Anda di halaman 1dari 12

BIODATA TOKOH AKHLAK TELADAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Nabi Muhammad s.a.w.

telah dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) pada tahun gajah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Nabi muhammad s.a.w. berasal dari keturunan Nabi Ismail iaitu anak kepada Nabi Ibrahim. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Saadiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambingkambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Pertama: tahajjudnya. Kedua: Tahajjud, karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.

Keempat: Dhuha. Kelima: Keenam:

Jaga solat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Nabi SAW bersabda, Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.

Ketujuh:

Ringkasan Tentang Akhlak Rasulullah s.a.w. Pendahuluan Akhlak boleh diertikan sebagai budi pekerti, perangai, tingkah laku dan tabiat. Menurut Abu Bakar Jabir Al-Jazairi(1986) akhlak itu ialah suatu perkara yang sebati dalam diri seseorang. Daripadanya terbit perbuatan yang timbul dari kemahuan sendiri, samada yang baik mahupun yang jahat, samada yagn indah mahu pun yang keji. Berdasarkan difinisi ini dapat difahami bahawa akhlak adalah suatu perkara yang boleh dipuluk dan dibentuk pada diri seseorang sehingga telah menjadi tabiat maka ianya dinamakan akhlak. Menurut Abdullah Salim(1985) pula akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan menyatu di dalam diri seseorang. Dari sifat yang ada itulah terpancar sikap dan tingkah laku perbuatan seseorang, seperti sifat sabar, kasih sayang, atau sebaliknya seperti pemarah, benci, dendam, iri hati dan dengki, sehingga menutuskan hubungan selaturrahim. Dr Muqdad Yaljan(1986) menjelaskan akhlak Islamiah itu lebih luas dari pengertian etika/akhlak yang dibawa oleh seluruh agama dan berbagai aliran

Ketiga:

filsafat hingga kini. Ini disebabkan akhlak Islamiah mencakup di dalmnya segala hubungan manusiawi hingga hubungan manusia dengan makhluk hidup lainnya. Beliau seterusnya menambah bahawa moral behaviour dalam pandangan Islam adalah setiap tingkah laku yang mulia, dilakukan oleh manusia dengan kemahuan yang mulia dan untuk tujuan yang mulia juga, sedangkan manusia yang berkhlak adalah seorang manusia yang mulia dalam kehidupannya yang lahir dan batin, sepadan dengan dirinya sendiri. Rasulullah mempunyai akhlaq yang tinggi kerana seluruh hidupnya merupakan gambaran sifat peribadinya. Rasulullah menggunakan tangannya untuk mengambil dan memberikan sesuatu. Di dalam menulis surat, baginda meminta penulisnya memulakan dengan nama Allah, kemudian menulis nama pengirim dan nama orang yang ditujukan, selepas itu diikuti dengan isi kandungan surat dan diakhir surat itu diletakkan cop mohor. Banginda adalah seorang yang bebas dari sebarang kepercayaan-kepercayaan karut dan beliau tidak pernah meminta nasihat mengenai alamat-alamat, baik maupun buruk. Ketika berkhemah ditengah jalan dalam suatu perjalanan, baginda memilih tempat yang mempunyai nama-nama yang bermaksud kegembiraan, rahmat atau kejayaan. Begitu juga beliau tidak mengamanahkan kerja kepada seorang yang bererti gembira atau kejayaan. Ia juga menukarkan nama-nama tertentu kepada nama-nama yang lebih baik. Dalam soal kenderaan, beliau memilih kuda dan pernah berkata bahawa di dalam bulu leher kuda itu terdapat rahmat sehingga hari kiamat. Ia membersihkan mata, hidung dan mulut kued dengan tangannya sendiri. Baginda tidak sukakan kebisingan dan hiruk-pikuk, sebaliknya menyukai ketenangan dan keadaan yang teratur dalam semua hal. Sekalipun untuk pergi mendirikan sembahyang, beliau melarang daripada berlari dan tergesagesa. Baginda pernah berkata, Ketenangan dan kemuliaan adalah untuk kamu. Suatu ketika dalam masa Haji, berlaku kebisingan dan hiruk-pikuk, Rasulullah memulihkan peraturan dan ketenangan dengan mengangkat tangannya sambil berkata, Tergesa-gesa tidak akan mendatangkan kebaikan. Keterangan lengkap tentang adab-adab Rasulullah memerlukan suatu jilid khas kerana seluruh hidupnya merupakan gambaran akhlak yang tinggi. Aisyah pernah berkata, Bahawa akhlak Rasulullah ialah Al Quran. Apa yang

dikatakan oleh Anas bin Malik mengenai dirinya adalah lengkap. Beliau berkata, Rasulullah adalah manusia yang paling baik, manusia paling pemurah dan manusia paling berani. Tidak pernah dalam hidupnya ia melukakan hati seseorang melainkan di bawah undang-undang Allah dan tidak pernah bertindak balas akan segala perbuatan orang lain terhadap dirinya. Beliau memaafkan setiap orang sehingga orang-orang yang meniksanya tanpa berperikemanusiaan di Taif dan Mekah. Beliau tidak pernah menolak untuk menolong orang yang meminta pertolongannya, malah sanggup meminjam untuk membantu orang-orang lain sekiranya ia sendiri tidak dapat menyediakannya atau meminta orang itu datang pada masa yang lain, beliau tidak berdiam diri sahaja. Bukti tentang keberaniannya ialah; beliau bangun kesaorangan untuk menyatakan kebenaran dan dengan penuh keberanin menghadapi segala macam kesusahan dan tribulasi, tidak pernah menunjukkan ketakutan walaupun di dalam situasi yang paling berbahaya atau menunjukkan sebarang kelemahan. Semasa menghadapi saatsaat genting di dalam gua Thaur, di dalam peperangan Uhud dan Hunain, keimanannya tidak sedikut pun bergoncang dan ketabahannya tidak ada tolok bandingannya. Ali bin Abi Thalib telah mengambarkan bagaimanakah sifat peribadi Rasulullah saw sebab ia termasuk manusia terdekat dengan beliau dan ia memang ahli dalam bidang yang satu ini. Untuk mengetahui bagimanakah gambaran pribadi Rasulullah saw, marilah kita ikuti komentar Ali r. a. berikut ini: Rasulullah saw amat terpuji ucapan maupun tindak tanduknya. Tidak rendah budi pekertinya, tidk suka berandal/kasar apalagi berteriak-teriak di pasar. Beliau lebih senang memaafkan kesalahan orang daripada membalasnya. Tangan beliau tak pernah menyakiti seseorang pun, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Beliau tak mau memukul seorang pembantu, maupun seorang wanita. Belia disakiti orang beliau lebih senang memaafkannya. Tapi bila ada seorang yang yang melanggar ketentuanketentuan Allah, maka beliau amat murka. Bila diharuskan memilih antara dua hal, beliau selalu memilih yang lebih gampang. Bila beliau berada di rumahnya beliau menjadi manusia biasa, beliau mencuci pakaian, memerah susu kambingnya dan mengerjakan segala keperluan dirinya sendiri. Beliau tak senang berkata-kata kecuali yang berguna. Beliau selalu mendekatkan manusia padanya, tidak suka menjauhkan mereka. Beliau memuliakan seorang yang dimuliakan oleh kaumnya. Seorang yang

memuliakan oleh kaumnya, selalu diberi kekuasaan untuk memimpin dan mengayomi kaumnya. Beliau sealu bermuka manis dan berseri-seri menghadapi siapa saja. Beliau senantiasa menanyai segala kepentingan sahabat-sahabatnya. Suka menilai baik setiap kebaikan dan memberikan dukungannya. Demikian pula beliau tidak suka kejahatan dan selalu berusaha melenyapkannya. Segala urusannya, tidak berlebihan, segala urusannya dipersiapkannya matang-matang dan diusahakan sebaik mungkin agar orang tidak meremehkan dan jenuh kerananya. Yang paling dekat dengan beliau, adalah yang paling bertakwa kepada Allah dan yang paling banyak berguna bagi masyarakatnya. Beliau berdiri atau duduk dalam keadaan berzikir. Bila masuk di tempat orang banyak berkumpul, maka beliau ambil tempat duduk di mana saja ada tempat yang terluang, dan beliau perintahkan semua sahabatnya untuk berlaku demikian. Bila berkumpul setiap orang diberi kesempatan yang sama untuk bicara dan berkomunikasi, beliau selalu menyamakan setiap orang yang hadir di majelisnya. Sehingga setiap orang selalu puas akan sambutan dan pelayanan beliau. Bila datang seorang yang membutuhkan pertolongan pada Rasulullah, maka beliau mengabulkan permohonannya atau mengatakan sesuatu yang menyenangkan hati orang itu. Di tengah majlisnya beliau selalu menyenangkan orang-orang yang ada di majlisnya. Sehingga setiap orang merasa bahwa dirinya paling disayangi oleh beliau. Majlis beliau sealu merupakan majlis ilmu, malu, sabar dan amanat, tidak ada yang bersuara dengan suara keras, tidak pernah menuinggung kehormatan orang, tidka buka aib orang. Semua yang hadir dengan perasaan sama darjat, hanya ada kelebihan satu atas lainnya dalam soal taqwa. Yang tua lebih dihormati, dan yang muda harus disayangi. Beliau mementingkan orang yang mendapatkan bantuan, dan selalu menjaga perasaan orang asing. Selanjutnya kata Ali: Rasulullah saw selalu terlihat riang, luwes, lemah lembut, tidak mau bersikap kasar, tak suka menyebutkan aib nista seseorang, murah hati, tidak banyak berangan-angan kosong, dan tidak suka putus asa bila tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Ada tiga perkara yang tidak disenangi beliau: berdebat kusir, menyombongkan diri dan berbuat sesuatu yang tai ada manjaatnya. Ada tiga perkara pula yang selalu beliau hindarkan untuk orang lain: tidak senang membicarakan aib seseorang, tidak senang mencari-cari nista orang lain, dan tak senang membicarakan persoalan orang lain kecuali yang dapat mendatangkan kebaikan bagi orang itu. Orang-orang yang hadir di Majlis belua tak pernah ada yang bertengkar. Siapa saja yang bicara dengan beliau pasti orang lain yang hadir di sana dapat mendengarnya.

Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti di sana dapat mendengarnya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh perhatian sampai selesainya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh perhatian sampai selesainya. Bila di majlisnya orang banyak tertawa, maka beliaupun ikut gembira bersama mereka. Beliaupun ikut kagum bila orang banyak kagum. Dan beliau selalu tabah mendengarkan pembicaraan seseoang yang kasar atau masalah apa sahaja yang ditanyakan pada beliau. Bila ada seorang datang dengan memohon pertolongan, maka beliau mengabulkannya atau menuruh para sahabatnya untuk menolong orang itu. Beliau tak mahu disanjung orang kecuali sepantasnya. Beliau tak mahu memutuskan bicara seseorang yang bicara dengna beliau kecuali bila orang itu berkata yang bathil, maka beliau segera menyuruhnya orang itu untuk berhenti atau beliau sendiri yang bangkit meninggalkan orang itu. Disamping paling pemurah, Rasulullah saw paling benar perkataannya, lemah lembut dan amat terhormat budi pekertinya, siapa saja yang memandang beliau, pasti akan kagum pada beliau, siapa yang akrab dengan beliau, pasti akan mencintai beliau. Salah seorang yang pernah melihat beliau berkata: Belum pernah aku lihat seorang pun yang seperti beliau saw. Shalat Jama`ah Dari Abi Hurairah r. a. bahwa sesungguhnya Rasulullah Saw. Bersabda: Demi Allah yang jiwa saya di tangan-Nya, sungguh saya telah memerintahkan mengumpul kayu bakar. Maka kayupun dikumpulkan. Kemudian saya memerintahkan shalat dan adzanpun diserukan, kemudian saya memerintahkan salah seorang shabat untuk menjadi imam shalat dan saya membalik ke belakang menuju orang-orang(yang tidak berjama`ah) maka saya bakar rumah-rumah mereka. Demi Allah yang jiwa saya di tangan-Nya, jika salah seorang diantara mereka mengetahui akan mendpatkan tulang yang masih ada sisa dagingnya atau dua paha kambing yang masih berdaging yang masih berdaging yang masih agak baik, miscaya dia ikut berjama`ah, shalat `Isya. Hadith diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasa-I Menolong Teman Seagama Dari Abdullah bin Amer r. a. berkata, Rasulullah saw bersabda: Orang Islam itu saudara orang Islam lainnya, maka janganlah ia menganiaya, dan tidak

boleh ia membiarkannya(kepada yang membahayakan). Barangsiapa yang menolong(memenuhi) keperluannya, maka Allah menolong(memenuhi) apa yang menjadi keperluannya. Dan barangsiapa yang memudahkan(memberi jalan keluar) dari kesulitannya, maka Allah akan memudahkan dari kesulitannya di hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi(aib) orang Islam, maka Allah akan menutupinya di hari kiamat. (H. R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nsai-I dan Turmudzi Dinyatakan bahwa hadits ini Hasan Shahih) Yang dimaksudkan dengan persaudaraan orang Islam terhadap orang Islam lainnya ialah hubungn yang kuat di antara keduanya, sebagaimana kuatnya hubungan nasab yang menimbulkan cinta kasih sayang; sedia membantu dan menolong, memberikan kebaikan-kebaikan kepadanya dan menolak bahaya daripadanya. Dan termasuk rangkaian persaudaraan ialah bahwa dia tidak akan menganiaya dan tidak sampai hati menyerahkannya kepada yang membahayakannya. Arti menganiaya yaitu mengurangi kahnya, nilai pribadinya, harta benda atau kehormatannya, baik dia sebagai muslim yang taat dan aktif, maupun orang muslim yang taat dan aktif, maupun orang muslim yang fasiq, yakni orang yang mem[ermudah tentang hukum Alllah. Aniaya itu mutlak haram, sebagimana sabda Nabi saw: Artinya: Perbuatan aniaya itu, membuat kegelapan(siksa) di hari kiamat(bagi yang berbuat aniaya). (H. R. Bukhari dan Muslim) Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w Menyatakan Rasa Kasih Kepada Isterinya Dalam Kehidupan Seharian Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri

Memakai Wangi-wangian

Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Mandi Bersama Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah). Menyikat Rambut Suami

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad). Meminta Isteri Meminyakkan Badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir). Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama

Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur).

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur). Membelai Isteri

Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad). Tidur Di Pangkuan Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca alQuran." (Hadis riwayat Abdurrazaq). Memanggil Dengan Kata-kata Mesra

Ketika diucapkan kalimat yang baik atau ditempelkan tulisan dengan kalimat positif, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan bisa memiliki daya sembuh untuk berbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan maupun ditempelkan kalimat umpatan, celaan atau kalimat negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang jelek dan bisa berpengaruh negatif terhadap kesehatan.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (karena tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).

1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai. Abu Hurairah ra. berkata : Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya. (HR. Bukhari Muslim) Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (istrinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : Kami hanya punya cuka. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaikbaik lauk pauk adalah (yang mengandung) cuka. (HR. Muslim) Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepang dalam bukunya The True Power of Water menemukan bahwa unsur air ternyata hidup. Air mampu merespon stimulus dari manusia berupa lisan maupun tulisan.

3. Membaca Bismillah dan Hamdalah. Rasulullah SAW bersabda : Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, Bismillahi awwalahu wa akhirahu (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya). (HR. Abu Dawud) Dalam riwayat lain, disebutkan bahwa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah

SWT, maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya. Rasulullah SAW juga bersabda : Sesungguhnya Allah SWT meridhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah. (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi) 4. Makan menggunakan tangan kanan. Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda : Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya. (HR. Muslim) Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. 5. Tidak bersandar ketika makan. Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an). (HR. Bukhari) Muttaki-an ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan. Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin

makan banyak dengan menu makanan yang variatif. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Karenanya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya. 6. Memakan makanan yang terdekat dahulu. Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : Saat aku belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat. (HR. Bukhari)

7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dari Mikdam bin Madikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas. (HR. Tirmidzi dan Hakim) 8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sendok atau garpu. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jarijemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan. (HR. Muslim). Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Kaab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau

menjilatinya selesai makan. Penemuan kesehatan modern menunjukkan bahwa ketika kita makan dengan jari dan menjilati jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan. 9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya. Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, telunjuk dan jari tengah), seraya bersabda : Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan. Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilati piring seraya bersabda : Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu. (HR. Muslim). Islam melarang hal-hal yang mubazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang mubazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal bisa jadi sebenarnya pada makanan tersebut terdapat keberkahan. Oleh karena itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahwa makanan tersebut akan habis dimakan. 10. Makan dan minum sambil duduk. Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : Bagaimana dengan makan? Rasul menjawab : Itu lebih buruk lagi. (HR. Muslim) 11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.

Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Said ra. Marwan berkata kepadanya : Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?. Abu Said menjawab : Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas. Lalu Rasulullah SAW bersabda, Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah! Orang itu berkata lagi, Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda, Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud). Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya. (HR. Tirmidzi). Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi acidic (Asam). Hal ini dapat terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas. 12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit. Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah. (HR. Abu Dawud) 13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram. Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak

duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr. (HR. Imam Tirmidzi) 14. Mendoakan yang mengundang makan. Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke Saad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda : Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orangorang shalih (baik) dan malaikat pun mendoakan kebaikan untukmu. (HR. Ahmad dan Abu Dawud) 15. Menutup tempat makan dan minum. Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman! (HR. Bukhari Muslim) Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari polusi udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak titutupi. Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah: 1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang

aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk. 2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka. Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik. 3. Elakkan meminum susu bersama makan buah. Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik. 4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan. 5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda, barli dan oat. Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: Al-Habbah Al-Sawda mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Al-Hakam Bin Uyainah berkata:Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma). 7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar. 8. Buah tamar Sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging. 9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai

bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. 10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. 11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu. Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan (An-Nahl: 68-69) 12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada

kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda. 13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara). 14. Nabi Muhammad saw juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan. 15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan. Doa sebelum makan;

Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya. 16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim) Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404). Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat Pada makanannya yang mana yang diberkahi. Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut. 18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat. Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda; Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendirisendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: Berjamaahlah dalam menyantap makananmu. 19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita. Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur. Kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir.Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur. 21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurangkurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewatlewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu. 22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun. Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan

dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

Anda mungkin juga menyukai