Cadangan Aktiviti
Cadangan Aktiviti
Entri ni merupakan lanjutan kepada entri lepas iaitu Info Sihat: 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan. Mungkin timbul sedikit kekeliruan tentang aktivti senaman yang disenaraikan. Saya akan senaraikan cadangan aktivitiyang dapat dilakukan berpandukan kepada 4 Senaman Asas:-
1. Senaman Ketahanan
Berjalan kaki lebih sesuai dilakukan oleh golongan berusia dan ibu yang mengandung kerana tidak memerlukan tekanan tinggi terhadap degupan jantung dan paru-paru untuk bernafas.
Boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan sebaiknya mengambil tempoh masa tertentu semasa berjalan kaki.
Kebaikan kepada kekuatan otot dan mengurangkan risikoosteoporosis. Bagi mereka yang mengalami stress juga digalakkan melakukan senaman berjalan kaki kerana ia menghasilkan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
BERJALAN
SAMA 90 70 8
Aktiviti 2: Jongging
Jongging adalah aktiviti yang biasa kita lakukan. Tetapi kepada wanita yang berusia tidak digalakkan untuk jogging kerana boleh memberikan kesan sampingan kepada sistem peranakan kerana aktiviti ini memerlukan lebih tenaga dan kekuatan.
Sila pastikan anda memakai Kasut JONGGING, bukan kasut badminton, bukan kasut futsal, kerana kasut yang tidak sesuai akan memberikan kesan kepada tumit dan lutut anda. Kasut JOGGING telah dibuat khas dengan bahagian tapaknya yang tebal dan fleksibel.
Aktiviti 3: Berenang
Berenang merupakan salah satu sukan yang disarankan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Siapa nak ikut sunnah belajar berenang ya.hehe
Berenang diakui agak sukar dipelajari, dan memerlukan ketahanan otot kardiovaskular yang tinggi kerana seluruh anggota badan akan bergerak memainkan peranan.
2. Senaman Keseimbangan
Yang ni pula cara tekan tubi untuk golongan hawa. Jangan silap ya kakak2 dan makcik ('',)
Nak lagi hebat boleh cuba gaya ni. Gaya lagenda seni tempur Bruce Lee yang hanya menggunakan dua jari sahaja untuk tekan tubi!
3. Senaman Fleksibiliti
Aktiviti: Aerobik
Pemimpin kita pun melakukan aerobik, rakyat juga perlu rajin2 bersenam ya ('',)
4. Senaman Kekuatan
Menggunakan dumbbell merupakan aktiviti angkat berat yang mudah dan praktikal. Dumbbell mempunyai beberapa saiz dan berat. Main lah ikut kemampuan sendiri dulu, jangan paksa diri nanti boleh kasi terkoyak tisu pula.
Cara main dumbbell juga perlu betul supaya kita dapat elakkan kecederaan kepada otot dan abdomen badan.