Anda di halaman 1dari 3

Beginilah kisah seorang raja, Nama diberi Tambi Tambika, Hidupnya selalu berpura-pura, Silih berganti bertukar wanita.

Raja berasa amatlah sunyi, Hidupnya tiada teman di sisi, Ingin mencari seorang permaisuri, Untuk mengisi ruang di hati. R : Tuan bendahara, beta rasa semakin tawar hati dengan gundik-gundik beta. B : Mengapa tuanku? R : Beta rasa mereka seperti tidak mahu melayan beta lagi. Beta rasa hidup beta tidak sempurna dan kesunyian. Apa yang perlu beta lakukan wahai bendahara? B : Emmpada firasat patiklah tuanku, sudah tiba masanya untuk tuanku mencari bunga yang baru. R : Bagus bendahara, bagus. Beta juga rasa begitu. Apa lagi bendahara, laksanakanlah upacara pemilihan calon yang terbaik untuk beta. B : Titah dijunjung tuanku! (Setelah mendapat perintah daripada raja, bendahara dengan segera menyampaikan titah baginda kepada rakyat jelata). B : Dengar sini wahai penduduk-penduduk wanita negeri Miang Keladi sekalian, Yang mulia Raja Tambi Tambika ingin mencari pasangan hidup bagi menyerikan persinggahan hidup baginda. Maka, kepada semua wanita yang mempunyai kriteria yang mampu memikat hati raja, anda sekalian diundang ke istana pada esok hari.

(Maka dengan usaha bendahara yang suka mengampu raja tersebut, maka berlangsunglah upacara pemilihan calon penyeri hidup Tuanku Raja Tambi Tambika. Maka pada keesokan harinya bertandanglah calon-calonnya ke istana).

CALON PERTAMA (Kurus kering) R : Pertama sekali beta mahu bertanya apakah keistimewaan tuan hamba? C : (Tunjuk Gaya). Ampun tuanku, patik rasa patik memang memenuhi kriteria-kriteria yang diidamkan oleh setiap lelaki tuanku! Selain daripada mempunyai bentuk badan yang menarik, hamba juga R : Sudah..sudah! Beta tidak mahu dengar lagi. Tuan hamba boleh keluar dari sini sekarang! Bendahara!!!!! B : Baik tuanku!

CALON KE-2 (Bisu) R : Siapakah gerangan adinda yang manis ini? C : (Stay bisu..) R : Janganlah malu-malu adinda...cakap C : Erkerkerk(dengan gaya bisu) R : Bendahara!!! Siapa yang tuan hamba bawa ini??? Semuanya tidak memenuhi citarasa beta!!! B : Sabar tuanku, sabar. Patik tidak tahu bagaimana mereka bisa ke mari sedangkan patik telah memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai kriteria yang menarik sahaja yang diundang. Tidak mengapa tuanku, masih ada lagi calon yang belum tuanku temui. Mungkin kali ini ada yang berkenan di hati tuanku.

CALON KE-3 (Sengau) R : Hmmboleh tahan juga adinda yaPerkenalkanlah diri adinda. C : Nama patik Kiambang tuanku. Patik dari kampung seberang R : Adui..sakit kepala beta..Tadi bisu, sekarang sengau pula. Bendahara, tuan hamba boleh bawa perempuan ini keluar sekarang juga!! C : Mengapa tuanku? Bukankan patik cantik..Tengoklah badan patik..34-28-36.. Cantik kan? Tiada seorang perempuan pun yang dapat menandingi kecantikan patik ini tuanku.. R : Bendahara.!!!!!

CALON KE-5 (Cantik, menarik) C : Tuai padi antara masa..Esok jangan layu- layuan..Intai kami antara nampak..Esok jangan rindu-rinduan R : Suara siapakah itu wahai bendahara? B : Patik juga tidak tahu tuanku. Biar patik lihat..Tuanku, patik rasa patik telah temui calon yang sesuai untuk tuanku. R : Siapakah gerangan wanita yang bertuah itu wahai bendahara? Bawalah dia ke mari, beta tidak sabar untuk bertemu dengannya. (Raja hanyut dalam mimpinya dengan menari seorang diri sambil membayangkan wajah wanita tersebut)

CALON KE-4 (Tomboy) R : Kali ini perempuan bagaimana pula yang akan menjelma. B : Sabar tuanku..sabar.. R : Bendahara, melihat pada gayanya saja beta sudah tau bagaimana tingkah lakunya. Hai apalah nasib beta ini. Bendahara. B : Ampun tuanku! C : Mengapakah hamba disuruh keluar?? Hamba belum memperkenalkan diri lagi. Ahhhamba tidak peduli! Hamba ingin berjumpa tuanku dahulu (sambil memberontak) B : Harap maaf..Tuanku ingin berehat dan tidak mahu diganggu lagi. Tuan hamba boleh cuba lagi tahun hadapan. R : (Menyandar di kerusi sambil mengurut kepala)

B : Tuanku, mengapa tuanku tiba-tiba menari seorang diri? Apa yang tuanku igaukan? R : Oh bendaharaBeta terbayangkan wajah adinda yang bertuah itu..Wajahnya sungguh cantik bendahara..Bagaikan bidadari yang turun dari kayangan. C : Tidak perlulah kanda membayangkan wajah adinda karena adinda sudah ada di hadapan mata kanda sekarang. Dinda yakin, kanda pasti akan tertarik pada adinda. R : Oh adindaku..Kanda tidak menyangka adinda akan muncul dalam hidup kanda dalam sekelip mata. Kanda bagaikan tidak percaya. Apakah kanda sedang bermimpi wahai adindaku? C : Tidak kanda, kanda tidak bermimpi. Dinda benar-benar ada di hadapan kanda sekarang. Cuba kanda tatap wajah adinda sedalam-dalamnya.

R : Oh adindakuAdinda bagaikan bidadari yang bisa membuatkan kanda mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adinda.. C : Alah kanda ni..gatal la.. R : AdindaSudikah adinda menjadi penyeri hidup kekanda? C : Adinda sudi.. Adinda sudi.. R : Kalau begitu, marilah pada kekanda wahai adindaku. Calon-calon lain : Ini tidak adil!!!! Dasar raja tak sedar diri!!! Orang tua miang keladi!!! R : Ti.dak..

TAMAT
Pengajaran: Jangan memandang rendah terhadap orang lain kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai