Anda di halaman 1dari 2

4-1

4-2

Vygotsky

Teori Vygotsky

Dr. Effandi Zakaria GE 6643

Vygotsky mempercayai bahawa (a) perkembangan kognitif adalah hasil daripada interaksi sosial (b) Perbezaan dalam prestasi kognitif adalah berkait dengan persekitaran kognitif (c) Perkembangan kognitif adalah dibantu oleh individu yang mahir

4-3

4-4

Vygotsky
Berbanding dengan Piaget, Vygotsky memberi penekanan kepada perhubungan yang tidak bersimetri (asymetrical) dari segi kognitif atau status sosial Perhubungan yang tidak simetri dari segi status adalah seperti anatra orang dewasa dan kanakkanak ataupun perhubungan antara rakan sebaya yang tidak simetri dari segi kefahaman

Vygotsky
Dari perspektif Vygotsky, interaksi interpesonal membantu memperkembangkan pengetahuan individu. Vygotsky mempercayai bahawa perkembangan individu tidak boleh difahami tanpa merujuk kepada konteks sosial dan budaya sekelilingnya.

4-5

4-6

Vygotsky
Dari sudut sosial konstruktivis, memisahkan individu dari pengaruh sosial adalah tidak munasabah Vygotsky menekankan perhubungan sosial antara individu merupakan langkah pertama dalam pembinaan idea untuk dihayati oleh individu terbabit, bagi mencapai peringkat kognitif yang lebih tinggi.

Vygotsky
Vygotsky menyatakan setiap fungsi dalam perkembangan budaya melalui dua tahap. Pertama, tahap sosial dan keduanya tahap individu, iaitu mula-mula antara manusia, kemudian dalam individu.

4-7

4-8

Zon Perkembangan Proksimal


Vygosky memperkenalkan konsep zon perkembangan proksimal dalam memperjelaskan interaksi antara individu. Zon Perkembangan Proksimal adalah jarak antara peringkat perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan potensi individu yang ditentukan dengan bantuan orang dewasa atau kolaborasi antara rakanrakan yang berkebolehan.

Scaffolding
Istilah yang digunakan oleh Vygotsky dalam menjelaskan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh individu yang lebih berpengetahuan kepada individu yang kurang berpengetahuan supaya perkembangan kognitif berlaku Seperti: bertanya soalan, memberi clue, memberi ingatan atau galakan

4-9

4 - 10

Implikasi Daripada Zon Perkembangan Proksimal Seseorang pelajar yang berkolaborasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa yang lebih berkeupayaan, akhirnya akan dapat menyelesdaikan masalah yang susah dan kompleks. Ini adalah kerana hasil dari perbincangan memberinya panduan yang berguna untuk menyelesaikan masalah.

Tamat.
Otherwise?