Anda di halaman 1dari 4

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat

1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu. Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian. Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali. Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya. Betul: Dia merindui anaknya. Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik. Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu. Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung. Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar. Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar. Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya. Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang. Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung. Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk. Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik. Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu. Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini. Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis. Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah. Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya. Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja. Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi. Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman. Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27. Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan. Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil. Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya. Betul: Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya. Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.

Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera. Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa. Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai. Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka. Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai. Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana? Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap. Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap

Anda mungkin juga menyukai