Anda di halaman 1dari 6

Apa itu AKSES dan EKUITI???

Assalamualaikum...hye..jumpa lagi.. :) Saat ni kami akan menerangkan pula erti bagi AKSES dan EKUITI.. Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan akses dan ekuiti??? Terdapat banyak definisi yang boleh kita cari melalui bahan rujukan..antaranya adalah kamus dewan bahasa dan pustaka..dimana Kamus Dewan edisi ke4 telah memberikan definisi :

AKSES - proses/cara untuk mencapai/memperoleh sesuatu data dan maklumat - capaian EKUITI - pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi - saksama, adil Jadi, secara amnya...AKSES dan EKUITI ini boleh menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat terutama pelajar yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mnedapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata...

isu-isu dalam akses dan ekuiti dalam matematik


salam semua.... terdapat banyak isu yang secara mata kasarnya kita dapat lihat menjadi salah satu penghalang dalam menghapuskan jurang dan memberi peluang kepada rakyat dalam pendidikan terutamanya subjek matematik..

sebelum kita pergi lebih jauh...kita perlu tahu apakah itu akses dan ekuiti dalam matematik????agak-agak kamu semua apa yea....?oklaah...kalau xtidak tahu..kami bagitau pada korang yea...

sebenarnya, maksud secara umumnya akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik ialah menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata....

banyak isu yang boleh kita bincangkan dalam blog ini....antaranya yang kumpulan kami bincangkan ialah isu mengenai bangsa, kurikulum, profesional dan kelainan upaya (OKU).....kadang-kadang kalau kita lihat, ramai yang terlepas pandang mngenai isu-isu ini dalam akses dan ekuiti dalam matematik....

jadi, sebagai seorang pendidik dan rakyat yang prihatin, kita perlu mengambil berat mengenai semua isu ini agar prestasi pendidikan matematik kita di malaysia lebih membangun dan meningkat setanding negara-negara lain yang lebih mendahului kita seperti negara jepun, china, singapura dan sebagainya....

selain daripada isu tersebut, terdapat isu-isu lain yang telah dibincangkan oleh kumpulan lain iaitu isu mengenai jantina, kawasan pendalaman, banduan dalam jail, teknologi dan sebagainya...

.jadi dalam blog kami...kami kupas isu yang kami akan bincangkan secara lebih mendalam agar kamu semua dapat maklumat dengan sewajarnya....

kami akan uploadkan hasil-hasil kerja kami untuk tatapan semua agar kamu semua mendapat maklumat secara lebih terperinci....kami akan bincangkan isu ini pada next post ok....selamat membaca semua....

http://accessandequity.blogspot.com/2011/10/isu-isu-dalam-akses-dan-ekuitidalam.html

2.31 Teras Pertama : Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti Untuk mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, negara memerlukan jumlah tenaga kerja mahir dan berpengetahuan yang signifikan. Teras ini menggariskan langkah-langkah peluasan akses ke pengajian tinggi berdasarkan prinsip meritokrasi. Di samping itu, penyertaan dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui kepelbagaian bakat dan keupayaan, memperluas akses melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan prasarana, peluasan penggunaan ICT dan kerjasama dengan agensi lain serta memastikan setiap individu yang telah ditawarkan tempat belajar di IPT tidak dinafikan peluang belajar kerana tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan.

Ini bermakna tidak wujud jurang kelas sosial, gender, umur, etnik, wilayah dan keupayaan fizikal.

http://www.scribd.com/doc/74868658/Akses-Dan-Ekuiti-Dalam-Matematik

Akses dan ekuiti Presentation Transcript


2. MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK Membentuk individu berfikiran matematik. Berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan. Bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, agar dapat menangani cabaran kehidupan hasil perkembangan sains dan teknologi 3. EKUITI?? AKSES??? 4. Akses proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat - capaian Ekuiti Pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi saksama, adil 5. SECARA AM,AKSES DAN EKUITI : Menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapat kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata. 6. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010 7. Matlamat Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh Meningkatkan kreativiti dan inovasi seta budaya ilmu Membudayakan sains dan teknologi serta pembelajaran sepanjang hayat Semua warganegara malaysia memperoleh peluang pendidikan dari segi akses, ekuiti dan kualiti 8. PENGKHUSUSAN Pendidikan prasekolah, rendah dan menengah Pendidikan tertiari ICT pendidikan Pengurusan pendidikan Pembiayaan pendidikan Program sokongan 9. PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA (PSPTN) 10. PENINGKATAN DAN PEMERKASAAN (2011-2015) PELETAKAN ASAS (2007-2010) KECEMERLANGAN (2016-2020) KEGEMILANGAN DAN KELESTARIAN (melangkaui 2020) FASA 11. TERAS Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran Memperteguh penyelidikan dan inovasi Memperkasakan institusi pengajian tinggi Mempergiatkan pengantarabangsaan Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT 12. ISU-ISU :

13. BANGSA Menurut Arlene Hambrick, Ph.d, National Louis University & Asta Syedkauskaite, North Central Eisenhower Mathematics And Science Consortium: walaupun orang kulit putih, hitam dan Hispanik mendapat pelajaran matematik sejak tahun 1990, masih ada jurang yang besar antara bangsa-bangsa ini (2005) 14. Malaysia Perbezaan pencapaian matematik antara bangsa melayu dan cina Menurut Sabri Ahmad, Tengku Azwawi & Aziz Omar, analisis keputusan SPM yang dilakukan di negeri Terengganu: pencapaian pelajar cina dan india dalam matapelajaran matematik tambahan adalah lebih baik daripada pelajar melayu (2006: 14) 15. Berikut adalah punca kepada perbezaan antara melayu dan cina 16. Punca? Menurut Norlia Abd. Aziz, T. Subahan M. Meetah, Lilia Halim & et.al: gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian sains dan matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif ( 2006) 17. Cara Mengatasi Kerajaan akan melihat model pembelajaran matematik dan sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: ia untuk diguna pakai di Sekolah kebangsaan (SK) yang mana dilihat ada jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini (2009: Berita Harian Online) 18. Kurikulum Pelaksanaan Kurikulum Pentafsiran Isi Kandungan Kurikulum 19. (I) Isi Kandungan Kurikulum Pada tahun 70-an, reformasi kurikulum utama menyaksikan pengenalan program matematik moden. Pada tahun 80-an, kurikulum matematik berubah mengikut kesesuaian dengan falsafah dan matlamat pendidikan matematik di peringkat rendah dan menengah. 20. Setiap perubahan kurikulum dirancang supaya sejajar dengan perubahan semasa masyarakat yang memerlukan pemahaman yang lebih kompleks dan canggih matematik. Kemunculan teknologi, terutama dalam bidang teknologi maklumat, memerlukan pelajar untuk mempunyai kemahiran tidak terhad kepada kemahiran berfikir yang lebih tinggi. 21. (ii) Perlaksanaan Kurikulum Penyediaan buku teks. - selaras dengan hasrat kurikulum kefahaman tentang guru matematik Sokongan ibu bapa atau penjaga - perlu memahami matlamat kurikulum - bekerjasama membantu pelajar. mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian 22. Sokongan pembuat dasar atau pengurusan sekolah - kefahaman tentang hasrat kurikulum kefahaman tentang keperluan guru matematik. - penyediaan infrastruktur bagi memudahkan peyampaian maklumat kepada pelajar. 23. (iii) Pentafsiran Apa itu matematik? - samada bukan ahli matematik dan ahli matematik mereka menjadikan matematik itu statik dan terhad kepada isi kandungan buku teks. - matematik sering dilihat sebagai apa yang ditentukan oleh buku teks dan sukatan pelajaran.

24. - terdapat kesedaran dalam menyampaikan nilai intrinsik dan keutuhan matematik. - matematik dilihat dari konteks yang berbeza dapat membantu para pendidik matematik dalam mencapai pemahaman yang mendalam. 25. Mengapa kita mengajar matematik di sekolah-sekolah? - matematik adalah bidang penting dalam kurikulum sekolah. - pelajar tertekan melakukan lebih baik dalam mata pelajaran matematik. - dalam abad 21 dan akan datang matematik sangat penting dalam kehidupan. 26. Bidang yang memerlukan kemampuan dan kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya. Individu yang mengamalkan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang profesion. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat) Definisi PROFESIONAL: 27. Isu Profesional Guru Dalam Pengajaran Matematik Agihan dan penempatan guru Matematik yang tidak seimbang di sekolah Pengajaran guru kurang realistic, alive, accessible Guru menggunakan pendekatan tradisional dan berpusatkan guru Guru kurang memberi perhatian dan bimbingan kepada murid Guru lemah dalam pengetahuan pedagogi 28. You cant teach what you dont know. But too many of our mathematics teachers may doing exactly that: teaching what they dont know. (Landmark 1983 Education document: A Nation at Risk) 29. CARA MENGATASI Penempatan guru mengikut opsyen dan kepakaran guru sandaran tidak terlatih dan guru minor subjek matematik diberi kursus untuk penambahbaikkan kemahiran mengajar. Guru mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran. Mengaitkan matematik dengan kehidupan. Membimbing murid melakukan group discussion dan tutorial. 30. Pengajaran matematik yang berkesan melibatkan beberapa kemahiran: Perancangan mengajar Pelaksanaan pengajaran Penyediaan latihan yang berterusan Pengayaan dan pemulihan 31. KELAINAN UPAYA (disability) Pakar matematik tidak memberi perhatian Peruntukkan kemudahan dan dana yang kurang untuk murid pendidikan khas Tanggapan guru - diskalkulia 32. The child with Learning Disability has difficulty with processing skills such as memory, visual perception, auditory perception, or thinking; and as a result has trouble achieving in at least one subject such as reading, mathematics , or writing (Lerner, 2003). 33. (i) Pakar Matematik Tidak Memberi Perhatian Menurut kirk (1989) kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Oleh itu, keadaan mereka ini tidak dapat menerima pelajaran seperti biasa atau seperti murid-murid normal. 34. (ii) Tanggapan Guru-diskalkulia Dys dalam bahasa greek bermaksud kesukaran. Manakala calculia dalam bahasa latin bermaksud pengiraan. Ada sesetengah mahir berbahasa dan menulis tetapi lemah dalam pengiraan. 35. (iii) Peruntukkan Kemudahan Dan Dana Untuk Murid Pendidikan Khas Kemudahan untuk murid masalah pendengaran dan masalah penglihatan (ABM) kurang. Dana untuk memperuntukan kemudahan komputer tidak mencukupi.

36. Kesimpulan Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti di kalangan rakyat Malaysia:- Bangsa Kurikulum Profesional Kelainan Upaya (OKU)