Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Dari
segi istilah jahiliah bermaksud tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai
petunjuk, tidak mempunyai peradaban tamadun, masyarakat yang jahil dalam ilmu
dan tidak berakhlak1.

Masyarakat arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah


Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga
turunnya wahyu allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah
ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M. hingga 610 M. Zaman
jahiliah juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat arab jahiliah
tidak menyembah Allah malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan
mempercayai animisme2.

Secara umumnya masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada 2


golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi
tinggal di kawasan gurun dan pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung
Tanah Arab. Masyarakat Hadhari pula menetap di kawasan persisiran pantai
Semenanjung Tanah Arab.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral


seperti berjudi, berzina dan meminum arak. Kedudukan wanita didalam masyarakat
Arab Jahiliah adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka
tinggalan ibubapa mereka. Malah ada dikalangan mereka yang menanam bayi
perempuan hidup-hidup. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

 
    
  
       
     
        


.(Al-Quran Surah Al-Nahl: 58-59)

:Terjemahannya

1
Muhd Yusuf Bin Ibrahim. 2005. Sejarah Tingkatan 4. Cetakan Keempat.
Ampang. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 99,100.
2
Ibid. Hlm. 100.
1
“Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya
menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada
kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut
dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa
yang mereka putuskan ”.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan. Sikap para pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan
semata-mata. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di
padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.
Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu
dalam setiap kabilah. Eksplotasi golongan kaya terhadap golongan miskin
merupakan amalam biasa.

Terdapat beberapa bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab


Jahiliah, iaitu agama Wathani, Animisme dan Samawi. Terdapat juga masyarakat
Arab Jahiliah menganut agama Hanif iaitu agama yang disampaikan oleh Nabi
Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.. Antara pengikut ajaran agama Hanif sebelum
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ialah Waraqah bin Naufal, Uthamn bin Huwairith
dan Abdullah bin Jahsh3.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah .Setiap kabilah


mempunyai identiti dan peraturan sendiri yang diketuai oleh seorang ketua yang
dipanggil sheikh. Amalan sistem kabilah telah mendatangkan kesan negatif dalam
masyarakat Arab Jahiliah. Antara kesannya ialah munculnya semangat Assabiyah
atau semangat kesukuan melampau. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah
yang lain sering terjadi di dalam masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan Al-Basus
adalah contoh dimana peperangan ini berlaku di antara Bani Taghlib dengan Bani
Bakar selama 40 tahun4.

Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai beberapa sifat yang mulia,


antaranya pemurah. Masyarakat Arab Jahiliah sering berlumba-lumba untuk
mempamerkan sikap pemurah dan mereka bermegah dengan sifat tersebut. Namun
begitu, kesan sifat pemurah ini melibatkan mereka dalam perjudian. Ini kerana
apabila mereka menang judi, mereka akan memberikan lebihan harta yang
dimenangi itu kepada orang miskin. Kerana itulah al-Quran tidak menolak bahawa
arak dan judi ada manfaatnya5. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

   


    
  

3
Ibid. hlm 101.
4
Ibid. hlm 102.
5
Al-Sheikh Safiyuu al-Rahman al-Mubarakfuri. 2006. Sirah Nabawiyyah S.A.W.
Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Hlm 50.
2
  
   
    

   
 

(Al-Quran surah Al-Baqarah: 219)

:Terjemahannya

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.


Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka
bertanya pula kepadamu: Apakah mereka akan belanjakan (dermakan)?
Katakanlah:“ (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari kepeluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-NYA (keterangan-
keterangan hokum-NYA) supaya kamu berfikir”.

Denagan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah menukarkan masyarakat


Arab Jahiliah ke masyarakat yang bertamadun dari segi rohaniyah mahupun lahiriah
sehinggakan kemunculan beberapa empayar Islam yang agung seperti empayar Bani
Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah yang akhirnya menyumbangkan
kepada Renaissance di Eropah.

3
FAKTOR JAHILIAH MODEN

Jahiliah ini wujud berpunca dari perbuatan manusia itu sendiri. Sejarah menunjukan
sikap manusia yang tidak mempunyai pedoman serta pegangan hidup menjadikan
manusia mempunyai nilai-nilai yang buruk atau jahiliah. Disini kami menerangkan
beberapa faktor jahiliah pada abad ke 20 ini atau dengan erti kata lain ‘jahiliah
moden’.

Faktor pertama ialah akidah yang sesat6. Ini adalah sebab utama kemunculan
masyarakat jahiliah itu sendiri. Akidah amat penting bagi menjadi pegangan hidup
seseorang manusia. Akidah yang benar bagi kesuluruhan umat manusia adalah
islam. Akidah beginilah yang dapat menolong manusia kearah kebenaran dan
menjadikan manusia itu jauh dari sifat tercela dan buruk.

Apabila akidah seseorang itu menyelewang atau akidah selain daripada islam
maka manusia akan mengalami kesesatan. Hal ini dapat dilihat di barat dimana
keruntuhahan moral amat dahsyat sehinggakan adanya perliku manusia yang berupa
seperti binatang dan syaitan. Ini disebabkan akidah mereka yang menyelewang dari
akidah yang diredhai Allah.

Dalam sejarah telah membuktikan bahawa penyelewangan akidah telah


menjadikan manusia itu mengalami keruntuhan akhlak, banyak berlaku peperangan
dan pergaduhan sesama mereka. Malah belum pernah terjadi dalam sejarah manusia
yang berpegang teguh pada akidah mengalami kerosakan dan keburukan. Contohnya
sewaktu zaman kegemilangan empayar Turki Uthamaniyyah dimana manusia
berpegang teguh kepada akidah. Ini kerana akidah yang benar sahaja dapat
menjadikan manusia mempunyai pedoman dan mendapat rahmat dan keberkatan
dalam kehidupan.

Penyelewangan akidah merupakan faktor utama yang mebawa kepada


kemunculan jahiliah itu sendiri. Apabila akidah seseorang itu menyeleweng maka
automatik akhlak dan sifat-sifat mereka menjurus kepada kejahiliahan.

Faktor kedua pula ialah tidak melaksanakan hukum Allah 7. Secara


umumnya, manusia yang menggunakan hukum selain dari hukum Allah mempunyai
kelemahan dan keburukannya. Malah hukum yang dicipta manusia pasti tidak akan
terlepas dari pelbagai kesilapan untuk mengukur manusia itu sendiri dari setiap
aspek kehidupan. Terutamanya dalam menjaga hubungan manusia dengan Allah
s.w.t yang mana jika tidak dipelihara sebaik mungkin dapat menggugat iman
seseorang muslim.
6
Muhammad Quthb. 1989. Jahiliah Abad Dua Puluh. Kuala Lumpur. Victory
Agencie. Hlm 56.
7
Ibid. Hlm 63
4
Oleh kerana sifat pemimpin yang hanya mengikut hawa nafsu dan kelemahan
iman tidak hairanlah sesuatu negara itu terjerumus kedalam lembah kehancuran dan
kemaksiatan. Malah ada orang islam yang sanggup menolak hukum Allah dan
meletakkan sesuatu hukum mengikut nafsu mereka. Firman Allah s.w.t :

      


  
     
    
    
   
   
 

(Al-Quran, Al-Ma’idah: 49)

:Terjemahannya

“…..Dan hendaklah kalian menetapkan hukum di antara kalian menurut apa yang
telah diturunkan Allah dan janganlah kalian mengikuti hawa nafsu mereka (yang
mengingkari Allah). Hati-hatilah kalian terhadap mereka, jangan sampai mereka
dapat memalingkan kalian dari sebahagian (hukum) yang telah diturunkan
Allah…”.

Maka tidak hairanlah Negara-negara Islam mengalami keruntuhan moral


yang dahsyat seperti yang terjadi di barat kerana sikap pemimpin yang menolak
hukum Allah dan mengunakan hukum buatan manusia yang berasal dari barat.
Seperti yang disabdakan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

“Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w


bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang
biawak pun kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah
Yahudi dan Nasrani dimaksudkan? ”. Nabi s.a.w menjawab, “Siapa lagi kalau
bukan mereka”8.

(Hadis Riwayat Muslim)

Hanya peraturan dan hukum Allah sahaja yang bersih daripada segala
kepentingan manusia. Malah hukum Allah adalah sesuai dipakai sepanjang zaman.
Maka sesiapa yang menolak hukum Allah tidak akan terlepas dari kesesatan dan
kejahiliahan.

8
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. 2000. 40 Hadis Perisriwa Akhir Zaman. Cetakan
Kedua. Kedah. Khazanah Banjariah. Hlm. 20.
5
Faktor ketiga jahiliah moden ialah mengikut hawa nafsu9. Hawa nafsu adalah
fitrah manusia terdiri daripada nafsu makan, tidur, shawat dan sebagainya.. Manusia
suka kepada hawa nafsu seperti firman Allah:

   


   

 
 
 
 
   
  
    
 

(Al-Quran, Al-Imran: 14)

:Terjemahannya

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda


Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.
semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada
tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".

Walaupun begitu, apabila manusia melampui batas-batas fitrah manusia


maka ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri. Apabila semua kehidupan
telah dikuasai oleh nafsu, maka akan wujudlah sifat jahiliah yang menjadikan
manusia itu setaraf dengan haiwan dan jauh dari nilai-nilai murni. Bahkan juga
mungkin lebih hina dari haiwan.

Contohnya perkara yang berkaitan dengan riba. Dimana manusia yang terlalu
mengikut hawa nafsu dengan mengaut keuntungan yang lebih tanpa menghiraukan
golongan yang tidak berkemampuan dengan mengamalkan riba.

Manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu tidak akan terlepas dari sifat-sifat
jahiliah itu sendiri. Dimana hawa nafsu itu adalah kunci terjadinya sifat jahiliah.

Kesimpulannya faktor-faktor diatas telah memberi kesan atau impak negatif


kepada manusia terutamanya kepada umat islam itu sendiri. Hal demikian
disebabkan dari sifat manusia tu sendiri yang terlalu mengikut hawa nafsu serta
keinginan yang melampau. Keadaan seperti itu merupakan pendorong atau
penyumbang kepada kewujudan masyarakat jahiliah. Oleh itu,sebagai manusia yang
telah dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir seharusnya lebih memahami untuk
memilih yang baik mahupun yang buruk.
9
Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 65.
6
CIRI JAHILIAH MODEN

Masyarakat Jahiliah Moden juga mempunyai ciri-ciri seperti Masyarakat Arab


Jahiliah. Namun ciri-ciri mereka lebih maju dan moden sesuai dengan zamannya.
Antara cirri-cirinya ialah dari sudut perbuatan, ekonomi, sosial, aqidah dan politik.

Ciri pertama masyarakat jahiliah moden secara umum ialah dari sudut
perbuatan10. Masyarakat jahiliah yang mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral.
Perbuatan yang diamalkan mereka seperti binatang. Mereka mengamalkan perbuatan
mengikut nafsu tanpa mengira bahawa fitrah manusia yang membenci keburukan
dan menyukai kebaikan.

Minum minuman yang memabukkan adalah salah satu perbuatan jahiliah


moden. Malah manusia pada zaman moden ini mengetahui bahawa banyak
keburukan yang didapati daripada minum minuman seperti arak, tapai dan
sebagainya. Malah ramai orang islam yang meminum arak tetapi mengatakan
bahawa apa yang diminum mereka bukanlah arak seperti sabda nabi Muhammad
s.aw:

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w


bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan yang akan
meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain. (Mereka
meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t
akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t akan
merubah mereka menjadi kera atau babi”.

(Hadis Riwayat IbnuMajah)

Antara kesan meminum arak boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya.
Arak adalah punca kepada kemaksiatan seperti berzina, membunuh, dan sebagainya.
Selain itu, ia juga antara penyebab perpecahan dan permusuhan dikalangan
masyarakat.

Selain daripada minum minuman yang memabukkan masyarakat jahiliah


moden melakukan perkara yang lebih memudaratkan dan lebih dahsyat daripada
minum minuman yang memabukkan, iaitu penyalahgunaan dadah. Pada asalnya
dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat-ubatan tetapi ia disalah
gunakan secara berlebih-lebihan. Orang yang menghisap dadah akan menjadi khayal,
tidak sedar diri dan mabuk. Malah menghisap dadah secara berterusan akan
menjadikan mereka terdedah kepada penyakit yang tiada ubatnya seperti HIV dan

10
Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 125.
7
Aids. Dadah juga menyumbangkan kepada perkembangan jenayah dimana penagih
dadah memerlukan wang bagi membeli dadah. Mereka sanggup merompak, mencuri,
dan lain-lain bagi memperolehi wang untuk menghilangkan ketagihan.

Masyarakat jahiliah moden juga suka kepada perjudian. Perjudian adalah


permainan di mana pemain bertaruh untuk memilih satu pilihan diantara beberapa
pilihan dimana hanya satu pilihan saja yang betul11. Antara jenis-jenis perjudian ialah
menggunakan daun terup, lumba kuda, tikam nombor dan sebagainya. Perjudiaan
boleh menyebabkan ketagihanan. Kesan orang yang berjudi adalah kehidupan
mereka tidak tenteram kerana banyak hutang, terjebak dalam jenayah seperti
mencuri, samseng dan lain-lain.

Pembuangan anak adalah salah satu perbuatan jahiliah moden. Ia berpunca


dari hasil perhubungan luar nikah atau dengan erti kata lain penzinaan. Tanpa rasa
belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam
tong sampah, semak, lubang tandas,dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri
mereka dikesan kerana melakukan penzinaan dan mengelak menanggung malu.
Malah golongan ini gagal menghayati firman Allah yang berbunyi:

    


     
   
   
 
   
     


(Al-Quran, Asy-Syuraa: 58,59)

:Terjemahannya

Bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan
apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa
Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya.Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan
perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul.
Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Itulah diantara sebahagian kecil perbuatan jahiliah moden. Tidak hairanlah


statistik jenayah semakin meningkat (rujuk lampiran) .Mereka melakukan perbuatan
yang tidak bermoral dan jauh dari nilai-nilai kemanusian dimana semua perbuatan
11
2008. Perjudiaan. Wikipedia Ekslopedia Bebas.
http://id.wikipedia.org/wiki/Perjudian. 28 November.
8
itu adalah dosa besar. Ramai orang islam itu sendiri yang melakukan amalan jahiliah
moden ini.

Ciri kedua Jahiliah moden ialah dari sudut ekonomi12. Aktiviti ekonomi yang
dijalankan banyak mendatangkan keburukan. Aktiviti ekonomi ini menjadikan yang
kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Malah ekonomi ini
menyebabkan golongan kaya menindas golongan miskin seperti sistem ekonomi
kapitalis atau pasaran bebas.

Ekonomi kapitalis menjadikan riba sebagai salah satu elemen dalam ekonomi
itu sendiri. Riba digunakan untuk mengaut keuntungan dengan cepat dan banyak.
Biasanya institusi perbankan yang menyediakan pinjaman kepada orang ramai dan
akan mengenakan faedah (riba) yang tinggi. Sistem ekonomi ini memberikan
golongan peminjam tertindas dan kebanyakan peminjam bankrap disebabkan kadar
faedah yang tinnggi. Kesan daripada pengamalan riba ini mewujudkan pertambahan
golongan miskin. Oleh kerana golongan ini kesempitan hidup maka kesannya akan
terjadinya jenayah seperti mencuri, meragut dan sebagainya. Itulah sebabnya Allah
mengharamkan riba seperti firmanNYA:


 
    
   
   
  
  
   
  
    
    
    
 
 
     
 

(Al-Quran, Al-Baqarah 275 )

Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".
padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya
12
Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 155.
9
lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
.maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya

Kegiatan menyorok barang juga adalah salah satu jahiliah moden. Peniaga
yang menginginkan keuntungan lebih mengunakan jalan singkat iaitu menyorok
barang. Mereka menekan pengguna dengan menyorok barang keperluan asas seperti
gula, beras dan sebagainya. Oleh kerana kekurangan barang dalam pasaran, maka
harga sesuatu barang itu akan naik secara mendadak, ini memberikan kesan kepada
golongan yang kurang kemampuan.

Perbuatan jahiliah moden yang hanya mementingkan keuntungan dan


menindas golongan yang kurang berkemampuan. Maka, tidak hairanlah kadar
jenayah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ciri ketiga jahiliah moden pula ialah dari sudut sosial13. Masyarakat Jahiliah
Moden lebih maju kedepan dalam sudut sosial. Walaupun begitu semakin maju
teknologinya maka semakin banyak kemaksiatan.

Kewujudan media massa yang semakin canggih seperti televisyen, radio dan
internet yang hanya memyiarkan kepada tatapan umum hiburan yang melalaikan.Hal
ini dapat dilihat di televisyen terutamanya yang menyiarkan siaran berbentuk jahiliah
moden seperti konsert, drama yang melalaikan, filem yang berunsur lucah dan
sebagainya. Hal ini memberikan kesan negatif kepada umat manusia itu sendiri
terutamanya golongan remaja yang senang terpengaruh.

Masyarakat jahiliah moden bersikap perkauman yang melampau. Ini dapat


dilihat dimana pembentukan sesuatu negara berasaskan bangsa dan bahasa. Malah
ada juga manusia yang melakukan pembersihan kaum. Ini dapat dilihat di Eropah
dimana sikap perkauman mereka masih menebal dimana pergaduhan diantara orang
berkulit putih dan orang berkulit hitam sering terjadi. Sebagai contoh, sewaktu
perlantikan Presiden Amerika yang berkulit hitam dimana ramai orang berkulit putih
marah dan tidak bersetuju disebabkan sifat perkauman mereka sendiri.

Ciri keempat masyarakat Jahiliah Moden ialah dari sudut akidah14.


Masyarakat Jahiliah Moden pada masa ini, mempunyai pelbagai pegangan dan
kepercayaan seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi,fahaman Atheis
dan sebagainya.

Agama Islam adalah akidah yang sebenar-benarnya. Ia ditegaskan dalam


Firman Allah s.w.t yang berbunyi:

13
Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 171.
14
Muhammad Yusuf bin Ibrahim. Op. cit Hlm 100.
10
   
   
   
 

(Al-Quran, Ali-Imran: 85)

:Terjemahannya

Dan sesiapa Yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Walaupun begitu berlakunya penyelewangan yang dilakukan oleh orang-orang islam


itu sendiri terhadap agama Islam bagi mendapat nikmat di dunia yang sementara.
Contohnya mengaku boleh berkata dengan Rasulullah s.a.w , Mengaku Rasul
melayu dan baru-baru ini fahaman MLM. Hal ini menjadikan akidah yang sesat
kerana mengada-gadakan peraturan mengikut hawa nafsu. Ini akan merosakkan umat
Islam itu sendiri malah akan timbul sifat-sifat jahiliah moden kerana menghalalkan
apa yang haram dan sebaliknya.

Agama yang sesat seperti agama Kristian. Agama Kristian hanya


menumpukan kepada hubungan dengan tuhan tanpa memelihara hubungan sesama
manusia dan alam. Mereka ini berpendapat bahawa golongan paderi seperti malaikat.
Golongan paderi tidak boleh berkahwin dan ini bertentangan dengan fitrah manusia
itu sendiri. Maka berlakulah jenayah rogol dikalangan paderi kerana kebodohan
mempercayai agama yang direka-reka oleh manusia. Tidak hairanlah masyarakat
kristian mengalami kehancuran moral. Hal ini boleh dilihat di barat dimana majoriti
menganut kristian.

Fahaman yang melampau seperti fahaman Atheis yang tidak mempercayai


kewujudan tuhan. Mereka hanya mempercayai apa yang dinampak sahaja dan
mengatakan bahawa manusia ini seperti binatang. Mereka ini lebih teruk dari
Masyarakat Arab Jahiliah. Oleh yang demikian, golongan ini melakukan kerosakan,
kemaksiatan dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa manusia akan mati begitu
sahaja dan tiada pembalasan diakhirat.

Itulah diantara akidah Masyarakat Jahiliah Moden berpunca dari fahaman


yang sesat lagi menyesatkan. Meraka ini mempunyai sifat-sifat jahiliah yang
berpunca dari agama yang direka manusia bagi kepentingan manusia itu sendiri.
Tanpa mempedulikan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. sebagai pedoman hidup.

Ciri terakhir masyarakat Jahiliah Moden boleh dilihat dari segi politik15.
Bermacam-macam ideologi politik seperti Sekularisme, Komunisme, Liberalisme,
Kapitalisme dan sebagainya. ideologi ini wujud berpunca dari zaman yang semakin
moden dan canggih.
15
Muhammad Quthb. Op. cit .Hlm 130.
11
Ideologi sekularsime ialah ideologi bahawa urusan dunia seperti politik,
pentadbiran, dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama16. Fahaman ini
diasaskan di Eropah sewaktu Zaman Renaissance. Ideologi ini dapat dilihat di negara
kita sendiri iaitu Malaysia,Walaupun agama rasmi Malaysia adalah Islam tetapi
aspek agama Islam diasingkan dalam undang-undang dan pentadbiran. Ia dapat
dilihat, dimana Malaysia menggunakan undang-undang penjajah British. Ia
menyebabkan berlakulah jenayah berleluasa seperti penzinaan, minum arak,
pembuangan anak dan lain-lain yang berpunca dari kelemahan peraturan undang-
undang buatan manusia itu sendiri.

Ideologi komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat


mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran
negara menjadi milik bersama rakyat. Ideologi ini diasaskan oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels. Ideologi komunis ini tidak mempercayai agama. Mereka
berpendapat agama merancuni fikiran manusia. Ideologi Komunis menerima teori
evolusi Charles Darwin sebagai panduan, untuk menerima manusia lain sebagai
haiwan, melayan mereka sama seperti haiwan, dan menindas mereka17. Negara yang
mengamalkan fahaman ini seperti Cuba dan China. Kerajaan di China memgamalkan
Ideologi Komunis dimana penunjuk perasaan diambil tindakan yang tegas tanpa
perikemanusiaan sehingga melepaskan peluru hidup kearah penunjuk perasaan dan
dibelasah beramai-ramai. Contohnya pembebasan wilayah Tibet dari China.

Itulah sebahagian ideologi-ideologi Jahiliah Moden. Ideologi-ideologi politik


seperti ini jelas amat menyimpang dari nilai-nilai agama itu sendiri. Malah
kelemahan ideologi-ideologi ini semakin jelas dilihat, dimana keruntuhan moral
berlaku dimana-mana.

16
2008.Sekularisme . Wikipedia Ekslopedia Bebas.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme. 28 November.
17
2008.Komunisme. Wikipedia Ekslopedia Bebas.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme. 28 November.
12
ISU-ISU SEMASA DAN PENDAPAT
PELAJAR

Sejak kebelakangan ini, kes membuang bayi makin berleluasa di mana-mana


saja dan ia amat menggemparkan kerana sikap mereka terbabit yang tidak
mempunyai belas ihsan dan tanggungjawab.

Bayi yang tidak berdosa ini kebanyakannya adalah hasil daripada


perhubungan luar nikah dilakukan pasangan muda.Al-Quran dan Sunnah acap kali
mengingatkan betapa nilai hidup makhluk Allah. Jangankan manusia yang menjejak
kaki di persada bumi, janin dalam perut ibu pun walaupun masih pada peringkat
proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-
hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Tanpa rasa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup
membuang bayi ke dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai untuk
mengelakkan diri mereka dikesan.Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan
tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan.Mereka sanggup berbuat apa saja
asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali
tanpa ikatan sah.

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada pasangan manusia
yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya
berhajat dan mengharapkan kurniaan itu.Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab
besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental
dan material. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya
menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran”

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat


sekarang, jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang
dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia
yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab


dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya,
dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.”

13
(Riwayat Bukhari).

Baru-baru ini Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyatakan bahawa kes buang
bayi adalah sebanyak 83 tahun lalu, meningkat berbanding 65 kes pada 2000.
Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 22 kes pada 2000 dan 24 kes pada 2006.
Daripada jumlah 83 kes dalam tahun 2006 di seluruh negara, 79 membabitkan kes
pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden


ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana
untuk menutup malu menimpa selepas berlaku perzinaan.Pasangan lelaki dan wanita
yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan
dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama melahirkan bayi di luar nikah.

Pada pendapat kami(pelajar), masalah jahiliah moden yang dilakukan oleh


beberapa pihak ini adalah kerana sikap kerajaan yang tidak mengunakan Al-Quran
dan Al-Sunnah dalam pentadbiran negara itu sendiri. Sikap beberapa pemimpin yang
mengatakan undang-undang Islam tidak releven dan mempersoalkannya. Maka tidak
hairanlah gejala seperti ini gagal dibendung malah semakin teruk disebabkan sikap
pemimpin itu sendiri.

14
CARA MENGATASI JAHILIAH MODEN

Cara mengatasi jahiliah moden secara umumnya ialah dengan kembali


kepada Islam dan tiada cara lain selain dari kembali kepada Islam18 seperti Firman
Allah s.w.t:

 
    
  
 


(Al-Quran, Al-Ma’idah: 50)

:Terjemahannya

“Apakah mereka mengkhendaki hukum jahiliah? Dan hukum siapakah yang lebih
baik daripada hukum Allah, bagi orang-orang yang yakin (benar-benar)?”

Hanya dengan kembalinya kepada Islam dengan sebenar-benarnya sahaja manusia


dapat menghapuskan sifat-sifat jahiliah itu sendiri. Sejarah menunjukkan bagaimana
masyarakat Arab Jahiliah kembalinya kepada Islam, telah mendapat rahmat dan
kesenangan dimana menjadi masyarakat yang bertamadun sehingga mampu
mengalahkan Empayar Rom dan Parsi yang telah lama wujud. Secara amnya
kerajaan, Ibubapa, masyarakat dan media massa perlulah memainkan peranan yang
efektif dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.

Perananan Kerajaan amat penting kerana merekalah yang mempunyai kuasa


untuk mengubal undang-undang penjajah kepada undang-undang Islam contohnya
penggubalan undang-undang Hudud. Kerajaan juga perlu mengangkat martabat
makamah Islam yang diasingkan dari hieraki mahkamah itu sendiri. Malah kerajaan
perlulah meningkat penguatkuasaan penjualan benda-benda haram seperti arak dan
menambah anggota dalam bidang penguatkuasaan maksiat. Kerajaan juga perlu
mengangkat martabat Ulama dengan menjadikan mereka penasihat dalam Kerajaan.

Peranan Ibubapa penting bagi menjamin golongan remaja dan kanak-kanak


tidak terjebak kepada jahiliah moden. Mereka perlu memberikan didikan agama
yang secukupnya dengan mengajar menbaca Al-Quran, sembahyang dan
memghantar ke sekolah yang mengajarkan ilmu fardu ain. Malah ibubapa perlu

18
Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 259.
15
mengawasi anak-anak supaya mereka tidak terjebak kepada perbuatan jahiliah
moden.

Peranan istitusi kemasyarakatan juga penting bagi membanteras dan


menangani masalah jahiliah moden. Mereka perlulah memgimarahkan masjid
dengan majlis-majlis ilmu. Selain itu mereka juga perlulah menegur golongan yang
melakukan perbuatan jahiliah moden ini.

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membanteras gejala


Jahiliah Moden ini. Media massa seperti televisyen perlu menghapuskan rancangan
yang tidak berfaedah dan yang mempunyai unsur-unsur jahiliah moden itu sendiri.
Sebagai contoh rancangan realiti tv seperti Gangstarz, Akedemi Fantasia, Gadis
Melayu dan banyak lagi. Malah filem atau drama yang tidak sesuai juga perlu
dielakkan. Media massa juga perlu memperbanyakkan program-program yang
berfaedah dan islamik.

Tuntasnya peranan kerajaan, ibubapa, masyarakat dan media massa penting


bagi membendung gejala jahiliah moden. Hanya menggunakan pendekatan kepada
Islam sahajalah yang dapat membendung gejala jahiliah moden .

16
KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, kemunculan masyarakat Jahiliyah Moden berpunca dari
sikap manusia itu sendiri yang tidak menerima Islam secara satu cara hidup.Meraka
ini telah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang suci yang berpaksikan Al-Quran
dan Al-Sunnah.Meraka merasakan agama Islam ialah agama yang menghalang
mereka memperoleh kebebasan bagi memenuhi tuntutan nafsu mereka semata-mata.

Malah masyarakat Jahiliahan Moden ini lebih teruk dari masyarakat Arab
Jahiliah disebabkan manusia semakin moden dan semakin maju. Oleh kerana sifat
manusia yang sombong dan bongkak itulah maka tidak hairanlah pelbagai bala dari
Allah s.w.t menimpa kepada manusia itu sendiri seperti hadis Rasulullah s.a.w:

“Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasullulah s.a.w kepada kami (pada
suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, Lima Perkara
kalau kamu dibalakan dengannya maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku
berlindung kepada Allah s.w.t, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-
perkara itu ialah;

1. Tiada terzahirnya (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka


berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit
Tha’un yang cepat merebak dikalangan mereka,dan mereka akan ditimpa
penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka


akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman
daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk
mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup
diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberiakn hujan oleh
Allah s.w.t

4. Dan tiada mereka mugkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan
menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas
sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah


yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak menjadikannya pilihan, maka
(disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka
sendiri”19.

19
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. Op. cit. Hlm 82.
17
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

18

Anda mungkin juga menyukai