Anda di halaman 1dari 12

Huraikan Kaedah Pengajaran Secara Perbincangan

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Kaedah pengajaran boleh didefinisikan sebagai perancangan proses pengajaran yang sistematik, terancang dan teratur. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping dapat memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik minat pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Salah satu kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah. Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan, dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Manakala guru pula berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing pelajar sepanjang sesi perbincangan. Guru juga perlu mengemukakan soalansoalan divergen dan menggalakkan mereka menyoal kembali idea dari rakan-rakan mereka. Semasa sesi perbincangan, guru juga perlu memastikan pelajar-pelajar dalam keadaan terkawal iaitu menumpukan pada sesi perbincangan. Menurut Kementerian Pendidikan 1990:85, teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya ialah untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

2 Terdapat pelbagai kaedah pengajaran secara perbincangan. Dalam merancang persedian mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Kaedah pengajaran secara perbincangan menggalakkan pelajar-pelajar meninjau pendapat-pendapat mereka, berinterksi dan menilai idea-idea pelajar lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Teknik ini melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi pelajar untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah seperti guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Selepas itu, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua

3 yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Kemudian guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan dilakukan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah berbincang, guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Perbincangan adalah sangat baik bagi menolong pelajar memahami konsep dan idea yang sukar. Selain daripada itu sesi ini juga menolong pelajar membentuk pendapat dan sikap mereka mengenai sesuatu isu seperti perbincangan yang baik membolehkan pelajar memperoleh beberapa faedah seperti kemahiran komunikasi lisan, kemahiran mendengar, kemahiran berfikir secara kritikal, teknik penyelesaian masalah, kemahiran sosial dan kefahaman tentang konsep sains dengan lebih kukuh. Terdapat tiga teknik pengajaran melalui perbincangan melibatkan perbualan antara pelajar dan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan pelajar. Strategi ini menggalakkan pelajar bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan pelajar. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak pelajar yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektifobjektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan

4 pelajar-pelajar menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan pelajar-pelajar meninjau pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai idea-idea pelajar lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Terdapat beberapa garis panduan yang dicadangkan untuk pengajaran secara perbincangan iaitu mengambil kira matlamat perbincangan, pertimbangkan pengalaman dan perkembangan pelajar dan mengkaji isu yang terlibat. Selain itu, guru harus memastikan pelajar-pelajar diberi orientasi berkaitan objektif perbincangan yang dijalankan, menyediakan persekitaran yang menyokong pembelajaran disamping membekalkan maklumat baru dan tepat apabila perlu. Guru juga perlu mengulang, merumus atau menjana pendapat dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna serta menerapkan unsur jenaka ketika pengajaran dan pembelajaran ( P&P) berlaku. Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan dan perbincangan seperti kumpulan kelas,panel dan perbahasan serta perbincangan dalam kumpulan kecil. Pada asasnya, terdapat tiga jenis kaedah perbincangan yang biasa diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teknik pertama dalam pengajaran melalui perrbincangan ialah guru harus mengendalikan perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan dibincangkan. pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan pelajar

memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu pelajar-pelajar memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

5 Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan pelajar-pelajar lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal. Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya. Selain itu, teknik pengajaran yang lain ialah perbincangan dalam kumpulan kecil. Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang pelajar. Perbincangan ini diketuai oleh pelajar terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil iaitu guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Selain itu, guru harus memastikan pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang penting adalah berdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Guru juga harus merancang perbincangan dalam jangka masa yang pendek setelah pelajar-pelajar diberi arahan yang tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan. Perbincangan terbuka dan perbincangan terbimbing ialah

6 perbincangan yang di jalankan mungkin mengenai sesuatu persoalan yang terbuka di mana pelajar bebas mengutarakan idea dan pendapat masing-masing tentang sesuatu topik. Teknik sumbangsaran adalah merupakan perbincangan terbuka di mana pelajar meneroka idea-idea untuk menyelesaikan masalah atau isu secara bebas. Contohnya, perbincangan terbuka dijalankan untuk merancang sesuatu projek. Sesuatu perbincangan itu mungkin juga dijalankan dengan tujuan untuk menumpukan perhatian pelajar kepada satu kesimpulan yang telah ditetapkan. Sesi perbincangan dari awal hingga akhir dirancang dengan rapi oleh guru atau pengerusi kumpulan melalui soalan-soalan atau celahan supaya mencapai ke satu persetujuan. Jenis ini dinamakan perbincangan terbimbing. Kaedah pengajaran melalui perbincangan memperuntukkan beberapa organisasi yang perlu ada dalam perbincangan secara kumpulan. Organisasi pertama yang perlu ada ialah kumpulan Buzz. Perkataan buzz menggambarkan bunyi lebah atau kumbang dalam sesuatu taman bunga. Pelajar-pelajar satu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Semua kumpulan akan membincangkan satu masalah yang sama tetapi dari aspekaspek yang berlainan. Contohnya tajuk perbincangan ialah, Bagaimanakah kita akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan makanan? Kumpulan yang berlainan akan membincangkan alternatif yang berbeza seperti menteknologikan sektor pertanian, mengawal kadar pertumbuhan penduduk, memajukan industri pengeluaran makanan dan membuka tanah-tanah baru dengan menebang hutan-hutan. Kumpulan yang berbeza akan mencapai kesimpulan yang berlainan. Setiap kumpulan akan menghasilkan kesimpulan masing-masing. Selepas itu wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Organisasi lain yang perlu ada dalam perbincangan kumpulan ialah balang ikan menggambarkan pelajar menonton telatah sekumpulan ikan yang berada dalam sebuah balang. Satu kumpulan kecil membincangkan satu masalah antara mereka manakala pelajar lain bertindak sebagai pemerhati. Selepas itu para pemerhati akan memberi komen dan pendapat mereka pula. Sumbangsaran atau percambahan fikiran juga merupakan organisasi penting ketika perbincangan kumpulan diadakan. Satu kumpulan ditugaskan untuk menyelesaikan satu masalah. Setiap ahli akan mengemukakan idea masing-masing tanpa dikomen atau dibahaskan. Ini menggalakkan respons yang cepat dan penyertaan yang aktif.

7 Semua idea dicatatkan di atas papan tulis. Selepas itu barulah dibincangkan satu persatu untuk mencari jalan penyelesaian. Konsensus merupakan organisasi dalam kumpulan melalui kaedah perbincangan yang mempunyai kepentingan bagi menjayakan pengajaran. Ahli-ahli satu kumpulan cuba mencapai persetujuan bersama dalam mencapai satu keputusan. Perbincangan dijalankan sehinggalah setiap keputusan dicapai dengan baik. Terdapat beberapa panduan untuk mengendalikan sesi pengajaran secara perbincangan. Antaranya ialah dengan mewujudkan iklim perbincangan yang sesuai. Sesuatu iklim perbincangan yang baik dapat diwujudkan dengan memastikan perkaraperkara seperti hormat-menghormati di kalangan ahli, menghargai pendapat orang lain, mengelakkan apa juga bentuk gangguan dan sindiran, pengerusi kumpulan tidak memaksa ahli menerima cadangan atau pendapatnya, setiap ahli kumpulan mengambil bahagian. Penyediaan bahan perancangan juga merupakan aspek penting dalam mengendalikan sesi pengajaran secara perbincangan. Dalam menggunakan perbincangan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran, sesi perbincangan yang dijalankan mestilah berkaitan dengan tajuk. Bahan perbincangan boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut rencana sains yang menarik daripada akhbar, rakaman rancangan radio dan TV mengenai gambar, carta, slaid dan transparensi, isu menarik yang diutarakan oleh guru atau pelajar sendiri. Penilaian perbincangan merupakan panduan penting untuk menjayakan kaedah pengajaran secara perbincangan. Selepas setiap aktiviti perbincangan dijalankan, guru hendaklah membuat penelitian ke atas beberapa perkara penting seperti matlamat yang ingin dicapai, penglibatan pelajar dalam mengambil bahagian, perbincangan topik yang menarik dan kesimpulan yang akan diperolehi. Pengajaran secara perbincangan yang dijalankan mesti mengikut langkah dan strategi yang dirancang bagi membolehkan hasil pengajaran dan pembelajaran dapat diperolehi dengan maksimum dan berkesan.

Terdapat banyak kebaikan melalui kaedah pengajaran secara perbincangan. Teknik perbincangan banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Teknik perbincangan ini bukan sahaja terkenal dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah semua semua lapisan masyarakat

8 menggunakan teknik perbincangan dalam mengendalikan sesuatu perkara atau isu serta untuk menyelesaikan masalah. Apa yang berbeza ialah cara pengendalian teknik perbincangan iaitu secara formal atau tidak formal. Perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Teknik perbincangan ini ternyata memberi banyak kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui teknik perbincangan ini pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjana minda untuk mendapatkan idea-idea yang bernas berkaitan sesuatu isu atau masalah. Guru juga perlu merangsang minda pelajar dengan mengemukan soalan-soalan berkaitan isu tersebut. Selain itu, teknik perbincangan juga dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru, dimana pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dalam perbincangan yang dilaksanakan dibawah kawalan guru. Keadaan ini membolehkan semua pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran tersebut. Bagi pelajar yang kurang memahami sesuatu topik yang dibincangkan, mereka boleh meminta penerangan daripada guru atau rakan-rakan. Di sini, guru atau tenaga pengajar berperanan sebagai fasilitator atau pemudahcara kepada pelajar-pelajar. Perkara ini juga dapat menjimatkan masa pembelajaran, dimana pelajar lebih mudah faham tanpa pengulangan penerangan daripada guru untuk sesuatu topik pelajaran. Teknik perbincangan ini juga dapat memberi kebaikan kepada guru dalam mengendalikan sesuatu mata pelajaran kerana teknik perbincangan ini dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah. Teknik perbincangan ini tidak terhad dalam kelas teori semata-mata, malah dalam kelas amali juga boleh menggunakan teknik perbincangan ini.

Pengendalian kelas oleh guru menjadi lebih mudah dengan menggunakan teknik perbincangan ini. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Melalui teknik ini juga hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling

9 berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Guru seharusnya menyakinkan pelajar dalam mengemukakan pendapat walaupun pendapat tersebut mungkin kurang tepat. Guru seharusnya jangan memarahi pelajar jika pelajar membuat silap secara tidak sengaja dalam pembelajaran. Matlamat sesuatu perbincangan yang dijalankan bergantung kepada guru sama ada untuk mengumpul fakta ataupun menyelesaikan sesuatu masalah. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan. Kaedah perbincangan ini memberikan banyak kebaikan kepada pelajar antaranya ialah dapat melatih pelajar membiasakan diri bercakap dalam situasi formal. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah sukar dan malu untuk bercakap dalam situasi formal, lebih-lebih lagi kepada pelajar yang berada di negeri-negeri yang mempunyai dialek tertentu. Proses interaksi sesama pelajar menyebabkan pelajar sukar untuk bertutur mengikut laras bahasa yang betul dan malu untuk tampil ke hadapan bagi membentangkan hasil kerja dan menyuarakan pendapat atau hujah tentang sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini mampu melatih pelajar mengunakan bahasa yang betul dan mengikis perasaan malu untuk bercakap secara formal. Guru berperanan penting dalam memimpin pelajar agar tidak malu dan yakin kepada diri sendiri untuk menyuarakan pendapat atau hujah mengenai sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini seterusnya dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri pelajar. Pelajar akan lebih yakin kepada diri, kaedah perbincangan ini merupakan suatu aktiviti yang biasa dilaksanakan di dalam kelas. Sokongan dari guru dan pelajar-pelajar lain akan dapat menghakis perasaan takut dan malu untuk mengemukakan idea dan pendapat. Seterusnya melalui teknik perbincangan ini juga, pelajar dapat memupuk unsur-unsur bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan

10 mendengar pendapat orang lain. Nilai-nilai murni ini dapat diterapkan menerusi kaedah perbincangan seperti bertolak ansur dan bekerjasama. Melalui kaedah pengajaran secara perbincangan juga boleh mendatangkan kelemahan. Setiap perkara terdapat kebaikan dan kelemahan yang tersendiri, begitu juga dengan kaedah pengajaran secara perbincangan. Walaupun dilihat kaedah perbincangan mempunyai banyak kelebihan namun terselit juga kelemahan jika guru yang melaksanakan kaedah pengajaran secara perbincangan tidak melaksanakannya dengan bersungguhsungguh. Selain guru, pelajar juga memainkan peranan dalam menjayakan kaedah pengajaran secara perbincangan. Salah satu kelemahan kaedah ini ialah kesukaran melaksanakan tugasan secara bekerjasama di kalangan pelajar. Sememangnya kaedah pengajaran secara perbincangan menekankan kerjasama, jika tiada kerjasama tugasan yang diberikan pasti tidak dapat dilaksanakan. Di dalam kelas, pelajar belajar secara individu atau berkelompak mengikut kawan. Jika guru membahagikan pelajar kepada kumpulankumpulan kecil dimana pelajar terpaksa melaksanakan tugasan dengan kawan yang tidak rapat, maka akan wujud jurang kerjasama antara mereka. Guru perlulah membimbing pelajar-pelajar sebegini agar boleh bekerjasama dengan semua pelajar. Teknik perbincangan ini juga dapat mengubah peranan guru kerana aktiviti dikendalikan oleh pelajar. Bagi guru yang malas mengajar, keadaan ini memberi peluang untuk guru terbabit curi tulang dalam masa pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Selain itu, teknik pengajaran secara perbincangan ini juga menyumbang kepada suasana kelas yang bising dan menganggu aktiviti pembelajaran di kelas yang bersebelahan. Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan yang lebih tegas dalam mengendalikan kelas. Aktiviti perbincangan yang dijalankan oleh pelajar di dalam kumpulan menggunakan suara yang kuat untuk menjelaskan idea atau pendapat masingmasing, bantahan dari kawan-kawan sekumpulan pula akan mewujudkan suasana yang bising. Kaedah pengajaran yang dijalankan secara perbincangan sering kali menyebabkan pelajar terpesong dari tugasan yang diberikan guru. Apabila pelajar kebuntuan idea untuk melaksanakan tugasan tersebut. Pelajar akan mula bersembang tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugasan yang ingin dilaksanakan. Dalam keadaan ini, guru

11 perlulah lebih prihatin terhadap perbualan pelajar dalam kumpulan tersebut. Guru perlu lebih aktif bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan supaya tumpuan pelajar tidak terarah kepada sesuatu perkara yang tidak berkaitan. Kelemahan kaedah perbincangan dalam pengajaran ialah penggunaan masa yang tidak mencukupi. Keadaan ini kerana, penggunaan masa banyak digunakan oleh pelajar dalam mencari idea dan pendapat tentang sesuatu tugasan yang diberikan. Walaupun kebiasaannya guru telah menetapkan masa yang sesuai kepada pelajar dalam mencari idea dan pendapat dalam tajuk tugasan tetapi masih terdapat kumpulan pelajar yang tidak mampu memberi idea atau pendapat seperti yang diminta oleh guru. Disamping itu, selepas selasai aktiviti perbincangan dalam kumpulan pelajar, guru akan meminta pelajar membentangkan hasil perbincangannya. Namun akibat masa yang tidak mencukupi terdapat pelajar yang tidak dapat membentangkan hasil kerja mereka. Ini akan menyebabkan pelajar berasa bahawa idea dan pendapat mereka tidak berguna kerana tidak dapat dibentangkan atau tidak mendapat sebarang tindak balas dari guru. Kelemahan kaedah perbincangan dalam pengajaran yang lain ialah mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana kaedah perbincangan secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang masalah kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Jika kaedah ini diterapkan sepenuhnya, maka guru akan bermasaalah untuk menjangka tahap kefahaman setiap pelajarnya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dijalankan. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetangah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar.

12 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar yang salah satunya ialah melalui kaedah pengajaran secara perbincangan. Kaedah perbincangan ini boleh dilakukan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil, terbuka dan terbimbing. Melalui kaedah ini, guru dan pelajar akan sama-sama mendapat manfaat, dimana guru dan pelajar akan dapat berkongsi-kongsi idea dan ini dapat memberi ilmu baru sama ada kepada pelajar atau guru. Guru juga akan dapat memahami dan mengenali tahap kecerdasan seseorang pelajar, dan ini memudahkan guru mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Namun harus diingatkan bahawa sesuatu aktiviti pengajaran mesti mempunyai perancangan yang baik agar mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Perancangan untuk kaedah pengajaran secara perbincangan haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika dilihat dan diteliti tentang kaedah pengajaran secara perbincangan, ia menggambarkan bahawa teknik tersebut lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding dengan kelemahan yang ada apabila menggunakan teknik ini. Dalam kaedah ini, ia lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar. Jika kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran yang akan diwujudkan jauh lebih baik berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa. Dalam konteks pengajaran secara perbincangan, ia lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai