Anda di halaman 1dari 41

KPP1033 Psikologi Pendidikan Kuliah 5: Perkembangan Afektif

OBJEKTIF
Selepas membaca bab ini, pelajar dapat : Menerangkan unsur afektif dalam taksonomi Bloom Menerangkan aspek sasaran afektif Menghuraikan organisasi kecerdasan emosi Menghuraikan pengalaman manusia melalui emosi, sikap dan nilai kepercayaan.

Unsur Afektif
Domain Afektif Menurut Bloom (1956) objektif-objektif dalam pendidikan diklasifikasikan dalam tiga domain, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Taksonomi afektif mempunyai lima objektif yang berhubungan dengan respon-respon emosional. Dalam membincangkan afektif melalui pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya menunjukkan komitmen atau emosionaliti untuk mencapai objektif tersebut.

i)

Penerimaan
Dalam tahap ini, pelajar menerima dan bersedia untuk melibatkan aktiviti yang khusus dalam situasi persekitaran kerana mereka sentiasa sedar akan kepentingan menerima maklumat. Sebagai contoh, seorang pelajar akan mengikuti pelajaran dengan cermat tentang sesuatu topik. Dalam aktiviti penulisan, kata-kata kunci seperti menerima, membezakan, mendengar, mengasingkan, memilih, berkongsi dan bersetuju digunakan untuk melaksanakan tugasan penulisan dengan jayanya.

"The person who gets the farthest is generally the one who is willing to do and dare. The sure-thing boat never gets far from shore." Dale Carnegie

ii) Respon
Dalam peringkat respon, pelajar akan menjawab atau memberi respon kepada sesuatu pengalaman yang diterima daripada ilmu pengetahuan yang dikongsinya melalui pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti, pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru melalui pengajaran Sejarah. Pelajar menjawab semasa guru menyoal berkaitan sesuatu tajuk Sejarah. Sekiranya pelajar dapat menjawab soalan guru, bermakna memenuhi objektif respon tersebut.

iii) Menilai
Pelajar sentiasa aktif belajar melalui pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Di sepanjang hayat, pelajar terdedah dengan pelbagai pengalaman formal melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar yang menerima kesemua maklumat dan pengalaman akan dinilai keberkesanannya. Pelajar akan meneliti dan merumuskan pengalaman dan maklumat yang diperoleh tersebut, sama ada baik atau sebaliknya. Jadi, unsur penilaian akan dilakukan berterusan oleh pelajar sebagai refleksi diri terhadap pengalaman yang dialami melalui pengajaran dan pembelajaran.

Iv Mengorganisasi
Pelajar sentiasa bersedia mengorganisasi nilai-nilai baru dengan nilai-nilai yang tersedia wujud sebelum ini. Pelajar akan mengorganisasikan nilai-nilai baru melalui integrasi nilai atau mesej-mesej baru. Dengan organisasi nilai- nilai yang relevan pelajar dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu nilai baru yang dipelajari untuk diamalkan dalam hidup. Pelajar berjaya memberi respon emosi terhadap sesuatu nilai seperti kerjasama, kesederhanaan dan kasih sayang dalam menangani sesuatu isu pembelajaran.

v) Mencirikan Nilai
Pelajar biasanya beriltizam untuk mamahami dan menghayati sesuatu nilai semasa di peringkat sekolah. Pelajar sentiasa mempraktis sesuatu nilai yang dihayati. Contohnya, apabila pelajar bertanya soalan terhadap sesuatu pengajaran guru, sudah tentu amalan bertanya soalan akan memupuk sifat inkuiri di kalangan pelajar. Dalam memupuk nilai ini besar kemungkinan pelajar akan muncul sebagai seorang pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Perlu difahami bahawa nilai kritis dan kreatif disertai dengan emosi akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan penuh tanggungjawab terhadap nilai hidup yang berkualiti.
There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning. - Christopher Morley

Menurut Krathwohl, Bloom dan Masia (1964), pelajar akan sentiasa mencirikan nilai yang diterima dan terus memupuk sepanjang hayat. i) Fakta Ia merupakan sumber informasi dan maklumat yang diperlukan oleh pelajar di dalam sesuatu disiplin atau menyelesaikan masalah yang wujud di dalamnya. ii) Konseptual Ia adalah hubungan di antara elemen-elemen asas di dalam struktur besar yang berfungsi bersama. Sebagai contoh, kajian tentang asal-usul sesuatu bahasa. iii) Prosedural Ia merupakan suatu tatacara yang memberi panduan kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara berurutan. Contohnya, membina rumah.

iv)

Metakognitif
Ia adalah ilmu pengetahuan kognitif dan kesedaran tentang aspek kognitif yang perlu dialami bagi tujuan strategistrategi mengingat. Pelajar yang memahirkan diri dengan proses metakognitif di dalam sesuatu tugasan pembelajaran, misalnya akan membiasakan diri mendalami ilmu pengetahuan. Dalam pemprosesan informasi, metakognitif muncul sebagai kemahiran yang penting dengan proses kognitif. Proses kognitif adalah kemahiran yang mudah dan metakognitif adalah kemahiran kompleks.

Pelajar yang membiasakan diri dengan aspek pemikiran berdasarkan metakognitif dapat menghasilkan kerja dan tugasan yang bermutu. Proses afektif, iaitu perasaan, sikap dan emosi akan memandu pelajar menginternalisasikan sesuatu daripada tahap kesedaran ke arah peningkatan tingkah laku. Menurut Santrock (2004), dalam membincangkan proses kognitif apa yang perlu sedar ialah terdapat suatu kontinum kognitif yang mudah seperti cara mengingat kepada lebih kompleks, iaitu mereka bentuk sesuatu. Keenam-enam dimensi proses kognitif termasuk aspek mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka sesuatu.

Sasaran Afektif
Sasaran afektif termasuk sikap, keinginan, minat, perasaan, nilai dan tolak ansur yang memberi fokus kepada semangat (spirit). Manakala sasaran kognitif pula ialah ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran intelektual. Ia memberi fokus kepada minda. Dalam pada itu, domain psikomotor mempunyai sasaran kepada kemahiran manipulasi dan motor. Ketiga-tiga domain ini terkandung dalam taksonomi Bloom (1956) yang mendasari pembelajaran.

Dalam menentukan objektif pembelajaran, guru biasanya menggunakan kata-kata seperti bersetuju, mengelak, menyokong, mengambil bahagian, bekerjasama, memuji dan membantu pada sasaran afektif. Keadaan afektif merupakan suatu representasi emosi yang dialami oleh seseorang pelajar. Pelajar mengalami sasaran afektif pada tiga dimensi. Pertama, dimensi afektif positif di mana pelajar mengalami perasaan positif seperti relaks, keseronokan, kenikmatan atau gembira. Kedua, dimensi afektif neural pula sedikit atau tidak mengalami sebarang perasaan pada sesuatu masa. Ketiga, dimensi afektif negatif membayangkan perasaan dan emosi negatif seperti kesakitan, emosi, kerisauan, rasa bersalah, kebosanan dan kemarahan.

Pelajar yang mengalami keadaan-keadaan afektif akan menunjukkan perbezaan tingkah laku pada sepanjang tempoh persekolahan. Pelajar sentiasa mengalami tekanan-tekanan positif dan negatif untuk menyesuaikan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan afektif yang timbul seperti yang dihuraikannya akan memberi kesan dan impak terhadap sasaran afektif dalam menjana ilmu pengetahuan melalui proses-proses kognitif. Dalam situasi bilik darjah, pelajar seharusnya mengalami sasaran afektif yang berlainan, iaitu positif atau neural untuk mengadaptasikan tingkah laku pelajar ke arah penimbaan ilmu pengetahuan. Menurut Scholl (2003), perubahan-perubahan sasaran afektif akan memangkin konsep kendiri pelajar untuk merefleksi diri dalam sesuatu situasi bilik darjah. Penyesuaian afektif akan memantapkan lagi persepsi diri pelajar yang introvert atau ekstrovert, misalnya.

Formal education will make you a living; self education will make you a fortune - Christopher Morley

Peranan guru dilihat untuk menghubungkan pengalamanpengalaman pelajar yang lepas dengan pengalaman-pengalaman seharian di sepanjang proses pembelajaran. Kebolehan pelajar dalam merefleksi diri bergantung pada suasana persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Justeru, refleksi diri merupakan pertumbuhan personal kepada pelajar yang membantu keberkesanan pembelajaran. Dalam menentukan sasaran afektif yang berkesan, para guru seharusnya menggabungkan ketiga-tiga proses kognitif, konatif (kemahuan dan keinginan) dan afektif. Cronbach dan Snow (1977) merumuskan bahawa pemahaman tentang kognitif sahaja tidak memadai untuk menerangkan pembelajaran dan perbezaan pembelajaran individu. Perbezaan individu mempunyai kaitan dengan pemprosesan informasi menurut proses kognitif. Keupayaan individu dilihat dalam konteks afektif kerana segala keputusan ujian dan peperiksaan adalah hasil interaksi sasaran afektif dengan proses kognitif.

Kajian mutakhir tertumpu pada kuasa emosi yang dominan. Dalam pada itu, pengaruh sosiobudaya masih dilihat menentukan sasaran afektif yang berkesan. Tradisi kognitif masih dominan dalam menentukan arah tuju pembelajaran pelajar. Tegasnya, sasaran afektif memotivasikan, mengorganisasikan dan memandu pelajar dalam mempersepsi, memikir dan bertindak. Pelajar memerlukan imej-kendiri yang positif dalam pembelajaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain dalam konteks emosional untuk melahirkan suasana pembelajaran yang selesa dan baik.

Afektif dan Kecerdasan Emosional


Organisasi Kecerdasan Emosi Apabila para psikologis mula menulis tentang kecerdasan, mereka memfokus kepada aspek-aspek kognitif seperti memori dan penyelesaian masalah. Dalam pada itu, terdapat juga para psikologis yang memberi fokus kepada aspek bukan kognitif apabila berbicara kecerdasan. Sebagai contoh, Thorndike menulis tentang kecerdasan sosial pada tahun 1937. Wechsler pula mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan individu secara rasional dan bertindak secara efektif terhadap persekitaran.

Manakala Gardner menulis tentang teori kecerdasan pelbagai pada tahun 1983. Salavey dan Mayer telah membentuk istilah kecerdasan emosional pada tahun 1990. Goleman menyarankan terdapat empat domain kecerdasan emosional, iaitu: Kecerdasan diri (kecerdasan diri emosional, penilaian diri yang tepat dan keyakinan diri) Pengurusan diri (kawalan emosi diri, kebolehpercayaan orientasi pencapaian, inisiatif, optimisme) Kecerdasan sosial (empati, kecerdasan organisasi yang berorientasikan perkhidmatan) Pengurusan perhubungan (kepimpinan inspirasi, pengaruh, mengembangkan orang lain, pengurusan konflik, kerjasama berpasukan, komunikasi, permuafakatan)

Goleman juga menyatakan bahawa kecerdasan pelbagai adalah suatu keupayaan yang dipelajari dan bukan wujud secara semula jadi. Penyelidikan dalam pembelajaran yang berdasarkan minda mencadangkan bahawa kesihatan emosi akan membantu dalam pembelajaran yang efektif. Kejayaan pelajar dalam sekolah bergantung kepada pemahaman terhadap perkataanperkataan seperti keyakinan, perasaan ingin tahu, kawalan diri, berkomunikasi dan kebolehan untuk bekerjasama di antara satu sama lain. Kesemua rumus akan memberi ruang kepada pelajar untuk memajukan diri pembelajaran melalui kecerdasan emosi. Minat dalam kecerdasan emosi terutamanya dalam persekitaran memberi kesan terhadap perkembangan penyelidikan dan kurikulum.

Para penyelidik menyatakan bahawa pelajar yang dapat mengurus perasaan dengan baik dan mengendalikan urusannya secara efektif dengan orang-orang lain akan dapat menikmati kehidupan yang baik, efektif dan berkualiti. Dalam pada itu, pelajar yang sentiasa gembira akan menyimpan banyak informasi dan melakukan kerjakerja dengan lebih efektif daripada orang-orang yang mempunyai perasaan kurang berpuas hati. Tegasnya, kecerdasan emosi seseorang harus dibina dalam diri pelajar di sepanjang hayat. Para pendidik dan ibu bapa amat prihatin tentang konflik-konflik yang melanda di kalangan pelajar sekolah sehingga mengakibatkan perasaan kendiri yang rendah dan mula melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti penagihan dadah, menghidu gam dan sebagainya.
There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning. - Christopher Morley

Keadaan ini memberi dorongan kepada para guru untuk mengajar para pelajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kecerdasan emosi. Jadi, kecerdasan emosi mempengaruhi kebolehankebolehan yang lain yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Dalam sistem pengurusan sekolah, di peringkat sekolah yang mempunyai gaya kepimpinan yang bertunjangkan kecerdasan emosi membawa kepada kejayaan pelajar dari segi akademik. Ini kerana gaya kepimpinan pengetua atau guru besar dapat memberi inspirasi kepada guru-guru supaya berdedikasi dan bermotivasi untuk mengajar dan mendidik dengan baik. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk terus belajar dengan cemerlang.

"Success doesn't come to youyou go to it."Marva Collins

Afektif Melalui Pengalaman Manusia


Afektif Melalui Emosi Emosi manusia adalah asas kepada kecerdasan dan juga sifat kendiri dan moraliti. Minda manusia sememangnya berfungsi berdasarkan pemikiran yang memerlukan unsur afektif. Kajian berdasarkan pemerhatian pada bayi mewujudkan pola-pola emosi yang pelbagai. Seseorang bayi memberi respon dengan penumpuan, keinginan dan keseronokan terhadap deria-deria seperti sentuhan dan bunyi yang biasa diberi oleh ahli keluarga. Emosi-emosi ini membantu bayi-bayi mengorganisasi deria-deria dan respon-respon motor dan seterusnya mengembangkan rasa selamat.

Tahap-tahap perkembangan bayi akan memantapkan perasaan emosi dan ia membantu bayi berinteraksi dengan orang-orang di sekelilingnya dengan baik. Emosi yang kompleks akan mengakibatkan kordinasi deria-deria dan pola-pola motor dan mengembangkan bentuk komunikasi dan pemikiran awal. Bayi pada umur 12 hingga 18 bulan memberi ruang kepada respon-respon emosi untuk membina kemahirankemahiran penyelesaian masalah. Sebagai contoh, perasaan afektif akan dilihat apabila bayi memegang tangan bapa dan mengarahkannya untuk membelikan anak patung di pusat membeli-belah adalah langkah awal ke arah pemikiran saintifik dan mewujudkan hubungan sosial yang erat.

Bayi yang kurang memberi perhatian terhadap kemahiran afektif dan emosi akan kurang memberi makna pada sesuatu yang dipelajari. Dalam mengorganisasi emosi dan afektif, seseorang bayi akan melakukan permainan seperti memeluk anak patung atau melawan rakan bayi untuk mendapatkan anak patung. Bayi juga menyatakan perasaan secara verbal untuk meminum jus yang digemari, sebagai contoh. Akhirnya, kanak-kanak dapat berkongsi idea-idea emosi dengan orang lain. Kanak-kanak belajar pemikiran sebab-akibat secara simbolik melalui perhubungan emosi-emosi dengan idea-idea orang lain. Keadaan ini dianggap pengujian realiti, kawalan rangsangan, penumpuan dan pengadilan.

Dalam pada itu, disedari juga bahawa kanak-kanak mengalami interaksi-interaksi afektif yang kritikal, iaitu bergantung pada respon sistem saraf dengan deria-deria fizikal yang dialami di sepanjang kehidupan. Sekiranya kanak-kanak mempunyai deria-deria yang kurang, maka kanak-kanak itu memerlukan penjagaan dan keselamatan yang berlebihan. Kanak-kanak yang kurang peka atau sensitif terhadap sentuhan dan bunyi memerlukan interaksi-interaksi yang kuat dan bertenaga. Ada juga bayi atau kanak-kanak mempunyai visual yang kuat, tetapi kebolehan auditori yang lemah dan sebaliknya. Perbezaan-perbezaan ini akan berubah apabila kanak-kanak mengalami kehidupan dunia, perasaan afektif dan pembelajaran bersama para guru di sekolah.

Guru dapat membantu kanak-kanak dalam mengadaptasi interaksi-interaksi emosi yang dapat membantu meningkatkan kesihatan emosi dan kecerdasan daripada pemikiran yang kurang atau tidak diorganisasikan, masalah bahasa dan pembelajaran. Dengan memahami proses afektif kanak-kanak, para guru dapat memahami pengalaman emosi dan mereka bentuk idea-idea baru untuk mencuba menyelesaikan masalah. Pengamatan-pengamatan tentang peranan emosi memimpin guru kepada perspektif baru atas perkembangan kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Ilmu pengetahuan tentang asas-asas emosi akan membantu menyelesaikan banyak masalah yang dialami dalam masyarakat sekarang.

"Success is a journey, not a destination." Ben Sweetland

Masalah kurangnya hubungan interaksi manusia, iaitu remaja dengan remaja, masalah rumahtangga dan interaksi ahli-ahli rumah menyebabkan guru perlu mendalami unsur-unsur afektif yang mendasari emosi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Emosi adalah penting dalam kehidupan peribadi dan sosial individu (Izard, Kagan dan Zajonc, 1984). Emosi berlaku hasil interaksi antara persepsi rangsangan persekitaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk menyelitkan perkembangan emosi bagi mengintegrasi pertumbuhan intelek dan emosi. Pertumbuhan emosi dapat membantu pelajar menerima kemahiran, sikap, nilai dan pengalaman yang membolehkan mereka belajar dalam situasi yang kondusif.

Afektif mempunyai nilai emosi yang mendasari pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap pengajaran guru menitikberatkan proses kognitif, iaitu memproses informasi dan menyampaikan maklumat sedia ada dalam ingatan guru kepada pelajar di dalam kelas. Sebahagian besar pengalaman guru mengajar di dalam kelas adalah berdasarkan proses kognitif. Proses afektif tidak diberi perhatian secara langsung atau tidak langsung oleh guru. Perasaan emosi sentiasa hadir dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Guru tidak peka terhadap perasaan emosi yang hadir secara langsung atau tidak langsung. Guru hanya menumpukan perhatian terhadap proses penyampaian informasi dalam pelajaran kepada pelajar.

Walaupun guru telah mempelajari taksonomi Bloom yang menyentuh domain kognitif, afektif dan psikomotor, namun para guru tetap mengutamakan proses penyampaian isi kandungan pelajaran dalam konteks kognitif semata-mata. Perasaan afektif harus dijadikan saluran untuk menyampaikan maklumat kerana afektif yang mendasari emosi akan memberi kesan mendalam dalam jiwa pelajar yang mengikuti isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Emosi akan memangkin proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pelajar dapat mengikuti pelajaran melalui kesan emosi yang dialami. Unless you change how you are,you will always have what you've got. Jim Rohn

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengajaran yang diberi perhatian khusus melalui nilai emosi dapat memberi peluang kepada pelajar. Pemprosesan informasi yang disertai oleh emosi seperti gembira, sedih, kecewa, takut, gementar, berani dan sebagainya akan memangkin proses berfikir pelajar dengan mendalam. Apa yang jelas ialah sudah tiba masa untuk melihat kembali kepentingan konteks afektif yang mendasari perasaan emosi diberi perhatian untuk memberi ruang kepada pelajar belajar dan mengingati fakta yang diajar oleh guru. Pengajaran guru perlu dilihat dalam dimensi kognitif dan afektf. Maka, fakta yang diajar harus dikaitkan dengan perasaan emosi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Afektif Melalui Sikap


Perbezaan di antara komponen afektif dan kognitif sebagai suatu sikap telah menarik perhatian dalam penyelidikan bentuk sikap dan perubahan sikap. Komponen afektif tentang sikap termasuk perasaanperasaan, emosi-emosi atau desakan-desakan. Keasalan sikap itu sendiri harus dilihat dalam dua dimensi, iaitu afektif atau kognitif. Pendekatan fungsi sikap dibentuk melalui aspek kognitif (iaitu sebab-sebab, rasional dan sebagainya) dan aspek afektif (iaitu perasaan-perasaan, keperluan-keperluan, keinginan dan sebagainya). Kombinasi afektif dan kognitif dalam proses penerimaan sikap adalah saling memerlukan. Ini bermakna, fungsi-fungsi, keasalan dan perubahan sikap adalah sesuatu yang berhubungan.

Pembentukan sikap berbeza-beza mengikut tahap kognitif dan afektif. Manakala faktor-faktor kognitif pula mungkin dominan dalam sesuatu kes yang lain (Tina Huang Shih-tseng, at al., 1995). Sebagai contoh, seorang guru mengambil sikap untuk menghukum seorang pelajar yang telah melakukan kes disiplin. Sebelum guru menghukum, guru akan menghalusi kesemua fakta kes. Semasa menghukum, guru akan mengambil kira unsurunsur afektif yang mendasari pembentukan sikap demi tidak memprejudiskan pelajar dalam kes disiplin itu, misalnya. Ada juga yang menyatakan sikap wujud secara semula jadi atau wujud secara keasalan biologi.

Motivation is like food for the brain. You cannot get enough in one sitting. It needs continual and regular top up's

Sikap tidak boleh diperhatikan secara langsung, tetapi aksi-aksi dan tingkah laku yang diberi sumbangannya adalah boleh diperhatikan. Dalam pembentukan sikap, perlu juga dilihat terhadap perubahan pada sikap di mana ia adalah perubahan dalam hala tuju, tahap atau kekebalan sikap itu sendiri. Walaupun sikap disimpan dalam memori secara berasingan jika dibandingkan dengan unsur-unsur kognitif, namun sikap biasanya lebih kuat apabila rangkaian di antara komponen-komponen kognitif dan afektif sentiasa diingat semula secara sedar (Zimbardo dan Leippe, 1991). Dalam pada itu, sebagai contoh teori pembelajaran sosial merumuskan bahawa, sikap dibentuk juga melalui pemerhatian dan mengimitasi tingkah laku orang lain. Pembentukan sikap akan memberi impak kepada tingkah laku pelajar untuk terus menguasai kemahiran-kemahiran tertentu untuk memantapkan personaliti pelajar berkenaan.

Dalam situasi bilik darjah, guru harus membentuk sikap pelajar yang positif dengan membimbing ke arah pemantapan sikap. Pengekalan sikap positif akan membantu pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Manakala perubahan sikap ke arah negatif akan membantut perkembangan pelajar secara menyeluruh. Guru harus memahami proses-proses mental yang mendasari pemikiran dan perasaan yang positif terhadap segala informasi yang diterima termasuk dalam bentuk bahan pengajaran. Pendek kata, sikap memainkan peranan penting dalam komponen-komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Sikap adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan boleh berubah mengikut pembelajaran dan pengalaman seseorang pelajar dalam situasi bilik darjah, khususnya.

Afektif Melalui Nilai Kepercayaan


Pembelajaran afektif adalah berhubungan dengan sikap, kepercayaan dan nilai. Setiap pelajar di dalam kelas adalah berlatarkan perbezaan nilai, budaya hidup, agama, keetnikan yang seharusnya difahami oleh guru. Dalam membincangkan nilai kepercayaan, budaya merangkumi proses sosialisasi yang dialami secara turuntemurun seperti kepercayaan, praktis, norma, tradisi dan ritual yang dipelajari daripada keluarga masing-masing. Aspek keetnikan adalah identifikasi yang berhubungan dengan kumpulan manusia yang mempunyai budaya dan sosial yang sama. Manakala, agama adalah kepercayaan yang bersandar pada konsep ketuhanan.

Nilai-nilai dibentuk dalam latar sosial yang pelbagai seperti orang yang hidup dalam latar pendidikan, sosioekonomi, spiritual dan budaya yang berbeza-beza. Oleh itu, guru harus sedar dan menghormati sikap, kepercayaan dan harapan pelajar dan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran. Oleh kerana wujud perbezaan nilai kepercayaan daripada guru dan pelajar, maka ia akan membawa kepada kebosanan, ketidakpuashatian dengan subjek, kurang berdaya dengan aktiviti berkomunikasi dan keyakinan guru kurang terhadap pelajar memberi sumbangan ke arah kemerosotan pencapaian.

Bassano (1986) mencadangkan kepada guru enam langkah ke arah perbincangan kepercayaan pelajar, iaitu: harus sedar pengalaman-pengalaman pelajar di dalam bilik darjah dan andaian-andaian mereka tentang pembelajaran bahasa membina keyakinan pelajar bermula di tahap mana pelajar berada dan bergerak perlahan-lahan menunjukkan pelajar tentang pencapaian membenarkan pelajar memilih sebanyak yang mungkin sedar tentang keinginan-keinginan, sasaran-sasaran dan objektif-objektif pelajar.

Bagi menentukan keberkesanan nilai kepercayaan, pelajar harus digalakkan untuk memaksimumkan perincian sesuatu maklumat dengan menggunakan katakata membezakan, mereka, mengintegrasi, menerangkan, memeriksa dan sebagainya untuk menginternalisasikan nilai kepercayaan supaya pelajar dapat membentuk sesuatu kepercayaan yang teguh. Dengan wujudnya nilai kepercayaan pada diri pelajar, maka sudah tentu pelajar akan menghargai set-set nilai dan membentuk suatu falsafah hidup ke arah sistem kepercayaan yang mantap. Dengan ini pelajar dapat menyelesaikan konflik jiwa dan menilai keberkesanan sesuatu tindakan di dalam situasi bilik darjah dan di luar bilik darjah. Tegasnya, nilai kepercayaan akan membina keyakinan dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran hidup.

Nilai kepercayaan adalah penting kerana ia akan membantu pelajar mengenal pasti apa yang benar dan apa yang salah, apa yang baik dan apa yang buruk. Apabila bertindak menurut nilai kepercayaan, pelajar akan berasa dihormati dan bangga pada dirinya. Ia membantu pelajar mengiktiraf ilmu pengetahuan yang dapat membentuk pemantapan minda dan sahsiah pelajar. Dalam pada itu, guru yang mempunyai nilai kepercayaan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam memenuhi rasa puas hati terhadap kerjaya perguruan. Guru akan beriltizam untuk memajukan organisasi serta berbangga dengan budaya persekitaran sekolah. Dengan ini dapat melahirkan daya kepepimpinan di kalangan guru yang seterusnya membantu pelajar membentuk nilai kepercayaan dalam mengejar kejayaan.

"A stumble may prevent a fall." English Proverb

Rumusan
Dalam bab ini telah dihuraikan perkembangan afektif yang mendasari taksonomi Bloom. Selain itu, dilihat juga bagaimana aspek-aspek perkembangan afektif seperti sasaran afektif, organisasi kecerdasan emosi dan pengalaman manusia melalui emosi, sikap dan nilai kepercayaan membantu pelajar menjana dan mencungkil ilmu pengetahuan. Sumbangan aspek kognitif sudah tentu dibantu oleh perasaan afektif yang menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Selagi Jiwa Dikandung Badan, Teruskan Perjuangan!

LAMBAIAN MALAR HIJAU Bersama Cikgu Jo dan Daneng

Anda mungkin juga menyukai