulatan sebuah negara yang merdeka. Sidang jamaah yang dirahmati Allah, Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam negara. Semua lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama mempromosikan makruf dan dalam masa yang sama mencegah dan menolak kemungkaran. Persoalannya, apa yang berlaku sekarang ialah terdapat satu pihak yang mencanangkan kebaikan namun di
6

satu pihak yang lain pula mempromosikan kemungkaran. Satu pihak mengalakkan budi bahasa dan sopan santun, di satu pihak lagi mengiklankan budaya kurang ajar dan tidak bermoral. Sementara Kerajaan menganjurkan keamanan, ada pihak yang lain pula mempromosikan budaya demonstrasi jalanan dan mencetuskan huru hara. Jadi kemanakah sebenarnya halatuju pengisian kemerdekaan kita? Apakah sebenarnya bentuk budaya bangsa yang kita ingin bina? Apabila berlaku kecelaruan seperti ini, semua pihak masing-masing menuding jari ke pihak yang lain. Ada yang menuduh ulama atau masjid tidak berperanan, ada yang menuduh sistem pendidikan telah gagal, ada yang menuduh pihak berkuasa tidak berperanan dan lain-lain lagi. Sebenarnya semua kita bertanggungjawab ke arah membentuk kemuliaan mempertahankan kemerdekaan ini. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Sebagai kesimpulan kepada khutbah ini maka untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini maka wajiblah kita melaksanakan perkara berikut:Pertama : Kedua : Hendaklah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali. Hendaklah kita menjaga dan mempertahankan kepentingan yang lima, iaitu: agama, nyawa, akal, maruah atau keturunan dan harta. Ketiga : Melaksanakan konsep amar makruf dan nahi mungkar dalam ertikata yang sebenarnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 96:

Maksudnya : Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

. . . - . -15 . . .
9

. . . .

- .
01

. - 15 - . . . . .

11

12