Anda di halaman 1dari 12

SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Mei 2009 1 jam

02/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NIBONG TEBAL 14300 NIBONG TEBAL

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU Kertas 1 Tingkatan Tiga 1 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi

12 halaman bercetak

Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapsn yang paling sesuai. 1. Harga ikan __________ tinggi sejak musim tengkujuh bermula kerana nelayan tidak dapat turun ke laut. A melonjak B melambung C menaik D mendadak 2. Walaupun umurnya sudah menjangkau 20 tahun, namun Zamri masih berperangai seperti __________ A kegila-gilaan B kebudak-budakan C ketua-tuaan D kematang-matangan 3. Hidupnya __________ sejak suami dan anak-anaknya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. A terhuyung-hayang B terumbang-ambing C terawang-awang D tunggang-langgang 4. Datin Nelly memberitahu bahawa beliau sedang tidur __________ kejadian itu berlaku. A apabila B setelah C ketika D pada 5 Orang ramai __________ mengunjungi majlis rumah terbuka yang diadakan sempena Hari Raya Puasa. A berasak-asak B bertolak-tolak C berebut-rebut D berpusu-pusu Dengan __________ Nor Najma bangun mencadangkan hujah-hujahnya semasa menyertai pertandingan bahas peringkat sekolahnya. A bersahaja B bersungguh C bersemangat

3 D 7 bergaya

Saya dan adik berasa __________ apabila melihat ke bawah semasa menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. A sayup B goyah C gayat D gamam

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8 Oleh kerana tidak memakai baju sejuk. Tubuh Alia menggeletar kesejukan. A B C Tiada kesalahan. D Usaha untuk mensepadukan penduduk negara yang berbilang kaum bukanlah A B suatu kerja yang mudah. Tiada kesalahan. C D

10 Pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan beribu penduduk kampung A B setinggan itu ke tempat yang lebih selamat. Tiada kesalahan. C D 11 Semua pelajar politeknik itu diwajibkan mengambil kursus pengendalian A B C komputer. Tiada kesalahan. D 12. Sayur-payur yang dijual di pasar tani itu ialah hasil tanaman para petani itu. A B C Tiada kesalahan. D 13 Fahmi berjanji akan membalas jasa ibu bapanya setelah hayat masih ada. A B C Tiada kesalahan. D

14 Setelah agak lama berbual di rumah rakannya itu, dia pun minta jalan A B C kerana hari hampir malam. Tiada kesalahan. D Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15 I II III IV A B C D 16 I . II 111 IV A B C D 17 I II III IV A B C Encik Abu suka mengunjungi Taman Tasik Taiping untuk mencari kelapangan jiwa. Kelapangan terbang itu penuh sesak pada musim cuti sekolah. Alasan Zahid bahawa dia tidak kelapangan pada hari itu tidak diterima oleh majikannya. Jika ada masa kelapangan, Anita suka menggubah bunga. I dan II II dan III III dan IV I dan IV Farid merenung muka orang tuanya lama-lama sebelum berangkat ke luar negeri. Sekiranya kamu tidak berusaha dari sekarang, lama-lama nanti kamu juga yang akan rugi. Lama-lama sudah kita tidak menziarahi Pak Long, kata Ali kepada adikadiknya. Dia tidak tahu lama-lama mana diperlukan bagi menyiapkan kerja membaiki pondok usang itu. I dan II II dan III III dan IV I dan IV Kedua-dua keluarga itu mula bertentangan sejak kejadian pergaduhan anak mereka. Walaupun mempunyai pendapat yang bertentangan mereka tetap bekerjasama bagi menjayakan program tersebut. Walaupun kedudukan rumah mereka bertentangan, tetapi kedua-dua orang tua itu tidak bertegur sapa. Oleh kerana cintakan gadis yang sama, kedua-dua pemuda itu terpaksa bertentangan. I dan II II dan III III dan IV

5 D I dan IV

Soalan 18 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18 Penduduk kampung itu dinasihatkan jangan bimbang kerana gerak-geri kumpulan samseng itu diperhatikan oleh pihak polis. A diperhati akan pihak polis B pihak polis perhatikan C pihak polis memerhati D diperhatikan oleh pihak polis 19 Kelima orang anak Cikgu Rahimi berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri A Kelima-lima anak-anak B Lima orang anak-anak C Kelima-lima orang anak D Kelima orang anak 20 Sultan Kedah menganugerahi beliau pingat kerana jasanya kepada masyarakat. A menganugerahi pingat oleh beliau B menganugerahkan beliau pingat C menganugerahi pingat kepada beliau D menganugerahi beliau pingat 21 Setiap orang warganegara mesti mematuhi undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. A Setiap warganegara B Tiap-tiap warganegara C Setiap warganegara orang D Setiap orang warganegara

6 Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Tolong! Tolong! Bas ekspres itu terjatuh ke dalam gaung, jerit pemuda itu kepada orang ramai. A Pemuda itu menjerit meminta tolong kerana bas ekspres yang dipandunya jatuh ke dalam gaung. B Orang ramai diberitahu oleh pemuda itu bahawa bas ekspres jatuh ke dalam gaung. C Dengan perasaan cemas pemuda itu menjerit memanggil orang ramai memberitahu bahawa bas ekspres jatuh ke dalam gaung. D Pemuda yang kelihatan cemas itu menjerit meminta bantuan orang ramai mengeluarkannya dari dalam bas ekspress yang jatuh ke dalam gaung. 23. Hidangan yang istimewa telah disediakan oleh emak untuk menyambut abang yang akan pulang dari England. A Emak telah memasak masakan istimewa sempena meraikan kepulangan anaknya dari England. B Abang pulang dari England kerana hendak menikmati masakan istimewa oleh emak. C Emak dan abang akan dihidangkan juadah istimewa apabila mereka pulang dari England. D Dari England, emak telah menyediakan masakan istimewa untuk abang. 24. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran bagi mententeramkan keadaan riuh-rendah di kem pelarian itu. A Anggota pasukan keselamatan kecoh di kem pelarian itu apabila terdengar beberapa das tembakan amaran dilepaskan. B Pasukan keselamatan mententeramkan kekecohan di kem pelarian itu dengan menembak pelarian dengan beberapa das tembakan. C Beberapa das tembakan amaran dilepaskan ke udara oleh pasukan keselamatan bagi mengawal suasana kekecohan di kem pelarian itu. D Suasana kekecohan di kem pelarian itu berlaku apabila pihak keselamatan melepaskan tembakan amaran ke udara.

7 Soalan 25 27 Pilih ayat-ayat yang betul 25. I II III IV A B C D 26. I II III IV A B C D 27. I II III IV A B C D Abang menghadiahi saya jam tangan Citizen kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kami ketawa apabila melihat telatah pelajar baru itu. Calon-calon PMR digalak mengikuti bengkel teknik menjawab soalan. Pembinaan dewan orang ramai di kampung itu hampir siap. I, II dan III II, III dan IV I, II dan IV I, III dan IV Bapa menghantar adik ke sekolah pada tiap hari kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kami dipanggil oleh guru disiplin berhubung kes ponteng sekolah, kata Ramesh kepada rakan-rakannya. Apabila ayah pulang dari kerja, emak selalu menyambutnya dengan senyuman. Sejak tadi Azman memerhatikan gerak-geri pemuda-pemudi yang melepak di pasar raya itu. I dan II II dan III III dan IV I dan IV Khairul tidak dapat berlari kencang kerana badannya semakin gemuk. Ramai pelancong yang datang ke Pulau Pinang terpegun dengan keunikan bangunan-bangunan bersejarah di negeri tersebut. Usaha gigihnya selama ini telah membuahkan hasil yang baik. Semangat pahlawan orang-orang Melayu menentang penjajah Inggeris amat dikagumi. I, II dan III II, III dan IV I, II dan IV I, III dan IV

8 Soalan 28 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut. 28. Mariah menangis apabila Aznil menghinanya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Kata-kata Aznil begitu meyentuh perasaannya. Situasi ini dikatakan A kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. B kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. C tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. D mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. 29. Aku berharap agar engkau akan memulangkan wang yang kau pinjam tempoh hari seperti yang engkau janjikan. kata Salmi kepada Ramlah. Peribahasa Melayu ada menyebut A jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat. B jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya C hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati. D orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 30. Semua pelajar kelas 3 Mutiara didenda oleh guru disiplin walaupun hanya Johari sahaja yang membuat bising. Keadaan ini samalah seperti A rambut sama hitam, hati lain-lain. B kalah jadi abu, menang jadi arang C seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah

9 Soalan 31 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

Kamu semakin hebat, Mat! Cikgu Rosli menelefon dari maktab tempatnya bekerja. Punca kejayaan saya ialah cikgu. Kalau cikgu tak tunjukkan jalan, mungkin saya masih panjat pokok kelapa. Allah sebenarnya punca kejayaan kamu. Saya hanya pengantara. Errdah berjaya, dah kaya, tak berangan-angan kahwin dengan puteri raja? Ha.ha..ha! Harta kekayaan bertimbun-timbun kalau tak ada zuriat pun tak guna. Kahwinlah cepat, Mat! kata Cikgu Rosli menutup perbualan. Percakapannya itu, sentiasa ada di dalam kepalaku. Malam itu Raja Nor Mustaqimah datang ke dalam mimpiku. Dia membawa bunga mawar merah yang cantik dan wangi. Bunga itu dihulurkan kepadaku. Belum sempat aku menyambutnya, deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah. Aku terbangun daripada tidur. Pagi itu, entah kuasa apa yang mendorong aku menelefon Raja Nor Mustaqimah uaranya mesra dan lembut. Tidak sedar hamper setengah jam aku bergayut di telefon. Untuk ertama kalinya aku membuang terlalu banyak masaku untuk seorang perempuan. Apakah ertinya ini semua? Malamnya aku masuk tidur lebih awal daripada hari-hari biasa. Dalam gelap mataku terkebil-kebil tidak mahu terlena. Wajah Raja Nor Mustaqimah terbayang-bayang. Oh, Tuhan! Penyakit apakah yang sedang menyerangku? Dekati perempuan dengan jujur dan berani kalau kamu mahu memperiterikannya. Tetapi jangan hampiri perempuan kalau sekadar mahu berfoya-foya kerana kebanyakan perempuan cukup pandai menghabiskan wang! Kata-kata Haji Sapudin mengetuk gegendang telingaku. Mat Jenin abad kedua puluh mesti berani! Percakapan Cikgu Rosli juga hidup semula dalam ingatanku. (Dipetik daripada cerpen Hikayat Mat Jenin, Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

10 31 Mengapakah Mat menganggap kejayaan itu datang daripada gurunya? A kerana Cikgu Rosli menunjukkan cara memanjat pokok kelapa. B kerana Cikgu Rosli mendidiknya dengan ilmu pengetahuan yang berguna. C kerana Cikgu Rosli menunjukkan jalan ke tempat ada harta kekayaan. D kerana Cikgu Rosli memberinya peluang pekerjaan di maktab. 32 Apakah nasihat Cikgu Rosli yang sentiasa bermain dalam fikiran Mat? A Sebagai seorang kaya, Mat sepatutnya mengahwini puteri raja. B Mat perlu berjimat-cermat dengan harta kekayaan yang bertimbun-timbun. C Walaupun kaya tetapi Mat tidak ada pewaris bagi hartanya. D Mat perlu mencari isteri agar kekayaannya boleh dikongsi bersama. 33. Berikut adalah ciri-ciri perwatakan Mat KECUALI A gigih berusaha B suka membuang masa C menghormati orang D tidak mudah lupa diri 34. Latar tempat semasa Mat terdengar pesanan Haji Sapudin ialah A di pejabat B di tempat dia mula bekerja C di bilik tidur D di restoran 35. Apakah yang akhirnya berlaku terhadap Mat Jenin yang tergila-gilakan Raja Nor Mustaqimah? A Mat Jenin mengahwini Raja Nor Mustaqimah B Mat Jenin diejek oleh rakan-rakannya kerana gila bayang C Mat Jenin hanya berangan-angan kerana Raja Nor Mustaqimah mengahwini orang lain. D Mat Jenin meninggalkan Raja Nor Mustaqimah apabila teringat pesanan Haji Sapudin

10

11

Soalan 36 40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut RUMAH BARU Telah kita siapkan rumah baru untuk anak-anak berteduh kerana kita diamanah mendewasakn mereka menjadi warga bijaksana menjelang tahun wawasan Telah kita siapkan rumah baru di atas tiang muafakat air, pasir dan simen dari tangan pelbagai bangsa negara yang tumbuh atas bumi toleransi Telah kita siapkan rumah baru berwajah kebangsaan agar penghuni saling ramah rajin memberi dan menerima juadah kesejahteraan sampai akhir zaman (Dipetik daripada karya Haron A.H dalam Antologi Anak Bumi Tercinta Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkatan 3, DBP)

11

12 36. Rumah baru dalam sajak di atas membawa maksud A suasana baru yang akan diharungi. B satu kawasan yang baru dihuni C sebuah negara yang baru merdeka D sebuah rumah yang baru disiapkan 37. Berikut ialah faktor-faktor penentu keamanan sesebuah negara KECUALI A semua rakyatnya mendapat rumah baru B rakyat sentiasa bermuafakat C rakyat sanggup bertolak-ansur D rakyat yang sopan-santun tanpa mengira kaum 38. Antara persoalan utama yang ingin disampaikan oleh penyajak ialah A sumbangan rakyat pelbagai kaum terhadap negara B generasi baru perlukan negara baru C semua pihak perlu membantu untuk membina sesebuah negara D pentingnya kerjasama antara kaum untuk menjamin keselamatan negara 39. Penyajak menggunakan rangkaiankata tiang muafakat yang merupakan unsur A metafora B simile C personifikasi. D hiperbola. 40. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak Rumah Baru ialah A kerjasama, berani dan gigih B bersatu, kerjasama dan bertolak-ansur. C bertolak-ansur, berwawasan dan matang D bersatu, sabar dan berserah kepada Tuhan

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai