Anda di halaman 1dari 6

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta

mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri muridmurid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalani terapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada di dalam air. Mereka kelihaan leka dan ashik bermain dengan pasir dan juga objek-objek yang terapung di dalam air. 5.1. PENGENALAN Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter. 5.2. OBJEKTIF Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakanrakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini. 5.3. DEFINISI DAN KONSEP Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas

di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini. 5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: i. Menghilangkan tekanan ii. Keupayaan berkomunikasi iii. Simulasi sistem otak iv. Bina keyakinan diri v. Kreativiti vi. Kawalan diri vii. Latihan Social skill viii. Merangsang pertuturan ix. Melatih sikap bekerjasama x. Meningkatkan kesabaran xi. Pengamatan xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain xiii. Latihan daya kepimpinan xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari

xv. Daya konsentrasi xvi. Pembentukan body image xvii. Peningkatan self-esteem 5.5. PANDUAN KESELAMATAN Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut. i. Ketidakupayaan Fizikal Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek. ii. Ketidakupayaan Intelektual Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya. 5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI i. Pendahuluan Memanaskan badan dan meregangkan otot. Mengenakan jaket keselamatan.
ii. Isi Pelajaran Bermain-main di tepi air.

Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan. Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru. Aktiviti renang dengan bantuan guru. Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru. Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu. iii. Penutup Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. Mengemaskan dan membersihkan diri.

sumber dipetik dari : Special Education(SpeEd)


1.PENGENALAN Murid Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Lewat Perkembangan, Slow Learner, Autisme, Hiperaktif dan lain-lain masalah. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PPKI. Selaras dengan visi sekolah untuk memberikan pendidikan bertaraf dunia sepanjang hayat, unit PPKI SKPU 3 telah merancang satu aktiviti Terapi Air di Wetworld Water Park. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti riadah yang diakui mampu memberikan manfaat kepada fizikal dan emosi murid PPKI.

2.RASIONAL Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu program terapi kepada murid PPKI. Selain daripada bersifat melatih murid, program ini juga dilihat boleh meningkatkan sifat daya saing dan berdikari dikalangan murid. Diharapkan dengan pelaksanaannya murid-murid PPKI akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat kelak.

3. OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Melatih murid bersosial dan beriadah dengan masyarakat. Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat. berkomunikasi,

Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

4. KUMPULAN SASARAN 4.1 27 Orang Murid PPKI.

5. TEMPAT 5.1
Wetworld Water Park Seksyen 2 Persiaran Dato Menteri 40000 Shah Alam Selangor.

6. TARIKH PELAKSANAAN 6.1 23 April 2009

7. SUMBER KEWANGAN 7.1 Yuran kutipan dari murid dan guru PPKI. 8. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi

Pn. Norihan bt. Samion (Guru Besar)

Naib Pengerusi

En. Jamhari b. Hamid (Penolong Kanan Pentadbiran)

Pn. Rosidah bt. Zamhari (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

En. Peralan A/L Navaratnam (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Aktiviti :

Pn. Nur Suraya bt. Awang (Penyelaras Pendidikan Khas)

Setiausaha

1.En. Azrin b. Bakar

2.Pn. Rosmaida bt. Zulkifli

Bendahari

Pn. Rosmaida bt. Zulkifli

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras projek

Pn. Nur Suraya bt. Awang (Penyelaras Pendidikan Khas)

Pengangkutan

En. Azrin b. Bakar

Alatan

En. Muhammad Akmaluddin b. Samsudin

Makanan

1. Pn. Norlita bt. Amat 2. Nazirah bt. Mohamad

Laporan Kewangan

Pn. Mas Ayu bt. Abu Hasan

Laporan Aktiviti

Pn. Noor Hasimah bt. Dollah

Kawalan Murid/ Disiplin

1. Marzahimah bt. Maryon 2. Rohayu bt. Shafie 3. Faziana bt. Abd Malik