Anda di halaman 1dari 20

Novel Di Sebalik Wajah (Bab 13 16)

Sinopsis disediakan oleh: Helwin Marshall Persoalan disediakan oleh: Isyamsu Azizi Kosa kata disediakan oleh:
Milton Jackson Pembentang: Akal Derasen

Isi Kandungan

1. Sinopsis 2. Persoalan 3. Kosa Kata

Sinopsis
Bab 13
Setibanya Doktor Fikri di rumah dari sekolah , dia memberitahi ibunya yang dia ada membawa berita yang gembira .selepas ibu Doktor Fikri memeriksa kerja sekolah Doktor Fikri seperti selalu . Doktor fikri kemudiannya memberitahu ibunya bahawa basikal yang telah dicuri oleh Narius , Jais dan Jamadi telah ditemui . Basikal tersebut berada di balai polis . Dia terpaksa membawa ibu atau ayahnya ke balai polis .

Setelah ayahnya balik dari kerja , Doktor Fikri pun memberitahu ayahnya tentang basikalnya yang telah dijumpai itu dan terpaksa membawa ayahnya ke balai polis untuk mengambilnya . Doktor Fikri dan ayahnya tiba di balai polis pekan itu kira-kira jam tiga petang . Sesampainya mereka di sana , Sarjan Ahmad menyambut mereka dengan mesra sekali . Di dalam balai polis itu, terdapat satu lokap yang membuat Doktor fikri hampir menjerit . Di dalam lokap tersebut terdapat Narius. Dia ditunggui oleh seorang lelaki tua yang duduk di bangku sambil berkata sesuatu kepada Sarjan Ahmad . Hanya Narius saja yang berada di dalam lokap tersebut. Jais dan Jamadi telah pun diikat jamin oleh ayah mereka .

Ayah Narius tidak mampu untuk menjamin Narius. Kehidupan mereka terlalu susah. Tambahan pula, ayah Narius terlalu tua untuk bekerja . Narius dan keluarganya terpaksa bergantung dengan abangnya yang mempunyai ramai anak . Timbul rasa belas dalam hati Doktor Fikri. Dia meminta ayahnya membantu ayah Narius untuk mengikat jamin Narius. Atas desakan Doktor Fikri kepada ayahnya, ayah Narius menandatangani kertas di hadapannya. Ayah Doktor Fikri menyerahkan sekepin cek yang kebetulan ada di dalam keretanya . Ayah Doktor Fikri menandatangani cek itu dan menyerahkannya kepada Sarjan Ahmad . Ayah Narius begitu terharu ke atas tindakan ayah Doktor Fiktri tersebut .

Narius kemudiannya dikeluarkan daripada lokap . Dia tersipu malu. Dia bersalaman dengan ayah Doktor Fikri dan Doktor Fikri. Dia meminta maaf kepada Doktor Fikri. Doktor Fikri tersenyum dan menjabat tangan Narius dengan erat. Narius juga mula mengukir senyuman. Mereka bersama-sama meninggalkan balai polis itu. Narius kemudiannya mengutuk balai polis tersebut dan berjanji untuk tidak masuk ke dalam balai polis itu lagi. Doktor Fikri, ayahnya dan ayah Narius tersenyum.

Bab 14
Suriani dan Dayang Mahani fikir tentu Doktor Fikri telah dipengaruhi oleh Narius, Jais dan Jamadi untuk menyertai kumpulan mereka. Sedangkan mereka tahu yang mereka bertiga pernah ditahan polis. Mereka dengar berita bahawa Narius dan kawan-kawannya berkawan dengan bekas banduan. Belajar silat dan juga barangkali belajar mencuri dengan bekas banduan tersebut. Suriani bimbang yang suatu hari nanti Doktor Fikri terjebak sama, kerana dia ternampak Doktor Fikri bersama Narius, ketawa danduduk di bawah pokok kelapa sawit bersama-sama dengan Jamadi dan Jais yang sedang membetul-betulkan basikalnya .

Suriani tiba-tiba merenung dan berfikir panjang. Dia kemudiannya memberitahu Dayang Mahani bahawa mereka ada tanggungjawab untuk membebaskan masyarakat daripada segala anasir jahat. Perkara itu telah berkali-kali diterangkan oleh Ustazah Balkis.
Tiba-tiba, Dayang Mahani mendapat idea untuk menyelamatkan Doktor Fikri, Narius, Jais dan Jamadi. Suriani dan Dayang Mahani sama-sama tersenyum. Mereka bercadang untuk memberitahu Aziz dan Sanin tentang idea mereka. Mereka kemudiannya berfikir yang Doktor Fikri telah ponteng kelas.

Bab 15
Sudah dua hari Doktor Fikri tidak datang ke sekolah. Sudah dua hari juga Suriani, Dayanh Mahani, Sanin dan Aziz tidak mendengar sebarang berita daripadanya. Dua hari itu jugalah murid-murid kelas dua Mawar tertanyatanya ke mana perginya Doktor Fikri. Suriani, Dayang Mahani, Sanin dan Aziz berasa gelisah . Cadangan mereka untuk menyelamatkan Doktor Fikri telah pun gagal. Doktor Fikri sudah berani ponteng sekolah. Dia sudah berubah menjadi jahat. Tiba-tiba Narius, Jais dan Jamadi datang ke kelas Dua Mawar. Setiap mata di dalam kelas Dua Mawar tertumpu ke arah tiga susuk tubuh yang berdiri dengan sopan di hadapan mereka.

Narius memberitahu kepada pelajar-pelajarkelas Dua Mawar. Bahawa dia ada membawa satu surat. Tetapi sebelum dia membaca surat tersebut, dia serta kawankawannya meminta maaf kepada pelajar-pelajar kelas dua mawar kerana telah menyakiti hati Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya sakit hati kepada Doktor Fikri kerana dia telah melaporkan kepada guru disiplin tentang ugutan mereka. Mereka juga malu apabila mereka didenda di khalayak ramai oleh pengetua mereka. Jadi, untuk membalas dendam, Jais dan Jamadi telah mengambil buku-buku perpustakaan dan memasukkan ke dalam beg Doktor Fikri. Mereka jugalah yang telah mencuri basikal Doktor Fikri. Mereka kesal kerana walaupun mereka telah berbuat jahat kepada Doktor Fikri, namun Doktor Fikri masih berbuat baik kepada mereka.

Narius memberitahu kepada pelajar-pelajar dalam kelas bahawa Doktor Fikri telah berpindah ke Jepun kerana ayah Doktor Fikri telah dihantar oleh syarikat tempat dia bekerja untuk menyambung pelajaran di Jepun selama lima tahun. Mereka telah bertolak dua hari yang lalu. Dia juga menghadiahkan basikalnya kepada sahabat baiknya Aziz, Sani, Dayang Mahani dan Suriani untuk memutuskan kepada siapa basikal itu patut diserahkan. Narius lalu menyerahkan surat yang ada di tangannya kepada Dayang Mahani. Narius menyuruhnya untuk membaca surat tersebut. Dayang Mahani menggigil ketika mengoyakkan kertas tersebut. Dia mengeluarkan kertas yang berlipat dari sampul surat itu. Dia mula membaca dengan suara yang sayu.

Menemui rakan sekelas, Dua Mawar tercinta. Maafkan saya kerana tidak sempat memberitahu akan kepergian saya ke Jepun kerana ayah saya juga memberitahu keluarga saya dalam keadaan tergesa-gesa. Walaubagaimanapun, keluarga kami terpaksa berada di sana selama lima tahun. Oleh itu saya juga terpaksa bersekolah di sana. Saya terpaksa kehilangan kawan-kawan yang baik. Saya pohon kemaafan andai kata selama ini saya pernah menyinggung perasaan kalian semua. Untuk Suriani, Aziz, Dayang Mahani dan Sanin, terima kasih kerana sudi berjual sayur bersama saya dahulu. Walaupun Cuma laku seringgit saya cukup seronok. Wang seringgit saya framekan untuk kenangan. Semoga Allah membalas jasa kalian. Sampaikan salam saya untuk Narius, Jamadi dan Jais. Salam kerinduan Doktor Fikri, budak balar.

Sehabis surat itu dibaca, Suriani dan Dayang Mahani menangis. Hanya Aziz dan Sanin sahaja yang tidak menitiskan air mata. Namun dalam hati, mereka terasa terharu. Jais dan Jamadi turut berasa terharu dan meninggalkan kelas itu tanpa bersuara sepatah pun. Dayang Mahani, Suriani, Azizdan Sanin berpandangan. Cikgu Fatmawati masuk ke kelas dan berasa hairan. Setiap murid tidak menyedari akan kehadiran guru itu. Wajah Doktor Fikri bermain-main di kepala mereka.

Bab 16
Doktor Fikri mengeluarkan sesuatu di dalam beg. Dia memberikan hadiah kepada Aziz, Sanin, Suriani dan Dayang Mahani. Mereka membuka hadiah itu serentak. Di dalam hadiah tersebut terdapat jam penggera elektronik. Jam itu boleh mengingatkan mereka untuk melakukan sesuatu. Aziz serta rakan-rakannya kemudian bercadang untuk beredar. Setelah bersalaman dengan Doktor Fikri dan ibunya, Aziz, Suriani, Sanin dan Dayang Mahani meninggalkan Doktor Fikri yang turut menghantar mereka ke pintu pagar.

Persoalan
Bab 13
Keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka. Contoh setiap petang Puan Halipah akan memeriksa latihan Doktor Fikri dan menanyakan keadaannya di sekolah. Kemuliaan hati seorang remaja. Contohnya Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan sanggup meminta ayahnya menjamin Narius yang sentiasa menganiayainya seperti memeras ugut dan mencuri basikalnya. Dia membantu Narius dengan hati yang ikhlas dan sanggup berkawan dengan mereka yang menganiayainya.

Bab 14
Kawan-kawan yang mengambil berat. Contohnya, Aziz, Sanin, Dayang Mahani dan Suriani sama-sama memikirkan cara untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada hasutan Narius, Jais dan Jamadi. Murid-murid yang mengingati dan megamalkan katakata guru. Contohnya Dayang Mahani mengingati katakata Ustazah Balkis Bahawa Islam itu agama yang menuntut penganutnya berakhlak mulia dan sentiasa mengingati satu sama lain.

Bab 15
Kanak-kanak yang mengaku kesalahan. Contohnya Narius, Jais dan Jamadi mengaku segala kesalahan mereka dan sanggup meminta maaf. Kawan yang amanah. Contohnya, Narius amanah untuk memberikan surat itu kepada Dayang Mahani.

Bab 16
Kanak-kanak yang sentiasa mengingati tanah air. Contohnya Doktor Fikri sentiasa ingat merindui tanah air ketika berada di Osaka Jepun. Kawan-kawan yang sanggup membantu satu sama lain. Contohnya, Aziz, Sanin, Dayang Mahani dan Suriani sanggup membantu ayah Doktor Fikri untuk membersihkan semak.

Kosa Kata
Bab 13
Syukur kepada Allah Zuhur

Bab 14
Anasir

Bab 15

Buntu Mencebik Sampuk Framekan Balar Copeng


Mengendur Tercerna Gerutu Ghaib Persada

Bab 16

Anda mungkin juga menyukai