PENGECAMAN POKOK DAN DAUN

PENCERAMAH: Haji Abdul Rajak bin Ali, PPN

PENGENALAN POKOK
Definisi Pokok
Pokok adalah tumbuhan berkayu yang mempunyai struktur, saiz dan rupabentuk, terdiri daripada 3 komponen utama:

i.

Silara:
Terdiri daripada dahan, ranting dan daun termasuk bunga serta buah.

ii. Batang:
Terdiri daripada empulur atau teras kayu, isi kayu (heartwaood), gubal kayu (sapwood), kambium, kulit dalam (floem) dan kulit luar.

iii. Akar :
Terdiri daripada banir, akar tunjang, akar cabang dan akar rerambut.
BATANG AKAR

SILARA

MORFOLOGI POKOK
Merangkumi ciri-ciri pokok yang dapat dilihat dengan jelas bagi membezakan antara jenis pokok tersebut meliputi:
i. Bentuk am pokok seperti bentuk silara, dahan, rupa bentuk batang, kulit termasuk kulit luar, kulit ari dan kulit dalam. ii. Banir.

iii. Daun termasuk:
-

jenis daun, saiz, ketebalan, susunan atau aturan daun, rupa bentuk mata daun, pangkal daun, hujung daun, tepi daun, urat daun, tangkai daun, tekstur daun, tekstur permukaan daun, serta ciri-ciri istimewa lain pada daun yang boleh dijadikan panduan untuk pengecaman.

SILARA
Silara adalah bahagian berdaun terdiri daripada dahan ranting, daun bunga dan buah iaitu merupakan bahagian paling atas bagi pokok berkayu. Terdapat beberapa bentuk asas silara yang dapat membantu pengecaman pokok secara kasar di lapangan seperti berikut:-

i. Bentuk Kun
Silara yang panjang dan tirus serta tajam di bahagian atas serta kembang di bawahnya. Contoh seperti silara pokok conifer (Pine) dan pokok Penaga lilin.

ii. Bentuk Bulat
Silara yang terbentuk dengan sempurna bulat dan seimbang. Pokok Meranti bumbung adalah termasuk dalam silara berbentuk bulat.

iii. Bentuk Bertingkat
Silara yang bertingkat-tingkat dan jelas kelihatan seperti pada pokok Ketapang dan Pulai batang hitam.

iv. Bentuk Selinder
Silara yang berbentuk bulat serta menegak ke atas.

v. Bentuk Menyebar
Silara yang rendang serta seragam.

vi. Bentuk Bujur telur
Silara yang hampir sama seperti bentuk bulat tetapi agak lonjong ke atas.

vii. Bentuk Silara Terbuka
Silara yang bentuknya hampir sama dengan bentuk menyebar tetapi bilangan dahannya lebih sedikit dan tidak begitu seragam bentuknya. Kebiasaannya ia akan membentuk kelompok daun yang berkumpul di hujung dahan.

viii. Bentuk Berjuntai
Silara yang kelihatan hampir sama dengan silara berbentuk terbuka dan juga bulat, tetapi dahan – dahannya melentur kebawah atau berjuntai kebawah. Contoh: Meranti rambai daun.

DAUN
Definisi Daun
Daun didefinisikan sebagai sebarang susur batang yang keluar seperti tunas yang tidak bergantung kepada susur lain, tersusun dalam corak tertentu dan kebiasaannya mengeluarkan tunas ketiak (axillary bud)

DAUN
Daun pada kebiasaannya bersimetri dua sisi serta akan mencapai saiz maksimum yang tetap dan tidak akan mengeluarkan susur yang lain kecuali, kadang-kadang mengeluarkan kudup (bud).

Secara kasar daun dapat dibahagikan kepada 4 bahagian utama: Petiol (gagang atau tangkai daun) Helai daun/mata daun (leaf blade) Stipul pada pangkal daun Mata tunas ketiak

Bahagian Utama Daun

Ciri-ciri penting lain yang perlu diketahui dalam pengenalan pokok terutama di kawasan tropika adalah: Jenis daun. Bentuk mata daun. Aturan dan susunan daun. Urat daun. Pelekatan daun/tangkai. Permukaan daun.

JENIS DAUN
Daun secara amnya terbahagi kepada dua jenis utama: Daun ringkas Daun majmuk

Daun Ringkas
Daun ringkas adalah merujuk kepada strukturnya yang ringkas yang terdiri daripada: Tangkai daun (petiol) Mata daun (lamina) yang terdapat urat daun

Daun Majmuk
Merupakan jenis daun yang lebih kompleks strukturnya kerana ia mempunyai pelepah daun (sheath), tangkai daun (petiol), rakis, anak tangkai daun (petiole) serta anak daun (leaflet).

Bentuk-bentuk Daun Majmuk
i. Daun trifoliat – mempunyai satu petiol dan tiga anak daun.

Bentuk-bentuk Daun Majmuk
ii. Daun palmat – mempunyai satu petiol dan empat atau lebih anak daun serta tersusun dihujung petiol seakanakan bentuk jari.

BENTUK DAUN
Merujuk kepada rupa bentuk mata daun itu sendiri. Ia merupakan ciri penting dalam pengecaman bagi menentukan spesies pokok. Bentuk daun juga merangkumi bentuk tepi daun serta hujung daun itu sendiri.

Bentuk-bentuk Mata Daun
i. Eliptik – lebar ditengah-tengah helaian daun dan tidak begitu panjang.

Bentuk-bentuk Mata Daun
ii. Obovat – helai daun yang lebar dibahagian hujung daun, tepi daunnya seakanakan berbentuk telur yang songsang (terbalik).

Bentuk-bentuk Mata Daun
iii. Ovat – helai daun lebar berhampiran pangkal daun. Juga dikenali sebagai daun berbentuk telur.

Bentuk-bentuk Mata Daun
vi. Lancelot – helai daun panjang dan tirus.

Bentuk-bentuk Mata Daun
v. Bentuk jantung – helai daun bentuk hati iaitu lekuk pada pangkal daun.

Bentuk-bentuk Mata Daun
vi. Bulat - helai daun berbentuk bulat.

Bentuk-bentuk Mata Daun
vii. Cuping palmat – helai daun mempunyai tiga atau lebih cuping seakan-akan jari tangan.

Bentuk-bentuk Mata Daun
viii. Peltat – petiol bersambung di bawah helai daun pada satu jarak dari pangkalnya.

Bentuk-bentuk Mata Daun
ix. Cuping pinat – helai daun mempunyai beberapa cuping seakanakan anak daun pinat.

Bentuk-bentuk Mata Daun
x. Tak simetrik – kedua-dua bahagian helai daun antara tulang belakang daun tidak sama bentuk. (Kebiasaan dijumpai pada anak daun)

Bentuk-bentuk Mata Daun
xi.Filod – petiol berbentuk lepir atau pipeh seakan-akan anak daun. Contoh: Sungkai, Payung kiara.
Filod

Bentuk Tepi Daun
Selain daripada bentuk daun itu sendiri, bentuk tepi daun juga memainkan perana penting dalam menentukan spesies pokok dimana beberapa bentuk tepi daun yang biasa dijumpai adalah seperti berikut:

KRENAT
Bergigi bulat tumpul dan cetek. Contoh: Bunga raya, Setawar

CILIAT
Berbulu di tepi daun. Contoh: Hampas tebu.

KRENULAT
Bergigi halus. Contoh: Meransi.

DENTAT
Gigi tajam, lebar bersudut tepat dengantepi daun.

LASINAT
Bercuping seragam. Contoh: Sukun, Pisang kera.

LOBE
Bercuping tidak seragam. Contoh: Keledang, Terap.

BERKELIM
Bergulung di tepi daun sama ada ke atas atau ke bawah. Contoh: Meranti rambai daun.

SERRAT
Bergigi tajam, tepi lurus menghala ke puncak (hujung) daun Contoh: Gegatal.

LICIN
Tiada pecahan tepi. Contoh: Meranti melantai dll.

PANGKAL DAUN ATTENUAT(Runcing)
Meruncing panjang hingga ke pangkal tangkai.

AURICULAT (Tetelinga)
Bentuk telinga. Contoh: Terentang.

KORDAT
Bentuk jantung. Contoh: Kembang semangkok.

KUNEAT
Bentuk baji – tirus. Contoh: Keruing kipas.

SELISEH / Oblique
Pangkal senget sebelah. Contoh: Keledang babi, Meranti rambai daun.

Hujung Daun
Bentuk lazim yang biasa dijumpai pada hujung daun adalah sama seperti bentuk yang terdapat pada pangkal daun.

Hujung Daun
i.

Berlekuk (Emarginate) – seperti Terentang daun besar

Hujung Daun

ii. Bulat (round)

Hujung Daun

iii. Tumpul (Obtuse)

Hujung Daun

iv. Tirus (Acute)

Hujung Daun
v. Dempak seperti Jelutong.

Hujung Daun
vi. Runcing (Acuminate) seperti Kapur.

ATURAN DAN SUSUNAN DAUN
Susunan dan aturan daun adalah merujuk kepada letak daun pada ranting pokok. Terdapat beberapa susunan yang biasa dijumpai seperti berikut:

Jenis aturan dan susunan daun.
i.

Bersilang – daun terbit dalam satu barisan dikeduadua belah ranting dan selalunya teratur seakan bersudut tepat dengan ranting.

Jenis aturan dan susunan daun.
ii. Bersetentang – susunan daun teratur secara berpasangan dikedua belah ranting seakan berpasangan. (dua daun pada satu buku (node) ).

Jenis aturan dan susunan daun.
iii. Berpilin – kebiasaan terdapat pada daun tunggal yang terbit disekeliling ranting.

Jenis aturan dan susunan daun.
iv. Sepusar atau bergelang – daun teratur dalam kumpulan tiga atau lebih helai daun dalam satu bulatan disetiap buku daun (node).

URAT DAUN
Urat daun adalah bahagian yang bersambung dengan tangkai daun pada bahagian yang membentuk tulang belakang kepada daun. Biasanya urat daun terbahagi kepada tiga: a. Urat Utama b. Urat Kedua c. Urat Ketiga

URAT DAUN
Urat Utama Urat kasar yang terdapat ditengahtengah daun bermula dari tangkai daun hingga ke hujung daun dan membentuk tulang belakang.

Urat Kedua
Urat yang terbit di kiri kanan urat utama dan merupakan cabang-cabang urat utama. Terbahagi kepada beberapa jenis seperti selari, pinat, palmat, dryobalanoid, bergeluk, dekat tepi dan bercabang tiga.

i. Urat Kedua Selari
Urat daun selari rapat dari urat utama hingga ke tepi daun. Contoh: Bintangor.

ii. Urat Kedua Pinat
Urat kedua dalam susunan seperti bulu ayam, di kiri kanan urat utama.

iii. Urat Kedua Palmat
Urat kedua terbit dipangkal daun dalam dua pasangan, menjadi lima urat termasuk urat utama. Contoh: Sesenduk

iv.Urat Kedua Dryobalanoid
Urat kedua kelihatan selari dengan urat daun yang terdapat di antara urat kedua. Anak urat tidak sampai ke tepi daun. Contoh: Kapur.
Dryobalanoid Subdryobalanoid

v. Urat Kedua Bergeluk
Urat kedua berhubungan dan membentuk geluk yang berdekatan di tepi daun. Contoh: Mersawa.

vi. Urat Kedua Dekat Tepi (Intramarginal)
Urat kedua dihubungkan oleh urat sisi dari pangkal daun hingga ke hujung daun. Contoh: Kelat.

vii.Urat Kedua Bercabang Tiga
Sepasang urat kedua yang terbit pada pangkal urat utama. Contoh: Medang teja & Mempoyan.

viii. Urat kedua “With Short Intermidiate Veins”
Terdapat urat pendek diantara urat kedua yang sampai ke tepi daun.

ix. Urat kedua Pangkal Bertiga (Trinerved Base)

URAT KETIGA DAUN
Terdapat tiga (3) jenis urat ketiga iaitu: i. Bentuk tangga ii. Bentuk jaring iii. Gabungan bentuk tangga dan bentuk jaring.

Bentuk Tangga
Urat ketiga tersusun seperti anak tangga diantara urat kedua. Contoh: Meranti.

Bentuk Jaring
Urat ketiga membentuk seperti mata jaring / pukat. Contoh: Resak.

Gabungan Bentuk Tangga dan Bentuk Jaring
Campuran urat ketiga bentuk tangga dan bentuk jaring Contoh: Chengal

TANGKAI DAUN
Terdapat beberapa bentuk tangkai daun yang biasa dijumpai: i. Bulat ii. Bersiku – Mengkulang siku keluang iii. Panjang iv. Pendek v. Bengkak (seperti pacat)- Dipterokarpa vi. Berparit/lekuk – Simpoh vii. Berbuku - (sama ada dipangkal atau hujung kedua-duanya)

PERMUKAAN DAUN (TEKSTUR)
Ciri-ciri yang biasa terdapat pada keduadua permukaan atas dan bawah daun adalah:

PERMUKAAN DAUN (TEKSTUR)- samb
i. Bersisik ii. Berbulu kasar iii. Berbulu halus iv. Berbaldu v. Berbintik-bintik vi. Licin

PERMUKAAN DAUN (TEKSTUR)-samb
vii. Seperti kulit viii. Berkilat ix. Berkepuh/berdebu putih x. Kesat xi. Berkelenjar.

RANTING
Ranting adalah bahagian di mana sebahagian besar daun terbit darinya. Pada sesetengah pokok ciri bentuk ranting yang khas dapat menbantu dalam pengecaman: i. Ranting bersegi empat ii. Ranting leper/pipeh iii. Ranting berlentisel/berbintil

DAUN PENGASUH (STIPUL)
Daun pengasuh terbit di sisi pangkal daun atau tangkai daun pada ranting. Terdapat 2 jenis daun pengasuh: i. Mudah gugur ii. Kekal lama

DAHAN
Bagi memudahkan pengecaman pokok di lapangan, hanya dua jenis dahan sahaja perlu diberi perhatian.

DAHAN
i.

Monopodial

Merupakan pembentukan dahan yang kecil mengelilingi batang utama pokok tanpa kelihatan cabang atau dahandahan utama lain seperti Penarahan dan Kandis.

DAHAN (samb)
ii. Simpodial Dahan terbentuk sempurna dan jelas kelihatan dahan utama di mana batang pokok berpecah membentuk bebepara dahan yang besar seperti Chengal, Meranti ranbai daun dll.

BATANG POKOK
Selain daun, batang pokok merupakan bahagian penting dalam pengecaman spesies.

BATANG POKOK(samb)
Ciri-ciri penting dalam pencirian batang pokok adalah seperti berikut: i. Saiz dan bentuk batang ii. Warna batang iii. Rupa batang/kulit iv. Gubal v. Kehadiran lelehan/damar; dan vi. Pembentukan banir/jangkang/akar gantung.

BATANG POKOK(samb)
Saiz dan Bentuk Batang
Mengetahui secara kasar ciri-ciri saiz batang pokok adalah penting sama ada jenis berbatang besar, sederhana besar atau kecil, seterusnya untuk membezakan pokok pada peringkat jaras atau matang.

Saiz dan Bentuk Batang(samb)
i) Bentuk dian (silinder) Batang lurus, bulat dan sedikit kuncup di atas. Sekiranya terdapat banir, bahagian atas banir akan menunjukkan sifat seperti di atas. Contoh: Jelutong (Dyera costulata) dan Sepetir (Sindora spp.).

Saiz dan Bentuk Batang(samb)
ii. Batang serai (tirus/tapering) Diameter atau ukur lilit batang pokok berkurangan dengan nyata dari bawah ke atas. Contoh: pokok Pain (Pinus spp.).

Saiz dan Bentuk Batang(samb)
iii. Batang belimbing (Fluted) Batang pokok yang bersegi atau jelas terdapat permatang dan lurah yang memanjang pada batang pokok. Contoh: Perah (Elateriospermum tapos).

Saiz dan Bentuk Batang(samb)
iv. Batang meraga (Latticed) Batang pokok seperti dibaluti oleh pepanjat yang membentuk seperti jaring raga pada keseluruhan batang. Contoh: Meraga (Metadina trichotoma).

Warna Batang
Agak sukar untuk menerangkan warna sebenar batang pokok semasa di lapangan, oleh kerana kemungkinan batang pokok itu dipengaruhi oleh lumut atau karat, tambahan lagi kawasan berkenaan mempunyai kelembapan yang tinggi dan lantai hutan menerima cahaya matahari yang mencukupi.

Warna Batang (samb)
Walau bagaimanapun, sesetengah spesies dapat dikenalpasti dengan ciri seperti: a) Kehijauan b) Kemerahan c) Kehitaman d) Keputihan atau berkepoh

Warna Batang (samb)
Contoh: Coklat kemerah-merahan - Simpoh daun merah (Dillenia eximia) Kemerah merahan – Antoi (Cyahtocalyx spp.) Kehitaman - Kayu arang (Diospyros spp.) Kelabu pucat atau keputih-putihan - Kenanga hutan (Canaga odorata).

Rupa Batang
Rupa batang biasanya dirujuk kepada permukaan kulit luar batang. Semasa di lapangan , rupa batang hendaklah diteliti dengan baik sama ada: i. Ianya secara amnya kasar atau licin. ii. Jika kasar, adakah merekah, berawan, berpermatang, kulit buaya, berpermatang jaring, berbalong atau bersisik ataupun gabungan beberapa rupa kulit?

Rupa Batang (samb)
iii. Jika licin, adakah beretak, merekah sampan, berbopeng besar atau berbopeng sahaja, berbalung-balung atau berbalung panjang atau bergelang lekuk atau bergelang sahaja atau berpuru? iv. Jika bersisik, adakah seperti kertas atau batang mungkin beretak, berduri limau atau pun berduri kekabu?

Rupa Batang (samb)
Terdapat beberapa jenis rupa batang antaranya adalah: i. Licin (smooth) Batang kelihatan licin pada pandangan mata tetapi jika diteliti lebih dekat mungkin berpuru kecil atau berkepuh atau merekah sekata. Contoh: Simpuh (Dillenia spp.), Minyak berok (Xanthophyllum spp.), Tualang (Koompassia excelsa) dan Pulai (Alstonia angustiloba).

Rupa Batang (samb)

Batang Licin

Rupa Batang (samb)
ii. Bergelang-gelang (hooped) Permatang yang melingkari batang pokok sama ada bersambung atau terputus-putus. Contoh: Sepetir (Sindora spp.), Meranti melantai (Shorea macroptera), dan kebanyakan Resak (Vatica spp.).

Rupa Batang (samb)
Batang Bergelanggelang

Rupa Batang (samb)
iii. Merekah (fissured) Kulit yang pecah-pecah memanjang yang membentuk lurah-lurah atau rekahan. Terdapat beberapa jenis merekah antaranya merekah sampan, merekah dalam, merekah tohor, merekah bulat, merekah tajam dan sebagainya.

Merekah Sampan
Lekukan pada permukaan kulit berbentuk seakan sampan. Kadang kala di kenali sebagai `Permatang jaring’ Contoh: seperti Meranti tembaga, Medang kemangi

Merekah Dalam
Rekahan mungkin berbentuk merekah sampan tetapi agak sempit dan rapat dengan rekahan atau lekukkan yang dalam. Contoh: Merawan batu.

Merekah cetek
Bentuk rekahan adalah sama tetapi lekukkannya cetek. Contoh: Bintangor

Merekah lebar
Rekahan pada batang agak jauh antara satu rekahan dengan rekahan lain. Permatang lebar. Selalunya terdapat pada pokok jaras.

Rupa Batang (samb)
iv)Berbopeng kecil (pork marked) Batang yang diliputi lekuk-lekuk bulat yang kecil (1 cm diameter.). Contoh: Damar minyak (Agathis borneensis).

Rupa Batang (samb)
v. Berbopeng besar (dippled)
Batang pokok dilitupi oleh lekukan-lekukan bulat yang melebihi 1 cm diameter. Bopeng disebabkan oleh parutparut sisik yang telah gugur atau tanggal. Contoh: Merbau (Intsia palembanica), dan Kasai (Pometia spp.).
Berbopeng besar

Rupa Batang (samb)
vi. Beretak-retak (cracked) Batang pokok yang menunjukkan kesan pecahan yang baru bermula untuk merekah atau retakretak kecil. Retakan mungkin bersambung tetapi tidak melebihi 1 cm lebar.

Rupa Batang (samb)
Dua (2) jenis beretak iaitu: a. Beretak persegi. Contoh: Kulim (Scorodocarpus borneensis), dan bakau kurap (Rhizophora mucronata). b. Beretak memanjang batang. Contoh: Jelutong (Dyera costulata) dan Kempas (Koompassia malaccensis).

Rupa Batang (samb)
vii. Bersisik (scaly)
Batang pokok dengan pecahan kulit mati berbentuk sisik yang tersusun secara tidak seragam dengan panjang sisik tidak melebihi 7 cm dan boleh ditanggalkan dari batang. Contoh: Meranti nemesu (Shorea pauciflora), beberpa spesies Keruing (Dipterocarpus spp.), Balau (Shorea spp.).

Rupa Batang (samb)

Bersisik

Rupa Batang (samb)
viii. Kulit Buaya Kasar, dengan rekahan yang tidak seragam seperti kulit buaya iaitu bersisik tebal. Contoh: Kungkur (Albizia splendens).

Rupa Batang (samb)
ix) Berbalong-balong (flaky) Batang dengan kepingan kulit mati yang besar dan tidak seragam seperti batang bersisik tetapi saiznya lebih besar dan panjangnya melebihi 7 cm dan mudah ditanggalkan dari batang pokok. Contoh: Balau kumus (Shorea laevis), Keruing (Dipterocarpus spp.), Pelawan (Tristaniopsis spp.) dan Rengas (Gluta spp.).

Rupa Batang (samb)
x. Seperti kertas (papery) Batang pokok dengan sisik atau kepingan kulit nipis dan boleh disiat seperti kertas. Contoh: Gelam (Melaleuca cajaputi), Phyllanthus emblica (Pokok melaka), dan sebahagian kelat (Syzygium spp.).

Rupa Batang (samb)
xi. Berpuru/Berbintil (lenticellate) Terdapat bintik-bintik atau puru-puru timbul pada batang dengan pelbagai bentuk dan saiz. Contoh: Ara bertih paya (Parartocarpus venenosus), Keranji (Dialium spp), dan Keruing (Dipterocarpus spp.).

Rupa Batang (samb)
xii. Berduri (prickly) Duri-duri kasar serta keras dan berkayu terbit pada batang di mana pangkal duri lebih besar. Kadangkadang termasuk duri limau. Kebiasaannya terdapat pada pokok muda. Contoh: Kekabu hutan (Bombax valentonii).

Rupa Batang (samb)
xiii. Berparut timbul (cankered) Batang pokok yang terdapat ketumbuhan kecil atau sederhana besar yang berkayu timbul seakan-akan bekas buku dahan pada keliling batang pokok. Contoh: Melembu (Pterocymbium javanicum).

Rupa Batang (samb)

Berparut timbul

Rupa Batang (samb)
xiv. Berbalung-balung panjang (scrolled) Lapisan kulit luar yang mati mengelupas dalam bentuk bergulunggulung.

Rupa Batang (samb)

Kadang kala rupa batang atau kulit merupakan gabungan dua (2) atau lebih ciri-ciri tersebut seperti batang licin berbopeng (Kasai), dan licin bergelang (Sepetir).

Rupa Batang/Kulit Luar

KULIT POKOK
Lapisan kulit pokok dipecahkan kepada dua (2) kategori ia itu: a) Kulit luar b) Kulit dalam

Kayu gubal

Kayu teras Isi kulit

Kulit luar

Kambium vaskular

Bahagian Batang Pokok

KULIT POKOK
Kulit luar (Kulit ari) Merupakan lapisan kering di luar batang ia itu lapisan periderma yang telah mati. Ketebalannya berbeza dan biasanya nipis jika batang pokok licin dan tebal jika batang kasar dan bersisik.

KULIT POKOK ( samb)
Nipis – jika tebal kulit kurang dari 2.5 mm Tebal – jika tebal kulit lebih dari 6 mm Terdapat jenis pokok mempunyai ciri kulit luar yang jelas di lapangan dan boleh digunakan untuk pengecaman: Warna gelap - Kayu arang. Kehitaman & rapuh – Penarahan, Penarahan arang.

KULIT POKOK ( samb)
Kulit tengah (middle bark) Lapisan di bawah kulit luar atau kulit ari yang mana pada setengah spesies amat jelas warnanya seperti: Kuning – Mata ulat, Kungkur Merah – Meranti melantai. Hijau - Merbau

KULIT POKOK ( samb)
Kulit dalam (isi kulit) Kulit dalam (isi kulit) merupakan lapisanlapisan floem yang masih hidup serta berbeza ketebalannya, tekstur serta warna mengikut spesies. Kedudukannya adalah di antara kulit mati dengan kambium vaskular. Nipis – jika tebal kulit kurang dari 2.5 mm Tebal – jika tebal kulit lebih dari 6 mm

Kulit dalam (isi kulit)-samb
Kulit dalam mempunyai berbagai ciri dan tekstur atau jalinan yang boleh digunakan dalam pengecaman seperti:

Kulit dalam (isi kulit)-samb
i. Berlapis (laminated) Kulit dalam berlapis dalam bentuk gelung yang rapat dan apabila ditakik lapisan-lapisan kelihatan. Contoh: Mersawa (Anisoptera spp.) dan Meranti paang (Shorea bracteolata).

Kulit dalam (isi kulit)-samb
ii. Bersabut (fibrous) Kulit dalam mengandungi uratan atau bersabut tebal dan kadangkala mempamerkan corak seperti jalinan kelambu. Contoh: Kembang semangkok (Scaphium spp.), Meranti melantai (Shorea macroptera), dan Mempisang (Annonaceae). Urat boleh dikupas panjang, contoh, Karas (Aquilaria malaccensis).

Kulit dalam (isi kulit)-samb

Kulit bersabut (Fibre)

Kulit dalam (isi kulit)-samb iii. Berpasir (sandy/gritty) Kulit dalam rasa berpasir apabila diramas. Contoh: Sesendok (Endospermun deodenum), dan Minyak berok (Xanthophyllum spp.).

Kulit dalam (isi kulit)-samb
iv. Bertompok-tompok (mottled) Kulit dalam mempunyai jalinan warna bertompoktompok merah muda, kuning dan putih. Contoh: Pauh kijang (Irvingia malayana) dan Kasah (Pterygota horsfieldii).

Kulit dalam (isi kulit)-samb
v. Lembut (soft) Kulit dalam senang dipotong dan lembut. Contoh: Mempisang (Annonaceae). vi. Keras (hard ) Kulit dalam keras untuk dipotong. Contoh: Pagar anak (Ixonanthes icosandra)

TAKIKAN
Takikan pada batang dilakukan untuk melihat isi kulit dan gubal serta lelehan yang keluar. Takikan juga boleh memberi gambaran mengenai kekerasan gubal yang dapat membantu dalam pengecaman spesies pokok terutamanya dalam Kumpulan Damar.

TAKIKAN
Contoh dalam genus Shorea kumpulan Balau dapat dibezakan dengan kumpulan Meranti yang mempunyai kayu gubal yang keras. Ada setengah pokok mengeluarkan bunyi apabila batang ditakik seperti pada Simpoh (Dillenia spp.). Terdapat juga pokok mengeluarkan bau apabila batang ditakik yang boleh dijadikan panduan dalam pengecaman pokok.

TAKIKAN (samb)
BAU TAKIKAN Damar (resin) Manis berempah Kacang Berempah Bawang putih Bawang putih Wangi Pepijat FAMILI Burseraceae Lauraceae Leguminosae Magnoliaceae Meliaceae Olacaceae Meliaceae Rosaceae GENUS Semua Semua Semua Semua Toona Surian bawang JENIS Kedondong Medang

Scorodocarpus Kulim Toona Prunus Surian Wangi Pepijat

GUBAL
Gubal adalah bahagian berkayu (isi kayu) antara kambium vaskular dengan kayu teras. Terdapat beberapa ciri kayu gubal yang boleh digunakan dalam pengecaman spesies termasuk: i. tekstur ii. warna dan iii. ciri khas seperti isi tikam kulit dan kulit tikam isi.

LELEHAN/DAMAR
Cairan atau lelehan yang keluar dari tisu hidup (isi kulit atau kayu gubal) apabila takikan batang dibuat sangat berguna dalam pengecaman spesies. Ada juga pokok yang mengeluarkan cairan atau lelehan secara semulajadi dan dapat dilihat pada pokok tersebut.

LELEHAN/DAMAR(samb)
Lelehan yang keluar mempunyai ciri-ciri berikut: i. Jernih (clear) Lelehan yang keluar bersifat lutsinar dan mengalir dengan lancar. Contoh: Penarahan (Myristicaceae) dan sebahagian Bintangor (Calophyllum spp.).

LELEHAN/DAMAR (samb)
ii. Keruh (opaque) Lelehan yang keluar tidak jernih atau tidak lutsinar. Contoh: Terap nasi (Artocarpus elasticus), Pelong licin (Pentaspadon officinalis), dan sebahagian pokok Rengas (Anarcadiaceae).

LELEHAN/DAMAR (samb)
iii. Cair (watery) Lelehan yang keluar tidak pekat seperti air. Contoh: Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) dan sebahagian dari Rengas.

LELEHAN/DAMAR (samb)
iv. Berdamar (resinous) Lelehan yang keluar melekit, jernih dan tidak berwarna atau kuning pucat hingga coklat hitam atau hitam. Terdapat pada pokok Kaum Damar (Dipterocarpaceae) dan Kedondong (Burseraceae).

LELEHAN/DAMAR (samb)
v. Getah (latex) Cairan bersusu yang biasanya tidak jernih dan berwarna keputihan. Contoh: Terap nasi (Artocarpus elasticus), dan warna kekuningan, seperti Bintangor (Calophyllum spp.).

LELEHAN/DAMAR (samb)
vi. Berkerim (creamy) Getah yang keluar pekat tetapi tidak melekat atau melekit. Contoh: Pulai (Alstonia spp.), dan sebahagian dari Nyatoh (Sapotaceae).

LELEHAN/DAMAR (samb)
vii. Melekat/melekit (sticky) Getah yang keluar seperti gam. Contoh: Pokok getah (Havea brasilliensis).

LELEHAN/DAMAR (samb)
Famili yang menghasilkan lelehan
Ciri lelehan
Getah warna putih, Cair dan cepat mengalir

Famili
Apocynaceae Euphorbiaceae Moraceae Sapotaceae Sarcospermataceae Meliaceae Anarcadiaceae Olacaceae

Genus
Semua Sebahagian Semua Semua Semua Amoora & Aglaia Parishia Ochanostachys

Getah warna putih, terbit secara titisan

LELEHAN/DAMAR (samb)
Ciri lelehan
Lelehan warna keroh sedikit Lelehan warna kehitaman dan boleh menyebabkan alahan Resin, melekit, jernih atau putih

Famili
Anarcadiaceae

Genus

Lelehan kuning dan melekit

Bouea Pentaspadon Anarcardiaceae Gluta Melanochyla Menorrhoea Semecarpus Burseraseae Hampir semua Dipterocarpaceae Semua (gubal) Guttiferae Sbhg. genus Araucariacea Agathis (putih bersusu) Guttiferae Kebanyakan Garcinia Kebanyakan Calophyllum Thespesia populnea (buah saja)

LELEHAN/DAMAR (samb)
Ciri lelehan
Lelehan merah dan Berair

Famili
Leguminosae

Genus

Lelehan merah, melekit dan sedikit Lelehan coklat, nipis dan melekit

Dialium (Keranji) Millettia (seb.) (Tulang daing) Pterocarpus (Sena) Myristicaceae Semua genus (Penarahan) Euphorbeaceae Macaranga (sbhg.) (Mahang) Theaceae Gordonia (samak pulut) Hypericaceae Cratoxylon (Geronggang)

Lelehan dan Isi Kulit

LELEHAN/DAMAR (samb)
Merah Putih

Kuning

Corak lelehan

AKAR/BANIR
Terbentuk di pangkal pokok dan merupakan struktur yang penting dalam pengecaman spesies pokok. Terdapat empat (4) struktur asas pada pangkal pokok iaitu:

AKAR/BANIR
A) Pangkal bulat Pokok yang tidak mempunyai banir atau akar jangkang. Contoh: Jelutong (Dyera costulata) dan Sepetir (Sindora spp.).

AKAR/BANIR (samb)
B) Banir Bahagian pangkal pokok yang mengembang seperti kepingan. Terdapat beberapa jenis banir mengikut bentuknya iaitu: i. Banir kembang (symmetrical buttress) Banir yang bersudut lebih kurang 45°dari batang pokok dan paras tanah.

AKAR/BANIR (samb)

Banir kembang

AKAR/BANIR (samb)
ii. Banir bercabang (branched buttress) Banir yang bercabang atau membahagi kepada beberapa cabang banir yang kecil (banir sekunder).

Banir bercabang

AKAR/BANIR (samb)
iii. Banir nipis/papan (plank buttress) Banir yang runcing dan nipis, biasanya besar. Contoh: Keranji (Dialium spp.). Kadangkala dipanggil banir menjalar.

AKAR/BANIR (samb)
iv. Banir menjalar (spreading buttress) Seperti banir nipis. v. Banir tebal (rounded buttress) Banir yang tebal dan membulat di bahagian tepi seperti batang yang membengkak, biasanya tidak begitu besar.

Banir menjalar

AKAR/BANIR (samb)
vi. Banir kemudi (elbow buttress) Banir yang tinggi dan kuncup, lebih kurang selari dengan batang pokok dan berlekuk tajam serta kembang pada paras tanah.

AKAR/BANIR (samb)
vii) Banir kuncup (steep buttress) Banir yang tinggi dan kuncup serta lebih kurang selari dengan batang pokok seperti banir kemudi tetapi tidak berlekuk atau mengembang pada paras tanah.

AKAR/BANIR (samb)
C. Akar Gantung atau Jangkang Akar yang tumbuh dari atas pangkal batang pokok dan tidak melekat atau bersambung terus menerus pada batang. Akar ini sama ada sampai ke tanah atau tergantung. Terdapat beberapa jenis jangkang atau akar gantung berdasarkan kepada bentuknya:

AKAR/BANIR (samb)
i. Akar luar biasa (adventitious roots) Semua jenis akar yang terbit dari batang pokok pada paras satu kaki dari paras tanah termasuk jangkang gantung dan akar berjangkang. ii. Akar gantung (aerial roots) Akar yang terbit dari batang pokok di atas permukaan tanah tetapi tidak sampai ke tanah dan ini biasanya berkembang menjadi akar jangkang.

AKAR/BANIR (samb)
iii. Akar jangkang (stilt roots) Akar yang terbit di atas permukaan tanah hingga sampai ke tanah, kebiasaannya berbentuk bulat.

AKAR/BANIR (samb)
iv. Banir berjangkang (flying buttress) Seperti akar jangkang tetapi bentuknya tidak bulat, kebiasaannya pipih atau leper dan sebahagiannya bersambungan dengan batang pokok sama seperti banir nipis yang berlubang antara batang.

AKAR/BANIR (samb)

Banir berjangkang

Akar Jangkang dan Banir

AKAR/BANIR (samb)
D. Akar angin (aerating roots) Akar yang terbit atau timbul di permukaan tanah dari akar utama dan tiada kaitan dengan batang pokok. Akar jenis ini biasanya terdapat di Hutan Paya Laut yang digunakan sebagai akar pernafasan. Terdapat dua (2) jenis akar ini iaitu:

AKAR/BANIR (samb)
i. Akar tunjang lipat (knee roots) Bahagian akar yang terbit di permukaan tanah dalam bentuk melengkung atau berlipat.

AKAR/BANIR (samb)
ii. Akar pernafasan (pneumatophores) Cabang akar yang terbit lurus ke permukaan tanah dan selalu dikenali sebagai akar udara atau akar pernafasan. Terdapat bintik-bintik lentisel pada permukaan akar yang berfungsi untuk pertukaran gas. Bentuk akar ini mungkin panjang dan halus dan pendek serta gemok.

AKAR/BANIR (samb)

Akar pernafasan Akar tunjang lipat

PANDUAN ASAS MENGENAL POKOK

Cara-cara mengenal sifat-sifat pokok berdasarkan faktor-faktor berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Jenis Daun Bentuk Batang Warna Batang Rupa Batang Takikan Bentuk Bunga & Buah Bentuk Banir

Jenis Daun
Jenis daun adalah faktor yang penting di dalam pengenalan pokok di mana daun terbahagi kepada 2 jenis iaitu:1. Daun Ringkas – mempunyai satu daun tunggal. 2. Daun Majmuk – mempunyai lebih anak daun atau berpelepah.

Rupa Batang
Rupa batang penting di dalam pengenalan pokok yang mana terdapat berbagai rupa batang mengikut jenis/ spesies antaranya:1. 2. 3. 4. Batang Dian - Jelutong Batang Serai – Meranti Batang Berbelimbing – Pulai Batang Meraga - Meraga

Rupa Batang (Kulit)
Terdapat berbagai-bagai rupa batang (kulit)
1. 2. 3. 4. 5. 6. Merekah sampan – Bintangor Berbopeng – Damar minyak, Kasai Licin dengan merekah sedikit – Berangan Beretak bersegi – Bakau kurap, Kulim Beretak bersegi halus – Jelutong, Kempas Bersisik serta merekah sedikit – Meranti nemesu 7. Bersisik – Meranti rambai daun 8. Berbalung-balung/bersisik besar – Kapur, Keladan, Rengas

9. Berpuru timbul/lantisel kasar – Melembu 10. Berparut timbul – Melembu 11. Kulit buaya – Kungkur, Mata ulat 12. Licin & bergelang – Mempisang, Resak 13. Merekah berpematang – Meranti tembaga 14. Berduri – Kekabu hutan, Telusuk ayam 15. Licin & beretak halus – Simpoh 16. Merekah dalam – Merawan batu, Seraya, Meranti bukit 17. Berkertas – Kelat paya

Bentuk Banir
1. 2. 3. 4. 5. 6. Banir Kuncup Banir Kembang serta Nipis Berjangkang Banir Bercabang Banir Menjalar Banir Kemudi

Pokok Tidak Berbanir
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Annonaceae Guttiferae Geronggang Kenanga Hutan Keruing kertas Keruing chogan Ramin melawis Petaling Kungkur Sepetir 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Jemerlang NY taban merah Kemuning hutan Karas Tembusu hutan Ru Berangan Damar Minyak Ekor kuda Podo kebal musang

Pokok Yang Mengeluarkan Getah/Cairan atau Damar
Getah Putih
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Apocynaceae – Pulai, Jelutong Euphorbiaceae – Perah Moraceae – Terap, Keledang Sapotaceae – Nyatoh, Bitis Sarcospermataceae Meliaceae – Bekak (buah & ranting) Burseraceae – Kedondong Guttiferae – Kandis, Bintangor Anacardiaceae – Sepul, Machang Olacaceae – Petaling: bintik (buah & daun)

Getah Keruh (muddy)
Anacardiaceae – Kundang, Pelong

Getah Hitam Cair
Anacardiaceae – Gluta, Melanochyla, Melanorrhoea, Semecarpus

Cairan Seperti Damar Putih
Burseraceae – Kedondong Guttiferae – Kandis Araucariaceae – Damar minyak

Cairan Warna Kuning
Guttiferae – Kandis, Bintangor Thespesia popunea

Cairan Warna Merah Berair
Leguminosae – Keranji, Tulang daing Myristicaceae – Penarahan Euphorbiaceae – Macaranga (Kubin)

Cairan Merah-Sticky, Scanty
Theaceae – Gordonia (Samak pulut)

Cairan Warna Coklat
Hyperiacaceae – Cratoxylum (Geronggang)

Berdamar
Burseraceae – Kayu & kulit Dipterocarpaceae – Meranti, Keruing

Ciri-ciri Takikan Bau/Cairan/Isi Kulit
Bau
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Burseraceae – Kedondong (resin), Mangga Dipterocarpaceae – Resin Lauraceae – Manis, Masam Leguminosae – Kacang Magnoliaceae – Pedas Cornaceae – Tebu Rosacaceae – Almonds Meliaceae – Langsat Olacaceae – Bawang putih Anacardiaceae – Mangga (Mangifera) Meliaceae – Bawang/manis

Kulit Luar Hitam
1. Diospyros – Kayu arang 2. Myristicaceae – Sebahagian Knema, Myristica

Kulit Boleh Siat
1. Malvaceae - Kangsar 2. Thymelacaceae – Karas 3. Annonaceae – Mempisang

Bunyi Berdesir
1. Dilleniaceae – Simpoh 2. Ochanostachys amentacea -Petaling-

Warna Kulit Tengah
1. Kuning – Kokona, laphopetakum (Celastraceae), Pithecellobium splendens (Leguminosae), Tritira penangesis (Sapindaceae) 2. Merah – Shorea (Dipterocarpaceae) 3. Hijau – Intsia palembanica (Leguminosae)

Bentuk Silara/Dahan Pokok
Bentuk pagoda
1. 2. 3. 4. Apocynaceae – Pulai Combretaceae – Terminalia Euphorbiaceae – Endospermum Malvaceae – Ceiba, Samalia

Rupa Batang (Kulit)
Kulit Berbopeng
1. 2. 3. 4. 5. Burseraceae – Kedondong Leguminosae – Merbau Meliaceae – Bekak (sebahagian) Sapindaceae – Kasai Euphorbiaceae – Baccaurea, Mallotus oleucordemis, M. muticus 6. Anacardiaceae – Swintonia-Merpauh 7. Olacaceae - Petaling

Batang Bergelang
1. 2. 3. 4. Moraceae – Keledang (sebahagian) Meliaceae – Carapa, Bekak Hypericaceae – Cratoxylum-GR Myrtaceae – Tristania

Kulit Berlantisel
1. 2. 3. 4. Dipterocarpaceae – Dipterocarpus Burseraceae – Kedondong Rubiaceae – Ardina Moraceae – Terap, Keledang

Daun
Daun & ranting Bertingkat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Annonaceae – Mempisang Ebenaceae – Kayu arang Myristicaceae – Penarahan Leguminosae – Cassia/Bebusuk Bombacaceae – Durio/Durian) Moraceae – Ficus/Ara Tiliaceae – Muntingia Meliaceae - Sentang

Daun Pinat, Trifoliat, Berpilin & Bertingkat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Araliaceae – Sebahagian Anacardiaceae – Rengas Burseraceae – Sebahagian Capparidaceae Connaraceae Juglaudaceae Leguminosae – Sebahagian Meliaceae – Sebahagian Oxalidaceae Rutaceae – Limau Sapindaceae – kecuali Paranephelium, Lepisanthes Simaroubaceae Staphyleaceae Moraceae

Daun Pinat, Trifoliat & Bertentang
1. Bignoniaceae – selalu dwi atau lebih (Cempaka) 2. Cunoniaceae – anak daun bergigi 3. Rutaceae – sebahagian 4. Staphyleaceae 5. Verbenaceae – Leban (sebahagian) 6. Euphorbiaceae - Mahang

Daun Ringkas & Setentang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Myrifloraceae – kebanyakan Apocyceae – Pulai Celastraceae Cornaceae Gnetaceae - Belinjau Guttiferae - Bintangor Hypericaceae - Geronggang Longaniaceae Monimiaceae

10. Nyctaginaceae 11. Olacaceae 12. Rhizophoraceae – Bakau 13. Rubiaceae 14. Sarcospermataceae - Legume 15. Verbenaceae - Leban (sebahagian) 16. Araucariaceae – Agathis 17. Lauraceae – Cinamomum (3 urat)

Daun Sepusar
1. 2. 3. 4. Casuarinaceae – Ru Apocynaceae – Pulai Lauraceae – Actinodapne/Medang Ericaceae – Rhododendron

Daun Berjari/Palmat
1. 2. 3. 4. 5. Steculiaceae – Mengkulang jari Pepauh Sentul – Trifoliate Bombacaceae – Kekabu Leban

Daun Tua/Mati-warna kuning, merah, pink & oren
1. Euphorbiaceae 2. Acer 3. Theaceae (Adinandra) 4. Elaeocarpaceae – Elaeocarpus 5. Hamamelidaceae 6. Rubiaceae – Grenia, Jakria 7. Lythraceae – lagerstroemia 8. Theaceae – Ploarium 9. Rosaceae – Pyrus 10. Meliaceae – Sandoricum 11. Combretaceae – Terminalia 12. Polygalaceae – Xanthopyllum

Urat Kedua Sampai ke Tepi Daun
1. 2. 3. 4. 5. Dipterocarpaceae – Hopea, Dryobalanops Sapotaceae – Nyatoh Apocynaceae – Pulai Guttiferae – Bintangor Myrtaceae - Kelat

Buah
Berbuah Pada Batang
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Annonaceae Flacourtiaceae Leguminosae Meliaceae Moraceae Euphorbiaceae Oxalindaceae – Averrhoe bilimbi

Buah Pod
1. Apocynaceae 2. Bigniniaceae 3. Leguminosae

Panduan Mengenal Anak Pokok
(Anak benih pokok-pokok kayu boleh niaga yang penting)
Terdapat Cairan/Getah Putih/Kelabu atau Kuning
1. 2. Bintangor (Calophyllum spp.), daun berkembar & mempunyai urat yang selari ke tepi daun. Pulai (Alstonia spp.) Awalnya mempunyai daun berkembar & bertukar kepada bergelang (spiral) , kotilidon kecil. Jelutong (Dyera costulata). Awalnya mempunyai daun berkembar & bertukar kepada berpusar (spiral), kotilidon besar. Nyatoh (Sapotaceae spp.), daunnya bertingkat atau berpusar (spiral), kebiasaannya hanya daun pertama sahaja yang berkembar. Daun pengasuh kecil, kadang kala tiada & tidak meninggalkan parut. Terap/Keledang (Artocarpus spp.), daun berpusar, bercuping, dengan daun pengasuh yang besar berbentuk seperti cawan yang menutup kudup & meninggalkan parut pada ranting.

3.

4.

5.

Daun Berjari (Palmat)
1. Mengkulang jari – daun awal adalah daun tunggal, anak daunnya lebar & besar. 2. Kekabu hutan – daun yang keluar adalah daun majmuk

Daun Berpelepah Tanpa Anak Daun Di Hujung
1. Kasai (Pometia spp.), anak daun bergigi kasar atau berlekuk, daun yang keluar awal adalah daun majmuk. 2. Petai (Parkia spp.), berdaun kecil & dari jenis daun majmuk. 3. Merbau (Intsia palembanica), anak daun besar seperti sepasang kasut dari jenis daun majmuk, kotilidon besar. 4. Sepetir (Sindora spp.), anak daun besar & tidak sama di pangkal daun (asymmetrical), daun majmuk.

Daun Majmuk Dengan Terdapatnya Anak Daun Di Hujung
1. 2. Pelong (Pentaspadon spp.) Anak daun bergigi kasar atau berlekuk Kempas (Koompassia malaccensis) Tepi anak daun licin, kecil hampir berkembar (sedikit bertingkat, pucuk berbulu karat) Tualang (Koompassia excelsa) Sama seperti kempas tetapi daun pucuknya berbulu putih Keranji (Dialium spp.) Tepi anak daun licin, saiznya sedang besar & bertingkat, daun yang keluar awal adalah daun tunggal Kedondong (Burseraceae spp.) Anak daun bergerigi halus atau licin, berkembar, anak daun sisi senget. Daun awal adalah daun tunggal atau daun majmuk

3.

4.

5.

Daun Tunggal
1. Durian (Durio spp.) Batang tunjang (hypocotyls) lebih besar daripada batang sangga (epicotyl). Daun berbentuk sudip, tepi selari & terdpat sisik bersinar pada batang, tangkai & permukaan daun. Dedali (Strombosia javanica) Batang tunjang lebih besar dari batang sangga, daun berbentuk bujur telur Ramin (Gonystylus spp.) Permukaan daun bertitik halus, urat daun rapat Sesendok (Endospermum) Daun berbentuk bujur & berbulu lembut dengan terdapatnya sepasang domitia di pangkal tangkai daun Melunak (Pentace spp.) Daun mempunyai 3 urat di pangkal & berkepuh di belakang daun, tepi licin atau bergerigi di bahagian pangkal dan hujung daun

2.

3. 4.

5.

6.

Kembang semangkok (Scapium spp.) Daun berbentuk bujur telur, panjang runcing ke hujung, tangkai panjang 7. Mengkulang (Heritiera spp.) Ranting, tangkai & urat utama berbulu karat, terdapat sepasang daun pengasuh 8. Simpoh (Dillenia spp.) Tepi daun bergerigi 9. Terentang (Camprosermum spp.) Daun berbentuk obovat & I bahagian pangkal terdapat anak daun berbentuk telinga 10. Jelawai (Terminalia spp.) Kotilidon lebih besar dan panjang, daun berbentuk obovat, pucuk bercabang 11. Podo (Podocarpus spp.) Daun berbentuk ovat, liat mempunyai urat selari ke tepi daun 12. Damar minyak (Agathis borneensis) Daun berbentuk ovat, urat kedua selari hingga ke tepi daun, mata tunas bulat

Panduan Mengenal Anak Kaum Damar
(Panduan-panduan ini boleh digunakan untuk pokok-pokok yang bersaiz 30 cm, tinggi atau pokok yang mempunyai 5 atau lebih helaian daun) 1. Kapor Urat kedua selari & rapat hingga ke tepi daun. Daun bentuk ovat, hujung daun acuminate, berbau kapur barus.
2.

Keladan Urat kedua selari & rapat hingga ke tepi daun, berbentuk oblong & berbau kapur barus. Mersawa Petiol berwarna putih, urat kedua melengkung tak sampai ke tepi daun (looping), urat ketiga berjaring. Mersawa kuning (belakang daun berbulu. Mersawa durian (urat kedua tidak begitu nyata/jelas). Mersawa gajah (urat belakang jelas)

3.

4.

Merawan Terdapat 3 jenis urat iaitu:i. Urat Pinat – urat biasa seperti bulu ayam ii. Urat Subdryobalanob – urat selari hingga ke tepi daun & terdapat urat pendek di antara urat kedua iii. Urat Dyobalanob – urat selari hingga ke tepi daun seperti kapur Keruing Daun besar dengan urat yang berlainan, daun pengasuh yang berbeza, tepi berawan & berbulu Keruing kipas Daun berbulu di bahagian belakang

5.

6.

7.

Keruing mempelas Daun, tangkai & ranting berbulu panjang di bahagian hadapan & belakang daun Keruing bulu Daun berbulu pendek Keruing kerut Tangkai berbulu tebal

8.

9.

10. Keruing latek Tangkai berbulu tebal, daun pengasuh mempunyai bulu berkelompok 11. Keruing gombang Tangkai berbulu pendek, daun pengasuh berbulu jarang

12. Keruing belimbing Tangkai licin, daun besar 13. Keruing gombang merah Tangkai licin atau berbulu sedikit, daun berbentuk sudu 14. Keruing merah Tangkai pendek & berbulu sedikit 15. Chengal Urat berjaring & anak daun biasanya warna ungu 16. Resak Daun pengasuh lebar, urat berjaring

17. Meranti rambai daun Urat bertangga, pangkal daun tidak sama, daun pengasuh biasanya warna hijau, terdapat domitia di sepanjang urat utama di bahagian belakang 18. Meranti tembaga Terdapat domitia di sepanjang urat utama di bahagian belakang, daun pengasuh hanya di bahagian hujung sahaja 19. Meranti sarang punai Daun pengasuh biasanya berwarna merah 20. Meranti kepong Tiada domitia, daun berbulu & daun pengasuh warna merah & kekal, berbulu atau kesat

21. Meranti jerit Daun berbulu, daun pengasuh warna hijau & lebat 22. Meranti bukit Daun licin, urat utama tajam & daun nipis 23. Meranti langgong Daun licin, daun pengasuh banyak di sepanjang ranting, warna hijau seperti sabit 24. Meranti paya Urat kedua bertangga, berbulu lembut 25. Meranti pipit Daun berbulu, daun pengasuh banyak di sepanjang ranting

26. Meranti sengkawang merah Ranting bersegi, daun oblong 27. Gerutu Belakang daun berkepuh, tangkai peltat, pucuk warna ungu 28. Damar hitam Daun hijau tua di bahagian atas & hijau muda di bahagian bawah, pucuk warna ungu 29. Damar hitam katup Daun oblong, bulat di pangkal 30. Damar hitam bulu Pangkal daun tirus, belakang daun kasar/kesat

31. Damar hitam siput jantan Daun nipis & licin, terdapat sepasang domitia di pangkal petiol 32. Damar hitam pipit Daun tebal & licin, agak senget 33. Balau merbatu jantan Urat kedua bertangga, bulat di pangkal, berbulu di belakang daun 34. Balau laut merah/Damar laut Daun licin, urat kedua bertangga, tangkai panjang & bersiku 35. Balau kumus Urat kedua tidak jelas, bulat di pangkal, tepi daun berombak

36. Balau pasir Pangkal daun asimetrik, belakang daun berkepuh 37. Balau merah Urat kedua tenggelam di hujung daun, tepi daun berombak, hujung daun akuminat 38. Balau laut Urat kedua timbul, berkepuh 39. Balau membatu Daun nipis berkilat 40. Balau kumus hitam Urat kedua tidak jelas, berkilat, warna hijau tua, sedikit berkepuh

41. Meranti paang Daun oblong, terdapat dometia di pangkal urat kedua 42. Balau bukit Tangkai berkedut, ranting berbulu, warna keemasan pada ranting & petiol 43. Meranti melantai Daun oblong, daun tebal, terdapat bintik-bintik merah di permukaan daun 44. Meranti seraya Daun nipis, pucuk warna ungu/kemerahan 45. Meranti nemesu Ranting & petiol berbulu, daun nipis & berkilat di bahagian atas

SEKIAN TERIMA KASIH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful