Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor individu Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah sosial remaja ialah semangat inkuiri yang ada

pada individu tersebut. kita sedia maklum ramaja era moden ini nerupakan generasi Y. Mereka pantang dicabar dan mempunyai semangat ingin mencuba yang tinggi. Pada usia setahun jagung lagi mereka terdedah dengan kecanggihan teknologi yang semakin maju. Oleh itu, mereka mepunyai rasa ingin mencuba dan mengetahui sesuatu yang tinggi. Kesanya, ia membawa kepada keburukan kepada diri mereka sendiri sekiranya mereka melakukan sesuatu tindakan di luar jangkaan. Seterusnya membawa mereka terjebak dalam masalah sosial. Faktor kedua yang menyumbang kepada masalah sosial remaja ialah kurang didikan agama. Tidak dinafikan, kurangnya didikan agama menjadi salah satu faktor kepada berlakunya masalah sosial remaja. Apabila seseorang remaja itu kecetekan ilmu agama, dia akan melakukan sesuatu tindakan tanpa memikirkan perbuatan yang dilakukannya itu betul ataupun tidak. Seseorang yang kecetekan ilmu agama tidak akan mengambil kisah akan perbuatannya sama ada ia melanggar batasan-batasan ajaran agama mereka. Seseorang yang gagal mendapat ilmu agama yang sempuna mudah terjebak dalam masalah sosial terutama bagi golongan remaja. Faktor ketiga yang menyumbang kepada masalah sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Selain daripada ahli keluarga, rakan sebaya merupakan salah satu saudara paling dekat bagi seseorang. Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mencorak warna kehidupan seseorang itu. Kita sedia maklum bahawa pengaruh rakan ada yang baik dan ada yang buruk. Sekiranya pengaruh rakan sebaya itu menjurus kepada keburukan maka seseorang itu akan mudah terperangkap dalam sarang keburukan rakan berkenaan. Ajakan kawan merupakan bisa yang paling beracun dalam berkawan. Seseorang akan mudah terikut dengan ajakan kawan sekiranya seseorangan itu terpengaruh dengannya. Ajakan itu menjadi mudah sekiranya rakan tersebut memiliki lingkungan usia yang sama. Hal ini kerana, mereka lebih memahami antara satu sama lain dan tahu apa yang bermain di minda mereka. Faktor yang terakhir masalah sosial dalam remaja ialah pengaruh media massa. Media massa merupakan satu platform di mana semua perkara yang berlaku di dunia ini disiarkan di media. Pengaruh media massa amat kuat bagi masyarakat. Walaupun kita mendapat pelbagai maklumat daripada media massa namun ia juga membawa kemudaratan kepada seseorang terutama kepada golongan remaja. Mereka mudah terikut-ikut budaya yang dipaparkan di

madia massa. Contohnya, mereka akan meniru apa yang mereka lihat dan dengar kepada sesuatu yang realiti. Peniruaan yang tidak baik akan membawa kesan kepada seseorang remaja berkenaan. Akhirnya akan membawa mereka tergelumang dalam masalah sosial.

Anda mungkin juga menyukai