Anda di halaman 1dari 10

Tentangku (Zaira) (siti nur idora bt nazri)

1 Aku bertanya pada diriku yang serba kekurangan ini adakah aku akan terima semua ini dengan redha ? lalu hatiku terus menjawab tidak pasti kerana ini agak berat untukku menaggung sendirian . Aku ingin meluahkan semua ini kepada siapa? Aku tidak mempunyai sesiapa pun di dunia ini . ibu bapaku telah lama meninggalkan aku dan meninggalkan dunia yang serba moden ini. Sahabat ? em ... siapalah aku??tiada orang yang sudi berkawan dengan perempuan seperti aku ini . Aku hanyalah perempuan miskin , hidup sebatang kara dan tidak ada tempat untuk bergantung nasib. Nak harapkan ibu saudaraku yang kejam itu em... aku tidak sanggup kerana ibu saudaraku tidak menyukai ku. Aku ini bagaikan bola sesuka hati saja ditendang kesana dan kesini.badanku pula diibaratkan seperti dinding yang penuh ditampal bermacam-macam jenis pelekat kerana badanku dipenuhi oleh lebam-labam yang dihadiahkan oleh ibu saudaraku yang kejam itu. Aku tidak pernah menyangka ibu saudaraku ingin memeliharaku hanya kerana satu sebab iaitu, kerana inginkan harta ibu dan bapaku tetapi aku tidak kesah kerana bagiku harta bukan segala-galanya. Aku tidak tahan dan rela lagi untuk tinggal bersama ibu saudaraku,satiap hari ada saja benda yang akan melekat pada badanku, telingaku pula terpaksa ditadah untuk mendengar caci maki ibu saudaraku . Aku hanyalah seorang budak yang berumur belasan tahun yang inginkan kasih sayang.

Tetapi malangnya setelah kematiaan kedua ibu bapaku, aku tidak sedikit pun merasakan kasih sayang itu,malah aku hanya merasa rotan dan caci maki dari seseorang yang tidak berperikemanusiaan itu. Aku sedih kerana hidupku kosong, aku diberhentikan sekolah oleh ibu saudaraku.katanya aku ini hanya beban dia saja.aku terima semua itu tetapi aku tidak sanggup lagi tinggal bersama ibu saudaraku itu . Lalu aku berfikir macam mana hendak larikan diri dari seksaan ini. Tanpa aku berfikir panjang aku melarikan diri dan ikut sahaja kemana kaki akan menuju. Aku berjalan dan terus berjalan mencari ketenangan tetapi malangnya aku masih lagi tidak mampu mencari ketenangan itu,malah bermacam-macam dugaan yang aku perlu hadapi. Ketika aku sedang asyik berjalan aku menyedari ada seseorang yang tidak aku kenali memanggilku dengan suaranya yang garau itu,dia memanggilku dengan panggilan awek.awek,awek kamu nak kemana tu? Seorang diri aja ke nak cik abang temankan? Kata lelaki itu.lalu ku menjawab dengan spontannya hey kau siapa? Aku tak kenal kau, baik kau pergi dari sini sebelum aku memanggil polis datang ke sini. Sedangkan waktu itu aku takut sekali dan aku tidak tahu bagaimana hendak memanggil polis datang kesini sedangkan handphone pun aku tiada untuk dail pihak polis.publicphone pun tiada berhampiran di sini. Nak dikatakan balai polis dekat dengan kawasan ini tidak sama sekali kerana bayang-bayang balai polis pun tidak kelihatan apatah lagi bangunan balai polis . selepas itu , lelaki itu pun beredar dari situ sambil memesan kepadakuhey perumpuan kau tak akan terlepas dariku kau jangan menyesal. Aku pun buat-buat tidak dengar dengan kata-kata lelaki

itu, lalu aku cepat-cepat berambus dari tempat yang menyeramkan itu. Aku hanya berjalan tanpa membawa barangan apa-apa pun. Aku berjalan sambil bernyanyi,ibu......ibu bergenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu.sambil-sambil itu aku menangis menahan lapar dan terkenangkan ibuku yang ku sayangi . 2 hey!...hey! perempuan siap kau,sudah tiba masanya aku kerjakan kaudatang lelaki itu menuju kepadaku bersama dua orang lagi rakannya yang lain.ketika itu aku cuak dan jantungku rasa berdebar sangat sebab takut dan saat itu aku hanya mampu berserah kepada ilahi apa yang akan terjadi kepadaku. Lelaki-lelaki itu terus dan terus berlari mendapatkanku. Aku berlari sedaya yang aku mampu demi mempertahankan diriku sambil itu aku berdoa ya Allah selamatkanku lindungilahku ya Allah dari malapetaka yang akan menimpaku dan aku juga menangis ketakutaan sambil berlari pecut bagai masuk acara larian 100 meter. Dengan kuasa Allah yang Maha Esa lelaki itu serta dua orang rakannya tadi terhenti mengejut dan terus tergelincir lalu jatuh di atas najis-najis yang berselerakan di atas jalan.najis-najis itu ialah tahi lembu. Dengan tiba-tiba salah seorang daripada tiga lelaki itu pun berkata kurang hajar punya perempuan! Siap kau! Hari ini hari kau esok lusa aku pula ,nanti kita akan berjumpa lagi.lalu lelaki-lelaki itu pun berlari berkejaran mencari tandas untuk disinggah membersihkan diri setelah beberapa saat bermandian dengan najisnajis yang menjijikan itu. Aku pun ketawa kecil ha..ha..ha..dan bekata tak ingin aku hendak berjumpa dengan korang lagi sorrry sikit...aku pun berjalan dan sambil mengucap syukur kepada ilahi kerana telah menyelamatkanku

daripada lelaki-lelaki tadi.sambil aku berjalan dan berjalan aku ternampak sebatang pokok yang redup,lalu aku terus menuju ke pokok itu dan berehat kerana telalu penat berkejaran dengan lelakilelaki itu tadi. Aku fikir hendak berehat seketika sahaja,tapi aku tidak sedar yang aku telah pun terlena beberapa jam disitu sambil bernyanyi-nyanyi krohh!.... krohh!.....krohh!...aku juga tersenyum dalam hayalan kerana aku terbayangkan wajah kedua ibu bapaku.. Sambil aku tengah berkhayalan dilamun rindu kepada kedua ibu bapaku tiba-tiba aku tergerak hati untuk bangun dari tidur dan memandang ke sebelah kiriku dan aku ternampak satu lembaga yang amat aku takuti. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari lintang pukang,lalu hati kecilku terus berkata hay tadi sudah berlari dikejar lelaki tidak bemoral sekarang lari lagi sebab ada lembaga yang menakutkan...em...nasib badan katakan.... Tengah asyik berlari aku terasa lapar..manalah aku hendak cari makanan hendak mengisi perutku yang kosong ini sudahlah tengah malam ni...sabar aja la tunggu hari esok em..krok!..krok!.. cacing dalam perutku bernyanyi-nyanyi kesedihan kerana lapar. Sepanjang malam itu aku terjaga kerana kelaparan dan aku juga rasa takut hendak tidur kerana teringatkan lembaga yang aku temui kelmarin. Pada pagi ini aku rasa mengantuk dan penat sangat. Aku meneruskan perjalanku yang tanpa destinasi itu. Sambil aku berjalanjalan aku terdengar suara merdu sangat yang sedang melaungkan azan subuh. Tanpa berfikir panjang aku mencari dimana arah bunyi itu.sambil mencari dan mencari, aku terjumpa seorang pakcik tua yang berjalan seorang diri lalu aku cuba untuk mendekati pakcik itu. Perlahan-lahan aku berjalan untuk merapatkan diriku kepada pakcik itu.

Sesudah aku berjaya merapatkan diriku kepada pakcik itu, aku terus menegur pakcik itu, pakcik oo pakcik.. tapi malang nya pakcik itu tidak sama sekali menghiraukan diriku yang menegur ini. Tanpa putus asa aku terus dan terus lagi bersuara supaya pakcik itu menghiraukan ku. Aku pun mencuit bahu pakcik itu dan bertanya pakcik hendak kemana subuh begini? dengan nada yang sopan aku bertanya. Pakcik itu pun terus mengerutkan dahinya yang dah sememangnya mengerut itu. Dengan nada suara yang agak tinggi sedikit aku mengulangi pertanyaanku kepada pakcik itu, lantas pakcik itu pun menjawab dengan selambanya maaf lah nak ye pakcik ni pekak sikit, maklumlah dah tua, kalau anak nak bercakap dengan pakcik anak kena lah cakap kuat sikit ye bagi pakcik dengar. Hatiku rasa geram sangat lalu berkata kalau dah pekak badak tu cakap dari awal . Aku ni dah macam orang gila tanya soalan yang sama berkali-kali. Aku pun berfikir sejenak, tak patut aku berfikiran seperti itu terhadap pakcik itu. Lalu tanpa segan silu aku terus menghulurkan tanganku yang tak seberapa cantik itu kepada pakcik itu dan aku memohon maaf padanya. Tiba-tiba pakcik itu besuara kepadaku eh..eh anak kenapa ni?, bukan muhrim lah nak salam-salam ni lain lah kalau anak ni seorang lelaki boleh lah pakcik salam-salam dengan anak.. aku terpaku seketika oh lupa maaf ya pakcik dengan rasa malunya aku menjawap tetapi tidak tahu pakcik itu dengar atau tidak. 3 Peluang aku untuk mencari suara yang merdu yang telah melaungkan azan subuh itu tadi sudah hilang , kerana aku sedang asyik melayan pakcik tadi sehinggakan azan pun sudah habis dilaungkan, tanpa rasa segan aku mengekori kemana sahaja pakcik tadi menuju.

Tiba-tiba pakcik itu bersuara dah sampai nak, jom kita solat samasama dengan nada yang penuh sopan pakcik tadi mengajakku untuk solat bersamanya,. Aku pun menjawab ye lah pakcik, tunggu sekejap saya hendak mengambil wuduk, tapi kan pakcik saya mana ada bawa telekong untuk solat dengan rasa selambanya aku menjawab. Pakcik itu pun berkata tak apa nak dalam masjid ini banyak telekong yang telah disedikan di sebelah perumpuan, nanti anak pergi lah tengok ya dengan sopannya pakcik itu menjawab.aku pun membalas dengan sopan juga iya lah pakcik nanti saya tengok setelah saya selesai ambil wuduk. Aku pun memulakan ambil wuduk dengan basuh tangan dan aku menyudahkannya dengan bacaan selepas mengambil wuduk.setelah selesai aku mengambil wuduk aku terus menuju ke dalam masjid di sebelah perempuan dan aku mencari telekong yang sesuai untuk aku gunakan untuk solat berjemaah bersama-sama pakcik tadi. Aku solat subuh bersama-sama pakcik tadi serta para jemaahjemaah yang lain. Aku solat dengan khushuknya. Setelah selesai solat aku berdoa kepada yang maha Esa supaya ampunkan dosa aku dosa kedua ibu bapaku dan dosa semua umat-umat islam yang lain aku juga bermohon kepada yang Esa supaya diberikan petunjuk dan hidayahnya kepada ibu saudarku, mudah-mudahan dia berubah. Setelah selesai berdoa, para-para jemaah semua bangun dan bersalam-salaman sambil berselawat ke atas nabi. Setelah sahaja semua orang beredar dari masjid itu aku masih lagi menghadap kiblat dan menangis-nangis kerana aku tefikir-fikirkan nasib aku selepas ini, aku juga ada merasakan ketenangan setelah selesai solat subuh tadi,kerana sbelum ini aku tidak pernah pun sujud kepada yang maha Esa setelah kedua ibu bapaku meninggal dunia. Aku tidak berpeluang untuk sujud kepada yang maha Esa.

Sekarang aku bersyukur sangat kerana Tuhan telah memberi ruang kepadaku untuk sujud kepadanya sebelum aku menghembus nafasku yang terakhir,aku bersyukur sangat. Sambil aku sedang menangis pakcik tadi pun bertanya kepadaku kenapa anak menagis ni? Ada masalah ke? Boleh pakcik tahu? dengan tiba-tiba pakcik itu bertanya. Aku pun menjawab dengan nada yang agak menjerit sedikit panjang ceritanya pakcik! lalu pakcik itu mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham. Sesudah itu pakcik itu pun mengajakku ekori dia, tanpa aku berfikir panjang aku mengekori pakcik itu. Bermacam macam perkara yang pelik-pelik berada di benak fikiranku,semuanya perkara yang negatif. Aku bukan apa, aku hanya takut terjadi apa-apa sahaja kepada diriku ini. Sudahlah kehilangan ibu bapa tiada kawan, tiada orang yang menyayangi. Tapi aku yakin pasti tidak ada perkara yang buruk akan berlaku kepada diriku. Mudah-mudahan Tuhan melindungiku. Ketika asyik aku berjalan bersama-sama pakcik tadi,aku pun mendendangkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah sudirman, lagu itu berbunyi sebegini tidak ku minta lahir ke dunia tidak harap cacat sebegini.... aku bernyanyi-nyanyi sambil menghayati dan perlahan-lahan mengekori pakcik tadi dari belakang. Sambil seronok-seronok menyanyi-nyanyi,tiba-tiba kakiku tergelincir di tepi longkang yang besar.nasib baik kakiku tidak apa-apa dan nasib baik juga aku tidak terjunam kedalam longkang yang besar itu kalau tidak buat malu aja dekat pakcik yang aku ekori itu. Pakcik itu hanya memandangku dan senyum sahaja melihat perbuatanku itu. Aku meneruskan lagi perjalanku bersama pakcik tadi. Sepanjang perjalan kami pakcik tadi tidak sedikit pun bersuara, apatah lagi aku.

Aku takut hendak bersuara kepada pakcik itu kerana aku takut tidak didengari olehnya. Lebih baik aku diam daripada aku bersuara. 4 Aku dan pakcik tadi telah sampai ke destinasi yang kami tuju. Aku kehairanan kerana tiba-tiba saja pakcik itu jemput aku masuk kerumahnya tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya, dia hanya mengarahkan aku supaya masuk ke rumahnya saja. Aku pun dengan segera melangkah masuk ke rumah pakcik itu, aku melangkah dengan kaki kanan. Pakcik itu mengarahkan aku supaya duduk di atas kerusi yang telah dia sediakan dan pakcik itu bersuara maaf lah nak rumah orang kampung,sempit lah sikit dengan nada bagai merajuk pakcik itu bersuara. Aku pun menjawab tak mengapa lah pakcik janji ada juga tempat untuk berlindung!.dengan nada yang kuat aku bersuara. Duduk lah dulu nak ya, nanti pakcik panggilkan makcik sekejap, nanti anak cerita lah pada makcik apa yang anak hendak cerita pada pakcik tadi, makcik tidaklah pekak macam pakcik ni.sambil tersenyum pakcik berkata. he..he..he aku tergelak kecil sambil menganggukan kepala tanda faham. Aku bercerita panjang pada makcik, isteri kepada pakcik tadi. Aku bercerita sambil bersarapan pagi. Makcik itu sempati kepada aku lalu dia memeliharaku, keluarga pakcik dan makcik itu menjaga aku dengan baik sekali, mereka melayanku macam anak mereka sendiri, jauh lebih baik daripada aku terus hidup bersama ibu saudaraku. setelah aku berumur 20 tahun aku sudah cukup dewasa untuk berdikari dan mencari kerja. Dengan tiada kelulusan spm siapa yang ingin ambilku sebagai pekerja, aku terpaksa berusaha lebih sedikit untuk mendapatkan kerja, aku tidak akan putus asa, aku ingin juga

dapatkan pekerjaan kerana aku ingin membalas jasa keluarga pakcik dan makcik yang telah banyak berjasa kepadaku. Akhirnya usahaku tidak sia-sia aku telah diambil untuk bekerja sebagai seorang penyambut tetamu di sebuah hotel yang tidak terkenal, di sebuah hotel yang kurang sambutan pengunjung. Tapi aku tidak kesah janji aku sudah dapat kerja dan aku boleh membalas jasa pakcik dan makcik. Setelah beberapa tahun aku bekerja di situ, aku telah dapat ramai kawan yang baik, aku rasa sangat seronok, aku rasa sebelum ini aku tidak pernah rasa gembira macam ini, aku baru rasa ada ramai orang yang menyayangiku. Tidak seperti sebelum ini aku rasa semua orang tidak sayang akan aku, aku rasa aku sudah bebas daripada hidupan yang bagaikan neraka itu, aku rasa dunia ini bagaikan aku punya. Aku telah menganggap pakcik dan makcik itu macam kedua ibu bapaku aku rasa brsyukur sangat sebab Tuhan telah temukan aku dengan mereka berdua, mungkin inilah kebahagiaan yang aku tercaricari selama ini, terima kasih Tuhan terima kasih mak(makcik) ayah(pakcik). Hidupanku hari-hari sentiasa gembira, kesiksaan telah tamat. Tetapi aku heran kenapa wajahku banyak ditampal di mana-mana saja. Aku cuba baca apa yang tertulis di bawah salah satu wajahku yang ditampal itu. sesiapa yang jumpa budak ini sila dail pada nombor **********. Aku terpaku dan terkejut seketika. siapa yang mencariku? tanyaku sambil kehairanan. Aku berlari menuju kerumahku untuk menayakan perkara ini kepada mak dan ayah, apabila sampai aja aku di rumahku, aku terlihat wajah yang amat aku kenali dan amat aku benci. Aku tanya pada perempuaan itu kenapa kau datang sini? Kau nak apa lagi? Tak cukup lagi ke apa yang telah kau buat pada aku dulu? sambil aku

menangis. maafkan makcik nak,makcik tiada niat hendak buat kamu tersiksa, puas makcik mencari kamu kemana-mana akhirnya, nasib baik ada kelurga ni yang bagitahu kamu ada dengannya. Keluarga ni sudah cerita semuanya pada makcik. Makcik menyesal nak, jom lah tinggal dengan makcik, makcik kesunyiaan tinggal seorang diri. Aku tidak tahu kenapa aku ini lembut hati sangat, aku terus menerima pelawaan ibu saudaraku itu tanpa fikir apa-apa. Akhirrnya aku hidup gembira bersama ibu saudaraku dan aku juga tetap melaksanakan tanggunjawabku terhadap mak dan ayah yang amat aku sayangi. Akhirnya beginilah kesah aku dan hidup aku, ada suka ,ada duka. Namaku Zaira dan kini aku telah hidup bahagia bersama ibu saudaraku dan mak, ayahku. Tetapi aku tetap dengan kerjaku sebagai seorang penyambut tetamu. ....sekian......

Anda mungkin juga menyukai