Anda di halaman 1dari 5

AKEA1109: Penguasaan Bahasa Komunikasi

Nama: Shalbinah Johari Narayanasamy No Matrik: AEA090422 Nama Pensyarah: En. Mohamad Saleeh Rahamad Tugasan: Ulasan Novel

Judul Novel: Makna Cinta Pengarang: Maria Alina Penerbit: Alaf 21 SDN. BHD. Tahun Terbitan: 2009 Novel Makna Cinta menceritakan mengenai suka dan duka kehidupan seorang gadis yang bernama Zulaikha. Gadis malang ini tidak pernah melihat ibunya yang telah meninggal dunia ketika melahirkannya. Lebih malang lagi, ayahnya juga telah meninggalkan mereka ketika dia masih di dalam rahim ibunya. Zulaikha dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kasih sayang. Nenek Jarah terpaksa membanting tulang dengan mengerjakan sawah padi milik Haji Imran demi membiayai perbelanjaan harian mereka. Zulaikha sering diejek dan diherdik oleh rakan-rakan sekelasnya. Hal ini kerana paras rupanya yang mirip dengan Haji Imran menyebabkan dia dianggap anak luar nikah oleh orang kampung. Khabar angin ini membuatkan Yusuf, anak bongsu Haji Imran membenci Zulaikha dan sering memalukan gadis itu. Namun begitu, anak sulong Haji Imran selalu mengambil berat mengenai Zulaikha walaupun dia berada di perantauan. Azril sering mengirim surat kepada Zulaikha untuk bertanya khabar dan sebagainya. Nasihat-nasihat dalam surat Azril member nafas baru kepada Zulaikha untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading.

Kematian Nenek Jarah akibat dihempap pokok getah telah menyebabkan Zulaikha menjadi sebatang kara. Hajah Zakiah memberikan Zulaikha buku akaun yang telah diamanahkan oleh ayah Zulaikha kepadanya. Hajah Zakiah juga menceritakan kepada Zulaikha mengenai ibu dan ayahnya. Nenek Jarah juga meninggalkan sepucuk surat kepada Zulaikha yang menyatakan bahawa ayahnya pernah datang untuk membawa dia pulang bersama, namun Nenek Jarah tidak memberi keizinan dan melarang ayahnya untuk datang berjumpa dengannya. Akhirnya Zulaikha pulang ke pangkuan ayahnya yang sangat gembira menerima kehadiran Zulaikha dalam hidupnya. Zulaikha juga berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti. Di sana Zuliakha bertemu Yusuf yang merupakan pelajar tahun akhir di universitinya, pertemuan kali ini telah melahirkan bibit-bibit cinta dihati Yusuf. Namun Zulaikha masih membenci Yusuf akibat perbuatan jejaka itu yang telah menjatuhkan maruahnya. Yusuf terus berusaha dengan gigih untuk memenangi hati Zulaikha. Pada masa yang sama, keluarga Yusuf merancang untuk menjodohkan abangnya dengan Zulaikha bagi menunaikan wasiat arwah ibu Zulaikha. Hal ini menyebabkan Yusuf membawa diri jauh daripada keluarganya. Setelah Azril mengetahui bahawa adiknya turut menyintai Zulaikha, dia bertekad untuk

mengorbankan cintanya. Akhirnya Zulaikha dan Yusuf berjaya disatukan seperti yang diwasiatkan oleh arwah ibu Zulaikha. Novel Makna Cinta sangat menarik kerana mempunyai jalan cerita, latar tempat dan masa yang menarik. Hal ini dapat dilihat daripada awal novel ini yang menceritakan mengenai pengorbanan cinta oleh ibu Zulaikha demi teman baiknya. Kemudiannya

menceritakan tentang Zulaikha dan neneknya serta kisah mengenai hidupnya sehinggalah saat dia dan Yusuf disatukan. Selain itu penggunaan unsur klimaks dan antiklimaks yang berkesan juga menjadi faktor penarik novel Makna Cinta. Kematian nenek Zulaikha merupakan klimaks kepada cerita ini, ketika ini pembaca tertanya-tanya nasib yang bakal menimpa Zulaikha selepas kematian neneknya. Namun surat yang ditinggalkan oleh Nenek Jarah dan buku akaun yang diberikan oleh Hajah Zakiah merupakan sentuhan antiklimaks bagi cerita ini. Hal ini menjadi salah satu faktor keunikan novel ini. Watak-watak yang menarik juga salah satu kelebihan novel Makna Cinta. Watak Zulaikha yang sangat tabah menghadapi segala ujian dan cabaran menjadikan novel ini sangat istimewa. Hal ini kerana watak utama yang berperwatakan lemah lembut, berani dan pada masa yang sama menjaga adab-adab seorang muslimah sangat diminati oleh para pembaca. Watak Yusuf yang berusaha untuk menawan dan memenangi hati Zulaikha pasti memikat hati para pembaca. Novel Makna Cinta juga mempunyai beberapa kekurangan seperti penggunaan bahasa rojak atau pasar. Contonya, penggunaan perkataan je untuk sahaja. Hal ini tidak perlu kerana pembaca tidak akan membaca dengan sebutan baku, maka unsure reality yang ingin ditonjolkan oleh penulis dapat dinikmati oleh pembaca walaupun dengan penulisan menggunakan bahasa baku. Hal ini penting kerana nilai bahasa perlu dijaga demi memartabatkan bahasa dalam karya mereka. Selain itu terdapat penerapan unsur-unsur barat di dalam jalan cerita ini juga sepatutnya dielakkan. Sebagai contoh, dating tidak sesuai dengan cara hidup

masyarakat daripada segi agama dan budaya. Maka unsur ini seharusnya tidak diselitkan oleh penulis disamping penggunaan bahasa Inggeris di dalam novel ini. Terlalu banyak watak menyebabkan kekeliruan di dalam novel ini. Novel ini mengandungi 20 hingga 25 watak yang menyebabkan wujud jalan cerita yang tidak kena mengena dengan watak utama dan kisahnya. Lebih teruk lagi, jalan cerita mengenai watak sampingan tidak memberi sebarang impak kepada cerita mahupun watak utama. Novel Makna Cinta boleh dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batas usia. Hal ini kerana novel ini menonjolkan nilai-nilai murni yang diminati oleh oleh semua golongan pembaca. Terdapat juga unsur-unsur kekeluargaan yang pasti menarik hati para pembaca. Contonhya , kasih seorang nenek terhadap cucunya. Nenek Jarah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Zulaikha. Percintaan merupakan aspek utama di dalam novel Makna Cinta, maka novel ini pasti diminati oleh para remaja.Hal ini kerana para remaja amat meminati kisah-kisah cinta, terutamanya yang melibatkan percintaan di kampus dan sekolah. Hal ini kerana usia yang muda menyebabkan mereka menggemari cerita seperti ini. Selain itu, novel Makna Cinta juga mengandungi watak yang mewakili pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini menyebabkan pembaca yang berbeza bangsa dan budaya. Hal ini menyebabkan pembaca yang berbeza bangsa dan bahasa juga turut membaca novel ini. Sebagai contohnya watak Huang Ho.

Anda mungkin juga menyukai