Anda di halaman 1dari 2

Ujian Bleep Test 1) Apakah Ujian Bleep/bleep test?

Bleep test adalah ujian yang digunakan oleh jurulatih untuk menilai anggaran VO2 max iaitu pengambilan oksigen secara maksimum oleh atlit apabila ujian dijalankan. 2) Bagaimanakah ujian ini dijalankan? Ujian ini melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah dalam jarak 20 meter. Pelari akan berdiri di belakang garisan pertama dan menghadap garisan kedua dan ujian bermula apabila bunyi beep pertama kedengaran. Tahap kelajuan larian agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan berlari secara brterusan dan perlu menghabiskan jarak larian sebelum bunyi beep yang seterusnya. Sekiranya pelari mencecah garisan sebelum bunyi beep, pelari tersebut harus menunggu sehingga bunyi beep seterusnya kedengaran. Selang masa bunyi ini akan berkurangan lalu memaksa atlet untuk meningkatkan kelajuan larian mereka sehinggalah mereka tidak mampu lagi mengikutinya ataupun selesai menghabiskan ujian ini. 3) Apakah alternatif lain sekiranya ujian ini tidak dapat dilaksanakan? Atlet boleh membuat larian sejauh 2.4km di mana catatan masa akan diambil. 4) Apakah faktor-faktor yang memainkan peranan dalam ujian ini? Faktor pertama adalah jantina. Atlet lelaki lebih cenderung mempunyai ketahanan stamina dan mampu mencatatkan rekod yang lebih baik berbanding atlet perempuan. Faktor kedua adalah umur. Semakin meningkat umur, maka kadar jarak larian akan semakin berkurangan. Faktor ketiga adalah teknik larian dan ketahanan otot untuk mengikut rentak bunyi beep. Faktor keempat adalah keadaan persekitaran dan pakaian yang dipakai oleh atlit. 5) Nyatakan kelebihan, kekurangan ujian ini dan proses penambahbaikan yang boleh dijalankan.

Kelebihan: ujian ini boleh dilakukan dengan penyertaan atlet yang ramai dan menggunakan kos rendah Kekurangan: 1) atlet perlu mempunyai motivasi dan ketahanan stamina yang tinggi untuk mengikut rentak ujian ini.
2) Keputusan

adalah subjektif kerana golongan yang berumur mampu

mengalahkan catatan masa golongan muda. 3) Ujian ini memerlukan tahap kecergasan dan ketahanan otot yang tinggi. Ujian ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau mempunyai tahap kecergasan yang rendah. Penambahbaikan: perlu ada waktu rehat aktif 10 saat di mana atlet boleh berjalan atau berjoging setelah mencecah garisan yang telah ditetapkan. Setelah cukup 10 saat, atlet perlu memulakan ujian semula 6) Adakah ujian ini benar2 menepati nilai anggaran VO2 max yang disasarkan? VO2 max atau pengambilan oksigen secara maksimum boleh menentukan keupayaan atlet untuk menjalani latihan secara berterusan dan berkait rapat dengan ketahanan aerobik. Secara umumnya, ujian ini diklasifikasi sebagai penanda aras terbaik untuk ketahanan pernafasan kardio dan kecergasan aerobik.