Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan

Setiap guru pelatih diharus menjalani tiga kali praktikum di sekolah yang berlainan. Pada praktikum yang pertama, saya telah menjalani latihan praktikal ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur selama sebulan. Saya berasa sangat gementar untuk mengajar dan merupakan pengalaman yang amat bermakna kerana ini adalah pengalaman pertama saya. Namun begitu, pada praktikum kali kedua, selama dua bulan di lain juga disekitar Kuala Lumpur, perasaan gementar saya telah berkurangan kerana bertambahnya keyakinan serta kemahiran pengajar yang semakin cekap. Keyakinan dan kemahiran mengajar semakin memuaskan semasa praktikum ketiga dan membuat saya berasa teruja untuk menjadi seorang guru yang mahir dan berpengalaman.

Namun begitu, kelemahan yang besar di dalam pengajaran saya semasa menjalani ketiga-tiga praktikum ialah dalam penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk konkrit. Saya kurang berkemahiran dan berkeyakinan dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit dan berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum, saya menggunakan poster, carta dan gambar yang sedia ada di bilik persediaan. Contohnya dalam topik penyebaran bijih benih saya menggunakan gambar-gambar biji benih sebagai alat bantu mengajar saya. Kesan daripada pengajaran saya ialah ada di antara murid-murid termenung, bercakap sesama sendiri, memandang keluar kelas, bermain serta bergurau atau melakukan aktiviti selain daripada mendengar dan mencatat nota tentang topik yang diajar. Hal ini menunjukkan mereka bosan dan tidak berminat dengan pengajaran saya. Penggunaan alat bantu mengajar yang tidak konkrit juga menyebabkan saya banyak bercakap dalam menerangkan konsep sains berbanding dengan murid

yang sepatutnya membina konsep sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan kegagalan saya menggunakan strategi pendekatan berpusat murid.

Adakala juga saya langsung tiada menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya. Contohnya dalam pengajaran topik cara tumbuhan mengekalkan kemandirian spesis, saya hanya menerangkan konsep-konsep yang berkaitan dengan tajuk tersebut dengan menggunakan papan hitam dan juga buku teks. Pada peringkat induksi, murid-murid masih mendengar dan memberi perhatian. Keadaan bilik darjah mula berubah menjadi bertambah teruk apabila terdapat murid yang berlari-lari dan keluar masuk ke dalam kelas, ada sesetengah murid membaca bahan bacaan lain, mengganggu pengajaran dan pembelajaran dengan berbuat bising dan ada juga yang berkhayal serta tidur semasa saya mengajar di hadapan kelas. Sekali lagi pengalaman tersebut membuktikan murid-murid saya tidak berminat dan bosan dengan pengajaran saya. Ianya telah menyedarkan saya bahawa menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan adalah penting untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.

Namun begitu, saya juga ada menggunakan alat bantu mengajar untuk tajuk Tenaga yang boleh diperbaharui dan Tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan ialah objek konkrit iaitu botol petrol tetapi saiz botol petrol tersebut terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk semua murid di dalam kelas tersebut. Bahan tersebut tidak memberikan banyak fungsi kepada pengajaran saya. Saya dapati dengan menggunakan bahan tersebut menyebabkan murid-murid tidak dapat memberi fokus dan tidak tertarik dengan pengajaran apabila mereka tidak dapat mencerap dengan jelas maklumat yang terdapat pada botol petrol, dengan demikian mereka gagal menjawab soalan yang saya ajukan. Ini menunjukkan mereka

masih tidak faham konsep tenaga berkaitan objek tersebut. Seterusnya mereka semakin hilang fokus dan mula melakukan aktiviti mereka sendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut gagal sekali lagi. Berdasarkan pemerhatian saya, semua masalah pengajaran adalah berpunca daripada kelemahan dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan serta dapat membantu memahami konsep sains. Kelemahan ini memberi kesan negatif ke atas tingkah laku mereka terutama sekali minat dalam mempelajari sains. Oleh itu saya telah menyebabkan minat dalam mempelajari sains telah menurun. Saya juga gagal meningkatkan kemahiran proses sains asas iaitu pemerhatian yang merupakan kemahiran sainstifik yang sangat penting dalam mempelajari sains.

Semasa praktikum, pensyarah pembimbing saya telah menegur mengenai penggunaan bahan bantu mengajar yang saya gunakan kerana tidak menarik bersaiz kecil, warna yang pudar, dan huruf yang kecil. Selain daripada kelemahan membina bahan bantu mengajar, saya juga turut lemah dalam melibatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas dengan penggunaan alat bantu mengajar. Pengajaran yang tidak melibatkan murid akan menyebabakan suasana kelas menjadi hambar dan membosankan. Menurut Hayazi (2008), pembelajaran yang tidak melibatkan pelajar menjadikan murid pasif dan merasa bosan seterusnya merendahkan minat untuk belajar. Manakala bahan bantu mengajar yang tidak berkesan turut mempengaruhi kemahiran proses sains terutamanya pemerhatian. Menurut Hayazi (2008) lagi, keberkesanan bahan bantu mengajar berjaya meningkatkan kemahiran proses sains.

Anda mungkin juga menyukai