Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN MENGENAI TADIKA LITTLE KIDS

KANDUNGAN
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG TADIKA

MUKA SURAT

LITTLE KIDS ................................................................................................. CARTA GURU-GURU TADIKA.................................................................. WAKTU PERSEKOLAHAN DAN MATA PELAJARAN YANG DIAJAR.............................................................................................. WAKTU REHAT DAN KELAS NURSERY (3 4 TAHUN)...................... KINTERGARDEN (5 TAHUN) DAN PRA-SEKOLAH (6 TAHUN)..................................................................................................... AKTIVITI-AKTIVITI LUARAN, AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN DAN KELAS KHAS................................................................ . CARA PENGAJARAN, REFLAKSI DAN PENUTUP..............................

1 2

3 4

6 7

LAMPIRAN 1...............................................................................................

LAMPIRAN 2..............................................................................................

LAMPIRAN 3..............................................................................................

10

LAMPIRAN 4..............................................................................................

11

LAPORAN MENGENAI TADIKA LITTLE KIDS PENGENALAN


Baru-baru ini saya telah mendapat peluang untuk menyelidik sebuah tadika yang bernama TADIKA LITTLE KIDS. Ia terletak di No. 23, Solok Pendamar Indah 1, Taman Pendamar Indah, Pandamaran. Tadika ini telah pun berusia sebelas tahun. Ianya merupakan sebuah tadika yang sederhana besar. Terdapat sebuah taman permainan kecil yang dilengkapi dengan beberapa alat permainan. Sebuah papan gelongsor diletakkan di hadapan tadika dan juga terdapat sebuah buaian di tepi tadika ini. Selain itu, ada juga sebuah kolam renang yang diperbuat daripada jubin . Tadika ini dikelilingi oleh pagar besi dan pintu pagar pula sentiasa ditutup untuk keselamatan murid-murid. Manakala pintu masuk ke tadika ini pula sentiasa dibuka supaya kanak-kanak dapat menikmati angin yang bersih di samping belajar dengan tenang. (LAMPIRAN 1 )

LATAR BELAKANG TADIKA LITTLE KIDS


TADIKA LITTLE KIDS mula beroperasi pada 7 hb November, 1993 dan masih beroperasi sehingga kini. Ianya merupakan sebuah tadika yang berteres satu tingkat dan mempunyai lima buah bilik darjah. Kira-kira 80 hingga 90 orang kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun belajar di tadika ini. Mereka terdiri daripada berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan terdapat juga kanak-kanak dari Sabah dan Sarawak. Kesemua kelas di tadika ini dihiasi dengan gambar-gambar dan huruf-huruf yang diperbuat daripada kertas dan diwarnakan dengan warna-warna yang menarik. Ini menjadikan kelas-kelas ini ceria dipandang. (LAMPIRAN 1) Terdapat tiga orang guru termasuk seorang pengetua di Tadika Little Kids ini. Nama pengetua ialah Puan Leela Kittu. Ada dua orang pembantu untuk menjaga kebersihan kanakkanak dan tadika ini.

CARTA GURU-GURU TADIKA


(LAMPIRAN 2)

GURU NURSERY PUAN LEELA KITTU (3-4 TAHUN)

GURU AGAMA PUAN RAFIDAH

PENGETUA
PUAN LEELA KITTU

GURU KINTERGARDEN CIK SANGEETHA (5 TAHUN)

GURU PRA-SEKOLAH CIK MEGALA (6 TAHUN)

WAKTU PERSEKOLAHAN
Kelas untuk semua tahap bermula pada pukul 7.45 pagi dan tamat pada pukul 11.45 pagi. Sebelum kelas bermula, perbarisan diadakan. Kanak-kanak menyanyikan lagu NEGARAKU bersama-sama dengan guru mereka. Selepas itu, mereka diajar membuat senaman aerobik untuk mencergaskan badan dan minda mereka sebelum masuk ke kelas masing-masing. Sebelum tamatnya kelas, guru-guru bagi semua tahap akan mangajar muzik seperti nursery rhymes, lagu-lagu pendek yang berasaskan nilai-nilai moral dan sebagainya. Cara ini membantu kanak-kanak menjadi cergas dari segi mental dan rohani. Melalui lagu-lagu moral pula, kanak-kanak ini juga dapat mempelajari cara-cara menghormati ibu bapa dan orang tua, tolong menolong dan sayanag-menyayangi diantara satu sama lain dan sebagainya. Difahamkan bahawa, selepas kelas muzik kanak-kanak keluar dari kelas dengan lebih cergas dan gembira. Selain itu, kelas komputer juga diadakan dua kali seminggu bagi semua tahap. Kanakkanak berasa sangat seronok dan gembira apabila diajar cara-cara menggunakan komputer. Kanak-kanak ini juga memperolehi banyak informasi melalui kelas komputer ini.

MATAPELAJARAN YANG DIAJAR


BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS SAINS MATEMATIK MUZIK MORAL AGAMA / BAHASA TAMIL / BAHASA CINA KRAFTANGAN KOMPUTER PERMAINAN AIR (RENANG)

(LAMPIRAN 3)

WAKTU REHAT Waktu rehat pula bemula pada pukul 9.30 hingga 10.00 pagi. Kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat seperti mi dan mihun goreng (kurang minyak), kuih-muih, ketupat, biskut dan sebagainya dan mereka diberi minuman seperti Milo dan jus buah-buahan. (Nasi lemak hanya diberi sekali sebulan). Tadika ini tiada kantin, maka pembantu tadika mengedarkan makanan kepada kanak-kanak ini di kelas masing-masing. Makanan disediakan oleh emak seorang guru yang bernama Cikgu Rafidah.

KELAS NURSERY Oleh kerana kanak-kanak nursery ini masih kecil, maka mereka tidak banyak dibebankan dengan aktiviti kurikulum malah aktiviti ko-kurikulum kerap kali diadakan bagi menceriakan kanak-kanak ini dari segi fizikal dan mental. Aktiviti-aktiviti seperti mewarnakan gambar, kraftangan seperti membuat bunga-bungaan yang mudah daripada kertas, membuat corak dengan bendi, ubi kentang dan sebagainya. (kertas-kertas serta bahanbahan yang digunakan untuk membuat bunga-bungaan dan corak disediakan dan dipotong oleh guru mereka). Bagi kurikulum pula, kanak-kanak ini diberi buku-buku yang senang dibaca dan difahami serta dilengkapi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni. Mereka berasa seronok apabila membaca buku-buku seperti ini. Buku Sains Starter untuk Nursery juga diajar untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak dapat membaca mengenai bentuk dan saiz sesuatu benda, nama-nama anggota badan, cuaca, warna, perbezaan (seperti tinggi-rendah, kurusgemuk, kecil-besar), dan sebagainya melalui buku ini. (LAMPIRAN 4) Selain itu, kanak-kanak ini diberi kad imbasan (flash card) supaya mereka dapat belajar di samping bermain bersama-sama guru mereka. Guru nursery ini banyak mengamalkan terma MORE PLAY MORE FUN daripada lebih mengajar dari buku supaya kanak-kanak ini tidak mudah menjadi bosan.

KINTERGARDEN (5 TAHUN)
Bagi kanak-kanak kintergarden pula, mereka mula belajar dengan menggunakan buku-buku seperti buku Bahasa Malaysia, Inggeris, Sains, Matematik, Agama dan juga bahasa ibunda (Bahasa Tamil dan Bahasa Cina). Guru-guru menggunakan perkataan yang senang supaya mereka mudah memahami perkataan-perkataan dan ayat. Bagi matapelajaran Sains pula, guru lebih tumpukan kepada praktikal iaitu membuat eksperimen dan ini membantu kanak-kanak mempelajari Sains dengan lebih mendalam. Selain itu, phonics ( satu kaedah pembelajaran membaca asas Bahasa Inggeris yang menggunakan sistem bunyi-bunyian dan hubungan antara bunyi dengan huruf dicantum untuk menjadi satu perkataan) juga diajar untuk kanak-kanak ini supaya mereka dapat menguasai asas membaca Bahasa Inggeris mereka. Begitu juga dengan Matematik dimana kanak-kanak ini diberi guli-guli kecil atau biji asam jawa untuk memudahkan mereka membuat pengiraan dengan senang.

PRA-SEKOLAH (6 TAHUN)
Kanak-kanak Pra-Sekolah lebih ditumpukan dengan silibus pra-sekolah bagi memudahkan kanak-kanak ini mengharungi alam persekolahan mereka. Mereka juga diajar bercerita (short story telling) dimana mereka dikehendaki membaca dan menghafal ceritacerita pendek yang kebanyakkannya menegaskan nilai-nilai moral lalu diminta becerita di hadapan kelas. Ada beberapa kanak-kanak berasa malu bercerita di hadapan kelas. Guru-guru pula memberi galakan kepada kanak-kanak ini supaya memberanikan diri. Cara ini membolehkan kanak-kanak ini berasa yakin diri serta menghafal sesuatu yang dipelajari. Bagi matapelajaran Sains pula, kanak-kanak ini diminta membuat eksperimen dengan menggunakan magnet, mentol dan sebagainya supaya mereka dapat mengetahui nama alatalat ini di samping memperluaskan daya pemikiran (kognetif) mereka bagi Matapelajaran Sains. Kanak-kanak ini juga disuruh supaya menghafal nombor kereta ayah dan ibu serta umur mereka dan dikehendaki memberitahu guru mereka pada keesokan harinya. Ini juga salah satu kaedah untuk menambahkan pengetahuan am kanak-kanak ini.

AKTIVITI-AKTIVITI LUARAN
Selain kraftangan, kelas renang juga diadakan bagi kanak-kanak dari semua tahap. Kelas renang diajar setiap hari Jumaat (jika cuaca bersesuaian). Kadang-kadang kanak-kanak ini juga dibenarkan bermain di taman permainan selain dari masa Pendidikan Jasmani. Tidak ketinggalan juga aktiviti berkebun bagi kanak-kanak kintergarden dan prasekolah. Guru-guru mengajar cara menanam pokok bunga dan sayur-sayuran. Aktiviti-aktiviti sebegini memang menggembirakan dan menceriakan kanak-kanak ini. (maklumat diperolehi dari pengetua). Di samping itu, mereka juga dapat mempelajari nama-nama tanaman serta cara-cara berkebun melalui aktiviti ini.

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN
Setiap tahun, pihak tadika ini akan mengadakan lawatan sambil belajar. Setakat ini, mereka telah menganjurkan lawatan ke Zoo Negara, Muzium Shah Alam, Ostrich Farm di Negeri Sembilan, Kilang Roti Silver Bird dan Gardenia, Petro Sains di Kuala Lumpur, Melaka dan banyak tempat lagi. Ini juga salah salah satu cara dimana kanak-kanak ini dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama mereka di samping mempelajari sesuatu yang baru. Selain itu, sukan dan konsert tahunan juga dianjurkan oleh pihak tadika ini. Kanakkanak ini diberi galakan serta semangat dengan aktiviti sebegini. Di samping itu, jamuan tahunan, jamuan kanak-kanak dan jamuan hari perayaan juga dianjurkan setiap tahun untuk menggembirakan kanak-kanak ini.

KELAS KHAS
Di tadika ini juga terdapat beberapa orang kanak-kanak yang tidak mahir dengan huruf-huruf, tidak tahu membaca serta tidak tahu memegang pensel dengan cara yang betul. Kelas khas diadakan untuk kanak-kanak ini dan mereka sentiasa diawasi oleh guru-guru dan juga pengetua. Kanak-kanak ini diberi kerja-kerja yang senang dan perkataan-perkataan yang senang dibaca. Latihan rumah yang senang juga diberikan kepada mereka supaya mereka dapat menguasai penulisan dan pembacaan dengan mudah.

CARA PENGAJARAN
Pihak Tadika Little Kids mengamalkan salah satu cara Montessori dimana beliau telah mengatakan bahawa : "Follow the Child." Maknanya kita harus memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk membuat sesuatu dengan bebas dan memerhatikan mereka daripada sentiasa memberi arahan kepada mereka. Dengan cara ini guru-guru dapat mengeratkan hubungan mereka dengan kanak-kanak ini. Kanak-kanak di sini juga sangat gembira dengan cara pendekatan guru mereka.

REFLAKSI
Semasa pemerhatian, saya dapat melihat kanak-kanak di tadika ini sangat seronok membuat kerja masing-masing dengan bantuan guru-guru mereka. Apa yang mengkagumkan saya ialah kanak-kanak ini membuat aktiviti mereka bersama kumpulan dan tolong-menolong diantara satu sama lain. Selain itu, pengetua tadika ini selalu memerhatikan semua kelas serta guru-guru dan jika beliau tidak puas hati dengan kerja-kerja gurunya maka beliau menegur mereka serta merta. Saya dapat perhatikan bahawa beliau sangat mengambil berat serta menyayangi kanak-kanak di tadika ini. Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila ditanya mengenai falsafah tadika ini kepada pengetua, beliau mengatakan bahawa mereka belum mempunyainya setakat ini. Pada pendapat saya, ini kurang memuaskan hati saya. Namun, saya memberitahu cadangan saya kepada beliau agar mengusahakannya secepat mungkin. Beliaupun bersetuju dengan cadangan saya. Saya berasa senang hati apabila mendapat jawapan yang positif daripada beliau. Dari segi keselamatan pula, pagar besi yang mengelilingi tadika ini kurang memuaskan keadaannya kerana sesiapa sahaja boleh menaiki pagar besi ini untuk masuk ke kawasan tadika. Bila ditanya beliau mengatatkan bahawa pihak tadika sedang berusaha untuk membina pagar tembok secepat mungkin.

PENUTUP
Sebelum mengakhiri laporan saya mengenai Tadika Little Kids ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, guru-guru, kanakkanak serta semua pihak yang terlibat untuk membantu saya membuat laporan ini. Juga tidak lupa diucapkan terima kasih pada Datin Dr. Jamaliah yang telah memberi peluang untuk membuat laporan tadika. Saya juga meminta maaf jika terdapat kekasaran bahasa di dalam laporan ini.

- TERIMA KASIH 7

LAMPIRAN

LAPORAN TADIKA
UEC 2002

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK